:: PeNenang JiWa :: |
|
:: BoIkOt :: |
|
:: TaQwIn :: |
|
:: MaSa ItU EmAs :: |
|
:: LiNk :: |
|
:: SoKonGan :: |
|
|
:: IkAtAn kAsih :: |
|
:: WeBsItE :: |
|
:: Ip DeTecT :: |
| |
Selamat Hari Lahir |
Wednesday, July 16, 2008 |
Assalamualaikum...
Didoakan agar teman-teman dan sahabat-sahabat seperjuangan sentiasa sihat walafiat.Hidup ini sentiasa diuji dengan pelbagai ujian daripada Al-Khalid,namun ianya bertujuan untuk memastikan diri kita sentiasa menambah keimanan dan ketaqwaan kepadaNya.Hidup pasti berubah-ubah,ada ketika kita di atas dan ada ketika kita di bawah,semua itu dijadikan untuk menyedarkan betapa kerdilnya kita disisi Sang Pencipta.Waktu bergembira,semua kita tersenyum dibuai kegembiraan,waktu kita berduka pasti kedukaan itu perlu diubati sebaik-baiknya. Hari ini genaplah usia aku 28 tahun di dunia,hidup sebagai insan bergelar lelaki.Bila direnung dan disingkap kembali sejarah hidup pasti akan menukilkan pelbagai kesukaan dan kedukaan.Sejarah tetap menjadi kenangan buat sesiapa didunia ini,namun kadang-kadang sejarah juga akan menyebabkan diri seseorang menjadi resah gelisah dek kerana sejarah hidupnya yang penuh dengan kesengsaraan.Disaat-saat aku menyambut hari lahir ke-28,malam tadi telah disajikan satu program yang dinamakan kuliah haraki.Alhamdulilah program yang dihadiri oleh seorang murobbi tidak asing lagi Al Fadhil Al Ustaz Yahya Osman telah banyak memberi suntikan semangat buat diriku untuk terus mengabdikan diri demi perjuangan islam tercinta.Kata-kata ustaz amat mendalam maksudnya dan bagi aku kata-katanya penuh dengan mutiara-mutiara ilmu.Ingin aku berkongsi sedikit sebanyak apa yang telah Al Fadhil ustaz ucapkan di dalam kuliah haraki malam tadi,sedikit catitan sempat aku coretkan agar ilmu yang disampaikan dapat aku amati dan hayati sebaik mungkin. Al Fadhil ustaz telah mengingatkan kepada pejuang-pejuang agama Allah s.w.t agar kita semua memahami tujuan dan matlamat kita berjuang menegakkan kalimah Allah s.w.t di muka bumi ini.Ustaz mengingatkan kepada kita tentang peristiwa yang dilalui baginda s.a.w sewaktu peringkat permulaan dakwah dahulu.Kecekalan dan kekuatan yang ada pada diri baginda memang tidak dinafikan lagi,namun apa yang perlu kita selidiki dan amati di dalam sirah perjuangan baginda ialah kejayaan baginda mentarbiyah diri sahabat-sahabat hinggakan mereka sanggup gugur syahid dalam peperangan.Hati menangis sewaktu al fadhil ustaz memberitahu bahawa 500 orang lebih sahabat telah ditarbiyah baginda itu,tidak pernah goyah keimanan mereka dan tidak ada dikalangan mereka yang murtad walaupun diuji dengan pelbagai musibah dan bencana.Bagaimana diri kita??Diri yang ditarbiyah??Diri yang diharapkan menjadi modal untuk masyarakat,tiba-tiba kita hanya menjadi insan yang menonton dari jauh.Betul atau tidak,tepuk dada tanyalah iman.Ustaz juga mengingatkan kepada kami,bahawa rasulullah s.a.w telah menyertai peperangan sebanyak 52 kali dan dilantik menjadi ketua peperangan sebanyak 27 kali,tidak terbayang dalam fikiranku bagaimana cekal dan tabahnya rasulullah dalam menghadapi rintangan menentang musuh-musuh islam.Sejarah hidup baginda tetap menjadi panduan kepada kita semua sebagai pejuang-pejuang agama Allah s.w.t. Setelah berada di tanahair sekitar setengah tahun,aku mula memikirkan sahabat-sahabat yang dulunya mentarbiyah dan mendidik aku.Terpikir bagaimana keadaan mereka sewaktu mula-mula membentangkan untuk diriku tentang perjuangan.Mengenggam erat tangan,berbaiah,berikrar dan berjanji sumpah setia akan berjuang menegakkan kalimah Allah s.w.t bila pulang di tanahair nanti.Aku mendoakan agar mereka bersama dalam perjuangan ini.Amin.Aku pernah kecil hati bila sms yang dihantar dibalas dengan kalimah yang tidak sepatutnya.Seingat aku ada satu sms berbunyi'Enta buat kerja enta,kawan-kawan pun sibuk dengan kerja sendiri',sms inilah membuatkan aku mengambil jalan sekadar memerhati tingkahlaku mereka sekarang.Sama-samalah kita mendoakan agar diri kita sentiasa berada di atas landasan yang sebaiknya.Amin Ya Rab. Buat akhirnya,dikesempatan ini sekali lagi aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua sahabat yang sudi mentarbiyah diriku untuk mengenali erti perjuangan.Jasa dan keringat sahabat-sahabat tidak pernah aku lupakan,cukup besar pengorbanan kalian untuk diriku.28 tahun sedikit sebanyak telah mematangkan pemikiran kita untuk mencari identiti hidup sebagai hambaNya.Selamat hari lahir buat diri ku dan terima kasih buat teman-teman yang sudi memberi ucapan "sanah hilwa' utk diri ini.Salam Perjuangan untuk semua. |
posted by Mohd Nazri Amir Hamezah @ 11:59 PM |
|
|
|
:: mY LiFe :: |
|
:: MaKhzAn :: |
|
:: ArTiKeL :: |
|
:: WeBsItE :: |
|
:: BiLanGaN MaSUk :: |
|
:: aL AzHar UniVersItY :: |
|
:: RuJukAn :: |
|
:: Haribulan :: |
|
:: CerIa :: |
| |