PENDAHULUAN Tugas dakwah adalah suatu tugas yang berat dan susah. Bukan semua orang yang dapat menjalankan tugas ini dengan baik dan cemerlang. Dengan kata lain tugas ini hanyalah dapat dipikul oleh mereka yang benar-benar mempunyai sifat-sifat keikhlasan, pengorbanan yang tinggi dan sebagainya daripada ciri-ciri yang melayakkan kearah itu.
TAKRIF DAI’ Rasulullah merupakan Dai’ yang pertama setelah Allah s.w.t.menjadikan Islam itu sebagai Addin untuk menjaga kehidupan manusia di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat sebagai mana firman Allah s.w.t. ( Al-ahzab 45-46 )
Dengan kata lain bahawa tugas dakwah ini juga merupakan tugas para Nabi dan Rasul, maka oleh itu Allah SWT telah mengutuskan mereka ini kepada setiap umat manusia sebagaimana firman Allah s.w.t. ( Al-a’raf 59 )
dan firman Nya lagi dalam surah Hud ayat 50 :
Akhirnya dengan kewafatan rasul-rasul tersebut maka tugas dakwah ini adalah dengan secara tidak langsung akan tertanggung di atas bahu setiap diri yang mengaku mereka itu muslim, lebih-lebih lagi mereka yang bergelar pelajar agama sebagaimana firman Allah s.w.t. ( Al imran 115 )
PERSEDIAAN PARA DAI’
Seterusnya amatlah penting para dai’ mempunyai persediaan yang lengkap dan tersusun supaya ia dapat menjalankan tugas tersebut dengan baik dan berkesan. Itu adalah tanpa persediaan yang cukup dan bersistem amatlah dikhuatiri dan ditakuti bahawa Dai’ tersebut tidak akan dapat menjalankan tugas dakwahnya dengan baik dan sempurna. Bahkan ia akan kecundang di tengah perjalanan.
Sehubungan dengan itu Dr Abd Karim Zaidan di dalam kitabnya Usul Al Dakwah telah menggariskan tiga perkara asas untuk menjamin seseorang itu berjaya menghadapi cabaran serta ranjau yang akan dilaluinya. Persediaan tersebut ialah : i. Kefahaman yang sebenar ii. Keimanan yang teguh iii. Hubungan yang kuat dengan Allah
Seterusnya seorang Dai’ itu juga perlu mengetahui segala perancangan dan tipu daya yang dilakukan oleh mereka yang cuba menghancurkan Islam serta meleburkan umatnya sama sekali.
Di samping keperluan-keperluan di atas, aspek-aspek pertarbiyahan secara amali juga sepatutnya ditekankan kepada para Dai’ supaya mereka ini dapat membiasakan diri sebelum terjun kebidang dakwah yang lebih besar dan mencabar. Ini adalah kerana suatu perjuangan yang amat besar adalah mustahil dapat dilaksanakan dan dilakukan dengan hanya teori semata-mata tanpa disertakan dengan latihan praktikal.
CIRI-CIRI AKHLAK DAI’ YANG SEBENAR
1. BENAR
Seseorang Dai’ itu perlulah bersifat benar di dalam menjalankan tugas-tugas amal maaruf nahi mungkar sesuai dengan firman Allah s.w.t.
( At taubah 119 )
2. SABAR
Sabar adalah merupakan salah satu senjata yang utama bagi seseorang Dai’ yang hendak menyampaikan risalah yang maha suci ini. Ini kerana seseorang Dai’ tersebut akan menghadapi berbagai rintangan dan halangan semasa melakukan kerja dakwah tersebut, sesuai dengan firman Allah s.w.t. ( al-baqarah 45 )
3. KASIHAN BELAS
Seseorang Dai’ perlu mempunyai hati dan jiwa yang penuh dengan sifat-sifat kasih sayang kepada manusia yang diserunya. Seterusnya tanda-tanda kasih sayang tersebut dapat dilihat. Apabila seseorang Dai’ mengajak dan menyeru manusia dengan cara baik dan lemah lembut walaupun pada peringkat permulaannya ia ditentang, sehubungan dengan ini Allah s.w.t. telah berfirman:
( al- a’raf 61-62 )
4. MERENDAH DIRI
Seseorang Dai’ amatlah memerlukan sifat tawaddu’ ini lebih-lebih lagi semasa mereka menjalankan tugas menyebarkan risalah Islam yang maha agung .Ini adalah kerana sudah menjadi tabiat semulajadi manusia bahawa mereka tidak suka mendengar kata-kata yang kesat dan mempersendakan, walaupun kata-kata tersebut mengandungi kebenarannya.
5. PERSAUDARAAN KERANA ALLAH
Al-ukhuwwah yang dimaksudkan di sini ialah persaudaraan yang sebenar mengikut kaca mata Al-Quran dan sunnah.Ini adalah kerana tidak dapat dinafikan bahawa dengan eratnya ukhuwwah dapat menjamin keperluan ummah, kesatuan saf dan akhirnya boleh membawa kepada kejayaan. Para Dai’ hendaklah berganding bahu sesama mereka di salam menyeberkan risalah Islam yang syumul ini.
Seterusnya Rasulullah s.a.w. juga telah bersabda di dalam sebuah hadisnya untuk mengingatkan betapa pentingnya dan perlunya persaudaraan Islam di dalam kehidupan seharian para Dai’.
6. MALU
Yang dimaksudkan dengan Al-haya’ di sini ialah bahawa malu dari melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat Allah SWT, bukannya malu seseorang Dai’ tersebut dari mencari keaiban orang lain, menunduk pandangan, tidak mengangkat suara dari yang sepatutnya yang diperlukan dan berbagai-bagai lagi melakukan sifat-sifat yang mazmumah.
7. MENJAUHKAN DIRI DARIPADA PERKARA HARAM DAN SYUBHAT
Para Dai’ perlu berhati-hati dan menjaga dirinya agar tidak terjatuh ke dalam perkara-perkara haram dan syubhat sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasulnya SAW, sebagaimana Rasulullah bersabda di dalam sebuah hadisNya
8. MENUNDUKKAN PANDANGAN
Seseorang Dai’ juga perlulah mengekangkan hawa nafsu dengan cara menahan pandangannya dari melihat perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah dan RasulNya SAW. Ini adalah kerana bersumberkan pandanganlah yang boleh menimbulkan berbagai penyakit yang boleh menjejaskan dan memudaratkan pemikiran para Dai’, sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah Al-Nur ayat 30:
9. MENJAGA LIDAH
Adalah menjadi suatu perkara yang sepatutnya bagi para Dai’ bahawa mereka janganlah menggunakan lidah yang telah dikurniakan oleh Allah SWT itu dengan menutur dan memperkatakan perkara yang tidak berfaedah. Ini adalah kerana segala apa yang diperkatakan oleh lidah itu ianya akan disoal dan dikira dihadapan mahkamah Allah SWT di hari akhirat kelak.
10. MUHASABAH DAN MURAQABAH
Adalah suatu perkara yang penting bagi seorang Dai’ bahawa mereka hendaklah sentiasa menghisab di atas segala kekurangan dan keterlanjuran yang telah dilakukan olehnya samada yang tidak sengaja lebih-lebih lagi yang disengajakan. Para Dai’ juga perlulah mentajdidkan taubat dan memperbanyakkan istighfar pada setiap masa dan ketika.
PENUTUP
Sesuai dengan ini marilah sama kita memperlengkapkan diri dengan segala keperluan-keperluan dan tuntutan-tuntutan tersebut semoga kita semua dapat menjalankan tugas menyeru manusia ke arah mentauhidkan Allah ini dengan berkesannya. Seterusnya juga marilah sama-sama kita memberi saham dan sumbangan ke arah kebangkitan Islam di abad ini sehinggalah Nur Islam ini dapat menguasai seluruh dunia ini.
|