NAFKAH DIRI UNTUK ISLAM: Selamat Hari Lahir ke 27 <
HOME | QURAN | TAFSIR | GALERI | FORUM | VIDEO ONLINE | BUKU TETAMU

:: PeNenang JiWa ::
:: BoIkOt ::
:: TaQwIn ::
:: MaSa ItU EmAs ::
:: LiNk ::
:: SoKonGan ::

:: IkAtAn kAsih ::
:: WeBsItE ::
:: Ip DeTecT ::
    IP
:: SupPort ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

Selamat Hari Lahir ke 27
Tuesday, July 17, 2007


Assalamualaikum ...




Syukur kepada Allah s.w.t kerana di saat-saat islam berada dalam keadaan yang terancam Allah masih memberi peluang kepada diri aku untuk terus hidup dan berjuang dalam agamaNya.Aku mengharapkan moga-moga saat pertempuran hebat antara islam dan kuffar ini akan memberi suatu yang pasti kepada pejuang agama Allah.


Entah mengapa hidup aku seringkali dimotivasikan dengan mujahidin yang berjuang dijalan Allah s.w.t,mungkin perjuangan yang mereka korbankan tidak ternilai besarnya berbanding aku yang sekadar menafkah diri utk perjuangan yang terlalu kecil kalau hendak dibandingkan dengan mereka.Tersentak seketika hatiku bila sebuah buku yang bertajuk 'Dagangannya dibeli Allah' hasil tulisan seorang mujahidin melayu sekitar thn 80-an dulu.Sewaktu itu tidak pernah terpikir dibenak pikiranku bahawa ada sebahagian kecil pemuda yang sanggup memperdagangkan kehidupan mereka utk islam tercinta.Al Syahid Fauzi seorang anak kelahiran kedah yang sanggup berhijrah kebum Afghanistan dan ditakdirkan Allah beliau mati ketika pertempuran dengan tentera rusia.Raut wajah yang tersenyum sekali lagi membuatkan hatiku merayu dan terus gelisah samada aku juga mampu berjuang bila aku berada dimedan yang sebenar.


Sekali pandang kehidupan yang aku lalui tiada apa yang istimewa aku lakukan untuk islam.Tetapi hari demi hari aku cuba memastikan setiap saat dan detik diri aku sentiasa dinafkahkan untuk perjuangan islam.Walaupun ianya sekecil zarah cuma,namun biarlah perkara itu menguntungkan kepada perjuangan agama islam.Kehidupan mujahidin yang terlalu sukar dengan mengharungi liku-liku kehidupan berpayungkan hutan dan berhujan peluru tetapi masih ada yang mampu mengharugi semua itu.Kenapa aku masih tidak mampu melawan nafsu dunia yang mengheret dan menjerat aku untuk terus hidup mengimpikan syahid diperjuangan.

Sampai bila islam akan kembali bersinar sepertimana di zaman Rasulullah.Adakah masih ada pemuda seperti Al Syahid Fauzi tadi?Adakah masih ada Al Azhar yang ingin syahid di medan jihad?Adakah masih ada pejuang yang ingin dagangkan diri mereka untuk islam?Fikir dan carilah dalam dirimu wahai sahabat-sahabat ....




Coretan ini aku lakarkan sewaktu menyambut harijadiku pada 17.7.****

posted by Mohd Nazri Amir Hamezah @ 8:57 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
:: mY LiFe ::





:: Nama::
Mohd Nazri Bin Amir Hamezah
:: Pengajian ::
Graduan Kuliah Usuluddin Syukbah Tafsir University Al Azhar Mansurah,Egypt :: Dilahirkan ::
Pada 4 ramadhan 1400 Dihospital Kota Bharu
:: Cita-cita::
Mati Dalam Mempertahankan Hak-hak Islam
:: MaKhzAn ::
:: ArTiKeL ::
:: WeBsItE ::
:: BiLanGaN MaSUk ::
Wahai kawanku, Segeralah tunaikan solat di awal waktu Dikala mendengar azan Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan Di situ ada sumber pertolongan Di situ ada sumber taufiq Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. ... dimulakan dengan menyebut solat di awalnya Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat... Juga di medan perang. Walaupun... Di saat genting dan cemas.

:: aL AzHar UniVersItY ::
:: RuJukAn ::
:: Haribulan ::


:: CerIa ::