NAFKAH DIRI UNTUK ISLAM: PMRAM dan Tepukan 31 Ogos <
HOME | QURAN | TAFSIR | GALERI | FORUM | VIDEO ONLINE | BUKU TETAMU

:: PeNenang JiWa ::
:: BoIkOt ::
:: TaQwIn ::
:: MaSa ItU EmAs ::
:: LiNk ::
:: SoKonGan ::

:: IkAtAn kAsih ::
:: WeBsItE ::
:: Ip DeTecT ::
    IP
:: SupPort ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

PMRAM dan Tepukan 31 Ogos
Wednesday, September 05, 2007



Pertama-tamanya kesyukuran ke hadrat Allah dan setinggi-tinggi penghargaan tahniah dan syabas kepada Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir kerana menyertai Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-50 yang diadakan oleh Kedutaan Besar Malaysia Kaherah. Majlis gilang-gemilang tersebut juga turut dihadiri oleh dif-dif terhormat yang terdiri dari wakil khas PM Malaysia ke Mesir, Tan Sri Dato' Mohammad bin Taib dan beberapa agensi kerajaan yang dijemput khas untuk menyaksikan sendiri sambutan hari yang gilang-gemilang tersebut di luar negara khususnya Mesir.


Kontijen PMRAM, satu kemenangan.

PMRAM telah menerima jemputan khusus daripada surat yang ditandatangani sendiri oleh insan yang begitu prihatin kepada PMRAM, Tuan Yang Terutama Dato' Zainal Abidin Abdul Kadir, Duta Besar Malaysia Ke Kaherah. Surat yang menjemput PMRAM untuk menyertai kawad kaki untuk Sambutan Kemerdekaan Kali Ke 50 di bawah anjuran Kedutaan Besar Malaysia Kaherah telah disambut baik oleh para pimpinan PMRAM yang telah bersetuju untuk menghantar pasukan kawad yang mewakili PMRAM.

Kontijen PMRAM adalah yang teramaiApapaun yang menarik untuk dikongsi bersama sahabat-sahabat sekalian adalah apabila acara perbarisan dan kawad kaki, walaupun PMRAM tidak berjaya merangkul anugerah-anugerah bagi pertandingan perbarisan tersebut, akan tetapi di sudut yang lain PMRAM telah berjaya membuktikan bahawasanya persatuan induk ini masih tetap utuh di hati dan mata semua mahasiswa lebih-lebih lagi kepada mahasiswa/wi yang diancam dan disekat untuk bersama dengan PMRAM.

Pada hari tersebut, kekuatan PMRAM terbukti apabila seluruh ahli stadium malahan kontijen-kontijen yang menyertai turut memberikan tepukan yang gemuruh menggamatkan seisi dewan sebagai satu bukti kukuh yang menunjukkan bahawa PMRAM masih disokong dan didokong oleh anak-anak Malaysia yang berada di Ardul Kinanah ini walaupun di sana pelbagai tribulasi dan provokasi telah digembar-gemburkan. PMRAM satu-satunya kontijen yang menerima tepukan gemuruh daripada seluruh ahli Dewan Madinat Nasr Al-Riyadhi.

Pihak Kedutaan Malaysia Kaherah dan dif-dif terhormat dari Malaysia juga turut sama memberikan tepukan tatkala diumumkan perbarisan dan kawad kaki kontijen PMRAM yang disertai oleh Badan Pengurus PMRAM yang diketuai oleh Presiden, saudara Hairul Nizam Mat Husain dan Badan Pengurus PMRAM yang lain diikuti oleh Pengerusi ataupun wakil Dewan Perwakilan Mahasiswa (DPM) dan seterusnya kadet kawad kaki di kalangan ahli di cawangan yang merangkumi jumlah keseluruhan melebihi kuota sebenar yang disyaratkan sebanyak 50 orang iaitu seramai 55 orang.

"Satu Fikrah Satu Amal" akan tetap memayungi PMRAMKumpulan Al-Wadi PMRAM juga turut dijemput untuk menjayakan lagi sambutan tersebut dengan mengadakan persembahan nasyid sempena kemerdekaan Malaysia ke 50 tahun. Selain itu juga pihak kedutaan menggunakan khidmat PMRAM Multimedia Centre (PMC) untuk melancarkan lagi sistem audio dan bunyi pada sambutan tersebut. Tahniah diucapkan kepada seluruh ahli PMRAM atas kejayaan ini membuktikan kepada masyarakat mahasiswa/wi bahawa PMRAM bukanlah seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.

Akhir kalam, dengan izin Allah, PMRAM akan terus mendapat sokongan dari kalian walau dengan apa cara sekalipun untuk terus menghulurkan kebajikan dalam pelbagai sudut selama mana keberadaan anak-anak Malaysia di perlembahan ilmu ini walaupun disekat dan diancam dengan hebat oleh pelbagai pihak. Allah sentiasa bersama orang-orang beriman yang sabar dan berdiri di landasan kebenaran. Tahniah dan syabas sekali lagi diucapkan kepada seluruh ahli PERSEKUTUAN MELAYU REPUBLIK ARAB MESIR (PMRAM).

Oleh: saudara Mohd Rasul bin Amat
Ketua Badan Kebajikan Dan Tabung Derma PMRAM 2007
http://pmram.org/
posted by Mohd Nazri Amir Hamezah @ 11:49 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
:: mY LiFe ::





:: Nama::
Mohd Nazri Bin Amir Hamezah
:: Pengajian ::
Graduan Kuliah Usuluddin Syukbah Tafsir University Al Azhar Mansurah,Egypt :: Dilahirkan ::
Pada 4 ramadhan 1400 Dihospital Kota Bharu
:: Cita-cita::
Mati Dalam Mempertahankan Hak-hak Islam
:: MaKhzAn ::
:: ArTiKeL ::
:: WeBsItE ::
:: BiLanGaN MaSUk ::
Wahai kawanku, Segeralah tunaikan solat di awal waktu Dikala mendengar azan Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan Di situ ada sumber pertolongan Di situ ada sumber taufiq Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. ... dimulakan dengan menyebut solat di awalnya Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat... Juga di medan perang. Walaupun... Di saat genting dan cemas.

:: aL AzHar UniVersItY ::
:: RuJukAn ::
:: Haribulan ::


:: CerIa ::