NAFKAH DIRI UNTUK ISLAM: Gigi Anda <
HOME | QURAN | TAFSIR | GALERI | FORUM | VIDEO ONLINE | BUKU TETAMU

:: PeNenang JiWa ::
:: BoIkOt ::
:: TaQwIn ::
:: MaSa ItU EmAs ::
:: LiNk ::
:: SoKonGan ::

:: IkAtAn kAsih ::
:: WeBsItE ::
:: Ip DeTecT ::
    IP
:: SupPort ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

Gigi Anda
Wednesday, June 27, 2007

Soalan-soalan lazim tentang gigi

Q: Saya memberus gigi setiap hari tetapi kenapa gigi masih rosak?

Kemungkinan besar cara anda memberus gigi tidak betul dan ini menyebabkan plak tidak dibersihkan dengan sempurna dan ini menyebabkan kuman merembeskan asid yang membuat gigi anda berlubang

Q: Kenapa gigi saya sensitif apabila saya minum air sejuk atau apabila terkena angin?

Terdapat beberapa sebab gigi anda boleh menjadi sensitif

1. Terdapat hakisan pada gigi anda akibat dari pemberusan gigi yang kuat dengan menggunakan berus gigi yang berusnya keras

2. Akar gigi anda terdedah akibat dari gusi anda telah menurun

3. Tampalan pada gigi anda bocor

4. Gigi yang mempunyai karies (berlubang)

Q: Adakah gigi saya menjadi nipis jika saya membuat pencucian gigi yang kerap di klinik gigi?

Tidak, pencucian gigi oleh doktor gigi hanya membuang plak dan karang gigi yang melekat di permukaan gigi anda dengan cara getaran. Gigi anda tidak boleh terhakis dengan cara ini.

Q: Kalau gigi tidak sakit mengapa perlu berjumpa doktor gigi?

Berjumpa dengan doktor gigi bukan hanya apabila mempunyai masalah gigi tetapi juga untuk mengelakkan dan mencegah daripada mempunyai masalah gigi. Dengan berjumpa doktor gigi,anda boleh pastikan yang gigi anda sihat dan bebas dari masalah. Gigi anda akan dapat bertahan lama sampai anda tua.

Q: Berapa kerapkah saya perlu berjumpa dengan doktor gigi?

Masa yang disarankan ialah setiap 6 bulan tetapi semuanya bergantung kepada keadaan gigi anda. Sekiranya anda tidak mempunyai masalah gigi yang teruk, maka 6 bulan adalah memadai. Tetapi sekiranya anda mempunyai masalah gigi, anda hendaklah mengikut saranan doktor gigi anda.

Q: Bolehkah gigi yang bergoyang kuat semula?

Tidak boleh. Gigi yang bergoyang adalah disebabkan oleh tulang yang memegang gigi telah diserap dan hilang sedikit demi sedikit. Tulang gigi tidak boleh tumbuh semula apabila telah diserap, sama seperti gusi.

Q: Adakah gigi yang sakit perlu dicabut?

Tidak semestinya. Ada perbagai pilihan lain untuk rawatan gigi yang sakit seperti tampalan sementara, tampalan kekal, rawatan saraf separa , rawatan saraf penuh atau pencucian gigi .Ini bergantung kepada keadaan gigi anda. Jangan lupa bertanya kepada doktor gigi anda tentang pilihan rawatan.

Q: Adakah saya tidak boleh berjumpa doktor gigi semasa mengandung?

Amat penting bagi ibu-ibu yang mengandung untuk berjumpa doktor gigi semasa mengandung. Disebabkan perubahan hormon, gusi ibu mengandung amat cenderung untuk mendapat keradangan gusi (gingivitis) yang menyebabkan gusi senang berdarah dan bengkak. Masalah ini dapat diatasi sekiranya penjagaan gigi yang betul diamalkan dan juga pembersihan mulut oleh doktor gigi dilakukan.

Q: Bolehkah saya mencabut gigi semasa mengandung?

Boleh,hanya pada usia kandungan 4-6 bulan sahaja. Pada awal dan akhir kandungan, pencabutan gigi tidak digalakkan kerana risiko yang tinggi kepada kandungan.

Q: Kenapa gigi saya tidak putih berseri seperti dalam iklan ubat gigi?

Kebanyakan warna gigi yang asli ialah putih kekuningan. Biasanya gigi mempunyai warna sedikit kekuningan di bahagian leher gigi yang berdekatan dengan gusi. Ini adalah kerana lapisan luar sedikit nipis berbanding bahagian lain dan menyebabkan lapisan dalam yang kekuningan terserlah. Ada beberapa sebab mengapa sesetengah orang mempunyai gigi yang sangat kuning/coklat.

1. Kesan sampingan ubat antibiotik tetracycline yang diambil oleh ibu mereka semasa mengandung 2. Kesan daripada flurosis (terlebih florida) 3. Kesan daripada menghisap rokok yang kerap 4. Kesan daripada minuman seperti milo, teh, kopi yang diambil secara kerap

Q: Selamatkah saya menggunakan pemutih gigi?

Sebaiknya pergilah mendapat nasihat dari doktor gigi sebelum menggunakan ubat pemutih gigi. Terdapat pelbagai jenis pemutih gigi yang terdapat di pasaran. Salah satu kesan sampingan bahan pemutih gigi ialah gigi yang menjadi sensitif jadi gunakannya dengan berhati-hati.

Disediakan Oleh : Dr Mohd Zaim Ibnu Abdul Aziz,Kuliah Pergigian University Mansurah,Egypt

posted by Mohd Nazri Amir Hamezah @ 1:35 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
:: mY LiFe ::





:: Nama::
Mohd Nazri Bin Amir Hamezah
:: Pengajian ::
Graduan Kuliah Usuluddin Syukbah Tafsir University Al Azhar Mansurah,Egypt :: Dilahirkan ::
Pada 4 ramadhan 1400 Dihospital Kota Bharu
:: Cita-cita::
Mati Dalam Mempertahankan Hak-hak Islam
:: MaKhzAn ::
:: ArTiKeL ::
:: WeBsItE ::
:: BiLanGaN MaSUk ::
Wahai kawanku, Segeralah tunaikan solat di awal waktu Dikala mendengar azan Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan Di situ ada sumber pertolongan Di situ ada sumber taufiq Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. ... dimulakan dengan menyebut solat di awalnya Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat... Juga di medan perang. Walaupun... Di saat genting dan cemas.

:: aL AzHar UniVersItY ::
:: RuJukAn ::
:: Haribulan ::


:: CerIa ::