NAFKAH DIRI UNTUK ISLAM: TOKOH INTELEKTUAL ISLAM <
HOME | QURAN | TAFSIR | GALERI | FORUM | VIDEO ONLINE | BUKU TETAMU

:: PeNenang JiWa ::
:: BoIkOt ::
:: TaQwIn ::
:: MaSa ItU EmAs ::
:: LiNk ::
:: SoKonGan ::

:: IkAtAn kAsih ::
:: WeBsItE ::
:: Ip DeTecT ::
    IP
:: SupPort ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

TOKOH INTELEKTUAL ISLAM
Tuesday, May 01, 2007




AL-KHUWARIZMI (164 – 232H / 780 – 841 M) – Bapa Matematik

Beliau ialah Abdullah b. Musa yang telah dilahirkan di Khuwarizam (Rusia) dan meninggal di Baghdad, Iraq. Kehidupan beliau kurang diketahui. Mengikut riwayat beliau telah mempelajari diwaktu mudanya ilmu-ilmu Greek (berguru dengan Diapantos), Hindi dan Parsi. Boleh jadi juga beliau mengembara ke tempat-tempat tersebut semasa mudanya. Beliau muncul di Baghdad pada masa pemerintahan al-Makmun dan telah berjaya mendapat penghargaan dan kedudukan sehingga dilantik mengepalai Baitul Hikmah dan wakil delegasi ke luar negara

Beliau merupakan seorang yang mahir di bidang matematik, astronomi dan geografi. Menyusun risalah kecil di bidang arithmetik yang dianggap sebagai yang pertama di bidang ini. Ilmu ini dikenali beberapa kurun selepasnya dengan nama Algorizam. Di dalamnya, beliau telah membicarakan angka-angka Hindi, sifar dan kedudukan angka. Risalah ini telah diterjemahkan ke bahasa Latin dan kemungkinannya risalah itu yang berbahasa Arab telah hilang. Karya beliau yang ada sekarang cuma terjemahan daripada Adelard of Bath.

Beliau juga telah menghasilkan buku pertama di dalam algebra yang dinamakan “Al-jabar wa al-Muqabalah”, yang mana di dalamnya merupakan himpunan pengetahuan yang membolehkan terbentuknya algebra. Beliau telah menggabungkan antara matematik Hindi dan kejuruteraan Greek dalam menghasilkan algebra. Beliau juga telah menyelesaikan banyak permasalahan yang ditimbulkan oleh orang-orang Greek.

Melalui kejuruteraan beliau telah menemui jalan bagi menyelesaikan persamaan quadratik, iaitu permasalahan yang paling tinggi dicapai oleh orang Greek. Begitu juga beliau telah mengeluarkan dua punca jika ianya positif dan telah menghasilkan buat julung kalinya jadual kosain. Beliau juga telah menghasilkan buku “Al-Jamu' wa al Tafriq bi Hisabi al-Hind" iaitu menyentuh tentang matematik Hindi.

Al-Khuwarizmi dapat dilihat seorang yang berfikiran ke hadapan di bidang matematik dan algebra sekalipun penerimaan barat dan timur terhadap beliau terlalu lambat. Namun begitu jasa-jasa beliau terhadap keilmuan Islam dan Barat tidak dapat dinafikan. Kerana itulah Sarton telah menggelarkan sebagai ahli matematik terulung dan zaman beliau dikenali sebagai zaman al-Khuwarizmi.

Dalam bidang astronomi, beliau telah menyusun jadual falak berdasarkan jadual “Al-Sanad Hindi” yang telah dibawa masuk oleh Ibrahim bin Habib al-Ghozari. Mengikut pendapat beliau, ukur lilit bumi lebih panjang daripada ukuran Batlimous, iaitu sejauh 40,000 batu. Beliau juga telah mencipta jadual falak “Zaiju al-Khuwarizmi” dan menyusunnya di dalam dua jilid, kecil dan besar. Jadual yang besar telah hilang dan jadualnya yang kecil telah dikemaskinikan oleh al-Majriti dan lebih dikenali dengan nama “Al-Sanad Hind al-Soghir”. Beliau juga telah menulis sebuah risalah yang bertajuk “Al'Amalu bi Asturlab”.

Dalam ilmu geografi, beliau telah menghasilkan karya “Shuratu al-Ard”, dan telah memasukkan banyak pembetulan terhadap penulisan Batlimous. Pada pandanganya bumi ini terbahagi kepada tujuh bahagian dan tidak sepuluh sebagaimana pendapat Batlimous. Karya beliau yang lain ialah “Taqwimu al-Buldan” dan "Al-Tarikh".







AL-JAHIZ (164-255H / 780 – 868M) – Bapa Ilmu

Beliau ialah Abu Osman Amru b. Bahr yang bergelar al-Jahiz (besar) kerana matanya yang besar. Lahir, membesar dan meninggal di Basrah Iraq. Diriwayatkan bahawa beliau berasal dari Afrika, berbangsa Negro dan bapanya meninggal dunia ketika beliau masih kecil. Beliau menyara hidup dengan menjual roti dan ikan di pasar Basrah. Namun, semangatnya yang suka membaca menyebabkan beliau menyewa kertas di toko buku dan membacanya di waktu malam sehingga berjaya mengukir nama seantero dunia kerana keilmuannya. Beliau mencapai darjat keilmuannya bukan sekadar menghadiri kuliah, tetapi juga dengan bergaul dengan ilmuan di Mirdad, Basra.

Beliau teristimewa kerana berkeperibadian tinggi dan berfikiran luas sebagaimana ilmunya. Dalam aspek penulisan, beliau sangat cenderung untuk memuaskan hati pembaca sambil diselangi humor bagi menyampaikan pengajarannya. Kerana itulah beliau dianggap sebagai penulis semasa, bersistem, mempunyai pemikiran yang bebas, teliti membuat pemerhatian dan bijak menyelesaikan pemasalahan. Beliau mampu terjun dalam pelbagai bidang dan mampu pula bercorak pemikirannya dalam aneka topik. Diriwayatkan beliau telah menghasilkan 350 buah buku dalam berbagai-bagai bidang seperti biologi kehaiwanan, tumbuhan, serangga, antropologi, ilmu ekonomi, perdagangan dan geografi.



al-Jahiz dan Zoologi

Beliau telah menulis sebuah buku bertajuk “Kitab al-Haiwan” yang terdiri daripada tujuh jilid. Beliau telah membahagikan haiwan kepada jenis terbang, berenang dan berjalan. Haiwan yang berjalan dipecahkan pula kepada haiwan bertutur seperti manusia dan haiwan mendatang seperti binatang buas, liar dan serangga. Mengikut pendapatnya tidak semua binatang mengapung adalah ikan. Beliau telah mendatangkan contoh seperti anjing laut, kura-kura, katak, ketam dan buaya.

Buku tersebut juga menyentuh topik mengenai kesan-kesan pengasian ke atas haiwan dan manusia, cara pembentukan telur di dalam perut anak ayam, sebab kenapa burung membuat sarang, hakikat tidur binatang dan pelbagai topik lagi. Satu lagi karya beliau ialah “Al-Qaul fi al-Baghal” yang membicarakan tentang asal keldai, sifat dan kehidupannya.



al-Jahiz dan Antropologi

Beliau juga telah mengarang buku “Al-Bukhala”, “Al-Masail" dan "Al-Nisa" yang mana buku ini telah menyentuh perbezaan biologi dan kemasyarakatan antara wanita dan lelaki.



al-Jahiz dan Botani

Beliau telah menulis buku “Al-Zar’u wa al Nakhl" dan "Al-Ma’adin". Perbahasan buku ini selain menerangkan keadaan tumbuhan, ia juga menyentuh masalah tanah dan serangga.



al-Jahiz dan Ekonomi/Perdagangan

Beliau telah menghasilkan karya yang bertajuk “al-Tabsir fi al-Tijarah fi Wasfi ma Yastazrofu fi al-Buldan min al-Amti’ah al-Roqiqah wa al-A’laqu al-Nafsiah wa al-Jawahir Saminah". Buku ini menyentuh rawatan terhadap ekonomi, perdagangan, harga barang dan bentuk penyelewengannya.



al-Jahiz dan Adab

Hasil beliau terlalu banyak dalam bidang ini dan antaranya buku “Al-Bayan wa Tabyin" dan "Al-Taj".



al-Jahiz dan Geografi

Banyak karya-karya beliau telah hilang di bidang ini seperti kitab “al-Amshor wa Ajaibu al-Buldan" yang dikenal pasti oleh al-Muqaddasi dengan nama "al-Mudun al-Asru al-Kubra".



Meninggal dunia

Beliau meninggal dunia pada tahun 255 hijrah dengan meninggalkan pusaka karyanya yang begitu bernilai. Kisah kematian beliau mencerminkan kehidupan yang cintakan ilmu. Beliau yang lumpuh tubuh badannya meninggal dunia kerana tertindih oleh buku-buku yang selalu tersimpan disekelilingnya. Kata-kata beliau tentang ilmu di bawah ini mungkin menjadi pedoman kepada kita :



“Ilmu adalah sesuatu yang tidak memberikan sebahagian daripada dirinya kepada kamu sehinggalah kamu sendiri memberikan keseluruhan diri kamu kepadanya, barulah kamu mendapat peluang, tetapi kamu tidak mendapat kepastian bahawa ia (ilmu) akan memberikan sebahagian tersebut kepada kamu…” al-Nazm



IBN BATUTA (704 – 779H / 1304 – 1372M) – Bapa Pelayaran

Beliau ialah Abu Abdullah Mohd b. Ibrahim Al Lawati iaitu ahli geografi dari Moroko. Lahir di Tanja, dan mati di Marakas, Moroko, berketurunan Libya.

Beliau sangat meminati pelayaran dan pengembaraan . Telah menjelajahi negara-negara Asia, Afrika dan Timur Eropah yang memakan jarak sejauh 120 ribu kilometer dan memakan masa 38 tahun dari usianya. Beliau sangat perihatin dalam pengembaraan. Apabila memasuki sesebuah negara, ia akan bertanya segala-galanya yang menyentuh pakaian, makanan, kebudayaan dan peralatan. Pernah dilantik menjadi kadi di Delhi, India ketika mengembara di sana dan beberapa kali diutus menjadi wakil di beberapa tempat.

Pengembaraannya yang mashur ialah 1/3 terakhir iaitu ketika menjelajahi negara Afrika dan negara-negara Islam. Selepas itu beliau menetap di Pas, Magribi bagi mentafsirkan hasil pengembaraannya. Salah seorang dari penulis Dar al Ifta’ di Pas iaitu Mohd. Ibn Juzu telah menyunting buku beliau dan menyusunnya dengan gaya bahasa yang teratur.

Ada di kalangan pengkaji barat meragui sebahagian pengembaraan Ibn Batuta tetapi pendapat ini ditolak dan diakui oleh pengkaji yang lain. Pengembaraan Ibn Batuta disebarkan dalam buku “Tuhfat al Anzhar fi Ghoraib al Absar wa Ajaib al Asfa” oleh Ibn Juza. Buku ini telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa dan diterbitkan di banyak tempat.



GABER BIN HAYYAN (103-210H / 721 – 825M) – Bapa Kimia

Beliau ialah Abu Musa Al Asadi Al Tusi dan dikenali juga dengan gelaran Al Harani. Lahir dan wafat di Kufah, Iraq. Merupakan seorang ahli falsafah dan kimia tua.

Beliau hidup di zaman Khalifah Harun Al Rrasyid sebagai teman dan anak murid kepada Imam Syiah ke enam, Imam Ja’afar Al Siddiq. Diriwayatkan juga beliau merupakan anak murid kepada Khalid bin Yazid b. Muawiyah. Beliau kurang dikenali dan kurang bergaul dan sifatnya ini membolehkan belmenumpukan perhatian terhadap kajianya. Ada pendapat mengatakan beliau menumpukan perhatian terhadap kajianya. Ada pendapat mengatakan beliau dinamakan Gaber (penampung) kerana memperbaiki ilmu-ilmu kimia iaitu memindahkan ilmu kimia tua kepada bentuk ilmu kimia moden.

Beliau digelar mahaguru kimia Arab dan Gaidaki berpendapat bahawa Gaber telah berjaya membongkar rahsia yang membolehkan sisa-sisa galian ditukar kepada bentukemas. Beliau juga telah mengembangkan falsafah Greek tua yang bergantung kepada empat unsur kepada cuma dua unsur iaitu gas dan cecair yang berasal dari sulfur dan raksa.

Beliau telah dapat mensifatkan dengan secara jelas mengenai Alkohol, Klorid Amonia, Oksid Orsanium, timah putih dan telah dapat mengenali Botasium, asid Ammonia, gua regia dan Salimani. Jika sebahagian pengkaji merasakan adalah mustahil Gaber mengenali sulfur tetapi tidak dapat disangsikan lagi bahawa beliau telah dapat menganalisa asid nitrik dan acetik yang tulin. Beliau juga telah dapat menghasilkan dari galian, bahan-bahan suci seperti pewarna, varnish, krim, sabun dan haruman.

Beliau telah menghasilkan 190 karya atau dikenali juga dengan dua senarai. Senarai pertama mengandungi 112 karya dan keduanya mengandungi 70 karya yang merangkumi perbahasanya dari sudut falsafah, kimia, kedoktoran dan alam semulajadi. Antara karya-karya beliau ialah Al Malik Al Rahmat, Al Tajmi dan Al Asrar.

Method Ilmiah Gaber

Di dalam karya-karyanya beliau telah menyebut dua pendapat bahawa ilmu tercetus dari fitrah semulajadi iaitu cendikiawan telah dijadikan sedia ada dengan ilmunya dan pendapat yang mengatakan bahawa ilmu terhasil dengan usaha yang dilakukan seperti belajar dan mengkaji. Hasil dari dua pendapat ini beliau telah menghasilkan aliran pemikiranya yang tersendiri. Di dalam asal kejadian alam pula beliau tergolong dari kalangan yang beraliran pertengahan walaupun dalil yang nyata tidak dapat dibuktikan.

Dapat disimpulkan bahawa method Gaber di dalam kajianya ialah analisa dan ujian terhadap kaedah-kaedah, juga mengeluarkan andaian-andaian dan menggariskan makna-makna perkataan.



AL-RAZI – Bapa Doktor

Al Razi dan Kedoktoran

Semenjak mula lagi beliau telah dipandang tinggi dan dihormati dengan kepentingan beliau mengeluarkan idea-idea baru yang tidak terputus dari pemikiranya yang luas dan sifatnya yang berani berterus-terang di dalam kebenaran.

Beliau dianggap sebagai doktor Islam yang paling terkemuka, bapa kedoktoran Arab, Galionus Arab, maha guru di bidang kedoktoran dan doktor genius di bidang klinik. Kerana itulah terdapat ungkapan yang menyatakan bahawa kedoktoran ini mati dan dihidupkan oleh Galinous, ianya bercerai-berai sehinggalah dikumpulkan oleh Al Razi dan ianya berada dalam kekurangan sehinggalah disempurnakan oleh Ibn Sina. Seseungguhnya sehingga kurun ke 17 beliau masih dianggap sebagai “Hujjah al Tib” di Eropah. Beliau disifatkan oleh ulamak-ulamak dan doktor-doktor Eropah sebagai cendikiawan yang berpegang kepada penelitian yang mendalam dan ujikaji yang menyeluruh sehingga membolehkan sehingga sekarang ini setiap eksperimennya dianalisa dan diuji mengikut cara moden.

Diriwayatkan ketika mana Khalifah Harun Al Rashid ingin membina Hospital Al Mansuri di Baghdad, maka telah dicalunkan seramai 50 orang temasuk Al Razi sebagai dokornya. Ketika ujian dijalankan untuk memilih 10 orang sahaja Al Razi telah berjaya terpilih sebagai salah seorang darinya. Ketika dipiih 3 orang beliau juga merupakan salah seorang darinya sehinggalah beliau merupakan calun tunggal yang berjaya dipilih. Diriwayatkan juga sebelum hospital tersebut dibina, beliau mengantungkan potongan daging dimerata tempat di bandar dan ditinggalkan beberapa hari. Akhirnya beliau telah memilih tempat daging yang paling kurang kesan busuknya untuk membina hospital Al Mansur.

Al Razi tidak kekal lama di Baghdad. Beliau akhirnya kembali semula ke Rai untuk mengetuai hospitalnya sendiri. Beliau telah melantik Al Mansur bin Ishak untuk menggantikanya di Baghdad.

Majlis Al Razi

Disifatkan bahawa beliau seorang yang bertubuh dan berkepala besar. Ketika berada di majlisnya beliau akan di kelilingi oleh pelajar-pelajarnya, anak murid kepada pelajarnya dan murid kepada anak murid pelajarnya.

Pergaulan Al Razi dengan pelajar dan pesakitnya

Beliau merupakan contoh di dalam pergaulan.Tidak pernah membezakan antara fakir dan kaya dan sentiasa menyumbangkan makanan-makanan terhadap yang memerlukannya.

Sumbangan dan karya Al Razi di bidang Kedoktoran.

Beliau sentiasa mengikuti perkembangan pemikiran semasa lebih-lebih lagi di dalam bidang klinik kedoktoran. Beliau telah menjelaskan jenis tiap penyakit, puncanya, sifat-sifat, cara merawatnya dan mendatangkan beberapa andaian. Beliau telah menentukan penyakit demam panas dan taun. Beliau merupakan orang pertama membezakan penyakit colitis dan memulas perut dan antara cacar dan campak. Beliau telah menulis sebuah risalah yang terbahagi kepada 14 bahagian dan dianggap sebagai tinggalan terbaik di dalam ilmu kedoktoran Islam. Di dalam risalahnya itu beliau telah menjelaskan mengenai campak dan cacar dan menerangkan hubungan bintik-bintik merah dengan peningkatan suhu panas. Beliau meambah lagi bertapa perlunya pemeriksa dilakukan ke atas hati, denyutan jantung, proses pernafasan dan lain-lain.

Al Razi merupakan orang pertama menggunakan sebatian plumbum di dalam memproses krim dan menggunakn usus binatang ketika menjahit luka-luka. Beliau telah menguji ubat yang telah siap diproses kepada binatang sebelum digunakan oleh pesakit. Beliau juga telah mensifatkan penggunaan simim plaster di dalam merawat penyakit patah.

Karya-karya Al Razi yang penting

Ensklopedia kedoktoran “Al Hawi” yang ditulis di dalam 10 jilid dan mempunyai 24 rencana. Ianya dianggap sebagai rujukan terpenting di kurun pertengahan, buku ini telah sempurna diterjemahkan ke bahasa Latin selepas kematian beliau oleh seorang Yahudi, Faraj b. Salim atas arahan Charles of Ango, raja Secili pada tahun 678 H/ 1279 M. Buku terjemahan ini telah diterbitkan atas nama Ad Mansorum.

“Al Fusul”, yang merupakan buku pandangan beliau secara individu. Ianya dipenuhi dengan kajian-kajian yang bermutu, nasihat yang bernilai dan teristimewa kerana ketelitian disudut analisanya.

“Al Majriyyat”, merupakan buku karanganya di sudut kedoktoran di awal kehidupanya di Baghhdan.

“Manafiu al Aghziyyah”, buku yang telah ditulis di dalam 19 bab yang membahaskan kemudaratan dan kemanfaatan roti, air, minumam (mabuk dan tidak mabuk), daging, ikan, susu, buah-buahan. Rempah ratus dan manisan.

“Al Tib Al Mansur”, yang telah ditulis di dalam 10 jilid. Di dalamnya beliau telah mensifatkan pembahagian manusia disudut pisiologi, penyakit di dalam dan kesihatan. Buku ini juga telah dihadiahkan kepada Al Mansur bin Ishak. Buku ini telah diterjemahkanke bahasa Latin dengan nama Continens dan dicetak beberapa kali.

Al Razi dan Kimia

Diriwayatkan beliau telah berjaya menguasai ilmu kimia dan membolehkan menukarkan sisa-sisa galian kepada emas, Ibn Khalkan menceritakan bagaimana AL Razi telah menulis buku besar menceritakan rahsia-rahisa ciptaan ilmu kimia dan dihadiahkan kepada Khalifah Al Mansur. Khalifah telah menghadiahkan kepadanya 1000 dinar sambil menyumbangkan alat-alat dan kelengkapan agar melaksanakan apa yang telah beliau tulis. Apabila usaha-usaha beliau tidak berjaya untuk menukar galian menjadi emas, khalifah telah memerintah agar beliau telah dipukul dengan kitabnya sehingga menyebabkan kitabnya itu hancur. Perubatan ini menyebabkan mata Al Razi menjadi buta dan waktu tersebut telah dihabiskan dengan membuat pembetulan didalam karya-karyanya.

Al Razi telah menghasilkan karya-karya di dalam ilmu kimia seperti “Khowasu al Asyak” dan “Sirru al Asrar”, antara sumbangan beliau yang lain ialah menghasilkan alkohol, asid dan cuba menentukan timbangan beberapa jenis jirim.

Al Razi dan Falsafah

Mengikut pendapat, beliau telah berguru dengan Al Balkhi dan falsafahnya pula diambil dari pendapat Alplaton dan Aclidus. Beliau banyak terpengaruh dengan Socrate dan Galinous tetapi akhirnya beliau telah merasa syak dan menghasilkan buku “Al Syukuk’ ala Galinous”. Al Razi juga menulis buku “Al Mabahis Al Syarqiah fi llmi al llahiyyat wa al Tobi’ iyyat” yang mana membahaskan pendapat-pendapat disudut kedoktoran dan falsafah yang wujud di zamannya.

Beliau telah menghasilkan 224 karya berbentuk buku dan risalah. Ulama-ulamak telah melebihkan Al Razi di bidang kedoktoran dari Ibn Sina tetapi melebihkan pula Ibn Sina di bidang falsafah.



IBN RUSHD (Averroes) (519 – 595H / 1125 – 1198M) – Bapa Falsafah

Beliau ialah Abu Al Walid Mohd b. Ahmad b. Mohd b. Ahmad b. Mohd, seorang ahli falsafah, astronomi dan doktor. Beliau telah dilahirkan di Cardova, Sepanyol dan meninggal dunia di Maracas, Morocco.

Ayahnya seorang qadhi dan ahli falsafah terkenal di Cardova. Ibn Rushd telah berguru dengan Ibn Bajah di bidang, falsafah dan berguru dengan ulamak-ulamak Maliki di bidang agama. Beliau dilantik menjadi qadhi di Cordova dan Seville dan kemudianya bekerja dengan raja Yusof b. Ya’akob sebagai doktor mengantikan Ibn Bajah. Setelah mendapat pandangan dari Ibn Bajah, beliau telah mentafsirkan kitab-kitab Aristo dan mempermudahkan nya sehingga mendapat gelaran “Pentafsir Agung Aristo”. Beliau telah diangkat menjawat jawatan tinggi di Cordovadan Maracas dan melaksanakan arahan dari pemerintah kedua-dua tempat tersebut. Tapi disebabkan tekanan-tekanan , beliau beberapa kali telah dipenjarakan, kitab-kitabnya dilarang untuk dibaca dan dibakar. Umurnya ketika itu mengjangkau k e angka 65.

Ibn Rushd dan Falsafah

Beliau sangat terpengaruh dengan pemikiran Aristo. Tafsiranya terhadapnya buku-buku Aristo mempunyai bentuk ringkas, sederhana dan panjang. Sarahan beliau yang berbentuk panjang merupakan yang pertama di kalangan orang-orang Islam. Beliau juga telah digelar dengan “Filosof Akal” dan “Filosof Agung Barat Bangsa Arab”.

Buku beliau telah mendapat sanjungan yang tinggi di Eropah ketika mereka keluar dari zaman kegelapan, tetapi perkara sebaliknya berlaku di timur kerana mereka berada di zaman penghujung. Sanjungan itu diterima semenjak kurun ke 8H/14M lebih-lebih lagi di Padova, Itali dan bukunya telah diulang cetak beberapa kali di Venezia, Itali.

Diantara karya-karya beliau di bidang falsafah ialah “Tahafut Al Tahfut” iaitu satu-satunya buku beliau berbahasa Arab yang melalui buku yang telah diterjemahkan ke bahasa Latin, “Paslu al Maqal fima baina al Hikmah wa al Syariah mina al Ittisal” dan “Bidayat al Mujtahid” adalah diantara kitab feqah karangan beliau.

Beliau juga menghasilkan karya-karya di dalam bidang kedoktoran seperti ensklopedia “Al Kulliyyaat” yang mana isi kandungannya antara lain mengkritik penulisan Ibn Zahr dan Ibn Sina. Ensklopedia ini telah diterjemah oleh Botakoza ke bahsa Latin di bawah nama Colliget pada tahun 653H / 1125M.

Di dalam bidang astronomi pula, beliau merupakan orang pertama menulis mengenai warna merah matahari ketika mana planet Utarid melintas di permunkaan matahari. Beliau telah melakukan pengintipan dan kajian ketika mana lintasan ini berlaku.



IBN SINA (Avicenna) (370 – 428H / 980- 1037M) – Bapa Saintis

Beliau ialah Abu Ali Al Husaini b. Abdullah, merupakan seorang filosof, doktor, ahli kimia, matematik, penyair dan ahli muzik. Beliau telah dilahirkan di satu tempat berhampiran Bukhara (Rusia) dan meninggal dunia di Hamdan, Iran.

Ayahnya bekerja di Bukhara di zaman Noh b. Mansur dan berkahwin dengan ibunya di sebuah kampung di Bukhara. Perkahwinan tersebut dikurniakan dua orang cahaya mata, Ibn Sina dan adiknya. Beliau telah diajar Al Quran dan mendalami ilmu keagamaan ditangan ulamak-ulamak besar ketika itu. Beliau dapat menghafal Al-Quran dan menguasai ilmu agama ketika umurnya belum menjangkau 10 tahun. Beliau kemudianya mempelajari ilmu kedoktoran ditangan Al Naili, Al Misi b. Yahya, Abi Sahl Al Masihi dan Abu Mansur Al Qamari. Tetapi beliau telah meninggalkan semua itu dan memperuntukan waktunya dengan menatap buku-buku, mendalami pembacaan dan menghasilkan kajian. Ketika itu beliau telah mencapai taraf kedoktoran yang tinggi yang menyebabkan beliau telah dipanggil untuk merawat penyakit gabenor Bukhara, Mansur b. Noh. Hal ini merupakan titik tolak bermulanya hubungan Ibn Sina dengan pihak istana.

Beliau cuba untuk mendalami falsafah tetapi tidak dapat memahaminya. Suatu ketika beliau berada di pasar, sorang penjual telah menyarankan agar beliau membeli buku karangan Al Farabi dengan harga cuna 3 dirham. Pada permulaanya beliau menolak rujukan tersebut kerana merasakan bidang tersebut tidak memberikan apa-apa faedah. Apabila beliau tidak dapat menolak pujukan penjual tersebut maka beliau membelinya dan mula membaca isi kandunganya. Akhirnya beliau telah dapat memahami kandungan buku tersebut dan dapat menghuraikan segala permasalahannya. Dengan perasaan yang penuh gembira beliau telah bersedekah pada fakir miskin keesokan harinya.

Semenjak kecil lagi beliau terkenal dengan kepintaran akalnya, kuat ingatan, berkebolehan melakukan analisa dan berkemampuan untuk membuat kerja dan kajian. Beliau akan berusaha untuk sampai ke akar umbi permasalahan dan sanggup berjaga sepanjang malam. Beliau terkenal dengan tahan uji dan sanggup berhadapan dengan kesusahan.
posted by Mohd Nazri Amir Hamezah @ 2:22 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
:: mY LiFe ::





:: Nama::
Mohd Nazri Bin Amir Hamezah
:: Pengajian ::
Graduan Kuliah Usuluddin Syukbah Tafsir University Al Azhar Mansurah,Egypt :: Dilahirkan ::
Pada 4 ramadhan 1400 Dihospital Kota Bharu
:: Cita-cita::
Mati Dalam Mempertahankan Hak-hak Islam
:: MaKhzAn ::
:: ArTiKeL ::
:: WeBsItE ::
:: BiLanGaN MaSUk ::
Wahai kawanku, Segeralah tunaikan solat di awal waktu Dikala mendengar azan Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan Di situ ada sumber pertolongan Di situ ada sumber taufiq Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. ... dimulakan dengan menyebut solat di awalnya Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat... Juga di medan perang. Walaupun... Di saat genting dan cemas.

:: aL AzHar UniVersItY ::
:: RuJukAn ::
:: Haribulan ::


:: CerIa ::