NAFKAH DIRI UNTUK ISLAM: Konsep Faham Menurut Hassan Al Banna <
HOME | QURAN | TAFSIR | GALERI | FORUM | VIDEO ONLINE | BUKU TETAMU

:: PeNenang JiWa ::
:: BoIkOt ::
:: TaQwIn ::
:: MaSa ItU EmAs ::
:: LiNk ::
:: SoKonGan ::

:: IkAtAn kAsih ::
:: WeBsItE ::
:: Ip DeTecT ::
    IP
:: SupPort ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

Konsep Faham Menurut Hassan Al Banna
Wednesday, March 22, 2006

1. MUQADDIMAH

Al – Fahm diletakkan sebagai perkara pertama dalam rukun baiah yang telah digariskan oleh Al imam As Shahid Hassan Al Banna (ISHB) dalam kitabnya Risalah Atta`lim. Rukun baiah antara otot yang memastikan ketahanan dan kelangsungan denyutan nadi tatkala menghadapi tahaddiyat (halangan) yang memaksa dan mendesak. Rukun baiah juga adalah antara kekuatan dalaman yang berkesan untuk mengaks virus mazmumah yang merosakkan harakah islamiah

`Kejituan intimak dan keterikatan (iltizam ) individu muslim dengan harakah islamiah pula banyak dipengaruhi rukun baiah dan sejauh mana penghayatannya akhlaq dan disiplin berjamaah turut lengkap apabila setiap gerak langkah menyusun program dan mengatur strategi dibayangi oleh rukun baiah sementara akhlaq dan disiplin berjamaah tersebut adalah menara tertinggi bagi syiar harakah islamiah.’

Seringkali berlaku masalah bila tindakan dalam gaerakerja tidak didahului dengan kefaham yg jitu. Perkara ini menimbulkan khalal bila berlaku dalam gerak kerja dakwah dan harakah. Masalah yang timbul akhirnya membuahkan pelbagai masalah yang lain yang akhirnya menggugat strategi dan operasi.

1.1 HASSAH AL BANNA DAN AL FAHM
ISHB yang sememangnya memiliki kelebihan dan kekuatan dakwah yang melewati batas umur dan zamannya telah melihat bahawa Al fahm adalah merupakan perkara pokok pertama dalam tindakan dan starategi dakwah.

Seterusnya, lantaran melihatkan peri pentingnya Al Fahm ini ISHB telah menggariskan 20 usul di bawah rukun baiah pertama ini (al Fahm):

• FAHAM DAN YAQIN DENGAN SHUMULIAH ISLAM
• FAHAM BAHAWA AL QURAN DAN ASSUNNAH SEBAGAI DUSTUR DAN SUMBER RUJUKAN
• FAHAM DENGAN AQIDAH YANG SOHIH DAN IBADAT YANG SALIM
• FAHAM DAN JELAS ANTARA IBADAT DAN KHURAFAT
• FAHAM DENGAN KONSEP IMAMAH
• FAHAM BAGAIMANA INTERAKSI DENGAN KHILAF
• FAHAM KONSEP MAZHAB
• FAHAM KONSEP IJTIHAD DALAM MASALAH FIQH
• FAHAM KONSEP TA`WIL SEBENAR
• FAHAM TAUHID DAN MENGENAL ALLAH
• FAHAM DALAM INTERAKSI DENGAN BID`AH
• FAHAM: KHILAF FIQHI DAN BID’AH
• FAHAM KONSEP KASIH SAYANG SEBENAR
• FAHAM DALAM PENYELEWENGAN AMAL
• FAHAM KONSEP DOA
• FAHAM AGAR BERWASPADA DENGAN PERMAINAN ISTILAH
• FAHAM AMAL ISLAMI
• FAHAM DAN AQAL
• FAHAM: PENYELESAIAN MASALAH MENURUT AQAL DAN SYARIAT
• FAHAM MASALAH TAKFIR

2. MENGAPA FAHAM RUKUM PERTAMA
Kefahaman yang sebenar, jelas dan soreh adalah antara prasyarat kejayaan dakwah. Tanpa kefahaman akan menjadikan sesuatu tugas, gerak kerja, taklifan dan amanah tergendala, tidak sempurna dan gagal. Bahkan yang lebih besar lagi mungkin berlaku perpecahan dan permusuhan sesama anggota harakah Islamiah. Rukun al Fahm ini adalah asas utama bagi kepimpinan islam guna menangani usaha bina Khilafah Islamiah yang telah sekian lama diidam-idamkan.
Bagi meraih al Fahm yang sebenar memerlukan bekalan ilmu untuk diasimilasikan dengan teori konsep Asas 20 Al Fahm (Usul `Ishreen). Saidina Omar Abd Azizi menyatakan :
من عمل علي غير علم كان ما يفسده اكثر ما يصلح
` brangsiapa yang beramal tanpa Ilmu, ia telah mendorong kerosakan yang banyak mengatasi kebaikan ‘
Rasul pernah bersabda dalam sabdaannya yang masyhur:
من يريد الله به خيرا يفقهه فى الدين
`Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah kebaikan nescaya difahamkannya urusan agama’

3. ASAS-ASAS (MABAADI’) AL FAHM MENURUT HASSAN AL BANNA

3.1 FAHAM DAN YAQIN DENGAN SHUMULIAH ISLAM

“ Islam adalah sistem lengkap yang merangkumi keseluruhan aspek kehidupan. Islam adalah daulah dan tanahair atau kerajaan dan ummah. Akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan Kebudayaan dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman. Material dan harta atau usaha dan kejayaan Jihad dan dakwah atau tentara dan fikrah. Sebagaimana Islam itu adalah aqidah yang benar dan ibadah yang sohih

3.2 FAHAM BAHAWA AL QURAN DAN ASSUNNAH SEBAGAI DUSTUR DAN SUMBER RUJUKAN

"Al-Quran dan As-Sunnah (hadis) adalah sumber rujukan untuk mengetahui hukum hakam Islam. Al Quran difahami menurut kaedah-kaedah bahasa Arab dengan tidak memberatkan dan meringankan. Hadis pula difahami melalui periwayat-periwayat hadis yang dipercayai."

3.3 FAHAM DENGAN AQIDAH YANG SOHIH DAN IBADAT YANG SALIM

" Iman yang benar dan ibadah yang sah dan mujahadah adalah cahaya dan kemanisan yang dilimpahkan Allah ke dalam hati sesiapa yang dikehendakinya di kalangan hambanya. Manakala ilham, lintasan hati, kasyaf dan mimpi bukanlah menjadi dalil kepada hukum-hukum syariat. Ia hanya diterima dengan syarat perkara tersebut tidak bertentangan dengan hukum syariat dan nasnya."

3.4 FAHAM DAN JELAS ANTARA IBADAT DAN KHURAFAT

"Jampi, mentera, tangkal dan murtad dan dakwaan mengetahui perkara-perkara ghaib dan semua yang tergolong dalam kemungkaran ini wajib diperangai kecuali ianya terdiri dari ayat-ayat al-Quran dan suatu yang diterima dari Rasulullah SAW.”

3.5 FAHAM DENGAN KONSEP IMAMAH

"Pendapat Imam (ketua) dan timbalannya dalam masalah yang tiada nas dan masalah yang boleh diertikan dengan pelbagai pengertian juga masalah yang berhubung dengan maslahat umum, boleh diterima selama mana ia tidak bertentangan dengan kaedah syara'.

3.6 FAHAM BAGAIMANA INTERAKSI DENGAN KHILAF

" Perkataan seseoarang boleh diterima atau ditolak, kecuali perkataan Rasulullah SAW yang bersifat maksum. Perkataan para solihin yang terdahulu ( salaf as solleh) mesti kita terima jika bersesuaian dengan al-Quran dan Hadis. Jika tidak, maka al-Quran dan hadislah ikutan kita yang utama, kita juga tidak dibenarkan membentangkan kecaman dan celaan terhadap individu berkenaan dalam masalah khilafiah. Kita serahkan mereka kepada niat mereka sedanag mereka telah melakukan sesuatu dengan apa yang mereka telah kemukakan."

3.7 FAHAM KONSEP MAZHAB

" Seseorang muslim yang ilmunya tidak mencapai tahap nazhar (النظر) yakni (mampu mengeluarkan hukum dari dalil dan hukum-hukum cabang ) sewajarnya iamnegkuti mana-mana Imam di kalangan imam-imam mazhab. Semetara itu, adalah sebaiknya ia berusaha bersungguh untuk mengetahui dalil-dalil imamnya. Jua hendaklah ia menerima pedoman berdalil tatkal ia telah yakin kebenaran dan keahlian orangyang memberi pedoman kepadanya, dan hendaklah ia melengkapi ilmunya hingga ke tahap (النظر) jika ia terdiri daripada ahli ilmu ( orang yang berupaya menuntut ilmu )"

3.8 FAHAM KONSEP IJTIHAD DALAM MASALAH FIQH

" Persoalan khilaf dalam masalah fekah adalah merupakan tabiat ugama itu sendiri.
Masalah-masalah fekahyang timbul sebahagiannya kedapatan nas dari Al Quran dan As Sunnah dan sebahagian yang lain tidak dinyatakan hukum . Realiti ini mendorong khilaf di kalangan ulama'

3.9 FAHAM KONSEP TA`WIL SEBENAR

‘Pengendalian masalah yang tidak membuahkan amal adalah tergolong dalam perkaran yang memberatkan-beratkan sementara syarak melarang kita berbuat demikian. Sebagai contoh: membincang cabang-cabang hukum yang tidak realiti dan membincangkan penafsiran ayat suci al quran yang tidak tercapai oleh ilmu dan membicara banding keistimewaan dikalangan para sahabat. Sedang setiap mereka punya kelebihan masing-nasing sebagai sahabt dan mereka diganjari menurut niatnya sementara masalah takwil adalah suatu keluasan’

3.10 FAHAM TAUHID DAN MENGENAL ALLAH

“Mengenal Allah dan mentauhidkannya dan menyuciknnya dari sebarang kekurangan adalah setinggi-tinggi akidah dalam islam. Ayat-ayat al Quran dan hadis-hadis sohih yang berhubung dengan sifat-sifat Allah dan perkara-perkara yang kesamaran hendaklah kita beriman dengannya sebagaimana yang termaktub tanpa sebarang ta’wil dan merosakkan nas asal jua kita tidak melibatkan diri dengan perselisihan ( khilaf) di kalangan ulama’ dalam masalah ini dan kita berselesa terhadap apa yang yang di luaskan oleh Rasulullah SAW dan sahabatnya.


3.11 FAHAM DALAM INTERAKSI DENGAN BID`AH

`Semua bidah yang direka dalam agama Allah tanpa ada usulnya dan dianggap baik oleh manusia menurut nafsunya samada dengan menembah atau mengurangkan adalah merupakan suatu kesesatan yang wajib diperangi pelaksanaannya mestilah dikendalikan dengan sebaik-baik cara supaya tidak mencetus keadaan yang lebih parah dari bidah itu sendiri’

3.12 FAHAM: KHILAF FIQHI DAN BID’AH

`Bidah yang dilakukan sebagai tambahan dan sebagai mengurangan serta iltizam pada ibadat yang mutlak adalah merupakan khilaf fiqhi. Setiap individu mempunyai pendapat tersendiri maka tiada halangan untuk ia mencari pengertian melalui dalil dan bukti ‘

3.13 FAHAM KONSEP KASIH SAYANG SEBENAR

`Mengasihi orang-orang soleh, menghormati dan memuji mereka berasaskan amal bakti yang dilakukan oleh mereka adalah merupakan taqarrub kepada Allah. Para auliya` adalah mereka yang disebut dalam firmannya (yang bermaksud) orang-orang yang beriman dan mereka yang bertaqwa. Keramat berlaku pada mereka dengan syarat – syarat bertepatan dengan syariat. Serentak itu kita beri’tiqad bahawa maereka tidak berupaya memberi manfaat dan mudharat terhadap diri mereka semasa hayat maereka atau selepas matinya apatah lagi untuk mengurniakan sesuatu kepada orang lain.’

3.14 FAHAM DALAM PENYELEWENGAN AMAL

`Menziarahi kubur adalah sunnah yang disyariatkan dengan cara yang diterima dari rasullullah. Akan tetapi meminta tolong dari ahli qubur walau dengan apa cara sekali pun, begitu juga menyeru mereka, meminta supaya ditunaikan hajat samada dari dekat atau jauh, bernazar kepada mereka, membina kubur, mengelambuinya, menerangi dengan lampu, memperluas, bersumpah selain dari nama allah dan perkara-perkara seumpama itu adalah bidah dan dosa yang wajib diperang. Tiada ruang bagi kita bertakwil (beralasan) dalam amalan-amalan seperti ini demi menutup pintu-pintu kemungkaran.’

3.15 FAHAM KONSEP DOA

‘Doa yang dipanjatkan ke hadrat ilahi secara tawassul melalui makhluqnya adalah tergolong dalam masalah khilafiah dari sudut kaifiah berdoa, ianya tidak termasuk dalam masalah aqidah’

3.16 FAHAM AGAR BERWASPADA DENGAN ISTILAH

` Kebiasaan (uruf) yang salah tidak merubah hakikat lafaz –lafaz syaraiat bahkan wajib dipastikan batas makna yang dimaksudkan oleh lafaza-lafaz itu dan terhenti di atas perngertian yang dimaksudkan sahaja sebagaiman jua wajib berwaspada dari tertipu dengan perkataan –perkataan dalam semua bidang dinia dan ugama (I`tibar berdasarkan hakikat sesuatu yang dinamakan bukan pada nama)’

3.17 FAHAM AMAL ISLAMI

`Aqidah adalah asas kepada amal dan amalan hati lebih penting daripada amalan anggota. Mengahasilkan kesempurnaan kepada kedua-duanya dituntut syara` sekalipun berbeza martabat tuntutan itu’

3.18 FAHAM DAN AQAL

`Islam membebaskan aqal, manggalakkan pengamatan terhadap alam sekitar dan memartabatkan kedudukan ilmu dan ulama serta mengalu - alukan kebaikan yang membawa manafaat (al hikmah adalah sesuatu yang hilang dari orang mukmin, barang siapa mendapatin ya maka ialah yang terlebih berhak memilikinya)’

3.19 FAHAM: PENYELESAIAN MASALAH MENURUT AQAL DAN SYARIAT

`Terkadang masalah menurut pengamatan syara’ dan pengamatan aqal tidak boleh diselaraskan antara satu sama lain, akan tetapi kedua-duanya tidak akan bercanggah dalam perkara yang putus dan menjadi kenyataan. Pertembungan juga tidak akan berlaku antara hakikat ilmiah yang sohih dengan kaedah syara’ yang thabit. Perkara dzanni (tidak putus) dari sudut syara’ dan akal, boleh diselaraskan supaya bertepastan dengan hakikat yang putus.Jika sekiranya pandangan akal dan syariat dalam satu-satu perkara masih dzanni maka pandangan syariat terlebih utama diikuti sehinggalah thabit pandangan akal ( dapat buktikan hakikat ) atau ia menjadi gugur.’

3.20 FAHAM MASALAH TAKFIR

“ Kita tidak mengkafirkan seorang muslim yang berikrar dengan dua kalimah syahadah, melaksanakan tunttutan-tuntutan keduanya dan menunaikan perkara fardhu dengan berdasarkan pendapat dan maksiat yang dilakukannya melainkan :
• ia berikrar dengan mana-mana kalimah kekufuran
• atau ia mengingkari sesuatu yang pasti dalam ugama.
• Atau ia mendustai ayat Al Quran yang terang dan jelas.
• Atau ia menafsirkan al quran dengan penafsiran yang tidak bertepatan dengan uslub bahasa arab.
• Atau beramal dengan amalan yang tidak ada perkiraan lain kecuali kufur

5. PENUTUP

Al Fahm adalah merupakan asas bagi seseorang daie untuk menjadi ustaziyatul alam yang berjaya. Berapa banyak yang telah kita lihat gagal di medan dakwah bahkan tergolong daripada kalangan السقوط على الطريق الدعوة lantaran tidak selesai pada peringkat Al Fahm ini. Bermula dari kurang semangat untuk bekerja, tiada sam`u wa al toah dan akhirnya futur dari medan juang wal iyazubillah. Dan ingatlah bermula faham dari faqih bermula faqih dari ilmu berakhir ilmu dengan amal yang istiqomah. Wallahualam
posted by Mohd Nazri Amir Hamezah @ 7:15 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
:: mY LiFe ::





:: Nama::
Mohd Nazri Bin Amir Hamezah
:: Pengajian ::
Graduan Kuliah Usuluddin Syukbah Tafsir University Al Azhar Mansurah,Egypt :: Dilahirkan ::
Pada 4 ramadhan 1400 Dihospital Kota Bharu
:: Cita-cita::
Mati Dalam Mempertahankan Hak-hak Islam
:: MaKhzAn ::
:: ArTiKeL ::
:: WeBsItE ::
:: BiLanGaN MaSUk ::
Wahai kawanku, Segeralah tunaikan solat di awal waktu Dikala mendengar azan Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan Di situ ada sumber pertolongan Di situ ada sumber taufiq Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. ... dimulakan dengan menyebut solat di awalnya Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat... Juga di medan perang. Walaupun... Di saat genting dan cemas.

:: aL AzHar UniVersItY ::
:: RuJukAn ::
:: Haribulan ::


:: CerIa ::