NAFKAH DIRI UNTUK ISLAM: April 2008 <
HOME | QURAN | TAFSIR | GALERI | FORUM | VIDEO ONLINE | BUKU TETAMU

:: PeNenang JiWa ::
:: BoIkOt ::
:: TaQwIn ::
:: MaSa ItU EmAs ::
:: LiNk ::
:: SoKonGan ::

:: IkAtAn kAsih ::
:: WeBsItE ::
:: Ip DeTecT ::
    IP
:: SupPort ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

Murtad
Saturday, April 19, 2008
"

 Semakin berkembang pembangunan semakin betambahlah juga berita-berita murtad disana-sini. Masyarakat Melayu kita hari ini seolah-seolah tidak sensitif lagi dengan pencemaran kepada ugama yang di anuti mereka sendiri iaitu Islam.

Bagi sesetengah mereka, panduan hidup yang di tentukan dalam Islam bukanlah sesuatu yang penting dalam kehidupan seharian. Tidak kurang juga yang menganggap Islam sebagai penghalang kepada kemajuan diri yang mereka kejar. Bahkan ada juga yang lebih berani dengan mengatakan jika semua nak ikut Islam maka masyarakat Melayu akan ketinggalan di belakang bangsa-bangsa lain yang telah mencapai kemajuan.



Daripada sini maka wujudlah berbagai-bagai masalah masyarakat yang amat sukar untuk di selesaikan. Diantara masaalah tersebut ialah seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan wanita bukan muhrim, kelahiran anak-anak luar nikah, penagihan dan pengedaran dadah, curi, ragut, rompak, samun, pembunuhan, samada yang terancang atau tidak terancang serta yang lebih mamalukan lagi ialah keputusan menukar ugama bagi golongan Melayu Islam atau lebih popular dengan istilah MURTAD.


Dalam posting ini Wohgomok ingin menumpukan kepada perkara murtad dan keperihatinan pihak berkuasa serta masyarakat Melayu keseluruhannya. Nampaknya pihak berkuasa dan masyarakat Melayu kita hari ini lebih perihatin atau memberi tumpuan kepada kes-kes murtad yang telah berlaku, tetapi tidak kepada memikirkan cara untuk mengelakkan daripada berlakunya murtad dan apakah puncanya yang menyebabkan berlakunya murtad. Tuduh menuduh dan kutuk mengutuk sering terdengar apabila di beritakan berlakunya kes mutad. Contoh utama yang ingin Wohgomok kemukakan disini ialah kes Lina Joy yang baru-baru ini dihebohkan (bukan Jom Heboh) di media-media cetak dan elektronik. Bahkan ada yang berdemo apabila Lina Joy memfailkan kes di mahkamah untuk menghapuskan status ugama Islam yang tercatit didalam kad pengenalan beliau. Bagi pihak yang berkuasa pula beria-ia mempertahankan supaya status ugama Islam yang tercatit dalam MyKad Lina Joy tidak di hapuskan.

Dalam kes Lina Joy ini mungkin Wohgomok mempunyai pandangan yang sedikit berbeza dan bercanggah dengan pandangan umum (Kalau Wohgomok silap diharap saudara-suadara dapat membetulkannya, tapi diharap tidak mengutuk). Bagi Wohgomok, apalah yang di sibuk-sibuk sangat pasal status ugama Islam yang tercatat dalam kad pengenalan Lina Joy. Aqidah beliau sudah pun jauh dari Islam, bahkan beliau sudah tidak boleh di anggap sebagai seorang Islam lagi.

Kalau status ugama Islam di kekalkan dalam kad pengenalannya, mungkin suatu kekeliruan akan berlaku sekiranya Lina Joy didapati meninggal dunia di suatu tempat dimana orang tidak mengenalinya. Mungkin mereka akan kebumikan jenazah beliau di tanah perkuburan Islam, kerana status ugama simati hanya dikenali melalui kad pengenalan yang dijumpai. Sedangkan kalau mengikut hukum Islam, orang-orang yang telah mengishtiharkan diri sebagai bukan Islam atau murtad ini tidak boleh dikebumikan mengikut cara Islam bahkan perkuburannya juga mesti diasingkan.

Oleh yang demikian Wohgomok ingin mencadangkan kepada pihak yang mempunyai kuasa supaya tidak menyekat pertukaran status ugama yang tercatat dalam kad pengenalan orang-orang yang telah murtad tetapi hendaklah di masukkan status ugama yang sedang dianutinya pada ketika itu dengan menambah perkataan MURTAD didalam kurungan selepas status ugama yang di anuti. Sebagai chontoh, sekiranya seseorang Islam itu berpindah ke ugama Kristian, maka status ugamanya haruslah di tulis seperti ini, SATUS UGAMA: KRISTIAN (MURTAD). Biar padan muka dia, biar semua orang tahu bahawa dia adalah murtad.

Mungkin sifat semi panas baran Wohgomok dah bermula, tapi itulah yang Wohgomok rasakan salah satu perubahan yang perlu dilakukan demi maruah Islam.


- Salam dari Wohgomok

http://wohgomok.blogspot.com

posted by Mohd Nazri Amir Hamezah @ 9:17 AM   0 comments
:: mY LiFe ::





:: Nama::
Mohd Nazri Bin Amir Hamezah
:: Pengajian ::
Graduan Kuliah Usuluddin Syukbah Tafsir University Al Azhar Mansurah,Egypt :: Dilahirkan ::
Pada 4 ramadhan 1400 Dihospital Kota Bharu
:: Cita-cita::
Mati Dalam Mempertahankan Hak-hak Islam
:: MaKhzAn ::
:: ArTiKeL ::
:: WeBsItE ::
:: BiLanGaN MaSUk ::
Wahai kawanku, Segeralah tunaikan solat di awal waktu Dikala mendengar azan Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan Di situ ada sumber pertolongan Di situ ada sumber taufiq Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. ... dimulakan dengan menyebut solat di awalnya Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat... Juga di medan perang. Walaupun... Di saat genting dan cemas.

:: aL AzHar UniVersItY ::
:: RuJukAn ::
:: Haribulan ::


:: CerIa ::