:: PeNenang JiWa :: |
|
:: BoIkOt :: |
|
:: TaQwIn :: |
|
:: MaSa ItU EmAs :: |
|
:: LiNk :: |
|
:: SoKonGan :: |
|
|
:: IkAtAn kAsih :: |
|
:: WeBsItE :: |
|
:: Ip DeTecT :: |
| |
GERAKAN ORIENTALISME DAN HUBUNGANNYA DENGAN KRISTIANISASI DI DUNIA ISLAM |
Saturday, June 09, 2007 |
Firman Allah Azza Wa Jalla yang bermaksudnya:
"Patutkah orang-orang (Munafiq) yang hati mereka berpenyakit (syak/agu-ragu) :menyangka bahawa Allah tidak akan mendedahkan perasaan dendam dan hasad dengki mereka ( erhadap Nabi Muhammad SAW dan umatnya)? .Dan sekiranya Kami mahu ,tentulah Kami akan memperkenalkan mereka kepadamu (wahai Muhammad), lalu engkau tetap akan mengenali mereka dengan tanda-tanda (yang menjadi sifat) mereka;dan demi sesungguhnya ,engkau akan mengenali mereka dari gaya tutur kata mereka dan ( ingatlah bahawa),Allah maha mengetahui segala yang kamu lakukan." (Surah Muhammad: 29-30)
Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Setap bayi dilahirkan dalam (lingkungan) agama ini (Islam),;sehinggalah lidahnya petah mengungkapkan (hakikat) dirinya. (Sebenarnya) ibu-bapanyalah yang menjadikannya Yahudi atau Nasrani atau Musyrik. Para Sahabat bertanya, Ya Rasulullah bagaimana pula halnya orang yang sebelum ini (sebelum Islam diturunkan). Baginda menjawab :Allah lebih tahu apa yang mereka lakukan." (Hadith Riwayat Ahmad)
Pendahuluan
Kemelut berfikir di kalangan umat Islam ternyata masih belum berakhir. Akhbar dan media massa selalu sahaja mengejutkan umat dengan berbagai bentuk tulisan dan pola pemikiran yang sekular, meterialistik, pragmatik dan sebagainya yang membelakangkan nilai serta norma yang paling teras dalam masyarakat Melayu iaitu Islam. Persepsi Islam di kalangan segolongan cendikiawan bukan merupakan asas untuk menilai sesuatu; samada perkara atau gejala. Jika uniform anak-anak sekolah dibincangkan, maka yang menjadi asas penilaian adalah aspek ekonomi dan psikologinya sahaja. Kalau soal pembangunan yang dibincangkan maka yang dilihat adalah aspek teknologi dan pragmatiknya sahaja, tanpa melihat sudut agamanya. Islam bagi sesetengah pihak bagaikan bayang yang tidak punya kenyataan. Ia bukan suatu perspektif yang patut disorot.
Mengapakah pertimbangan Islam selalu dilupakan atau disingkirkan oleh elit muslim berkenaan. Sudah tentu persoalan ini perlu dicarikan jawabannya oleh mereka yang prihatin. Permasalahan inilah barangkali yang disebabkan oleh agen-agen imprealis dari segolongan orientalis, journalis, akademis, zionis, pendia'yah kristien dan kuncu-kuncunya.Oleh itu wajarlah disorot peranan golongan di atas secara terpeinci agar dapat dicari jalan yang sesuai untuk mengatasinya.
Dalam kesempatan yang terhad ini penulis hanya menyorot peranan orientalis dan gerakan kristianisasi secara khusus untuk memenuhi hasrat penganjur simposium. Selaras dengan tujuan itu kertas ini akan membincangkan pengertian orientalisme, peranan orientalis, motivasi penyimpangan mereka, kesan gerakan orientalis dan kristianisasi terhadap umat Islam dan akhirnya langkah-langkah menghadapi gejala serta masalah yang dihasilkan oleh gerakan tersebut.
I . PENGERTIAN ORIENTALISME
Orientalisme atau dalam bahasa Arabnya disebut " Al Istisyraq" adalah ilmu tentang Timur atau hal Ehwal Ketimuran, lebih jauh ia adalah kegiatan atau pengkajian berhubung dengan ehwal Ketimuran, sejarah, keyakinan penduduk di sebelah Timur, susun lapis penduduk, lokasi, persekitaran tabi'enya, bahasa, gaya pertuturan, watak dan syahsiyyah mereka. Kajian ini menyelidiki aliran pemikiran tradisi dalam pelbagi bentuk, untuk pelbagai tujuan. Dalam konteks yang berlainan ada pula pandangan yang mengatakan bahawa Orientalism sebagai sebuah disiplin ilmu yang mempunyai methodologi yang tersendiri. Ia dipengaruhi oleh faktor luaran yang berfungsi sebagai dasar atau tujuan kewujudan dan operasinya.
Gerakan Orientalism ini dipelopori pada mulanya oleh para Mubaligh Kristian dan Paderi untuk tujuan mendakyahkan agama Kristian .Tetapi akhirnya bergandingan dengan kehadiran Imperialisme barat ke Dunia Islam untuk mengukuhkan penjajahan mereka ke atas negara-negara jajahan tersebut.
Dr Hamdi Zaqzuq menegaskan: "Terdapat suatu kesefahaman mutlaq di kalangan mubaligh Kristian kurun ke 13 tentang betapa perlunya menguasai bahasa-bahasa orang Islam.Seandainya mahu dijayakan usaha pengkristianisasi ke atas mereka .Persefahaman yang telah diterjemahkan dalam bentuk agenda bertindak ,itu merupakan faktor penting dalam perkembangan Orientalisme ,pada masa itu tidaklah mudah untuk memisahkan Orientalisme dengan Kristianisasi atau motivasi keagamaan .Motivasi keagamaan inilah menjadi pencetus utama bagi lahirnya Orientalismeî"
Kajian Ketimuran yang bercambah di Eropah di abad -abad pertengahan adalah didorong oleh pertentangan agama dan suasana perang Salib pada ketika itu.Pengaruh dan semangat untuk mengembangkan Kristian pada ketika itu jelas dalam nota rasmi pembentukan kursi pengajian Bahasa Arab di Universiti Cambrigde, England, yang bertarikh 9 Mei 1636 masihi oleh pengasasnya. Nota tersebut antara lain menyebutkan: "Kita sedar bahawa dengan usaha ini kita bukan sahaja bertujuan untuk mendekati kesusteraan yang baik untuk mendedahkan sebahagian besar ilmu pengetahuan yang ada kepada cahaya dan tidak membiarkannya terkatup dalam bahasa yang ingin kita pelajari sahaja akan tetapi kita juga sebenarnya bertujuan untuk mengajukan khidmat bakti kepada pemerintah dan negara memlalui perdagangan kita dengan negara-negara Timur, selain untuk mengagungkan tuhan melalui perluasan batasan gereja dari seruan kepada agama Kristian di kalangan orang-orang yang masih hidup dalam kegelapan. Antara Orientalist yang begitu mementingkan ajaran Ketimuran ini untuk tujuan pengkristianan ialah Roger Bacon (1214 - 1294 m). Beliau menganggap hanya melalui gerakan pengkristianan ini sahaja Dunia Kristian dapat diperluaskan. Selaras dengan tujuan ini, maka harus dipenuhi syarat berikut:
1. Memahami bahasa-bahasa penting.
2. Mengkaji jenis-jenis kekufuran dan mengenalpasti perbedaan antara satu sama lain.
3. Mengkaji hujjah-hujjah lawan agar dapat ditumpaskan.
Pendapat Becon dikongsi bersama oleh Raymond Lull (1235 - 1316 Masihi )yang ikut berjasa mewujudkan kursi pengajian bahasa Arab dipelbagai pusat pengajian di Sepanyol. Tujuan dari pembentukan kajian Ketimuran pada masa itu dan masa-masa selepasnya adalah Tansir (?غ?و?) atau kristianisasi seperti mana yang ditegaskan oleh Rudi Paret, seorang Orientalis Jerman yang terkenal. Perkara ini ditegaskan lagi oleh C.E Bosworth dengan ungkapan beliau :
Oleh yang demikian bolehlah disebutkan bahwa sejarah Orientalisme di peringkat awalnya adalah sejarah pertarungan antara dunia Kristian Barat dalam kurun pertengahan dengan Dunia Timur atau Islam dalam arena ideologi dan keagamaan. Menurut Al Jabri : "Peranan yang paling serius yang dijalankan oleh Orientalis dalam memerangi Islam secara amalinya ialah dengan membina rentetan pusat pengajian dari tadika hingga ke peringkat Universiti yang mendidik generasi baru umat Islam dari pelbagai lapisan khasnya peringkat yang mempunyai kelayakan kepimpinan yang tinggi dan sederhana.Mereka juga mengeksploit Profesion Kedoktoran ,Nurse serta Rumah Sakit dan Hospital Missionary. Untuk tujuan tersebut mereka hidup bergaul denagan orang Islam dan Arab di negara jajahan tersebut .Mereka cuba meyakinkan kepada orang Islam akan kebaikan tamadun Eropah yang palsu itu . Mereka mengajak ke arah pergaulan bebas, pendedahan aurat ,dekadensi moral atas dakwaan kebebasan diri atau personal,mereka mendakyahkan fahaman keliru seperti Sekularisme, Existensialism dan lain-lain.Orang yang menyahut seruan mereka akan dididik agar menafikan kerasulan Muhammad SAW.
Institusi agama, ekonomi dan politik di Barat kini memainkan peranan yang sama dengan peranan raja-raja Eropah masa lampau yang membiayai kerja Orientalis. Mereka mengajukan biasiswa dan bantuan serta hadiah yang banyak kepada golongan Orientalis.Yayasan Ford, umpamanya menganugerahkan bantuan yang besar kepada Richard Mitchell untuk menyiapkan tesis P.hd. nya mengenai Ikhwan Al Muslimin.
Sejarah Orientalism menunjukkan bahawa ia mempunyai hubungan kait yang rapat dengan 'needs and goals' golongan Kolonialism dan juga rencana missionary Kristian. Ianya berlanjutan sehingga ke hari ini dan sekarang ini sedang menjadi sebahagian dari strategi 'geo-political' kebanyakan kerajaan Barat dan perkhidmatan perisikan mereka untuk mengkaji serta menyusun strategi bagi menghadapi Islam.
Orientalis melalukan berbagai jenis peranan pada masa dahulu dan sekarang. Peranan ini perlu kita fahami dengan jelas. Untuk itu ada baiknya kita huraikan peranan-peranan tersebut.
II . Peranan Orientalis
Meskipun ada golongan Orientalist yang berusaha untuk menonjolkan dampak objektiviti dalam kajian mereka dan kita tidak menafikan akan sumbangan positif mereka dalam bidang bahasa dan lain-lain namun rata-rata peranan mereka tidak banyak berubah dari zaman dahulu.
Antara peranan yang mereka lakukan ialah:
1. Melemahkan Bahasa Arab Fushah untuk digantikan dengan bahasa 'Amiyyah' atau 'Colloquial Language' .
Dengan cara ini kesepaduan dan kelancaran hubungan antara Arab sesama Arab dan bukan Arab akan semakin sulit. Dalam masa yang sama mereka juga akan melemahkan Bahasa Arab itu sendiri. Dalam tahun 1980 orang-orang Keturunan Barbar di Universiti Morocco menimbulkan tentang perlunya dibina kursi Pengajian Bahasa Barbar di Universiti tersebut. 2. Menjalankan kajian mengenai "Firq" Islam atau kumpulan -kumpulan Islam. Kajian-kajian tersebut rata-rata tidak objektif dan sebenarnya memendam tujuan-tujuan tertentu iaitu antara lain melebarkan lagi lagi jurang ketidak persefahaman antara umat Islam .Umpama tulisan S.de Sacy (1758 - 1838 ) mengenai Druz dan agama mereka dan lain-lain.
3. Membuat periwayatan palsu secara bertahap.
Kadang-kadang ada Orientalist yang meriwayatkan sesuatu berita palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah atau Al-Qur'an. Ia menyatakan bahawa teks yang ditemuinya ini belum ada dalil yang menguatkannya atau tidak diketahui tarikhnya . Kemudian datang pula Orientalist lain yang mengutip periwayatan itu tanpa menyebut tentang status keraguannya. Selepas itu datang pula Orientalist lain yang menyatakan bahawa ianya memang sah dan terbukti Shahih. Demikianlah hal ini dikutip seterusnya oleh penulis -penulis kebelakangan.Mereka terus merumus dan menyimpulkan sesuatu pengertian daripadanya.
4. Memejamkan mata terhadap fakta kebenaran.
Adakalanya para ilmuan terkenal dan penulis ternama dalam konteks pengajian yang serius menulis kajian perbandingan mengenai bangsa dan agama sengaja memicingkan mata mengenai pandangan Islam dalam konteks tertentu.Mereka hanya menulis sekadar sekelumit dan itupun aspek yang tidak penting untuk menunjukkan betapa Islam sebagai agama yang tersisih dan tidak perlu disorot. Umpamanya S.K Northobs dalam kajiannya yang bertajuk 'Kajian Mencari Persefahaman Dunia' yang mengandungi 496 halaman hanya menyentuh mengenai Arab dan orang Islam sekitar 12 halaman sahaja. Walhal mereka merupakan kumpulan ketujuh yang terbesar menjadi penghuni dunia ini. Begitu juga Betrand Rusell dalam bukunya Sejarah Falsafah Arab.
5. Mencari-cari riwayat dhaif dan mungkar.
Adakalanya juga para Orientalis yang sengaja mengambil riwayat yang Dhaif yang memang ditolak oleh ulama? Islam. Riwayat Al Waqidi yang ditolak oleh Syafi?e dan Ibnu Khaldun di diterima sebagai benar walhal adalah sebaliknya. Ada Orientalis yang mengatakan bahwa "Hukum Berubah Mengikut Perubahan Masa" sebagai hadis nabi walhal ia adalah imbasan daripada pendapat Imam Malik R.A yang mengatakan: "و?? ططغ?? عغ ?ط? ??و? ?ع???? ع? و???µغ عغ ?????" Peryataan tersebut sebenarnya merujuk kepada persoalan fatwa dalam hal-hal yang tidak ada nas Qa'tie mengenainya dalam hukum Islam.
6. Menggunakan ukuran kebendaan
Di antara kesilapan Orientalis lagi ialah mereka sering menggunakan ukuran kebendaan dalam mengukur nilai - nilai ruhaniah Islam. Walhal itu adalah suatu yang amat tidak sesuai.
7. Bersemangat mulhid dan meragui kebenaran Nabi.
Segolongan Orientalis adalah 'Free Thinker', Atheis dan menentang agama. Mereka menolak sama sekali saranan agama dan idealismenya ,sebab itulah mereka tidak teragak-agak mencemoh agama dan mendustakannya. Ini jelas apabila mereka menyerang Nabi Isa dengan mengatakan beliau gila .Begitu juga bila mereka merendah-rendahkan Nabi Muhammad S.A.W. Mereka bukannya pengkaji yang objektif. Mereka memang sengaja mahu menghina dan memperkecilkan Nabi Muhammad SAW. Voltire umpamanya mengarang drama bertajuk 'fanatik' dalam tahun 1718 untuk menyerang Nabi Muhammad SAW. Beliau menghadiahkan kerjayanya itu kepada Pope Benwa Ke-empat belas. Semangat seperti ini juga mempengaruhi penulis seperti Taha Husin dan lain-lain.
8. Melakukan serangan secara tidak langsung.
Kadangkala Orientalis menulis mengenai Muhammad SAW dan misinya terbagi di bawah tajuk lain.Namun dalam membicarakan tajuk tertentu mereka sempat memesongkan pembaca secara halus .Agnatius Kratsykoysky, Orientalis Russia menulis dalam bukunya Sejarah Geografi Sastera Arab "Bahawa Al Quran ialah himpunan ilmu pengetahuan yang diperolehi oleh Muhammad SAW melalui pendengaran . Ia merupakan contoh umum dalam bidang ini " .
9. Mengelirukan pembaca antara makna letral atau hakikat dengan metafora.
Bahasa Arab memang mengandungi maksud hakikat dan majaz atau metafora. Ada yang bersifat baku dan ada pula Amiyyah .Orientalis dalam menghuraikan maksud nas Al Quran atau hadith sengaja memutar balikkan perkara ini. Nas yang dimaksudkan makna letral dikatakan bermakna metafora. Begitu pula sebaliknya. Kadang-kadang yang dimaksudkan makna bakunya akan tetapi Orientalis mamahamkannya sebagai makna Colliqualnya. Ayat-ayat yang sering disalah fahami ialah seperti : ?ٍع• ?ط?°ٍعٍ??ُ ?ٍغٍ?فٍ? (?µ?? ?طغ????? :27) µٍ?ط?°ٍ?•?ِ ?ط•عٍ?•?ُµ?ِ (?µ?? ?ط?µ?:5) ?ٍطٍع• غٍ?•?ٍ?• طٍ?ٍ ?ٍ?•?ٍ?ٍ (?µ?? ?طغ???:1) 10. Penafsiran sejarah yang mengelirukan. Pengeliruan dalam memahami hakikat sejarah yang tersirat dalam Al-Quran kadangakala disebabkan oleh kejahilan terhadap sejarah. Umat Islam Arab dan keadaan sosial ekonominya sebelum Islam. Kratsykoysky umpamanya menjelaskan ; ( ?طغ??) sebagai perbedaan antara bulan Qamariah (perkiraan tahun yang mengikut edaran bulan) dengan bulan Syamsyiah ( perkiraan yang berasaskan kepada matahari), walhal ia bermakna penangguhan. Justeru menjadi amalan orang Arab menangguhkan Al Syuhur Al-Hurum (bulan-bulan yang dilarang berperang) untuk membolehkan mereka melancarkan peperangan dalam bulan haram (al-syahru al haram )tersebut. 11. Pemalsuan teks. Goldzher adalah antara Orentalis yang licik melakukan kerja seperti ini. Apabila Waki' mengatakan tentang Ziad bin Abdullah bahawa Ziad terlalu mulia untuk berdusta. Goldzher mengatakan Ziad meskipun orang yang mulia dalam hadis namun ia adalah pendusta. Waki' memuji Ziad. Beliau menjadikannya boleh dipercayai. Manakala Goldzher membayangkan sebaliknya.
12. Mentaliti orang Barat menjadi asas ukuran.
Jika sekiranya aliran berfikir saintifik lumrah menjadi asas pemikiran di Barat maka atas alasan tersebut nereka menolak mukjizat Rasul dengan alasan logik akal semata-mata. Mereka akan mentakwilkan fenomena ini dengan sesuatu yang boleh diterima logik akal yang terhad dengan menafsirkannya secara tabie dan enggan menerima sesuatu yang disebut luar biasa.
13. Menyemarakkan kemarahan orang-orang bukan Islam.
Kadangkala motivasi Oreintalis dalam kerja-kerjanya ialah untuk menyemarakkan rasa marah, dendam dan benci orang-orang Kristian dan Yahudi supaya semakin galak menakluki dunia Islam. Mereka akan memandang rendah terhadap umat Islam hasil daripada penulisan Orentalis tersebut. Dengan itu pertarungan antara Islam dan ajaran lain akan semakin sengit dan bergejolak.
14. Untuk memenuhi tujuan politik dan missionary Kristian.
Kadangkala kekeliruan disengajakan untuk memenuhi tuntutan Orentalisme politik dan missionary. Mereka memaparkan musuh Islam dengan imej yang mulia. Berperi kemanusiaan serta luhur. Sebaliknya orang-orang Islam dan tokoh-tokohnya tidak bersifat demikian. Ini dipaparkan kepada anak-anak orang Islam yang berguru kepada Orientalis tersebut. Jadi bila mereka pulang mereka membawa semangat yang membara untuk memerangi apa yang telah diajarkan oleh guru mereka sebagai kesesatan dan kelemahan Islam. Mereka laksanakan pesanan Oreintalis ini atas nama reformasi dan tajdid.
15. Merujuk Sumber-sumber Kristian
Adakalanya Orientalis menulis sejarah nabi dan tajuk-tajuk yang menyentuh Islam. Tetapi mereka merujuk sumber-sumber Kristian dan bukan sumber originalnya dalam bahasa Arab. Ini menyebabkan pembaca menjadi keliru dan salah faham.
Selain dari peranan di atas Orientalis juga berperanan menjadi mahaguru dipusat-pusat pengajian tinggi Barat yang menawarkan kursus-kursus pengajian ketimuran, Islam dan bahasa Arab. Menurut Al-Jabri terdapat sekurang-kurang enam puluh 'department' di universiti-universiti barat yang diketuai oleh mahaguru-mahaguru Yahudi . Mereka juga menjadi 'think-tank' kepada politikus barat dalam melakarkan polisi ekonomi, politik dan budaya terhadap negara-negara Islam dan negara-negara Dunia Ketiga.
Peranan diatas sebenarnya didorong oleh motivasi-motivasi tertentu dan latar belakang budaya yang melatari kehidupan orientalis berkenaan. Motivasi kenapa mereka melakukan kerja-kerja tersebut perlu didedahkan untuk meningkatkan kewaspadaan umat terhadap tipudaya mereka.
III. Motivasi dan sebab penyimpangan Orientalis .
1) Golongan Orientalis menyeleweng kerana pengaruh agama Kristian semasa kecil dan cerita-cerita karut yang dinyatakan oleh Paderi-paderi kerana hendak menonjolkan agama Kristian dan menjatuhkan Islam dan Rasulnya.
2) Ketiadaan keperihatinan atau kepekaan terhadap ajaran Islam yang sebenarnya. Ini kerana mereka rata-rata hidup di luar lingkungan Islam, hal mana menyebabkan mereka tidak mempunyai tanggapan yang betul terhadap Al Quran dan Hadis.
3) Tidak ada keikhlasan dan kemurnian niat dalam mengkaji aspek Ketimuran. Di samping itu mereka kurang mengkaji Metodologi dan displin ilmu-ilmu Islam seperti ilmu Mustalah Al Hadis, ilmu Al Rijal, Ilmu Usul Al Fiqh, juga ilmu Mantiq, sehingga menyebabkan mereka terpesong. 4) Adakalanya disebabkan oleh keinginan mereka mengambil masyarakat yang bukan Islam sebagai model denagn memburuk-burukan Islam di samping ingin melariskan jualan buku hasil tulisan mereka dalam masyarakat bukan Islam.
5) Usaha memburukkan Islam, mencaci rasulnya juga dilakukan atas dorongan untuk melemahkan pegangan umat Islam kepadanya kerana andaian bahawa Islam menjadi penghalang kemaraan Imprealisme budaya dan ketenteraan Eropah seperti yang diungkapakan oleh Gladstone, Lawrence Brown, Kalhan Simon dan lain-lain.
6) Mereka memburukkan Islam dengan menuduh Islam dikembangkan dengan mata pedang untuk mencemarkan kemurnian motif penyebaran Islam.Dengan demikian mereka menghalang kepesatan berkembangnya mesej dakwah Islam.
7) Mereka sengaja melakukan Provokasi kepada penulis -penulis Muslim agar mereka melatah dan menampilkan jawapan sebaliknya sehingga melupakan peranan murni Islam sebagai Aqidah yang dinamik sekaligus sebagi gerakan menyeluruh untuk membebaskan manusia dari kongkongan sistem atau rejim yang menyekat penyebaran Islam.
8) Dalam laporan Suruhanjaya Buruh Maghribi di Eropah Sikand: berkata Islam dalam semangatnya yang khusus merupakan suatu kekuatan yang bercanggah dengan kepentingan hasrat dan citarasa kita.Kekuatan ini boleh dilumpuhkan namun tidak mungkin dapat dikawal selama-lamanya.Oleh itu,adalah baik untuk kitra berusaha setakat yang terdaya agar meremehkan /mengurangkan perananya di kalangan bangsa -bangsa yang tunduk di bawah kekuasaan kita. Seorang orientalis lain berpendapat : Untuk kepentingan kita, kita mesti memastikan bahawa pembangunan orang Islam adalah di luar dari paradigma Islam.
9) Kadangkala kesalahan Orientalis adalah disebabkan kejahilan mereka tentang sesuatu perkataan seperti perkataan ‘Al-Asr’, mereka memahaminya sebagai Al-Mu’asarah (?طع?????) dalam konteks ‘Colloquiel Language’ atau Kontemporari. Sedangkan yang dimaksudkan adalah pada masa tertentu. Kadang-kadang mereka fahami perkataan Al-Sa’id (?ط??و?) sebagai (?ط??و?) sedangkan yang pertama ialah nama satu daerah di Mesir manakala yang kedua bermakna bahagia. 10) Tidak jarang pula kesalahan mereka kerana meraka begitu lama bergelumang dengan budaya totok masyarakat Barat sehingga penafsiran mereka terhadap fenomena Sosial dan sejarah Jahiliyyah dan Islam mereka lakukan dengan kacamata @ ukuran Barat. Walhal terdapat perbedaan yang nyata dari sudut watak. Budaya, Masa dan Lingkungan.
11) Adakalanya pula, dalam menulis sesuatu mereka cuba menimbulkan kejijikan pembaca kepada Budaya hidup orang Islam masa kini dan masa lampau ,umpamanya dalam penulisan sejarah dan perjalanan ,mereka menggambarkan corak hidup umat Islam sebagai ketinggalan zaman, manakala adat dan tradisi mereka begitu mundur.Ini dapat kita lihat dalam penulisan Safari apabila menangisi kematian pejuang Kafir Quraisy, juga ketika ia menceritakan bagaimana wakil Quraisy datang menemui nabi dan memegang janggut nabi dalam peperangan Hudaibiyyah. Acapkali pula mereka menggambarkan secara dusta gambaran buruk terhadap tokoh-tokoh Islam dan silam untuk memperkecil kehebatan dan kewibawaan mereka dan Islam itu sendiri.
12) Kadangkala Orientalis menulis untuk memecah-belahkan umat melalui penampilan aliran-aliran pemikiran Barat yang bersimpang siur atau mereka menangani konsep-konsep Islam yang dahulunya dapat menyatupadukan umat Islam agar tidak lagi berfungsi.Mereka tahu bahawa umat yang berpecah belah dari segi pemikiran bukan sahaja tidak mungkin dapat bersatu padu dari sudut politik dan Ekonomi bahkan juga dari sudut ketenteraan. Inilah faktor yang memudahkan penjajah menguasai dunia Islam pada masa dahulu.
Menurut Ahmad Ghorab, seorang penulis yang mengkaji peranan Orientalis bagi menghancurkan Islam, 'Distortation' yang dilakukan oleh golongan Orientalis mempunyai dua objektif yang khusus;
A) Untuk menimbulkan kebencian terhadap Islam di dalam minda dan pemikiran golongan bukan Islam. B) Untuk melemahkan umat Islam dengan menimbulkan keraguan mengenai aqidah ,tradisi kenabian serta sejarah Islam yang mengakibatkan umat Islam menolak kesyumulan Islam.
Umat Islam kini harus sedar akan peranan yang dimainkan oleh agensi -agensi berita antarabangsa dalam usaha "propaganda" mereka untuk memesongkan ajaran Islam yang sebenar.Agensi-agensi berita anrabangsa yang terbesar seperti Asosiated Press (AP), Reuters dan United Press International ( UPI) menggunakan teknik "disinformation" untuk menyalurkan berita kepada masyarakat umum. Agensi-agensi berita ini di samping mencerminkan kepentingan negara Zionis Israel ,juga turut manjadi platform golongan Orientalis bagi menyebarkan berita yang boleh meragukan serta menanam sifat kebencian kepada ajaran Islam kepada umum.Golongan Orientalis ini juga turut memperkenalkan istilah-istilah yang ëmenggerunkan? seperti "Islamic Terrorist" dan "Islamic Bomb" ,yang mempunyai kaitan rapat dengan kumpulan fundamentalisme Islam, Fanatik Islam dan Extremis Islam. Kategori yang diberikan ini meletakkan seolah-olah kelompok Islam ini sebagai golongan yang "sesat dan merbahaya" kepada masa depan toleransi peradaban antara barat dan Islam .
Pandangan ini lebih jelas ialah apabila kita meneliti 'teori Pertembungan Tamadun' yang di kemukakan oleh profesor dari Harward, Samuel Huntington yang menggambarkan abad yang ke 21 akan menyaksikan peperangan diantara Gabungan Islam-Confucious dengan Barat i.e. Kristian. Islam diletakkan di 'kandang orang salah' dan secara tidak langsung teori Huntington ini mahu meniupkan kembali semangat Salibiah yang berusaha untuk menghapuskan Islam dari muka bumi ini lebih 900 tahun yang lalu. Ia seolah olah mahu menggerakkan kembali dunia barat (Kristian) agar bersiap untuk menghadapi ancaman Islam yang dipelopori oleh kelompok 'Fundamantalis dan Ekstrimis' ini. Yang nyata teori Hungtinton ini mempunyai kaitan rapat dengan polisi luar kerajaan Amerika syarikat bagi mengekalkan hegemoni politiknya sebagai kuasa utama dunia. Polisi 'The New American Order' dengan agenda 'penjajahan ekonomi' sebagai teras terpenting terutamanya di negara umat Islam akan berterusan."Puppet Leadership" yang diwujudkan di kebanyakan negara umat Islam yang kaya dan berkedudukan strategik jelas membuktikan polisi ini adalah untuk kepentingan ekonomi dan politik Amerika Syarikat serta sekutu terapatnya Israel.
IV) Kesan Gerakan Orientalisme dan Kristianisasi Tiada diragukan lagi bahawa kesan penjajahan mental dan budaya lebih sukar untuk dirawat, berbanding penjajahn meliter. Kesan dari kerja-kerja orientalis dan Kristianisasi memang banyak. Antaranya ialah :
1. Kerancuan Akidah
Di Mesir umpamanya, umat Islam dikejutkan oleh berbagi telatah kebaratan yang amat menyolok. Antara yang terakhir ialah hukuman murtad yang dijatuhkan oleh mahkamah Mesir terhadap seorang terpelajar; Dr. Nasr Abu Zaid yang menafikan kerasulan Muhammad, hukum hudud dan lain. Di Bangladesh umat Islam berhadapan dengan manusia seperti Taslima Nasrin. Di England umat dikejutkan dengan Salman Rushdi, di Amerika dengan Rashad Khalifa sementara di negara kita umat dikejutkan oleh golongan anti-hadis dan berbagai lagi gejala dan figure lain yang menjadi mangsa gerakan jahat ini.
2. Kekeliruan minda atau penyimpangan pemikiran.
Umat Islam khasnya setengah golongan elit budaya, pemikiran, sasterawan, wartawan, ilmuan terbawa-bawa dengan paradigma Judo Kristien dalam teori-teori, pandangan-pandangan yang mereka ajukan untuk menyelesaikan masalah umat.
3. Fahaman Sekularisme Yang Menular Dalam Amalan Politik dan Pendidikan.
Fahaman politik Michiavili, pragmatic, nationalistic dan bersifat kekinian dan liberal adalah menjadi asas pemikiran elit politik. Mereka menjadi watch dog imperialis untuk tidak mengizinkan sama sekali Islam memainkan peranannya di pentas politik.Perjuangan politik atas dasar Islam adalah haram dalam beberapa negara umat Islam.
4. Sistem undang-undang Barat menggantikan sistem perundangan tempatan.
Elite pemerintah di negara-negara umat Islam pasca penjajahan umumnya meneruskan sistem perundangan Barat. Mereka masih "beriman" bahawa undang-undang Islam tidak dapat memberikan keadilan berbanding undang-undang penjajah Inggeris atau Perancis. Lebih jauh mereka beri'tikad bahawa undang-undang Islam jika diamalkan akan membawa kepada kezaliman. Mereka yakin akidah mereka seperti ini adalah mewakili akidah yang betul. Manakala akidah yang sebenarnya adalah sesat.
5. Dasar Budaya dan amalan yang mengukuhkan faham Materialisme.
Budaya hedonism bercambah dengan pesat di negara-negara umat Islam, khasnya yang menikmati tahap kemajuan ekonomi yang baik. Faham kebendaan,korporatism, semangat untuk memperdagangkan apa sahaja eset yang ada begitu mempengaruhi hati budi umat. Media massa saban hari memperagakan cara gaya hidup mewah melalui iklan-iklan yang menggeliurkan. Para pemimpin kecil menunggu kesempatan untuk menjual kuasa pengundian kepada para pemimpin yang lebih besar dengan harga yang paling lumayan. Rakyat sendiri disunglap dan disuap dengan habuan kebendaan dalam membuat pemilihan pemimpin masyarakat atau negara.
6. Kepimpinan Elit dari golongan Modernis.
Masyarakat umat Islam rata-rata diperintah oleh golongan yang dididik khusus oleh penjajah untuk melanjutkan model politik, budaya dan ekonomi kapitalis. Mereka adalah golongan modenis, anak didik orientalis tokoh-tokoh penjajah atau yang ditatang oleh agen-agen penjajah. Melalui kepimpinan mereka yang berfaham liberal tentu akan lebih memudahkan kuasa ekonomi dan budaya penjajah kembali semula menangani nasib negara yang baru merdeka.
7. Terpinggirnya golongan ulama
Ilmuan tradisional yang mantap dalam ilmu syara' dan beriltizam dengan ilmu tersebut selalu dilihat sebagai golongan yang rigid dan tidak berguna. Semakin kurang komitmen mereka kepada tuntutannya semakin dianggap moderat dan boleh diterima oleh segolongan pemerintah. Golongan ulama yang liberal inilah yang kerap dijadikan alat menjustifikasikan tindakan politik sekular mereka. Manakala ulama yang luhur dan beriltizam dengan ilmunya adalah mereka yang selalunya terpinggir, sebagai balasan kepada kesetiaan mereka terhadap pronsip-prinsip agama. Mereka kerap menjadi sasaran fitnah media dan tindakan aniaya golongan penguasa.
8. Bertambahnya keadaan jenayah dan salah laku sosial.
Akibat dari dasar Liberalisme, pengenyahan Syariat Islam, dasar langit terbuka, faham materialism yang bercambah mengakar dengan teguhnya dalam tiap lapangan hidup, penyakit masyarakat semakin merebak dan menular. Kes bunuh, rogol, curi, rompak dan buang anak kian meningkat. Amalan bohsia, lepak dan berbagai macam bentuk salah laku belum berjaya ditangani oleh kebijaksanaan pentadbiran pihak yang bertanggungjawab. Gejala-gejala tersebut bagaikan sumpah laknat Ilahi kepada golongan yang engkar terhadap suruhannya iaitu golongan yang sering patuh menurut telunjuk dan saranan Nasrani dan Yahudi.
Kesan gerakan Orientalis, Zionis, Kristianisasi berlaku dalam berbagai badan dan organisasi, di dalam dan luar negeri.Di peringkat antara bangsa -umpamanya - ada agensi-agensi sosial di bawah pertubuhan tertentu yang menyarankan perubahan menyeluruh termasuk dalam nilai-nilai dan konsep kekeluargaan, akhlak, sosial dan lain-lain kepada kerajaan, badan-badan berkanun dan NGO di negara-negara Islam.
Daniel Pipes, seorang oreantalis yanmg banyak menulis dan mengkaji mengenai Islam serta diagung agungkan oleh seseytengah cendikiawan Islam adalah juga orang yang sama menulis satu dokumen mengenai "Muslim Fanatics and US Policy" . Di dalam dokumen ini, Daniel Pipes telah mencadangkan kepada kerajaan Amerika dan sekutunya di benua Arab agar mengambil empat strategi bagi menghadapi golongan fanatik Islam :
1) Mereka jangan sekali-kali memberi sebarang bentuk bantuan kepada golongan fanatik ini, tetapi terus mengadakan hubungan dengan mereka bagi memahami pemikiran serta menilai pengaruh mereka dari semasa ke semasa. 2) Mereka jangan sekali-kali membenarkan golongan ini terlibat dalam kerajaan terutamanya memegang jawatan-jawatan penting yang mana golongan ini akan menggunakan jawatan ini bagi melemahkan pengaruh serta kepentingan Amerika. 3) Di dalam menghadapi golongan fanatik ini, Amerika hendaklah hanya mengadakan hubungan dalam bentuk "Non- Public Contacts" dengan kerajaan negara-negara Arab yang di anggap "Friendly". 4) Amerika jangan sekali-kali membenarkan peminpin-peminpin negara Arab yang "Friendly" ini untuk menentukan 'kaedah dan kondisi' hubungan ini.
Menurut Dr. Ghazali Basri (1994), gerakan misionari Kristian mempunyai cara bekerja yang efisyen dan ‘modus operandi’ yang efektif. Network media massa mereka amat meluas dan mempunyai kepakaran bagi menjalankan penyelidikan yang berhubung dengan keperluan misionari. Bagi beliau, tuntutan-tuntutan yang di laksanakan oleh gerakan misionari di Malaysia adalah dalam bentuk ‘Modus viviendi’ iaitu dengan menyalurkan kehendak-kehendak mereka melalui pihak kerajaan. Ini jelas dengan penubuhan “Majlis Perundingan Agama-Agama’ yang ditubuhkan pada tahun 1983 dengan membuat tuntutan agar pemerintah Malaysia kembali memenuhi semangat Rukunegara. Bagi menghadapi ‘proses Islamisasi’ yang sedang berjalan di negara ini, golongan misionari ini telah menubuhkan ‘Christian Federation of Malaysia’ yang menyatukan Roman Catholics dengan seluruh gereja Protestant pada tahun 1986. Umat Islam perlu sedar bahawa kewujudan Kristian di Malayisia sebagai agama dan Kristianisasi sebagai satu ancaman yang boleh menggugat keutuhan dan kesucian Islam.
Menurut kajian yang di buat oleh D.B. Barret (1982), lebih dari 50% dari jumlah penduduk Malaysia adalah merupakan potensi sasaran golongan Misionari. Manakala jumlah penganut baru pada sepanjang tahun 1970an sahaja, pertambahan agama Kristian adalah 3.9. % dari jumlah penduduk manakala pertambahan Islam hanya 0.7%. Mereka menjangkakan menjelang tahun 2000 peratusan ini akan meningkat sebanyak 1.2% bagi agama kristian sedangkan Islam hanya 0.1% sahaja.
Hasil dari resolusi perhimpunan Christian Federation of Malaysia yang telah berlangsung di Kuala Lumpur pada tahun 19sahakan bagi memperbanyakkan lagi ahli politik yang ‘Christian committed” didalam kerajaan kerana melalui ‘Kuasa’ yang ada akan memudahkan lagi pergerakan mereka. Tunpuan yang di berikan adalah ke negeri Sabah dan Serawak dengan menwujudkan lebih ramai lagi pemimpin-pemimpin politik seperti Datuk Amar Stephen Yong dan Datuk Joseph Pairin Kitingan. Tumpuan khusus ini di berikan di Malaysia Timur ini selepas gerakan Misionari ini telah mencapai kejayaan yang besar di Indonesia dan Filipina Selatan.
Dalam menjayakan kerja khusus Kristianisasi ini para Mubaligh Kristian mempunyai strategi tertentu. Perkara ini ditegaskan dalam 'The Gospel and Islam " : 1978, Compendium, secara terperinci ( Lihat Lampiran )
V. LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGHADAPI PERANCANGAN OREANTALIS DAN KRISTIANISASI
Langkah yang pertama yang perlu bagi umat Islam adal;ah untuk mengenalpasti ancaman yang datang dari perencanaan ini, bagaiman ancamnan ini di tadsbir, dalam apa bentuk dan sumber-sumber yang ada pada golongan ini. Umat Islam perlu bukan sekadar mengetahui ancaman ini tetapi juga perlu menyebarkannya di kalangan umat Islam akan bahaya dan ancaman yang dimainkan oleh golongan ini.
Langkah kedua adalah perlunya di kalangan Ulama dan cerdik-pandai Islam supaya dapat berbincang dan menyusun strategi bagi menyebarkan penyelewengan orieantalis ini serta berusaha untuk meningkatkan penyebaran Islam terutama di dalam perspektif sejarah Islam dan tamadunnya. Institusi-institusi penyelidikan yang khusus menyelidik gerakgeri dan tektik golongan Orieantalis juga harus diwujudkan segera bagi menghalang penyebaran sebarang maklumat mengenai Islam di kalangan golongan orieantalis.
Langkah ketiga adalah bagi umat Islam membongkar konspirasi golongan oreantalis ini yang berselindung di bawah 'Islamic Research Centre' yang juga memperalatkan golongan cendikiawan Islam samada secara disedari atau sebaliknya. Pusat-pusat penyelidikan ini mempunyai pembiayaan kewangan yang banyak dari sumber-sumber yang memusuhi Islam dan mereka menggunakan cendikiawan Islam sebagai 'Fellow' atau rakan penyelidik mereka untuk megkaji Islam dengan lebih mendalam.
Bagi menghadapi ancaman gerakan Misionari pula, Dr. Ghazali Basri mencadangkan dua tanggungjawab utama kepada Umat Islam:
1. Umat Islam perlulah mendekati mereka dengan sehikmah mungkin.
2. Mereka serta kegiatan mereka perlu dibendung seberkesan mungkin.
Sebagai akhirnya sama-samalah kita merenung Firman Allah S.W.T. "Banyak dari kalangan Ahlli Kitab yang mahu menjadikan kamu kufur selepas kamu beriman, kerana perasaan dengki mereka terhadap kamu dan selepas kebenaran itu telah diperjelaskan kepada mereka." ( Baqarah : 109) "Dan golongan Yahudi serta ahli kitab tidak akan merasa senang selama-lamanya dengan kamu selagi kamu tidak mengikut agama mereka. Katakanlah pertunjuk itu dari Allah dan dariNyalah pertunjuk yang benar. dan jika kamu mengikut kehendak mereka ini selepas diberikan pertunjuk dari kamu, ingatlah sesungguhnya Allah tidak akan menjadi penolong kamu serta pelindung." ( Baqarah : 120) |
posted by Mohd Nazri Amir Hamezah @ 1:03 AM |
|
1 Comments: |
-
Salam..syukran ya akh..post nta yg ini mmbantu ana ntuk mjwb soalan peperiksaan final Islam dan Isu-isu Semasa pd ptg ini..=) Jazakallah..
|
|
<< Home |
|
|
|
|
:: mY LiFe :: |
|
:: MaKhzAn :: |
|
:: ArTiKeL :: |
|
:: WeBsItE :: |
|
:: BiLanGaN MaSUk :: |
|
:: aL AzHar UniVersItY :: |
|
:: RuJukAn :: |
|
:: Haribulan :: |
|
:: CerIa :: |
| |
Salam..syukran ya akh..post nta yg ini mmbantu ana ntuk mjwb soalan peperiksaan final Islam dan Isu-isu Semasa pd ptg ini..=)
Jazakallah..