DATO' SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG, Presiden PAS, dikenali sebagai seorang tokoh ilmuan dalam bidang ilmu agama. Namun tidak ramai mengetahui bahawa ulama yang menetap di Kampung Rusila, Marang, mahir dengan perkembangan teknologi maklumat (IT). Beliau menguasai ilmu IT dan menggunakan peralatan moden sejak lebih 20 tahun lalu. Ikuti sembang-sembang MOHD RASHIDI HASSAN dengannya, di pejabat beliau, di Jalan Pahang Barat, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Sejak bila mendekati IT?Saya mula belajar IT bermula tahun 1984. Masa itu guru komputer saya, Yusof Lee. Mouse pun tidak ada, lap top pun tidak ada, saya guna komputer jenama IBM. Guna komputer versi bahasa Inggeris atau Arab?Mula-mula bahasa Inggeris. Beberapa bulan selepas itu rakan-rakan di Amerika menghadiahkan saya komputer Macintosh, jenama itu saja yang ada bahasa Arab. Masa itu Macintosh jenis yang ada beg. Buku pertama saya, Aqidah Muslimin, sebahagiannya guna mesin taip lama, bakinya Macintosh. Bila mula guna lap top?1986, kalau tidak silap, ketika kami sertai program pelajar di Amerika. Saya ajak Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin tengok kedai komputer, tetapi dia buat tak tau saja (ketawa). Hari ini dia terlebih advance (ketawa). Apa yang menarik di situ?Masa itu kami di Chicago. Saya pergi survey lap top. Saya tengok sebuah printer, kecil sahaja, sama besar dengan lap top. Lap top sekarang.Fujitsu S2020 yang terbaru. Lap top sebelum ini.Oh ... ada banyak. Lap top banyak jenis. Komputer pun banyak jenis. Jenis IBM, Toshiba, macam-macam, saya ini heavy user, saya guna sampai rosak (ketawa). Mana-mana pergi, dalam dan luar negara saya bawa lap top. Selain lap top apalagi yang dibawa?Dulu saya bawa CD. Saya bawa hard disk extra (IBM Travellers). Juga bawa thumb drive. Apa ada dalam hard disk itu?Banyak. Ada lebih 8 ribu kitab. Semua disiplin ilmu, segala jenis ilmu yang ditulis ulama silam. Semua dalam bahasa Arab. Saya menulis buku, jadi senang hendak buat rujukan. Contoh, ilmu apa yang ada?Seperti tafsir, fikah, akidah, sastera Arab, politik, sains dan teknologi, ensaiklopedia, kamus, sejarah dunia, sejarah tokoh-tokoh silam, perbandingan antara agama dan lain-lain. Contohnya macam Kitab Bidayah Wanihayah (mengandungi sejarah semua tamadun termasuk purba, Babylon dan sebagainya) ada 14 volume. Hampir semua disiplin ilmu ada. Sejak bila mengunakan internet? Sejak 1990-an. Masa itu, di Malaysia internet baru digunakan.Saya buka internet setiap hari. Biasanya selepas solat subuh, selepas ceramah dan kadang-kadang ada masa selepas asar pun saya buka. Laman web yang selalu dikunjungi.Sudah tentu yang kita punya (ketawa). Harakahdaily, ini saya wajib tengok. Saya juga buka laman Islamonline dan al-Jazeera (versi Arab). Juga laman-laman web berbahasa arab seperti al-Mokhtasar. Mengapa laman tersebut?Sumber berita yang sahih dan cepat. Al-Jazeera juga cepat dan Islamonline juga bagus. Manfaat daripada IT.Ilmu, permudahkan komunikasi. sebagaimana Hadis Rasulullah s.a.w, “Kebijaksanaan itu adalah sesuatu barang tercicir (yang hilang) bagi orang-orang yang beriman. Maka di mana sahaja ia menjumpainya, maka hendaklah ia mengambilnya.” Nasihat kepada pemimpin, ahli PAS.Saya mahu semuanya mendalami ilmu IT. Membudayakan ICT dalam kehidupan. Khususnya para ulama. Saya tidak mahu kita ketinggalan di zaman celik komputer sekarang. Jika kita lambat, kita akan ketinggalan. |