NAFKAH DIRI UNTUK ISLAM: April 2006 <
HOME | QURAN | TAFSIR | GALERI | FORUM | VIDEO ONLINE | BUKU TETAMU

:: PeNenang JiWa ::
:: BoIkOt ::
:: TaQwIn ::
:: MaSa ItU EmAs ::
:: LiNk ::
:: SoKonGan ::

:: IkAtAn kAsih ::
:: WeBsItE ::
:: Ip DeTecT ::
    IP
:: SupPort ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

Membina Kekuatan dan Ketahanan Melalui Penghayatan Risalah Taa'lim
Saturday, April 29, 2006
1.Hassan al-Banna: Pengasas teori Amal Islami

Pembentukan manusia perlukan kepada manhaj. Manusia hari ini terutamanya orang –orang yang tidak mengenali Islam masih tercari-cari manhaj untuk membentuk manusia. Ramai para pemikir cuba membentangkan manhaj mereka ,hasilnya lahirlah pelbagai teori tentang pembentukan .Kita umat Islam sebenarnya tidak perlu lagi terpinga-pinga mencari manhaj kerana manhaj kita sudah ada ,bahkan sudah jelas iaitu Al-Quran dan as-Sunnah.
[1]Apa yang perlu kita memikirkan bagaimana untuk memahami dan memanfaatkan manhaj ini dalam kehidupan terutama didalam pembentukan manusia, masyarakat dan negara.
Sabda Rasulullah :

تركت فيكم أمرين لن تضلو بعد ما ان تمسكتم بهما:كتاب الله وسنة نبيه
“Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selagimana kamu berpegang dengan keduanya iaitu Al-Quran dan Sunnah”

Dulu ketika umat Islam terdedah dengan ancaman Muktazilah,Jabariah,Murjiah dan sebagainya yang cuba merosakkan pemikairan dan aqidah muslimin para aulama’ Islam dari kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah telah mengeluar teori aqidah Thahawiyah,Aqidah Wasitiyya,Fiqhul Akhbar dan sifat 20 yang menjadi benteng kepada ummat daripada serangan golongan-golongan sesat tadi.Teori-teori ini bukanlah satu ideology baru yang direka-reka oleh ulama’ tetapi ia adalah hasil pemahaman terhadap manhaj aqidah yang telah sedia ada di dalam Al-Quran dan as-Sunnah.
Di zaman mutaakhirin ini iaitu zaman ketiadaan khalifah Islamiyah, umat Islam terdedah kepada ancaman lebih besar dan lebih global.Serangan musuh datang dari segenap penjuru untuk melumpuhkan jiwa dan tubuh umat Islam dengan menjauhkan mereka daripada Islam.Natijahnya,pada hari ini kita melihat bukan sahaja aspek maddie umat seperti ekonomi.pemerintahn dan sebagainya yang di koyak-rabakkan oleh musuh tetapi dari aspek rohani (aqal,jiwa dan hati sanubari)yang merupakan aspek terpenting bagi manusia.
Umat Islam di zaman mutaakhirin ini perlu dibangunkan semula. Mereka mesti diajak untuk kembali semula kepada Islam yang merupakan kekuatan asal mereka .Imam Malik menyatakan :

لايصلح أمر هذه الأمة الا بما صلح به اولها
Usaha untuk membangunkan semula umat ini tidak akan menjadi kenyataan sekiranya “amal Islami “ tidak digerakkan dan para ‘amilin (pekerja Islam) tidak dibentuk.Sepatutnya semua ini ditangani oleh pemerintah Islam (khalifah)kerana ia adalah penaung bagi umat Islam .Tetapi oleh kerana system pemerintah Islam (system khalifah)juga diranapkan oleh musuh, maka menyebabkan umat Islam memerlukan kepada satu institusi yang lain walaupun hanya bersifat sementara untuk menggerakan amal Islami dan menjalankan usaha membentuk para pekerja Islam.
Dalam keadaan inilah Allah Taala dengan rahmatnya telah mengutuskan seorang mujadid iaitu Hasan Al-Banna yang telah menubuhkan Jamaah Ikhwan Muslimin dan meletakan amal Islami semasa dan juga teori pembentukan para amilin Islam.Kedudukan Imam al-Banna sebagai pengasas teori amal Islami semasa, memang diakui oleh para ulama’ diantaranya ialah Syeikh Mohd Ghazali dan Syeikh Said Hawa menyatakan :
[2]
حسن الينا واضع نظريات وحده هوالمرشح لطرح نظريات العمل الاسلامي المعاصر
العمل الأسلامي المعاصر..............فأنه يكاد يكون

Teori-teori pergerakan dan pembentukan yang diasaskan oleh Imam Al-Banna ini bukanlah satu ideology baru tetapi ia adalah hasil penelitian dan pemahaman terhadap manhaj pergerakan dan pembentukan yang ada di dalam Al-Quran dan as-Sunnah.

2.Risalah Ta’alim
Di antara hasil peninggalan terpenting Imam al-Banna menurut Syeikh Said Hawa ialah Risalah Ta’alim.Kandungan buku tersebut terdiri daripada dua bahagian:
Rukun Bai’ah
Kewajipan-kewajipan para pekerja Islam

Sasaran Risalah Ta’alim
Di dalam muqadimah kitab Risalah Ta’alim ini Imam Hassan menyatakan bahawa risalah ini ditujukan khusus kepada para mujahid yang beriman dengan ketinggian dan kesucian dakwah mereka dan berazam bersungguh-sungguh untuk hidup dengannya serta mati di jalannya.

Kepentingan Risalah Ta’alim
[3]
Mengenai kedudukan Risalah Ta’alim ini, Syeikh Said Hawa menyatakan :
أن رسالة التعاليمهذه لآ تخرج عن كونهاصفحات قليلة جدا ولكنها رسمت معالين الطريق للأجيال الكثيرةبل اننا لآنبالغ اذا قلنا: انها رسمت معالمالطريق الأمة الاسلامية نحو النصرو فيما بعد النصر الي آماد

Mengenai rukun bai’ah pula beliau mengatakan :
Menurut Syeikh Abdullah Khatib: Risalh Ta’alim membentangkan kepada para pekerja Islam البداية السليمة yang amat diperlukan dalam amal Islami dimana menurut beliau “Bidayah Salimah” ini bukan hanya tertumpu kepada interaksi secara sempuna secara sebab-sebab dan tawakal secara mutlak kepada Allah Tuhan yang mincipta sebab-sebab itu tetapi juga meliputi:
Penentuan terhadap hadaf-hadaf
Penentuan terhadap ciri-ciri peribadi muslim yang diperlukan untuk menggerakan amal Islami pada hari ini.
[4]
Begitu juga Risalah Ta’alim menggariskan usul-usul atau asas-asas yang amat diperlukan untuk membentuk kefahaman yang betul,jelas dan tulen terhadap Islam

3.Membina penghayatan terhadap Risalah TA’alim
a)Penghayatan pemimpin terhadap rukun bai’a
Kekuatan dan ketahanan persatuan lebih banyak bergantung kepada pemimpin daripada anak buah kerana pemimpin adalah teraju sedangkan anak buah merupakan yang diterajui.Kalau hendak di ibaratkan pada pokok maka pemimpin adalah akar dan para ahli sebagai cabang atau ranting yang bergantung kepada kesuburan dan ketahanan akar.Dengan sebab itulah yang dibajai ialah akar bukan ranting/cabang.
Untuk melahirkan persatuan yang betul-betul mantap yang mempunyai unsur-unsur الطيبة . Klaimah ini terdapat dalam banyak tempatdi dalam Al-Quran di antaranya ialah ayat::
الم تر كيف ضرب الله مثلا كلمة طيبة كشجرة طيبة أصلها ثابت وفرعها في السماء تؤتي أكلها كل حين باذن ربها ويضرب اللهالأمثا للناسلعلهم يتذكرون
“Tidakkah engkau perhatikan bagaimana Allah kalimah baik seperti sebatang pokok yang baik seperti sebatang pohon yang baik,pokoknya tetap di bumi sedang cabangnya menjulang di langit.Menghasilkan buahnya tiap-tiapwaktu dengan izin Tuhanya.Allah memberikan beberapa contoh kepada manusia mudah-mudahan mereka mendapat peringatan “
(Ibrahim :24,25)

Dengan kewujudan القيادة الطيبة ini, institusi kepimpinan akan kukuh dan mampu mengeluarkan ahli yang cemerlang dan memberi manfaat untuk dakwah Islam pada setiap masa.
Bagaimana hendak mewujudkan القيادة الطيبة ini? Iaitu melalui penghayatan rukun bai’ah tadi dengan di tambah pula dengan penghayatan terhadap kewajipan-kewajipan pekerja Islam yang merupan pentafsiran kepada rukun bai’ah.Penghayatan barisan kepimpianan merupakan langkah awal yang perlu ditekankan bersungguh-sungguh dalam usaha membina penghayatan yang lebih menyeluruh di kalangan para ahli. Para ulama’ kita sering menyebut kata-kata hikmahفاقد الشيء لا يعطي . Mafhum kata-kata ini dalam konteks perbicaraan kita ini apabila pemimpin tidak ada penghayatan maka bagaimana ia hendak membina penghayatan di kalangan anak buah.
Perbuatan amalan yang menjadi tauladan sebenar lebih mendatangkan kesan daripada ucapan dan ceramah yang berapi-api. Hakikat ini ditunjukan kepada kita oleh sirah Nabi sendiri.Apabila peminpin menghayati rukun bai’ah dan menterjemahkannya kedalam perbuatan dan amalanya maka ini lebih baik lagi daripada ia berceramah berapi-api menerangkan tentang rukun bai’ah ini kemundianya ia sendiri tidak menghayati apatah lagi melanggarinya.

“Jiwa-jiwa yang ingin mengemukankan Islam manusia mestilah menjadikan syariat Allah seolah-olah melata di atas muka bumi dan sanggup mengambil azimat. Mereka hendaklah menjadi cermi9n yang bersinar-sinar yang memantulkan hakikat agama ini (meliputi usul dan cabangnya). Begitu jugfa mereka mesti menjadikan agama yang mereka seru ini manhaj yang mereka laungkan supaya manusia melauinya sebagai darah daging mereka sebdiri”
(Ucpan Dr, Abdullah Azam)

b) Membina penghayatan dikalangan ahli

Pemimpin yang berjaya ialah yang berupaya mengajak ahli untuk sama-sama menyakini dan menghayati doktrin yang diputuskan oleh barisan kepimpinann.Begitu juga doktrin yang berjaya ialah doktrin yang berupaya mendapat perhatian semua ahli dan bukan barisan pimpinan sahaja.
Dengan sebab itulah Imam al-Banna menyatakan diawal rukun الفهم: السلام كما نفهمه أن تفهم (hendakla kamu fahami Islam seperti mana kami pemimpin memahaminya) Mafhum daripada kata-kata Imam al-Banna ini ialah: “Marilah kita membina kesatuan fahaman mengenai Islam “

Kesatuan fahaman dan fikrah adalah sesuatu yang penting bagi mana-mana masyarakat besar atau kecil seperti persatuan. Jemaahdan sebagainya kerana ia boleh membawa kepada ikatan pemikiran الترابط العقل yang merupakan asas terpenting bagi kewujudan masyarakat sebelum asas-asas yang lainnya.Dalam Al-Quran Allah memerintahkan kita supaya bersatu dalam usaha melaksanakan Ad-Din:
أن أقيمواالدين ولاتتفرقوا فيه

“Hendaklah mendaulatkan agama dan janganlah berbantah padanya”
Tidak ada siapa dapat menafikan bahawa kesatuan yang paling asas ialah kesatuaan fikrah sebelum kesatuan yang lain. Bagaimana kita hendak membina penghayatan di kalangan ahli?

Mengenai uslub kita semua telah maklum kepelbagaianya. Jadi tidak perlu kita menguraikan dengan panjang lebar di dalam kertas ini..Persoalan yang paling penting ialah : Adakah kita telah bersedia untuk mrngorbankan segala asset yang ada pada kita untuk menjalankan usaha membina penghayatan Risalah TA’alim dan doktrin-doktrin persatuan yang lainya dikalangan ahli.

Mungkin secara umumnya kita boleh meletakan bahawa asset yang ada pada kita meliputi 3 iaitu harta, masa dan diri (tenaga). Di sini kita boleh membuat persoalan untuk menilai sejauh manakah usaha kita untuk membina penghayatan di kalangan ahli.
Berapa banyakkah harta yang telah kita korbankan?
Sejauhmanakah tenaga yang telah kita berikan ?
Sejauhmanakah kita telah mewakafkan diri kita untuk dakwah?

Dengan terjawabnya soalan ini kita boleh mengagak sama ada kita ini berada di kaki jalan, pertengahannya atau hampir ke destinasi.
posted by Mohd Nazri Amir Hamezah @ 3:48 PM   0 comments
Peningkatan Dakwah Pelajar Azhar.Cabaran dan Penyelesaian
Monday, April 24, 2006
MUKADDIMAH.
Assalamualaikum wrth.bth.

Segala pujian bagi Allah tuhan sekalian alam yang tidak menjadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat menyembah-Nya. Firman Allah Taala:
قال الله تعالى :"وما خلقت الجن والإنس إلا ليعبدون"

Tajuk yang akan kita bincangkan malam ini adalah merupakan satu tajuk yang sangat luas,dan rasanya di luar kemampuan saya untuk menghuraikan dengan begitu berkesan kepada saudara sekalian. Namun begitu, Insya-Allah saya akan cuba sedaya upaya saya untuk menggantikan beberapa perkara penting yang berkaitan dengan tajuk ini, mudah-mudahan kita semua akan dapat mengambil sedikit sebanyak istifadah daripadanya.

Persediaan yang perlu bagi seorang pendakwah.
Sebelum melangkah lebih jauh elok rasanya diterangkan disini beberapa persediaan atau persiapan yang perlu ada pada diri seorang pendakwah,yang akan membantunya berjuang di medan dakwah yang penuh dengan ranjau dan duri. Di antara persediaan-persediaan yang perlu itu ialah :

1. MEMPUNYAI HUBUNGAN YANG KUAT DENGAN ALLAH SWT.

Dengan mempunyai hubungan yang kuat dengan Allah maka pertolongan dan bantuan daripada Allah akan senang datang kepadanya.Tetapi sekiranya hubungan dengan-Nya tidak kuat, maka seseorang pendakwah itu akan mudah hanyut ketika ia terjun ke dalam masyarakat umum kerana memang sudah menjadi sunnah dakwah bahawa seseorang pendakwah di jalan Allah akan sentiasa terdedah kepada mehnah yang hebat daripada orang-orang yang benci kepada islam.Firman Allah taala dalam surah Al-Baqarah:ayat 214
قال تعالى :"أم حسبتم أن تدخلوا الجنة ولما يأتكم مثل الذين خلوا من قبلكم مستهم البأساء والضراء وزلزلوا حتى يقول الرسول والين آمنوا معه متى نصر الله إلا أن نصر الله قريب" –(البقرة أية 214).
Ertinya : Adakah kamu kira bahawa kamu akan masuk syurga sahaja dan tidak akan datang mala petaka (ujian) kepadamu seperti yang telah datang kepada orang-orang yang sebelum daripada kamu? Mereka itu ditimpa kemiskinan dan kemelaratan yang bersangatan dan mereka di dalam ketakutan sehingga berkata rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: Bilakah akan tibanya pertolongan Allah? Ketahuilah bahawasanya pertolongan Allah itu hampir akan tiba.

Diantara perkara-perkara yang dapat membawa seseorang itu mempunyai hubungan yang kuat dengan Allah ialah:

A – Melakukan sembahyang
Menjaga sembahyang fardhu di awal waktu dan juga secara berjemaah.Manakala sembahyang secara berjemaah pula akan di berikan pahala 25 kali ganda atau 27 kali ganda oleh Allah swt berdasarkan sabda Rasulullah saw:
صلاة الجماعة أفضل من صلاة الفذ بخمسة وعشرين درجة.
Dan juga hadis Rasulullah saw:
أثقل الصلاة على المنافقين صلاة العشاء وصلاة الفجر ولو يعلمون ما فيهما لأتوهما ولو حبوا.
Ertinya : Sembahyang yang paling berat ke atas orang munafiq ialah sembahyang Isyak dan sembahyang Subuh.Jikalau mereka mengetahui ganjaran yang akan terdapat pada keduanya nescaya mereka akan mendatanginya sekalipun dalam keadaan merangkak.
Begitu juga seseorang pendakwah mestilah berusaha melakukan sebanyak mungkin dan secara beristiqamah,sembahyang-sembahynag sunat untuk menghampirkan dirinya dengan Allah swt kerana qudwah yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw yang begitu banyak melakukan sembahyang-sembahyang sunat sehingga bengkak-bengkak kakinya.Pendakwah yang lena di malam hari umpama telur masin yang terpengaruh dengan masinnya air garam walaupun di luarnya merupakan kulit yang keras.

B – Berzikir kepada Allah.
Khususnya mengamalkan zikir al-ma’thurat yang merupakan zikir mu’tabar dari Rasulullah saw dan mengamalkannya di waktu pagi dan petang.
عن أبى در رضى الله عنه أيضا: أن ناسا من أصحابى رسول الله صلى الله عليه وسلم قالوا للنبي(ص) : يا رسول الله ذهب أهل الدثور بالأجور،يصلون كما نصلى ويصومون كما نصوم ويتصدقون بفضول أموالهم. قال: أوليس قد جعل الله لكم ما تصدقون؟ : أن لكم بكل تسبيحة صدقة وكل تكبيروة صدقة،وكل تحميدة صدقة،وكل تحليلة صدقة،وأمر بالمعروف صدقة،ونهى عن المنكر صدقة وفى بضع صدقة.قالوا:أيأتى أحدنا شهوته ويكون له فيها اجر؟ قال: أرأيتم لو وضعها فى حرام أكن عليه وزر؟فكذلك إذا وضعها فى الحلال كان لما أجر.
Ertinya : Bahawa sekumpulan manusia daripada sahabat-sahabat Rasulullah telah berkata kepada Rasulullah :Wahai telah berpergian orang-orang yang banyak harta dengn pahala yang banyak mereka bersembahyang sebagaimana kami bersembahyang,berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan bersedekah dengan kelebihan harta mereka .Sabda Rasulullah saw:”Tidakkah Allah telah menjadikan sesuatu untuk kamu bersedekah?Sesungguhnya bagi kamu pada setiap tasbih pahala sedekah,setiap tahmid pahala sedekah,setiap tahlil pahala sedekah,menyeru kepada amar makruf pahala sedekah,mencegah mungkar pahala sedekah Kata mereka : “Wahai Rasulullah,adakah mendatangi salah seorang dari kami syahwatnya dapat pahala? Sabda nabi: “Apa pendapat kamu kalau sekiranya ia meletakkan pada tempat haram adakah ia berdosa ? Begitulah juga sekiranya ia meletakkannya pada tempat halal.Maka baginya pahala.

C – Melakukan puasa
Abu A’la Al-Maududi berkata : “Bukanlah yang dimaksudkan disini ialah puasa di bulan Ramadhan tetapi yang dimaksudkan disini ialah puasa sunat kerana puasa di bulan ramadhan merupakan fardhu yang ditetapkan oleh Allah kepada seluruh umat Islam.Firman Allah swt:
قال الله تعالى :"يا أيها الذين آمنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون"
Ertinya: Wahai orang-orang yang beriman,telah difardhukan keatas kamu puasa sebagaimana yang telah difardhukan keatas orang-orang sebelum kamu mudah-mudahan kamu di kalangan orang yang bertakwa.
Perut yang sentiasa penuh diisi dengan makanan akan menyebabkan hatinya mati.

D – Membanyakkan membaca Al-Quran.
Firman Allah taala:
قال الله تعالى :"فاقرأوا ما تيسر من القرآن" – (سورة المزمل أية 20)
Ertinya : Dan bacalah apa-apa yang mudah daripada Al-Quran.
Sabda Rasulullah yang bermaksud : “Bacalah akan Al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang memberi syafaat kepada orang yang membacanya pada hari qiamat”.
Begitu juga Rasulullah saw pernah mengibaratkan bahawa rumah yang tidak pernah di baca surah Al-Baqarah padanya, bahawa rumah itu laksana sebuah kubur”.

E – Memberikan sedekah.
Seseorang yang banyak bersedekah akan lebih di kasihi oleh Allah swt.Bersedekah itu adalah samada secara bersembunyi atau terang-terangan.
عن أبى هريرة رضي الله عنه عن النبي (ص) قال :سبعة يظلمهم الله فى ظله يوم لا ظل إلا ظله: الإمام العادل وشباب نشاء بعبادة الله ورجل قلبه معلق فى المساجد ورجلان تحابا فى الله اجتماعا عليه وتفرقا عليه ورجل دعته امرأة دات منصب وجمال فقال إنى أخاف الله،ورجل تصدق بصدقة فأخفاها حتى لا تعلم يمينه ما تنفق شماله ورجل ذكر الله خاليا ففاضت عيناه.
Ertinya : Tujuh golongan yang akan dilindungi oleh Allah pada hari yang tidak ada perlindungan melainkan perlindungan-Nya iaitu: Imam yang adil,pemuda yang hidupnya beribadat kepada Allah,lelaki yang hatinya terikat dengan masjid,dua orang lelaki yang berkasih sayang kerana Allah samada mereka bertemu atau berpisah,lelaki yang diajak oleh perempuan mempunyai kemuliaan dan kecantikan (untuk melakukan maksiat maka dia berkata bahawa aku takutkan Allah),lelaki yang bersedekah dengan sesuatu sedekah maka ia menyembunyikannya sehingga tak tahu tangan kanannya apa yang dibelanjakan oleh tangan kirinya dan lelaki yang mengingati(berzikir) kepada Allah dalam keadaan sunyi-sunyian sehingga mengalir air matanya.

2. KEIMANAN YANG KUAT
Iman yang kuat sangat penting untuk membantu seseorang pendakwah di dalam menjalankan misinya yang sangat bahaya itu.Dengan iman yang kuat seseorang pendakwah tidak akan takut kepada sebarang ancaman makhluk melainkan hanya takut kepada Allah semata-mata kepada Allah swt. Firman Allah Taala:
قال الله تعالى :"يجاهدون فى سبيل الله ولا يخافون لومة لائم" – (سورة المائدة أية 54)
Ertinya : Mereka berjuang pada jalan Allah dan tidak takut akan cercaan orang-orang yang mencerca.

3. BERSEDIA MENERIMA UJIAN DARIPADA ALLAH SWT.
Seseorang pendakwah yang bercita-cita untuk terjun di dalam medan dakwah ini mestilah mempunyai tekad dan azam di dalam dirinya bahawa ia sedia menerima sebarang ujian daripada Allah dalam apa bentuk sekalipun,kerana memang sunnah dakwah dari dulu hingga sekarang bahawa para pendakwah di jalan yang lurus akan sentiasa di tentang oleh musuh-musuh Allah di muka bumi ini.Firman Allah swt:
قال الله تعالى :"ولنبلونكم بشيء من الخوف والجوع ونقص من الأموال والأنفس والثمرات وبشر الصابرين" –(سورة البقرة أية 155)
Ertinya : Demi sesungguhnya akan kami uji kamu dengan sesuatu (cubaan) iaitu ketakutan, kelaparan dan kekurangan harta,manusia dan buah-buahan.Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.(atas cabaran ini)

4. BERSEDIA UNTUK MELAKUKAN SEBARANG TUGAS.
Sebagai seorang pendakwah mestilah tertanam dalamdirinya perasaan sanggup berjuang dan mewakafkan dirinya hanya semata-mata kepada Allah swt.Seseorang pendakwah juga mestilah sanggup untuk menjalankan sebarang tugas yang di berikan oleh mas’ul atau pimpinan jamaah.Ia mesti sanggup menerima tugas yang rendah meskipun ia memiliki kelulusan yang tinggi.Segala arahan mas’ul dan pimpinan jamaah mestilah dilakukan dengan penuh tanggungjawab dan ikhlas kepada Allah swt.Firman Allah taala:
قال الله تعالى :"وقل اعملوا فسيرى الله عملكم ورسوله والمؤمنون وستردون إلى عالم الغيب والشهادة فينبئكم بما كنتم تعملون"
(سورة التوبة أية 105)
Ertinya : Katakanlah :Bekerjalah kamu,nanti Allah akan melihat pekerjaanmu,serta rasulnya dan orang-orang yang beriman.Nanti kamu akan dikembalikan kepada yang mengetahui yang ghaib dan yang hadhir,lalu dikhabarkannya kepadamu apa-apa yang telah kamu kerjakan.

5. MEMPERLENGKAPKAN DIRI DENGAN ILMU PENGETAHUAN .
Seseorang pendakwah mestilah berusaha untuk memperlengkapkan dirinya dengan ilmu pengetahuan sebanyak yang mungkin,terutamanya ilmu-ilmu yang berkaitan dengan ilmu-ilmu agama Islam itu sendiri, kerana denga keluasan ilmu yang dimiliki seseorang pendakwah akan lebih mudah untuk menjalankan tugasnya. Tanpa ilmu yang tinggi seseorang pendakwah akan menghadapi berbagai-bagai masalah dan kesulitan apabila terjun di dalam masyarakat nanti. Dan dibimbangi mereka akan menjadi golongan yang gugur dari jalan dakwah.(المتساقطون عن طريق الدعوة )
Firman Allah swt:
قال الله تعال :"إنما يخشى الله من عباده العلماء" – (سورة فاطر أية 28)
Ertinya : Hanya yang takut kepada Allah ialah ulamak-ulamak diantara hamba-hambanya.

6. MENJAGA PERIBADINYA BERSESUAIAN DENGAN AJARAN AL-QURAN
Seseorang pendakwah semestinya menjaga kemuliaan peribadinya di mana saja ia berada kerana setiap perbuatannya akan sentiasa menjadi perhatian masyarakat ramai. Begitu juga kita lihat Rasulullah saw merupakan seorang yang sangat tinggi akhlaknya. Pada suatu ketika , Saidatina ‘Aisyah pernah di tanya oleh sahabat akan akhlak Rasulullah. Maka di jawab oleh beliau bahawa Rasulullah saw sebagai tempat ikutan yang paling mulia.Firman Allah taala :
قال الله تعالى :"لقد كان لكم فى رسول الله أسوة حسنة لمن كان يرجو الله واليوم الآخر وذكر الله كثيرا" –(سورة الأحزاب أية 21)
Ertinya : Sesungguhnya pada Rasulullah (Muhammad)ada ikutan yang baik bagimu.Iaitu bagi orang-orang yang mengharapkan (pahala) Allah dan hari kemudian serta ia banyak mengingati Allah.

7. BERSEDIA UNTUK MENYERU KE ARAH KEBENARAN
Seseorang pendakwah mestilah bersedia untuk menyeru manusia kepada kebenaran kerana itu adalah tuntutan Islam.Sabda Rasulullah saw:
قل الحق ولو كان مرا
Dan juga firman Allah taala:
قال الله تعالى:"ادع إلى سبيل ربك بالحكمة والموعظة الحسنة وجادلهم بالتى هى أحسن .إن ربك هو أعلم بمن ضل عن سبيله وهو أعلم بالمهتدين" - ( سورة النحل : 125 )
Ertinya : Serulah (manusia) ke jalan (agama) Tuhanmu dengan kebijaksanaan dan pengajaran yang baik dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang terbaik.Sesungguhnya Tuhanmu lebih mengetahui orang-orang yang sesat dari jalan-Nya dan dia lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.


8. MEMPUNYAI KEROHANIAN YANG TINGGI
Bersesuaian dengan tugas pendakwah yang sangat berat itu maka kebersihan rohaninya sangatlah perlu. Seseorang yang mempunyai kebersihan rohani yang tinggi bolehlah kita ibaratkan sebuah ‘besi berani’ yang besar yang mana ia akan dapat menarik.

PERSIAPAN PARA DAI”E

1.0 MUQADDIMAH

Dunia Islam pada abad–abad mutakhir ini rata-rata telah dilanda oleh gejala riddah. .Demikianlah kesimpulan yang dibuat oleh beberapa orang tokoh Islam masa kini seperti Sa’id Hawa dan Abu’l Hassan Aliyy an-Nadwi.Dalam pembuktiannya terhadap kewujudan gejala tersebut, Said Hawa telah menyenaraikan beberapa ciri riddah yang terdapat dalam kehidupan masyarakat dunia Islam kini.Antaranya termasuklah sifat mentaati golongan yang tidak senang dengan ajaran Allah (1), tidak mahu melaksanakan hukum-hukum Allah ( 2 ), tidak rela dan tidak senang dengan hukum Allah tetapi sebaliknya rela berhakim dengan taghut ( 3 ) , tidak mahu mencari penyelesaian dari kitab Allah apabila berlaku pertikaian di kalangan mereka dan sikap beriman hanya kepada sebahagian yang lain ( 5 ) . Selain dari itu beliau juga menghujah bahawa telah berlaku perkara-perkara yang membatalkan syahadah ( 6 ) .
Sementara itu Abu’l Hasan Aliyy an-Nadwi pula membuktikannya dengan gejala penyerapan falsafah barat yang bersifat ilhad ke dalam masyarakat Islam.Keadaan yang tersebut berlaku dengan berleluasa di tengah-tengah kelemahan ummat Islam kini yang disifatkan sebagai generasi paling buruk dalam sejarah .
Ternyata bahawa ummat Islam kini mengalami keadaan yang gawat dan genting yang memanggil tenaga-tenaga penyelamat untuk menangani masalah ini.Situasi kini yang penuh tipu helah ,sepak terajang dan taktik-taktik jahat musuh-musuh Islam menghendaki bahawa hanya golongan yang benar-benar berwibawa sahaja yang berjaya melawan arus keruntuhan ini ,kemudian membangunkannya kembali dengan manhaj Islam.Para da’ie yang kurang persiapan sebaliknya mempunyai kemungkinan untuk sama-sama hanyut dan larut sebelum matlamat suci yang ingin di perjuangkannya tercapai .Peristiwa dan sejarah telah membuktikan bahawa fenomena ini telah dan sedang berlaku .



1 . Surah Muhammad : 25 – 26
2 . Surah al- Maidah : 44
3 . Surah an-Nisa’ : 59 – 60
4 . Surah an – Nisa’ : 64
5 . Surah al – Baqarah : 84 – 85
6 . Lihat buku Ila’l – Islam in jadid , halaman 171- 190



Menyedari perkara ini dan sebagai sebuah gerakan yang mempunyai perancangan ,maka usaha-usaha yang gigih perlulah diambil untuk memperlengkapkan para da’ie dan bakal-bakal da’ie dengan bekalan-bekalan yang perlu dengan semaksima mungkin supaya mereka nanti dapat berperanan dengan lebih berkesan apabila menerjunkan diri di arena dakwah.

2.0: PERSIAPAN DA’IE
Persiapan –persiapan yang harus diambil kira oleh para da’ie boleh digolongkan kepada 3
bahagian utama :
1.Persiapan mentalnya.
2.Persiapan ilmiahnya
3.Kaifiat dan adab dakwahnya
Dalam bahagian-bahagian berikutnya akan dibincangkan ketiga-tiga bahagian ini dengan lebih meluas dan mendalam..:
2.1 Persiapan Mental
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“Dan mereka tidak di perintahkan melainkan untuk menyembah-Nya dengan tulus ikhlas,
beragama kerana-Nya semata dengan menjauhi kesesatan.” ( Al – Bayyinah ) : 5

2.1.1: Keperibadian Islam
Pembinaan keperibadian Islam perlu diberi perhatian lebih dahulu daripada kerja-kerja lain .Ini adalah kerana keperibadian Islam merupakan batu asas dalam struktur gerakan Islam.Para pendakwah tidak dapat memainkan peranannya selagi mana keperibadian mereka tidak sempurna .Di antara ciri-ciri keperibadian Islam ialah:
a. Mentaliti Islam
Mentaliti Islam ialah teras keperibadian Islam .Ia adalah merupakan potensi pemikiran dan penggambaran Islam yang betul tentang kosmos (cakerawala), manusia dan kehidupan. Seseorang yang mempunyai mentaliti Islam ialah seorang yang menundukkan segala idea, pendapat dan hukum kepada penilaian Islam agar ianya menjadi kaedah pemikiran yang mencerminkan peribadinya.
Mentaliti Islam ialah menggabungkan segala-galanya menerusi Islam dan mengeluarkan hukum terhadap segala perkara dengan kaca mata Islam , ia melihat Islam sebagai penyelesaian kepada problem dan teraju bagi segala perkara.Kelemahan para da’ie sekarang ialah kesamaran dalam memahami dan menggambarkan Islam sebagai satu isme dan perjuangan Islam sebagai satu method dan cara bekerja.

Faktor-faktor untuk pembentukan mentaliti Islam antaranya :
1. Kefahaman yang betul terhadap Al-Quran dan As-Sunnah yang akan menimbulkan garis-garis asasi bagi kehidupan insan sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam.
2. Kesedaran yang penuh terhadap matlamat idea Islam sebagai suatu yang mengawal akhlak, yang menjadi motif terhadap kerja dan menjadikan tingkah laku manusia terikat dan selaras dengan kedudukannya dalam kehidupan dunia dan akhirat.
3.Pencakupan yang sepenuhnya terhadap aspek-aspek dalam Islam, tanpa membataskan penumpuan kepada aspek-aspek tertentu yang mana akan membawa kepada penyelewengan yang merbahaya.

b. Kejiwaan Islam
Kejiwaan Islam adalah refleksi yang dapat dirasa dari jalinan idea Islam dan penghayatan idea tersebut dalam diri seseorang da’ie ,tidak cukup hanya dengan mengetahui teori-teori dan pandai melaung-laungkan sahaja.,tetapi tidak ada usaha yang gigih untuk menjelmakannya dalam dirinya. Dari satu segi dakwah melalui contoh tauladan adalah lebih berkesan daripada laungan kata-kata sahaja .Allah menyelar sikap orang-orang yang memisahkan di antara dua bahagian itu.
Firman Allah taala bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman ,mengapakah kamu menyatakan sesuatu yang kamu tidak kerjakan ?Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu menyatakan apa-apa yang kamu tidak kerjakan” . ( As-Shaff:2-30 )


c. Ketenangan dan keseimbangan jiwa.
Di dalam menghadapi ranjau dan ragam dakwah adalah penting sekali bagi para da’ie mempunyai kemampuan untuk memelihara keseimbangan jiwanya dan mampu pula berusaha memulihkan ketenangan itu apabila keadaannya terganggu .Di dalam hal ini sirah Rasulullah saw telah banyak memberi pengajaran kepada kita .Bayangkanlah ketenangan Rasulullah ketika mana dakwahnya ditolak di Thoif dan kemudian dihujani pula oleh ejekan dan lemparan batu yang menyebabkan darah percikan dari luka-luka di badannya.Ketika datang tawaran dari Jibril untuk menghapuskan kaum yang biadap itu maka apa yang terdengar dari mulutnya ialah: “Wahai Tuhanku,berilah hidayah kepada kaumku itu lantaran mereka tidak mengetahui”.Suara jiwa baginda tenang dan seimbang .
Suara jiwa itu juga kedengaran dari kata-kata yang berapi-rapi keluar dari mulut Rasulullah , waktu beliau menjawab pertanyaan pamannya Abu Talib yang menyampaikan ultimatun pembesar-pembesar quraish:wallahi ma taraktuf. “Demi Allah sekali-kali aku tidak akan tinggalkan tugas ini sampai perjuangan ini di menangkan oleh Allah atau aku hancur didalamnya”.
Dalam satu peristiwa yang iaitu di waktu beliau dan umat muslimin mencapai kemenangan gilang gemilang,sebagai penutup perjuangan hampir seperempat abad lamanya terus menerus.Bukan kesombongan atau haus kekuasaan dan perasaan membalas dendam yang meliputi hatinya,akan tetapi rasa syukur kepada ilahi dan maaf atas mereka yang telah tunduk kepada kebenaran.Dirasakannya bahawa pada hakikatnya yang menang ialah kalamatullahi’ulya bukan dirinya sendiri.
d. Jiwa merdeka dan ananiah.
Penyakit ananiah adalah lawan pertama yang harus di hadapi oleh setiap da’ie yang benar-benar ingatkan matlamat dakwah menjadi kenyataan.Haruslah disedari bahawa bahaya-bahaya yang ada pada diri da’ie itu sendiri serta penyelewengan-penyelewengan yang dilakukan adalah lebih besar daripada tipu daya pihak lawan dan konspirasi orang-orang yang tidak senang dengan islam.Para da’ie adalah dalam keadaan selamat selagi ia bersih dari keaiban-keaiban dan penyakit-penyakit diri sendiri.Saidina Umar Ibnu Al-Khattab r.a pernah berkata:
“Jadilah kamu orang-orang yang lebih berwaspada terhadap pekerjaan-pekerjaan maksiat daripada kewaspadaan mu terhadap musuh.Sesungguhnya dosa-dosa tentera islam itu lebih aku bimbangi daripad musuh-musuh mereka.Dan sesungguhnya umat islam itu mendapat pertolongan Allah lantaran kemaksiatan yang dilakukan oleh musuh mereka.Ketahuilah sesungguhnya kamu sentiasa di awasi oleh malaikat-malaikat Allah yang mengiringi kamu sepanjang perjalanan kamu.Oleh itu janganlah kamu mengerjakan perkara-perkara yang dimurkai Allah,sedang kamu berjihad pada jalan-Nya”.
Diantara bentuk-bentuk ananiah ialah putus asa dalam kesulitan, takbur dalam kemenangan, hubbul mal (ingin kaya), hubbul jah (ingin pangkat dan kekayaan), riya’,ujub ingin dilihat dan dipuji orang. Akibat ananiah antaranya ialah berteras keluar, menjual tampang, berpantang rujuk, menghela surut, walaupun sudah nyata keliru fatwa, tajammul, ingin menjadi kesayangan kepada orang yang berkuasa, yang akhirnya jadilah da’ie itu orang yang hilang harga diri, lidah kaku dan berhati kecut.

Bagaimana tuntutan ilahi membimbing para rasul dalam hal ini.
Nabi Nuh dalam usahanya untuk membanteras kesan dari pengikut kerana upahan dan mempersona dengan kuasa ghaib, menegaskan :
“Aku tidak mengatakan bahawa pada sisiku ada perbendaharaan Allah dan bahawa aku mengetahui hal-hal ghaib dan aku tidak berkata bahawa aku ini malaikat”.(Surah Hud:31)
Rasulullah saw ketika menghadapi kaum Quraish dalam lingkungan keluarganya menegaskan :
“Wahai kaum Quraish,sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepadaku supaya memberi peringatan kepada anggota-anggota kaumku yang berdekatan dan sesungguhnya aku tidak mempunyai kekuasaan apa-apa untuk memberi manfaat kepadamu dan tidak untuk menentukan apa untuk memberi manfaat kepadamu dan tidak untuk menentukan nasibmu di akhirat,melainkan supaya kamu berkata tidak ada tuhan melainkan Allah”.
Oleh itu orang yang menurut panggilan itu adalah ia semata-mata kerana menerima kebenaran bukan kerana di dorong oleh harapan untuk memperolehi keuntungan dan bukan kerana terpesona oleh kegagahan dan kemenangan kedudukan.


2.2 Persiapan Ilmiah.

2.2.1 Ilmu pengetahuan yang luas.
a- Berilmu pengetahuan sebelum perlaksanaan.
Berilmu pengetahuan adalah perlu sebelum bertindak dan berbuat sesuatu.Kesungguhan
sahaja adalah tidak berguna tanpa ilmu yang cukup.Seorang da’ie haruslah berpandangan luas dan mengetahui apa yang ia perkatan.Tanpa ilmu pengetahuan,kemudharatan mungkin lebih banyak dari kebaikan.Oleh itu adalah menjadi kewajipan para da’ie untuk memperdalamkan ilmu pengetahuannya yang berdasarkan dari Al-Quran,sunnah dan syara’.Para da’ie harus merasa cenderung untuk manambah dan memperkembangkan ilmu pengetahuannya sebaik mungkin.

b- Keutamaan ilmu pengetahuan.
“Allah meningkatkan orang-orang yang beriman daripada kamu dan orang-orang yang
diberikan ilmu pengetahuan beberapa darjat”. (Al Mujadalah:11)

“Allah menyaksikan bahawa tidak ada tuhan kecuali dia dan malaikat dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan untuk menegakkan keadilan, tiada tuhan kecuali dia yang maha pengasih lagi bijaksana”. (Al-Imran:18)


“Orang-orang yang berilmu pengetahuan di mintakan ampun untuk mereka oleh orang-orang yang ada di langit dan dipermukaan bumi dan Allah serta para malaikat-Nya mengucapkan selawat atas orang-orang yang mengajarkan ilmunya kepada orang ramai”. (Al-Hadis)

c- Ilmu pengetahuan yang luas
Ilmu pengetahuan yang dimaksudkan disini dengan ilmu pengetahuan yang dapat menyampaikan manusia kepada kesempurnaan hari akhiratnya,yang dapat menggugah hati sehingga manusia terdorong untuk memperbuatnya sekalipun ia merasa asing hidupnya di dunia ini kerana melaksanakan ajaran agama.Ilmu yang menyebabkan manusia merasakan dirinya dekat dengan kepergiannya dari dunia yang fana ini.Menuju satu perjalanan yang panjang yang tidak akan kembali untuk kedua kalinya.

d- Ilmu pengetahuan yang luas kerana memperhatikan Al-Quran.
Allah swt selalu memrintahkan kepada umat manusia agar memikirkan dan memperhatikan isi Al-Quran selain daripa membacanya.
“Inilah Kitab yang kami dorongkan kepada engkau lagi berkat,supaya memperhatikan ayat-
ayatnya dan supaya mendapat pelajaran bagi orang-orang yang berakal”.(As-Shaad:29)
“Tidakkah mereka memperhatikan Al-Quran ini bahkan hati mereka terkunci iaitu
tertutup”.(Surah Muhammad:26)
Selalu memperhatikan Al-Quran adalah penting bagi para da’ie untuk memperkukuhkan
pengenalannya kepada penciptanya untuk ia membezakan jalan Allah dan jalan syaitan,untuk memperingatkannya tentang hari akhirat.

e- Pokok-pokok ilmu pengetahuan yang luas.
i – Pengetahuan para da’ie terhadap tujuan ilmu pengetahuan serta peranannya dalam hidup umat manusia.
ii – Memilih kehidupan akhirat serta menyingkirkan tipuan dunia.

2.2.2 Tafaqquh fiddin
Seorang pembawa risalah harus memahami benar-benar risalah yang hendak diteruskannya, mengetahui isi dan bidangnya,sari pati dan jiwanya,merasakan dinamik yang terkandung di dalamnya.Maka barulah risalah itu benar-benar hidup dan menghidupkannya.
Bertanya Rasulullah saw kepada Muaz Bin Jabal di saat dia akan berangkat ke Yaman untuk memangku jawatan gabenor disana.
Rasulullah: Dengan apakah kamu meletakkan sesuatu hukum apabila orang menghadapkan sesuatu masalah kepadamu?
Muaz : Dengan kitab Allah.
Rasulullah : Kalau kamu tidak menemuinya?
Muaz : Dengan sunnahmu (Al-Hadis).
Rasulullah : Kalau kamu tidak meperolehinya pula?
Muaz : Saya akan berijtihad dengan fikiranku.
Rasulullah : Segala puji bagi Allah yang memberi taufiq kepada utusan rasul-Nya dengan apa yang telah diredhainya.
(Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

2.2.3. Tafaqquh fin-Nas
Oleh kerana risalah ini untuk manusia,maka adalah logis bagi para da’ie untuk memahami fitrah manusia itu ,sifat-sifatnya,alam fikirannya dan alam perasaan masyarakat yang dihadapinya.
Pengetahuan di bidang ilmu jua,kehidupan manusia sebagai individu dan sebarang makhluk ijtima’ banyak menolong para da’ie dalam tugasnya.Faktor luaran seperti suasana, adat tradisi, taraf penghidupan dan taraf kecerdasan banyak mempengaruhi kemampuan untuk mencernakan dakwah.

2.2.4 Bahasa Al-Quran.
Bagi orang yang tafakkuh fiddin, adalah menjadi satu keperluan untuk menguasai bahasa Al-Quran walaupun secara pasif, supaya dapat menggali isi dan menangkan jiwa risalah itu sendiri. Selain daripada bahasa Al-Quran, bahasa Arab ialah bahasa kebudayaan, satu bahasa pemangku kecerdasan dan kunci segala ilmu pengetahuan yang kaya raya. Bahasa arab juga ialah bahasa persatuan kaum muslimin yang tidak dapat dicari ganti.

2.2.5 bahasa pengantar.
Bahasa pengantar ialah bahasa umat yang sedang dituturi.Bahasa pengantar yang tersusun rapi merupakan jambatan yang akan membuka hati dan menggerak rasa individu yang dipanggil. Rasulullah saw sendiri pernah menyuruh beberapa orang sahabat supaya mempelajari bahasa Ibrani dan mempergunakannya dengan lancar dalam pergaulan sehari-hari dengan penduduk asli.
Unsur-unsur pengetahuan umum yang kita sebut di atas dinamakan ilmu adat, termasuk di dalamnya ilmu jiwa, ilmu bumi dan penduduknya, antropologi, sejarah ilmu masyarakat, politik dan perbandingan agama. Ilmu-ilmu ini dapat membantu da’ie dalam merencanakan isi, cara dan siasat dakwah yang lebih tepat untuk sesuatu waktu dan keadaan terutama dalam menghadapi golongan intelek.
Para sahabat di zaman Rasulullah saw dan sesudahnya sendiri mempunyai pengetahuan dasar dalam beberapa ilmu yang disebut di atas. Walaupun ilmu-ilmu itu tidak mereka pelajari di kuliah seperti sekarang tetapi Al-Quran sendiri lengkap dengan berbagai-bagai ilmu. Saidina Ali dan Saidina Umar adalah ahli dalam ilmu jiwa, mereka adalah murabbi, pendidik. Saidina Abu Bakar r.a adalah seorang ahli ilmu masyarakat, seorang yang mengetahui nassabat yakni yang paling faham tentang hal ehwal, sejarah, tabiat dan sifat orang-orang Arab.

2.3 Kaifiat dan adab dakwah
2.3.1 : Hikmah
“Dan serulah kepada jalan Tuhanku dengan hikmah ,dan nasihat-nasihat yang baik ,dan bertukar fikiranlah dengan cara yang lebih baik,sesungguhnya Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalan-Nya ,dan Dialah yang mengetahui siapa yang terpimpin”.
(Al-Nahl:125)
a. Hikmah dalam erti mengenal golongan
Syeikh Muhammad Abdul menyimpulkan dari ayat Al-Quran di atas bahawa dalam garis besarnya,umat yang dihadapi oleh para da’ie dapat di bahagi kepada tiga golongan yang masing-msingnya harus dihadapi dengan cara yang berbeza-beza pula:
1. Golongan cendikiawan – yang cinta kebenaran dan dapat berfikir secara kritis,cepat dan dapat menangkap erti persoalan.Mereka ini harus dipanggil dengan hikmah iaitu dengan alasan-alasan,dengan dalil dan hujah yang dapat di terima oleh kekuatan akal mereka.
2. Golongan awam – iaitu orang kebanyakan yang belum dapat berfikir secara kritis dan mendalam, belum dapat menangkap pengertian-pengertian yang tinggi.Mereka ini harus dipanggil dengan ‘mau’izahtun hasanah’ dengan anjuran dan didikan yang baik-baik dan mudah di fahami.
3. Golongan yang tingkat kecerdasannya terletak di antara dua golongan di atas ,belum dapat dicapai dengan hikmah, akan tetapi tidak sesuai pula bila dilayani seperti golongan awam, mereka suka membahas sesuatu, tetapi dalam keadaan tertentu tidak sanggup mendalam benar. Mereka ini dipanggil dengan “mujadalah billati hiya ahsan” iaitu dengan bertukar fikiran, guna mendorong supaya berfikir secara sihat.

b. Hikmah dalam erti kemampuan memilih saat bila harus berbicara dan bila harus diam.
Contohnya ialah peristiwa di mana Rasulullah saw menjemput kaum keluarganya yang hampir ke majlis makan di rumahnya untuk menyampaikan seruan Islam. Dalam majlis pertama rancangan Rasulullah terganggu kerana dipatahkan oleh pamannya Abu Lahab. Rasulullah tidak berkata apa-apa pada malam itu sebaliknya baginda menjemput untuk majlis kedua pula di mana baginda menyampaikan dakwahnya dan mencapai kemenangan moral.

c. Hikmah dalam mengadakan konteks pemikiran dan mencari titik permulaan sebagai tempat bertolak untuk maju secara sistematik
Sudah menjadi tabiat manusia umumnya, sukar untuk menerima pemikiran baru yang dirasakan asing sama sekali. Seseorang lebih mudah memberikan minat dan perhatian kepada sesuatu yang telah sedia ada dalam fikiran dan perasaannya. Oleh itu para dai’e perlu mengadakan kontak dengan alam fikiran mereka yang dihadapinya supaya dakwahnya lebih berkesan, menjangkau apa yang ada dalam fikiran mereka, berusaha membangkitkan minat dan seterusnya menggerakkan daya fikirnya.
Khutbatul wada’ memberikan contoh yang amat tepat dan indah sekali bagaimana Rasulullah memperolehi titik pertemuan dan kontak jiwa dengan umat ramai yang dihadapinya .Contoh lain ialah kata-kata utusan Rasulullah yang diutus kepada raja-raja dan kaisar-kaisar untuk menyeru Islam.Tatkala kaisar Najashi bertanya kepada Jaafar bin Abi Talib yang memimpin rombongan Muhajirin ke Habsah , “Apakah ada padamu sesuatu yang dibawakan Muhammad kepada Allah?”
Lalu Jaafar dengan tepat memilih surah Maryam yang menceritakan tentang pembersihan Maryam dan Isa dari tuduhan orang-orang Yahudi.Kaisar Najashi yang beragama kristian itu menangis mendengarnya ,lantas berkata , “Sesungguhnya ini adalah apa yang dibawakan oleh Isa, datang dari sumber yang satu”.

d. Hikmah tidak melepaskan shibghah
Dalam kita mengatur mencari kontek pemikiran ,haruslah berhati-hati dari tashabuh iaitu menyerupai pendirian dengan orang yang dihadapi .Kelak akibat dan kaedah akan menjadi kabur dan samar .Tashabbuh juga boleh menyebabkan hilangnya shibghah, iaitu corak keperibadian Islam dan martabat peribadi Islam dan martabat peribadi dai’e itu sendiri .
“Shibghah Allah ,dan siapa lagi yang dapat memberi shibghah lebih baik daripada Allah, dan Dialah yang kami sembah”.

e. Memilih dan menyusun kata yang tepat
“Wahai orang-orang yang beriman ,bertaqwalah kepada Allah ,dan berkatalah dengan kata –kata yang tepat”.
(Al-Ahzab:70)
Qaulan sadidan yang dimaksudkan dalam ayat di atas ialah kata yang lurus (tidak berbelit-belit), kata yang benar,keluar dari hati yang suci bersih dan diucapkan sebegitu rupa sehingga tepat mengenai sasaran mengetuk pintu akal orang yang dihadapi.Contoh kata-kata qaulan sadidan dapat kita perhatikan pada ayat Quran mengenai arak dan judi dan pengharamannya .Satu lagi contoh ialah kata-kata Nabi Musa ketika mengadap Fir’aun untuk mengajaknya kepada agama Allah .


f. Hikmah dalam cara perpisahan
“Berteguh hatilah kamu tentang apa-apa yang mereka katakan dan berpisahlah kamu dengan perpisahan yang baik”.
(Al-Muzzamil:10)
Apabila dakwah telah menghadapi jalan buntu ,di mana anjuran dan kata-katanya ternyata akan membuang tenaga dan waktu dengan sia-sia ,maka hendaklah diakhiri dengan perpisahan dengan kata-kata qaulan balighan ,kata-kata yang menjangkau lubuk hati dan kata-kata yang hajrun jamil.

g. Hikmah dalam erti Usrah hasanah dan lisanul hal
Uswah hasanah - contoh tauladan yang baik .Peristiwa yang paling baik untuk kita jadikan perhatian ialah contoh tauladan dari Rasulullah sendiri .Ketika tiba di Madinah nabi mendirikan masjid pertamanya iaitu di Quba’.Dalam pembinaan itu Nabi serta sekali mengangkat batu-batu yang berat untuk pembinaan masjid itu.Ini menjadi semangat kepada para sahabat lain untuk sama-sama menjayakan pembinaan masjid itu.
Lisanul hal – bahasa keadaan,tanpa suara .Umratul khada’adalah contoh terbaik yang boleh kita perhatikan .Pada masa umratul khada’ummat Muslimin tidak membuat sebaran penyeruan kepada Islam.Mereka datang untuk beribadat .Tetapi sebaliknya tingkah laku mereka di sana yang masuk dalam barisan yang teratur rapi ,serba putih memakai pakaian umrah sambil menyerukan taliyyah serentak berirama ,keluar dari lubuk hati ‘abidin penuh keimanan dan taqwa, dengan wajah yang bersinar-sinar dan adab yang penuh sopan telah berjaya menawan hati sebilangan pemimpin Quraisy yang memerhatikan mereka.

2.3.2:Mawaddah fil-qubra (jambatan rasa)
“Maka adalah sebahagian dari rahmat Allah kepadamu bahawa engkau bersikap lemah lembut terhadap mereka, dan sekiranya engkau berbudi kasar dan berhati bengis tentulah mereka akan lari dari kelilingmu, sebab itu maafkanlah kesalahan mereka dan mohonlah ampun untuk mereka”.
(Ali Imran:159)

Selain kefasihan lidah dan bahasa yang menarik ,seorang da’ie perlu mempunyai hubungan rasa dengan orang yang dipanggilnya .Ianya merupakan pancaran kalbu yang hanya bisa wujud dari rasa cinta kepada ummat yang dipanggilnya.Rasa sedih mengenangkan nasib mereka bila mereka terasa dalam kesesatan dan rasa cinta kepada risalah al-Khaliq ar-Rahim.

BAKSIS /’88
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

GENERASI PELAPIS DAN PERMASALAHAN KEPIMPINAN

الحمد لله رب العالمين وبه نستعين والصلاة واالسلام على أشرف المرسلين وخاتم االنبيين سيدنا محمد وعلى أله وأصحابه االطاهرين الطيبين والتابعين لهم بإحسان الى يوم الدين.أما بعد:


1.0 MUKADDIMAH
1.1 Menginsafi kecanggihan masa hadapan,sewajarnya kita memperkuatkan tekad dan azam
untuk mempersiapkan generasi akan datang dari pelbagai dimensi khususnya kepimpinan berorganisasi.Kesepaduan di dalam kepemimpinan adalah merupakan suatu perkara yang penting untuk terus menggerakkan putaran sejarah kebangkitan Islam(IslamicResurgence) dan merealisasikan kesinambungan rantaian perjuangan yang serius bagi memasyarakatkan Islam dalam erti kata ‘Nizamul Hayat Syamilah Wa Kamilah’ .Peranan dan misi penting ini mestilah ditangani oleh ummat Islam seluruhnya ,terutamanya oleh generasi pelapis yang bakal mewarisi teraju kepemimpinan dengan mewujudkan usaha yang bersungguh–sungguh terarah serta mampu memberikan momentum historis kepada era kebangkitan Islam seluruhnya.

1.2 Namun begitu,kita sedang di dilemakan dengan suatu fenomena kronik yang berkaitan dengan generasi pewaris ini iaitu permasalahan kepemimpinan dan pengganti di dalam organisasi. Kertas kerja yang ringkas ini ,akan membincangkan secara umum fenomena di atas menurut perspektif permasalahan dan jalan penyelesaiannya .Kita menyedari bahawa persoalan
ini perlu di prihatinkan kerana ia melibatkan soal survival ummah dan kita sebagai generasi pelajar yang merupakan juru bicara dan ejen perubahan kepada masyarakat tidak harus selama–lamanya menjadi pelakon tambahan kepada perubahan-perubahan yang berlaku di dunia dewasa ini, tetapi mestilah menjadi pelakon utama ,penulis skrip dan sutradara di dalam mencorak dan menerajui tamadun dunia selaras dengan perintah Allah SWT:
ولتكن منكم أمة يدعون الى الخيرويأمرون بالمعروف وينهون عن المنكر وأولئك هم المفلحون (ال عمران :104)

2.0 DEFINASI GENERASI PELAPIS
2.1 Takrif Umum
Generasi pelapis (جبل الناشىء) ditakrifkan sebagai orang yang lahir pada waktu yang lebih kurang sama iaitu suatu angkatan baru yang bakal mewarisi tampuk kepemimpinan yang ditinggalkan oleh generasi yang lalu.

3.0 KEPEMIMPINAN DAN PEWARIS KHILAFAH
3.1 Kepemimpinan menurut perspektif Islam
Firman Allah SWT:
وإذ قال ربك للملائكة إنى جاعل فى الأرض خليفة (البقرة :30)

i) Kamus Dewan,DBP 1970
Ayat di atas menjelaskan mengenai tugas kepemimpinan yang diamanahkan kepada manusia ke arah melaksanakan tuntutan الأمر بالمعروف والنهى عن المنكر dan membawa manusia kepada kebahagiaan di dunia dan di akhirat.


3.2 Kepemimpinan (Khilafah) seperti mana yang ditakrifkan oleh para ulamak ialah:
خلافة عن الرسول الله صلى الله عليه والسلام فى إقامة الدين وسياسة الدنيا به
Maksudnya :Menggolong ganti (mengambil alih kepemimpinan )daripada Rasulullah saw untuk menegakkan agama dan mentadbirkan dunia dengan manhaj agama .

3.3 Ibn Khaldun mendefinasikan kepimpinan sebagai :”Subtitutes for the law giver
(Muhamad) in as much as it server ,like him to preserve the religion to exercise (political)
leadership of the world”.
Tegasnya, kepemimpinan adalah merupakan suatu amanah besar yang dimandatkan oleh Allah SWT kepada manusia dan ia bukanlah suatu kancah untuk mendapatkan singgahsana kemegahan pangkat (prestij) dan mengumpul harta kekayaan .Jika lingkaran syaitan ini berlaku maka akan berlangsunglah amalan teori Machievelli(The end justufice to the means)yang kacau bilau di segi matlamat,apatah lagi di segi pelaksanaanya.Justeru itu ,kepemimpinan mestilah difahami sebagai suatu amanah Allah SWT bagi melaksanakan perintah-perintahnya yang dibina berdasarkan kepada ketaqwaan ,keikhlasan serta mempunyai misi dan visi.

4.0 PERMASALAHAN KEPEMIMPINAN DAN PENYELESAIANNYA
4.1 Kelemahan Sudut Tarbiah
Bidang tarbiah di dalam sesuatu harakah (yang lemah ) tidak diberikan perhatian yang utama berbanding dengan bidang-bidang lain seperti pentadbiran , penyusunan dan politik . Perkara ini jelas sekali dapat dilihat dalam cara hidup pemimpin –pemimpin dan pentadbir-pentadbir harakah yang mengabaikan urusan-urusan tarbiah samada daripada segi teori atau amali . Akibatnya , tindakan dan cara mu’amalah (perhubungan ) mereka jauh sekali daripada akhlak Islam iaitu yang tidak mempunyai uzubah ar-ruhaniyah (kesedaran rohani) .
Suasana seperti ini seringkali menimbulkan ketegangan dan kepekaan (sensitif ) . Ini sungguh berlainan dengan suasana yang telah melalui Tarbiah dengan zikrullah dan riqabatullah (pengawasan Allah ) . Logika yang mengatakan bahawa beberapa anggota didalam gerakan tidak perlu kepada Tarbiah atau sudah melewati peringkat Tarbiah hendaklah di tolak . Logika ini adalah bertentangan sama sekali dengan Islam dan falsafah pendidikannya,iaitu falsafah yang menganggapkan seseorang itu sentiasa diuji dalam dakwahnya dan sentiasa diuji dalam agamanya.
Firman Allah swt :

"أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا آمنا وهم لا يفتنون . ولقد فتنا الذين من قبلهم فليعلمن الله الذين صدقوا وليعلمن الكاذبين" (سورة الفتح) .


Justeru itu , anggota harakah samada mereka terdiri daripada barisan pimpinan (Qiyadah ) atau barisan pejuang (Jundiyyah ) mestilah mengikuti tarbiah,biar betapa sibuk atau dalam apa jua keadaan sekalipun,hatta di dalam keadaan dakwah yang menghadapi suasana penuh kemelut dengan pelbagai permasalahannya,tarbiah hendaklah perlu diberi perhatian utama,sebab keperluan manusia kepada ri’ayah , pengawasan diri dan kepada mengingati Allah (Tazkir ) adalah lebih diperlukan di dalam menghadapi suasana-suasana seperti itu .

4.2 Tidak Meletakkan Seseorang di Tempat Yang Sesuai
Perkara ini terus menerus berlaku menyebabkan kegagalan tugas serta menyebabkan kerugian para pekerja dakwah.Sesuatu harakah yang sedar dan matang ialah harakah yang mengetahui keupayaan anggotanya ,kecenderungan dan keupayaan mereka ,serta juga mengetahui titik-titik kekuatan dan kelemahan mereka.Berdasarkan faktor-faktor ini ,harakah hendaklah memilih dan memberikan tugas kepada seseorang anggotanya itu mengikut apa yang sesuai dengan kebolehan,kecenderungan,tabie dan kedudukannya.
Apabila sesuatu kerja yang dilaksanakan oleh sesuatu harakah tidak mengikut kaedah dan dasar yang dipelajari serta tidak mengikut perencanaan –perencanaan dan manhaj yangdikhaskan…dan apabila tidak diketahui apa tugas yang patut dilakukan hari ini dan apa pula yang patut ditangguhkan untuk dilakukan pada besok hari…dan apabila tidak dapat dibezakan mana yang penting dan mana yang lebih penting serta tidak dapat diketahui urutan dan agenda kerja-kerja ,maka kecacatan akan berlaku.Harakah hanyalah memenuhkan ruang dengan ‘nama’ dan bukannya memenuhkan dengan orang-orang yang mempunyai kebolehan dan kewibawaan.
Ini merupakan suatu penyerahan kuasa kepada orang yang bukan pada ahlinya dan apabila kuasa harakah diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya ,maka tunggulah saat kemusnahan dan kehancurannya .Sabda Rasulullah saw: "إذ ا وسد الامر الى غير أهله فانتظر الساعة ". الحديث أو كما قال
Oleh itu ,sesuatu harakah mestilah menyusun unsur-unsur tenaganya menurut
pengkhususan masing-masing seperti ada kumpulan yang menguruskan soal tarbiah ,ada kumpulan yang menguruskan soal pentadbiran ,ada kumpulan yang menguruskan soal harta dan ekonomi,ada kumpulan yang menguruskan soal riyadah dan demikianlah seterusnya di dalam bidang-bidang yang lain.

4.3 Tidak Menyelesaikan Persoalan Dengan Segera
Ini berlaku kerana persoalan-persoalan itu adalah rumit .Memang menjadi perkara biasa bagi sesuatu harakah mendahulukan masalah-masalah yang mesti diselesaikan dan adalah menjadi perkara biasa juga sesuatu harakah itu menggunakan cara atau prosedur yang tertentu bagi menyelesaikan masalah tersebut.Kajian-kajian menunjukkan bahawa kelemahan di dalam menyelesaikan masalah adalah disebabkan oleh:
a.Kelemahan pucuk pimpinan sendiri yang mungkin tidak mempunyai kemampuan untuk menyelesaikan masalah yang timbul.
b.Kelemahan pentadbiran yang memberikan ruang kepada kemunculan masalah di dalamlujnah–lujnah ,tetapi tidak memberikan kuasa menyelesaikan kepada pihak yang bertanggungjawab ke atas lujnah itu.
c.Barangkali kerana terlalu besar dan luasnya program sehingga pihak pimpinan tidak dapatmenyempurnakan keperluan-keperluan kerja (Amal) yang berbagai-bagai itu..Hanya lujnah-lujnah yang bertugas untuk itu sahaja yang mempunyai keupayaan dan kepakaran yang boleh mengawasinya.
Penghujungnya membawa kepada natijah yang sama iaitu pertambahan masalah. Oleh itu, penyegeraan di dalam menyelesaikan masalah yang timbul akan memberikan keuntungan kepada harakah. Ia membebaskan harakah daripada menghabiskan masa dan tenaga menyelesaikan masalah dalaman.

4.4 Pertikaian Dalaman
Ini merupakan penyakit harakah yang paling bahaya dan menjadi faktor pemusnah dan Peruntuh di dalam kepimpinan berharakah.
Di suatu pihak, pertikaian ini meracuni suasana dan di suatu pihak yang lain ia merosakkan perhubungan di antara anggota. Selain daripada itu, menimbulkan suasana pertengkaran dan pertikaian mulut sehingga memberhentikan tugas dan kerja dan akhir sekali ia akan melemahkan dakwah dan menarik campur tangan pengaruh luar.
Sebab-sebab berlakunya pertikaian dalaman:
a)Kadangkala kerana kelemahan pimpinan,iaitu pihak pimpinan tidak berjaya
menguasai barisan dan tidak dapat mengeluarkan keputusan pemutus.
b)Kadangkala kerana campur tangan daripada kuasa luar dan bertujuan untuk
menimbulkan fitnah.
c)Kadangkala kerana ada perlumbaan untuk mendapatkan kedudukan khususnya jawatan di dalam harakah dan pentadbiran.
d)Adakalanya kerana tidak beriltizam (komitmen)dengan dasar harakah ,kaedah dan prinsipnya ,tidak mahu mengikut keputusan yang diambil oleh lujnah-lujnah harakah, malahan mahu menonjolkan diri sendiri .
e)Kadangkala kerana tidak ada kerja atau program ,sedangkan kerja atau program itu menggerakkan ahli untuk bersungguh-sungguh berjihad untuk harakah.
Di zaman Rasulullah saw ,gejala yang pernah timbul ialah pertikaian di Madinah di antara puak Al Aus dan Khazraj yang dirangsangkan oleh orang-orang Yahudi yang diketuai oleh Samad Ibn Qis .Daripada peristiwa ini turunlah ayat Al-Quran :
يا أيها الذين أمنوا إن تطيعوا فريقا من الذين اوتوا الكتاب يرووكم بعد إيمانكم كافرين …………..إلى قوله تعالى "وأولئك لهم عذاب عظيم"
(ال عمران:100-105)
4.5 Pemimpin Tidak Layak .
Kelemahan pimpinan ini berlaku kerana beberapa faktor :
a)Kelemahan berlaku kerana kurangnya kemampuan berfikir .Sekiranya kepimpinan tidak dapat memenuhi kehendak atau dahagakan pemikiran ahli .Adakalanya kepimpinan hanya berupaya di sudut pemikiran sahaja ,tetapi lemah di dalam sudut–sudut yanng lain.
b)Kadangkala kelemahan itu disebabkan oleh kelemahan mentadbir,di mana kepimpinan tidak menggunakan kebijaksanaan dan kemampuannya untuk mentadbir dan menggunakan kaedah serta asas-asas pentadbiran yang perlu.Hal ini menyebabkan kerosakan program dan menimbulkan permasalahan kepada harakah yang membawa kepada perpecahan dan kemusnahan.

5.0 KEPERLUAN GENERASI KEPIMPINAN
5.1 Proses mendidik dan membimbing setiap lapisan kepimpinan mesti sentiasa di segarkan.Oleh itu penguasaan setiap pemimpin dimana sahaja mereka ditugaskan kepada kerja yang diamanahkan.Penguasaan ini sama sahaja denga penguasaan di bidang dakwah,sepertimana yang pernah di ungkapkan oleh Fathi Yakan :
“Kemampuan para pendakwah untuk menarik orang ramai dan memperkembangkan mereka,sekalipun mereka itu terdiri daripada berbagai bentuk mentaliti,kecenderungan ,status dan ilmu pengetahuan yang tidak sama”.
5.2 Keikhlasan sahaja tidak memadai sekiranya kepempinan itu tidak bijaksana dan pintar menghadapi fitnah dan serangan politik yang bertujuan untuk memusnahkan perjuangan.Cukup banyak catatan sejarah yang kita baca,menunjukkan pemimpin-pemimpin gerakan islam sentiasa menjadi mangsa tipu helah musuh.Seringkali kekuatan empayar pengaruhnya dieksploit bagi menentang penjajah dan usaha mencapai kemerdekaan,tetapi apabila kemenangan berada di ambang,gerakan islam di pukul mati dan pemimpin-pemimpin mereka di penjarakan sehingga ada yang dibunuh.Episod ini mesti ditamatkan dan imej kepimpinan gerakan islam mesti dipulihkan. Mereka bukan sahaja arif tentang ilmu-ilmu agama tetapi cekap dan boleh menguasai hingga tahap maksima pentadbiran politik sesebuah wilayah yang telah diamanahkan.

6.0 CIRI-CIRI KEPIMPINAN

6.1 Al-Farabi telah menyenaraikan sifat-sfat tertentu bagi seorang pemimpin,sejak daripada lahirnya usia muda belia dan dewasa iaitu enam perkara:
1. Seorang yang arif dan bijaksana
2. Seorang yang mengerti dan memelihara undang-undang dan peraturan-peraturan yang telah ditadbir atau dijalankan oleh para pemimpin terdahulu daripadanya.
3. Orang yang tajam pemikirannya yang mampu berfikir dan mengeluarkan hukum atau ijtihad yang tidak terkeluar daripada undang-undang dan peraturan,juga tidak bersalahan daripada apa yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu.
4. Orang yang sentiasa memerhatikan dengan serius akan kepentingan rakyat,urusan-urusan dan kejadian-kejadian yang berlaku serta suka memperbaiki perkara yang berhubungan dengan kemaslahatan rakyat dan negara.
5. Orang yang mahu mengambil petunjuk pada peraturan-peraturan yang terdahulu dengan menurut contoh-contoh teladan yang dilaksanakan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu.
6. Orang yang teguh iaitu kuat dan bertenaga serta sentiasa berwaspada di dalam menghadapi soal-soal pertahanan dan peperangan.Dia juga perlu menyediakan alat kelengkapan peperangan yang mencukupi dengan cara membuka perusahaan penting membuat senjata terutama sekali senjata-senjata penting.
6.2 Bagaimanapun syarat-syarat lain harus mendahului,antaranya ialah sempurna tubuh badan bertenaga dan berkemampuan,baik tingkah laku dan kefahamannya,bijaksana dan cerdik ,minat dengan ilmu pengetahuan dan sentiasa memperdalaminya ,cintakan kebenaran,berjiwa besar dan berhemah tinggi dan lain-lain lagi.

6.3 Usaha melahirkan kepimpinan yang baik ini harus bermula daripada peringkat awal dan mesti diberikan keutamaan oleh gerakan islam.Amat malang sekiranya majoriti rakyat bersedia memberi sokongan tetapi ia terhalang kerana merosotnya mutu kepimpinan yang ditampilkan oleh gerakan islam kepada umum.Justeru itu,agenda pembinan dan perkaderan ini mesti dipertingkatkan selaras dengan zaman moden yang padat dengan segala kecanggihannya.Hanya dengan kepimpinan yang mantap ,tahan uji,mampu membimbing masyarakat,sedia berkorban,berlapang dada serta mengutamakan kepentingan islam dan ummah melebihi kepentingan yang lain,maka kepimpinan berharakah seperti ini akan dapat di arahkan kepada kemenangan dan apabila telah berjaya ia dapat dipertahankan dan dikembangkan.Insya-allah.
Firman Allah taala :
قال الله تعالى :الذين إن مكناهم فى الأرض أقاموا الصلاة وأتوتا الزكاة وأمروا بالمعروف ونهوا عن المنكر ولله عاقبة الأمور.
(سورة الحج أية 14)

7.0 PENUTUP
7.1 Umat islam mempunyai khazanah panduan,teladan dan tradisi kepimpinan yang cukup bagi menghasilkan pimpinan yang syumul(sempurna).Ciri-ciri kepimpinan Rasulullah saw sudah cukup sebagai uswatul hasanah,model teladan yang sebaik-baiknya.Terserahlah kepada umat islam sendiri memanfaatkannya di dalam rangka membina kepimpinan yang cukup bertenaga bagi menghadapi cabaran zaman ini,pimpinan yang berkualiti al-qa’idul –murabbi(pemimpin-pendidik)
pimpinan yang mempunyai vision,berpandangan jauh dan luas serta dapat membaca dan menganalisa suasana zaman dan lingkungannya,dapat membina dan menggerakkan seluruh potensi dan tenaga umat secara terarah menuju pengisian era pembangunan islam(الصحوة الإسلامية)
7.2 Insya-Allah umat islam tidak akan ketandusan pimpinan kerana Allah taala berjanji untuk menampilkan pemimpin-pemimpin mujaddid daripada abad ke abad.Janji Ilahi ini telah disampaikan lewat sabda Rasulullah saw:
إن الله يبعث لهذه الأمة على رأس كل مائة سنة من يجدد لها دينهاوبالله التوفيق والهداية والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
posted by Mohd Nazri Amir Hamezah @ 3:43 PM   0 comments
Konsep Faham Mengikut Imam Hassan Al Banna
Monday, April 17, 2006
1. MUQADDIMAH

Al – Fahm diletakkan sebagai perkara pertama dalam rukun baiah yang telah digariskan oleh Al imam As Shahid Hassan Al Banna (ISHB) dalam kitabnya Risalah Atta`lim. Rukun baiah antara otot yang memastikan ketahanan dan kelangsungan denyutan nadi tatkala menghadapi tahaddiyat (halangan) yang memaksa dan mendesak. Rukun baiah juga adalah antara kekuatan dalaman yang berkesan untuk mengaks virus mazmumah yang merosakkan harakah islamiah

`Kejituan intimak dan keterikatan (iltizam ) individu muslim dengan harakah islamiah pula banyak dipengaruhi rukun baiah dan sejauh mana penghayatannya akhlaq dan disiplin berjamaah turut lengkap apabila setiap gerak langkah menyusun program dan mengatur strategi dibayangi oleh rukun baiah sementara akhlaq dan disiplin berjamaah tersebut adalah menara tertinggi bagi syiar harakah islamiah.’
[1]

Seringkali berlaku masalah bila tindakan dalam gaerakerja tidak didahului dengan kefaham yg jitu. Perkara ini menimbulkan khalal bila berlaku dalam gerak kerja dakwah dan harakah. Masalah yang timbul akhirnya membuahkan pelbagai masalah yang lain yang akhirnya menggugat strategi dan operasi.

1.1 HASSAH AL BANNA DAN AL FAHM ISHB yang sememangnya memiliki kelebihan dan kekuatan dakwah yang melewati batas umur dan zamannya telah melihat bahawa Al fahm adalah merupakan perkara pokok pertama dalam tindakan dan starategi dakwah.

Seterusnya, lantaran melihatkan peri pentingnya Al Fahm ini ISHB telah menggariskan 20 usul di bawah rukun baiah pertama ini (al Fahm):

· FAHAM DAN YAQIN DENGAN SHUMULIAH ISLAM
· FAHAM BAHAWA AL QURAN DAN ASSUNNAH SEBAGAI DUSTUR DAN SUMBER RUJUKAN
· FAHAM DENGAN AQIDAH YANG SOHIH DAN IBADAT YANG SALIM
· FAHAM DAN JELAS ANTARA IBADAT DAN KHURAFAT
· FAHAM DENGAN KONSEP IMAMAH
· FAHAM BAGAIMANA INTERAKSI DENGAN KHILAF
· FAHAM KONSEP MAZHAB
· FAHAM KONSEP IJTIHAD DALAM MASALAH FIQH
· FAHAM KONSEP TA`WIL SEBENAR
· FAHAM TAUHID DAN MENGENAL ALLAH
· FAHAM DALAM INTERAKSI DENGAN BID`AH
· FAHAM: KHILAF FIQHI DAN BID’AH
· FAHAM KONSEP KASIH SAYANG SEBENAR
· FAHAM DALAM PENYELEWENGAN AMAL
· FAHAM KONSEP DOA
· FAHAM AGAR BERWASPADA DENGAN PERMAINAN ISTILAH
· FAHAM AMAL ISLAMI
· FAHAM DAN AQAL
· FAHAM: PENYELESAIAN MASALAH MENURUT AQAL DAN SYARIAT
· FAHAM MASALAH TAKFIR

2. MENGAPA FAHAM RUKUM PERTAMA
Kefahaman yang sebenar, jelas dan soreh adalah antara prasyarat kejayaan dakwah. Tanpa kefahaman akan menjadikan sesuatu tugas, gerak kerja, taklifan dan amanah tergendala, tidak sempurna dan gagal. Bahkan yang lebih besar lagi mungkin berlaku perpecahan dan permusuhan sesama anggota harakah Islamiah. Rukun al Fahm ini adalah asas utama bagi kepimpinan islam guna menangani usaha bina Khilafah Islamiah yang telah sekian lama diidam-idamkan.
Bagi meraih al Fahm yang sebenar memerlukan bekalan ilmu untuk diasimilasikan dengan teori konsep Asas 20 Al Fahm (Usul `Ishreen). Saidina Omar Abd Azizi menyatakan :
من عمل علي غير علم كان ما يفسده اكثر ما يصلح
` brangsiapa yang beramal tanpa Ilmu, ia telah mendorong kerosakan yang banyak mengatasi kebaikan ‘
[2]
Rasul pernah bersabda dalam sabdaannya yang masyhur:
من يريد الله به خيرا يفقهه فى الدين
`Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah kebaikan nescaya difahamkannya urusan agama’

3. ASAS-ASAS (MABAADI’) AL FAHM MENURUT HASSAN AL BANNA

3.1 FAHAM DAN YAQIN DENGAN SHUMULIAH ISLAM

“ Islam adalah sistem lengkap yang merangkumi keseluruhan aspek kehidupan. Islam adalah daulah dan tanahair atau kerajaan dan ummah. Akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan Kebudayaan dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman. Material dan harta atau usaha dan kejayaan Jihad dan dakwah atau tentara dan fikrah. Sebagaimana Islam itu adalah aqidah yang benar dan ibadah yang sohih

3.2 FAHAM BAHAWA AL QURAN DAN ASSUNNAH SEBAGAI DUSTUR DAN SUMBER RUJUKAN

"Al-Quran dan As-Sunnah (hadis) adalah sumber rujukan untuk mengetahui hukum hakam Islam. Al Quran difahami menurut kaedah-kaedah bahasa Arab dengan tidak memberatkan dan meringankan. Hadis pula difahami melalui periwayat-periwayat hadis yang dipercayai."

3.3 FAHAM DENGAN AQIDAH YANG SOHIH DAN IBADAT YANG SALIM

" Iman yang benar dan ibadah yang sah dan mujahadah adalah cahaya dan kemanisan yang dilimpahkan Allah ke dalam hati sesiapa yang dikehendakinya di kalangan hambanya. Manakala ilham, lintasan hati, kasyaf dan mimpi bukanlah menjadi dalil kepada hukum-hukum syariat. Ia hanya diterima dengan syarat perkara tersebut tidak bertentangan dengan hukum syariat dan nasnya."

3.4 FAHAM DAN JELAS ANTARA IBADAT DAN KHURAFAT

"Jampi, mentera, tangkal dan murtad dan dakwaan mengetahui perkara-perkara ghaib dan semua yang tergolong dalam kemungkaran ini wajib diperangai kecuali ianya terdiri dari ayat-ayat al-Quran dan suatu yang diterima dari Rasulullah SAW.”

3.5 FAHAM DENGAN KONSEP IMAMAH

"Pendapat Imam (ketua) dan timbalannya dalam masalah yang tiada nas dan masalah yang boleh diertikan dengan pelbagai pengertian juga masalah yang berhubung dengan maslahat umum, boleh diterima selama mana ia tidak bertentangan dengan kaedah syara'.

3.6 FAHAM BAGAIMANA INTERAKSI DENGAN KHILAF

" Perkataan seseoarang boleh diterima atau ditolak, kecuali perkataan Rasulullah SAW yang bersifat maksum. Perkataan para solihin yang terdahulu ( salaf as solleh) mesti kita terima jika bersesuaian dengan al-Quran dan Hadis. Jika tidak, maka al-Quran dan hadislah ikutan kita yang utama, kita juga tidak dibenarkan membentangkan kecaman dan celaan terhadap individu berkenaan dalam masalah khilafiah. Kita serahkan mereka kepada niat mereka sedanag mereka telah melakukan sesuatu dengan apa yang mereka telah kemukakan."

3.7 FAHAM KONSEP MAZHAB

" Seseorang muslim yang ilmunya tidak mencapai tahap nazhar (النظر) yakni (mampu mengeluarkan hukum dari dalil dan hukum-hukum cabang ) sewajarnya iamnegkuti mana-mana Imam di kalangan imam-imam mazhab. Semetara itu, adalah sebaiknya ia berusaha bersungguh untuk mengetahui dalil-dalil imamnya. Jua hendaklah ia menerima pedoman berdalil tatkal ia telah yakin kebenaran dan keahlian orangyang memberi pedoman kepadanya, dan hendaklah ia melengkapi ilmunya hingga ke tahap (النظر) jika ia terdiri daripada ahli ilmu ( orang yang berupaya menuntut ilmu )"

3.8 FAHAM KONSEP IJTIHAD DALAM MASALAH FIQH

" Persoalan khilaf dalam masalah fekah adalah merupakan tabiat ugama itu sendiri.
Masalah-masalah fekahyang timbul sebahagiannya kedapatan nas dari Al Quran dan As Sunnah dan sebahagian yang lain tidak dinyatakan hukum . Realiti ini mendorong khilaf di kalangan ulama'

3.9 FAHAM KONSEP TA`WIL SEBENAR

‘Pengendalian masalah yang tidak membuahkan amal adalah tergolong dalam perkaran yang memberatkan-beratkan sementara syarak melarang kita berbuat demikian. Sebagai contoh: membincang cabang-cabang hukum yang tidak realiti dan membincangkan penafsiran ayat suci al quran yang tidak tercapai oleh ilmu dan membicara banding keistimewaan dikalangan para sahabat. Sedang setiap mereka punya kelebihan masing-nasing sebagai sahabt dan mereka diganjari menurut niatnya sementara masalah takwil adalah suatu keluasan’

3.10 FAHAM TAUHID DAN MENGENAL ALLAH

“Mengenal Allah dan mentauhidkannya dan menyuciknnya dari sebarang kekurangan adalah setinggi-tinggi akidah dalam islam. Ayat-ayat al Quran dan hadis-hadis sohih yang berhubung dengan sifat-sifat Allah dan perkara-perkara yang kesamaran hendaklah kita beriman dengannya sebagaimana yang termaktub tanpa sebarang ta’wil dan merosakkan nas asal jua kita tidak melibatkan diri dengan perselisihan ( khilaf) di kalangan ulama’ dalam masalah ini dan kita berselesa terhadap apa yang yang di luaskan oleh Rasulullah SAW dan sahabatnya.


3.11 FAHAM DALAM INTERAKSI DENGAN BID`AH

`Semua bidah yang direka dalam agama Allah tanpa ada usulnya dan dianggap baik oleh manusia menurut nafsunya samada dengan menembah atau mengurangkan adalah merupakan suatu kesesatan yang wajib diperangi pelaksanaannya mestilah dikendalikan dengan sebaik-baik cara supaya tidak mencetus keadaan yang lebih parah dari bidah itu sendiri’

3.12 FAHAM: KHILAF FIQHI DAN BID’AH

`Bidah yang dilakukan sebagai tambahan dan sebagai mengurangan serta iltizam pada ibadat yang mutlak adalah merupakan khilaf fiqhi. Setiap individu mempunyai pendapat tersendiri maka tiada halangan untuk ia mencari pengertian melalui dalil dan bukti ‘

3.13 FAHAM KONSEP KASIH SAYANG SEBENAR

`Mengasihi orang-orang soleh, menghormati dan memuji mereka berasaskan amal bakti yang dilakukan oleh mereka adalah merupakan taqarrub kepada Allah. Para auliya` adalah mereka yang disebut dalam firmannya (yang bermaksud) orang-orang yang beriman dan mereka yang bertaqwa. Keramat berlaku pada mereka dengan syarat – syarat bertepatan dengan syariat. Serentak itu kita beri’tiqad bahawa maereka tidak berupaya memberi manfaat dan mudharat terhadap diri mereka semasa hayat maereka atau selepas matinya apatah lagi untuk mengurniakan sesuatu kepada orang lain.’

3.14 FAHAM DALAM PENYELEWENGAN AMAL

`Menziarahi kubur adalah sunnah yang disyariatkan dengan cara yang diterima dari rasullullah. Akan tetapi meminta tolong dari ahli qubur walau dengan apa cara sekali pun, begitu juga menyeru mereka, meminta supaya ditunaikan hajat samada dari dekat atau jauh, bernazar kepada mereka, membina kubur, mengelambuinya, menerangi dengan lampu, memperluas, bersumpah selain dari nama allah dan perkara-perkara seumpama itu adalah bidah dan dosa yang wajib diperang. Tiada ruang bagi kita bertakwil (beralasan) dalam amalan-amalan seperti ini demi menutup pintu-pintu kemungkaran.’

3.15 FAHAM KONSEP DOA

‘Doa yang dipanjatkan ke hadrat ilahi secara tawassul melalui makhluqnya adalah tergolong dalam masalah khilafiah dari sudut kaifiah berdoa, ianya tidak termasuk dalam masalah aqidah’

3.16 FAHAM AGAR BERWASPADA DENGAN ISTILAH

` Kebiasaan (uruf) yang salah tidak merubah hakikat lafaz –lafaz syaraiat bahkan wajib dipastikan batas makna yang dimaksudkan oleh lafaza-lafaz itu dan terhenti di atas perngertian yang dimaksudkan sahaja sebagaiman jua wajib berwaspada dari tertipu dengan perkataan –perkataan dalam semua bidang dinia dan ugama (I`tibar berdasarkan hakikat sesuatu yang dinamakan bukan pada nama)’

3.17 FAHAM AMAL ISLAMI

`Aqidah adalah asas kepada amal dan amalan hati lebih penting daripada amalan anggota. Mengahasilkan kesempurnaan kepada kedua-duanya dituntut syara` sekalipun berbeza martabat tuntutan itu’

3.18 FAHAM DAN AQAL

`Islam membebaskan aqal, manggalakkan pengamatan terhadap alam sekitar dan memartabatkan kedudukan ilmu dan ulama serta mengalu - alukan kebaikan yang membawa manafaat (al hikmah adalah sesuatu yang hilang dari orang mukmin, barang siapa mendapatin ya maka ialah yang terlebih berhak memilikinya)’

3.19 FAHAM: PENYELESAIAN MASALAH MENURUT AQAL DAN SYARIAT

`Terkadang masalah menurut pengamatan syara’ dan pengamatan aqal tidak boleh diselaraskan antara satu sama lain, akan tetapi kedua-duanya tidak akan bercanggah dalam perkara yang putus dan menjadi kenyataan. Pertembungan juga tidak akan berlaku antara hakikat ilmiah yang sohih dengan kaedah syara’ yang thabit. Perkara dzanni (tidak putus) dari sudut syara’ dan akal, boleh diselaraskan supaya bertepastan dengan hakikat yang putus.Jika sekiranya pandangan akal dan syariat dalam satu-satu perkara masih dzanni maka pandangan syariat terlebih utama diikuti sehinggalah thabit pandangan akal ( dapat buktikan hakikat ) atau ia menjadi gugur.’

3.20 FAHAM MASALAH TAKFIR

“ Kita tidak mengkafirkan seorang muslim yang berikrar dengan dua kalimah syahadah, melaksanakan tunttutan-tuntutan keduanya dan menunaikan perkara fardhu dengan berdasarkan pendapat dan maksiat yang dilakukannya melainkan :
· ia berikrar dengan mana-mana kalimah kekufuran
· atau ia mengingkari sesuatu yang pasti dalam ugama.
· Atau ia mendustai ayat Al Quran yang terang dan jelas.
· Atau ia menafsirkan al quran dengan penafsiran yang tidak bertepatan dengan uslub bahasa arab.
· Atau beramal dengan amalan yang tidak ada perkiraan lain kecuali kufur

5. PENUTUP

Al Fahm adalah merupakan asas bagi seseorang daie untuk menjadi ustaziyatul alam yang berjaya. Berapa banyak yang telah kita lihat gagal di medan dakwah bahkan tergolong daripada kalangan السقوط على الطريق الدعوة lantaran tidak selesai pada peringkat Al Fahm ini. Bermula dari kurang semangat untuk bekerja, tiada sam`u wa al toah dan akhirnya futur dari medan juang wal iyazubillah. Dan ingatlah bermula faham dari faqih bermula faqih dari ilmu berakhir ilmu dengan amal yang istiqomah. Wallahualam
[1] Hj Nasaruddin Thanthawi, Rukun Bai`ah Asas Keiltizaman Berjamaah, University Al Azhar.
2Manaqib omar oleh Ibn Jauzi
posted by Mohd Nazri Amir Hamezah @ 2:15 AM   0 comments
Cabaran Politik Gerakan Islam Dalam Sistem Demokrasi
Tuesday, April 11, 2006
PENGENALAN
Artikel ini membincangkan faktor-faktor ‘contemporary’ mengenai cabaran politik Gerakan Islam terutamanya penglibatan mereka dalam proses ‘democratization’ atau ‘pendemokrasian’ menjelang alaf baru ini. Penglibatan politik gerakan Islam yang ada di Malaysia juga tidak dapat dipisahkan dengan gelombang ‘Islamic revival’ yang ada ini.

Namun realitinya gerakan Islam di tahun-tahun kebelakangan ini sedang menghadapi berbagai-bagai tragedi yang sambung-menyambung serta pelbagai suasana yang sukar lagi menyulitkan. Ini menyebabkan gerakan Islam di merata pelusuk dunia cuba menoleh kembali kepada ‘garis percubaan’ yang telah ditempuhi oleh mereka sejak jatuhnya kerajaan Islam Othmaniah di Turki.


REALITI CABARAN YANG ADA

Kita kian hampir dengan realiti alaf baru yang akan menjadi mercu kepada ‘a strange new world of change and uncertainty’. Ia mungkin amat menarik bagi sesetengah orang namun realitinya adalah suatu yang tidak menentu dan berkemungkinan amat menggerunkan. Penulis amat bersetuju dengan pandangan yang di utarakan oleh Hamish Mcrae
[i] yang mengolah realiti alaf baru ini. Antara lain beliau menyatakan;

“Few of us can easily imagine a future which is not, at best, insecure; many fear social breakdown, poverty, technological tyranny, environmental catastrophe, war, despair. Are they right ?”
[ii]


Begitu juga dengan prospek serta masa depan gerakan Islam terutamanya selepas ‘kemenangan’ demokrasi Barat ke atas faham serta ideologi Komunis. Bagi penulis persoalan-persoalan berikut harus di jawab;

Apakah gerakan Islam akan mampu ‘survive’ dengan pelbagai cabaran yang lebih besar di dalam kerangka ‘demokrasi’ yang di‘iktiraf’ sebagai paling ‘legitimate’ di abad mendatang ini?

Apakah gerakan Islam juga akan mampu turut ‘bersaing’ dengan perkembangan teknologi yang lebih canggih berbentuk ‘boarderless world’ ini?

Atau apakah kedudukan gerakan Islam dari sudut masa depan sosio-politik di negara-negara umat Islam sendiri?

Bagi penulis ‘era pendemokrasian’ yang sedang berjalan sekarang ini juga sedang menjadi ‘test case’ ke atas kebanyakan negara-negara umat Islam terutamanya di Timur Tengah – samada mereka terus menerus di lindungi oleh Barat tanpa sebarang usaha ke arah pendemokrasian yang lebih baik dan mereka terus kekal sebagai negara yang bersifat autokratik ataupun ruang ‘demokrasi’ akan di buka untuk mereka. Penulis amat bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh Frank Comes dan Christoper Power;

“Global politics is aslo entering a new age. Constitutional democracy is sweeping through Central Europe, Rusia, Latin America, Korea and Taiwan. Ideas transmitted by satellite broadcasts, fax machines, and Internet ports are praying open even authoritarian regimes”.
[iii]

Namun apa yang jelas, kemenangan demokrasi Barat ke atas ideologi Komunis sering digembar-gemburkan sebagai kemenangan ‘prinsip keadilan dan persamaan’ sejagat ke atas sistem kuku besi yang menindas. Barat sering mencanangkan agar dunia Islam kembali melakukan perubahan ke arah wujudnya sistem bernegara yang lebih demokratik dengan memberi kebebasan kepada rakyat untuk membuat pilihan. Namun Barat juga menyedari bahawa ‘kepentingan mereka’ akan terancam dengan ‘democratic reform’ yang sedang berlaku di dunia Islam kerana ia akan memberi ruang yang luas kepada perkembangan ‘Muslim rule’.

Walaupun di kebanyakan negara-negara umat Islam terdapat percampuran pelbagai ideologi, namun gerakan Islam yang berjuang samada melalui proses demokrasi atau sebaliknya dilihat sebagai saingan terpenting golongan elit yang memerintah dalam proses mendapatkan kuasa. Sejarah awal serta kepentingan sosial dan politik arus kebangkitan Islam yang sedang berlaku sekarang ini juga telah dikelirukan dengan label golongan ‘fundamentalis Islam’ atau ‘militan Islam’ yang begitu rakus mahukan kuasa politik. Perkembangan ini menjadi suatu fenomena yang paling disalah faham oleh Barat sendiri.

Begitu juga dengan ‘salah faham’ Barat terhadap kebangkitan Islam yang mengenepikan langsung akar-umbi dan pemahaman terhadap gerakan Islam. Revolusi Iran yang berlaku pada tahun 1979 adalah merupakan satu kejutan yang amat besar bukan saja kepada Barat tetapi juga kepada golongan cendekiawan yang mengkaji mengenai politik sejak tiga abad yang lalu. Mereka sendiri tidak langsung menjangkakan bahawa kerajaan Shah akan jatuh ke tangan golongan ulama yang diangggap sebagai golongan fundamentalis.

Namun bagi penulis, realitinya tetap seperti gambaran yang ada sekarang ini. Kalau di abad ini gerakan Islam dianggap sebagai suatu ‘ancaman’ maka begitulah juga dengan abad yang mendatang ini. Malahan cabaran terhadap gerakan Islam adalah dijangkakan lebih hebat lagi.

Cuba kita sama-sama renungkan senario berikut; Pada bulan Ogos 1998 telah berlaku peristiwa pengeboman ke atas dua kedutaan Amerika di Afrika iaitu di Tanzania dan Kenya yang mengakibatkan banyak nyawa yang terkorban. Pada bulan yang sama juga beberapa bom telah diletupkan di Omagh, Ireland Utara yang juga mengorbankan banyak nyawa. Seperti yang dijangkakan media-media utama dunia terus mengaitkan peristiwa di Afrika dengan serangan dari kelompok ‘Islamic terrorist’ dan ‘fundamentalists’ manakala apa yang berlaku di Ireland hanya di kaitkan dengan kumpulan ‘the real IRA’.

Malahan Washinghton mengambil sikap untuk ‘retaliate’ peristiwa ini dengan menyerang dan mengebom Khartoum di Sudan dan Khost di Afghanistan yang dianggap sebagai sarang kepada ‘Islamic terrorist’ ini.. Apa yang menariknya Setiausaha Negara Amerika, Madeleine Albright telah menegaskan bahawa peristiwa Ogos yang berlaku di Afrika adalah merupakan “the war of the future”.

Jika kita teliti pula era tamatnya ‘Cold War’, banyak perkembangan serta peristiwa penting yang telah berlaku di dunia ini – perjanjian damai antara Palestin dan Israel, usaha pengurangan penggunaan senjata nuklear, kehancuran Bosnia serta peperangan di Chechnya - yang kesemuanya ini menunjukkan perubahan yang menakjubkan selepas kehancurann Kesatuan Soviet.


ISU PENENTU UTAMA DI ALAF BARU

i. Perubahan kuasa dunia dari bentuk ‘Bi-polar’ kepada ‘Unipolar’

Kejatuhan Kuasa Besar Soviet Union serta tamatnya era ‘Cold War’ kini telah merubah ‘International System’ yang wujud sejak dari Perang Dunia Kedua lagi. Dunia yang dahulunya berbentuk ‘bipolar’ di mana Kuasa Besar Soviet sentiasa bersaing dengan Amerika Syarikat dalam segenap bidang kini sudah hancur. Ini menjadikan Amerika Syarikat di anggap sebagai satu-satu Kuasa Besar, kini tidak lagi menghadapi saingan ynag hebat dari kuasa-kuasa besar lain.

Namun peringatan yang diutarakan oleh Garry Wills
[iv] perlu diberi perhatian oleh kita. Beliau menyatakan bahawa;

“The United States considered itself not only a legitimate leader but actually more legitimate than indigenous leaders who did not meet the U.S. definition of freedom-loving behavior. Washington ‘led’ people by removing inauthentic leaders-the enemies of freedom-even when the people has chosen them”
[v]

Inilah yang sedang di lakukan oleh kuasa besar Amerika dalam menentukan penguasaan mereka terhadap kebanyakan negara di dunia ini terutamanya negera-negara umat Islam. Banyak pemimpin dunia yang telah ‘diganti’ atas desakan Amerika yag lebih berbentuk ‘covert action, sabotage and threats’

Sebagai contohnya penguasaan Washington di Timur Tengah yang dianggap begitu penting bagi keutuhan politik serta ekonomi mereka. Sehingga kini mereka terus menerus mengekalkan ‘hegemony’ mereka kerana terlalu banyak kepentingan yang ada di rantau ini. Usaha untuk mengekalkan regim berbentuk ‘puppet leadership’ dilakukan untuk menjamin penguasaan Amerika. Mereka tidak lagi menjajah secara ‘fizikal’ tetapi menguasai hampir keseluruhan sektor pentadbiran yang ada di sesebuah negara. Ini ditegskan sendiri oleh Wills yang menyatakan bahawa; “It did not want to annex the countries but to use them - call it ‘security imperialism’
[vi]

Malahan menurut Robert Blackwill
[vii] seorang pakar mengenai keselamatan di Timur Tengah, beliau menyatakan bahawa Amerika Syarikat mempunyai 3 kepentingan utama di Timur Tengah;[viii]
i. Mempastikan pejalanan ‘energy’ seperti minyak dan gas berjalan secara baik.
ii. Menyekat sebarang kemasukan senjata yang boleh memusnahkan.
iii. Mempertahankan keselamatan negara Israel.

Beliau menambah lagi, kini terdapat 6 ancaman utama terhadap kepentingan Amerika Syarikat di Timur Tengah. Cita-cita bersifat ‘hegemonic’ Iran dan Iraq di Teluk. Senjata berbentuk ‘mass destruction’ dan peluru berpandu yang di kendalikan oleh Iran. Kelemahan dalaman regim di negar-negara Arab. “Stalemate’ dalam perjanjian Israel-Palestin. Fundamentalis Islam. Beliau turut menggaris dari sudut ‘operational objectives’ Amerika Syarikat di Timur Tengah. Antaranya;
[ix]

Mempertahankan perjalanan minyak – Amerika berjaya mencapai objektif ini “Keep Saddam in the box” – berjaya. ‘Isolate’atau menyepikan Iran – gagal. Memperlambatkan rancangan senjata peluru berpandu Iran – kejayaan bercampur-campur. Mempertahankan ‘pro-status quo’ pemimpin-pemimpin negara Arab yang di anggap ‘moderate’ atau ‘sederhana’ - berjaya. Inilah reliti yang perlu di fahami oleh gerakan Islam terutamanya di Timur tengah di dalam menghadapi cabaran-cabaran yang begitu besar ini. Kuasa besar Barat khususnya Amerika Syarikat tidak akan secara mudah ‘melepaskan’ kepentingan mereka di rantau tersebut kerana ‘stake’ nya adalah amat tinggi bagi masa depan penguasaan sosio-politik mereka.


ii. Perlumbaan penguasaan ‘natural resources’ dunia terutamanya minyak dan gas.

Abad mendatang ini juga menjangkakan akan berlakunya suatu bentuk ‘perebutan’ penguasaan pengunaan kuasa ‘energy’ dunia yang lebih sengit. Melihat kepada jadual 1 adalah jelas bahawa pengunaan minyak dan gas akan tetap merupakan bahan ‘natural resource’ terpenting di abad akan datang ini. Negara yang maju seperti Amerika Syarikat, Perancis, Jerman, Jepun serta Britain akan terus bergantung kepada sumber asli ini untuk menggerakkan ekonomi serta pembangunan industri mereka meskipun telah ada peningkatan penggunaan kuasa nuklear sebagai sumber tenaga yang penting (sila rujuk lampiran 1).

Namun apa yang menariknya jika kita teliti Jadual 2, adalah jelas bahawa ‘crude oil reserve’ yang akan masih tinggal di dunia ini akan tertumpu di negara-negara umat Islam. 'Reserve' yang ada di Amerika Syarikat serta kebanyakan negara Eropah lain di jangkakan tidak akan kekal lama berbanding dengan di negara-negara umat Islam.


iii. Sikap ‘double standard’ Barat khususnya Amerika Syarikat terhadap kebangkitan Islam

Sikap ‘double standard’ polisi Amerika Syarikat terhadap negara umat Islam adalah amat jelas. Sekiranya kita perhatikan persoalan ‘hak asasi manusia dan demokrasi’ yang di canangkan oleh mereka di kebanyakan negara di dunia ini, namum ianya tidak berlaku di kebanyakan negara-negara Islam terutamanya di Timur Tengah. Cuba kita perhatikan dua ‘kes’ yang penting ini;

a. Perjanjian damai Israel-Palestin

Apa yang berlaku dalam perjanjian damai yang di 'brokered' oleh Amerika Syarikat yang membawa kepada kepada perjanjian ‘Wye Memorandum’. Menurut Richard Norton
[x] perjanjian ini tidak sekali-kali menunjukkan bahawa Amerika (atau Israel) tidak memberi sebarang perhatian terhadap persoalan ‘rule of law’ di kalangan rakyat Palestin. Apa yang lebih mengejutkan lagi adalah pendedahan Norton bahawa “so long as the Palestinian Authority corrals the alleged extremists, thereby satisfying Israeli demands, it is clearly permissible to dispense with legal niceties’.[xi]

b. Documen National Security Council ((NSC)

Menurut Norton
[xii], dokumen bertajuk ‘A National Security Strategy for a Century’ yang di sediakan oleh NSC pada bulan Mei 1997 dengan jelas mengenepikan sebarang pandangan mengenai ‘demokrasi dan hak asasi manusia’ di Timur Tengah. Walaupun dokumen tersebut menekankan persoalan kepentingan Amerika di wilayah itu, namun ‘it does not consider the promotion of democracy in the Middle East as a particular aim”. Sebaliknya matlamat mereka di Timur Tengah didefinasikan sebagai ‘peace and stability’[xiii]

Bagi penulis, polisi bagi mengenepikan persoalan ‘demokrasi dan hak asasi manusia’ di Timur Tengah ini dengan jelas bertentangan dengan sikap Amerika Syarikat di wilayah-wilayah lain seperti Afrika, Asia serta Eropah Timur.

Malahan Edward Djerejian yang merupakan Timbalan Setiausaha Negara mengenai Hal Ehwal Timur Tengah apabila melihat kekuatan pergerakan Islam FIS yang hampir mencapai kemenangan melalui sistem demokrasi dan pilihanraya, beliau menegaskan bahawa; ‘democratic’ system that permitted one man, one vote, one time would find no support in Washington’

Sikap ‘double standard’ berterusan Amerika ini terhadap keganasan rampasan kuasa tentera Algeria pada tahun 1992 lebih menjelaskan lagi ‘pekung’ Amerika Syarikat terhadap gerakan Islam. Sehingga kini konflik peperangan di Algeria telah memakan korban lebih dari 100,000 nyawa penduduk tempatan dan tidak ada tanda-tanda penyelesaian yang konkrit yang sedang diusahakan oleh mana-mana badan antarabangsa sehingga sekarang.

Dalam konfllik di Algeria ini, penulis amat bersetuju dengan satu pandangan yang diberikan oleh akhbar pojok Asian Wall Street Journal. Antara lain ia menyatakan;

“It might be that the secular government was concerned that truly free elections would empower leaders who seek to shroud Algeria in a veil of intolerant religious fanaticism. If that is the case, its fear are unwarranted. In a truly open system, a radical, Islamic government would not stay in office long if it took its agenda too far, trampling on the lifestyles of those who elected it. By contrast, stifling Islamic voices only breeds discontent, the sustenance of all extremist groups”
[xiv]


iv. Konsep ‘dual containment’ Amerika Syarikat

Amerika Syarikat serta sekutunya juga turut melaksanakan konsep ‘dual containment’ ini apabila berhadapan dengan konflik. Menurut Gary Sick,
[xv] polisi Amerika dengan meletakkan Iran sebagai ‘principal target’ di negara Teluk bermula pada awal 1990an. Ini adalah akibat dari ‘penemuan’ Israel bahawa ‘Iran was the greatest existing and potential threat to world peace and regional stability’[xvi]

Namun menurut Gary Sick kedua-dua negara iaitu Israel dan Amerika Syarikat mempunyai ‘hidden agenda’ mereka tersendiri dengan meniupkan ‘anti-Iran rhetoric’. Kerajaan Israel pada waktu itu sedang mencari jalan untuk berdamai dengan musuh tradisinya iaitu Palestin, manakala, Amerika Syarikat pula sentiasa memberikan ‘full and unquestioning support’ kepada Israel yang mengambil risiko untuk ‘berdamai’ dengan Palestin. Maka strategi mereka menjadikan Iran sebagai musuh utama lebih merupakan satu strategi untuk ‘divert attention’
[xvii]


v. Pengunaan Information Technology (IT) sebagai senjata ‘peperangan’

Perkembangan yang sedang berlaku dalam teknologi IT adalah amat penting bagi gerakan Islam memanfaatkannya. Ini adalah kerana senjata ‘internet’ sekarang sedang menjadi satu-satu senjata berbentuk ‘publicity/propaganda’ yang begitu efektif. Ianya murah dan mampu sampai kepada sasaran yang lebih luas dari bahan bercetak. Seperti kata Cathy Gormley;
[xviii] “The internet is just one of the new weapons used to plunge the world’s conflict into other dimensions. The computerwizards and information Technology (IT) prodigies are now as important as the conventional warriors, with his gun and ammunition. These It experts are able to wage a war of words on their enemy, in an arena never before more public”[xix]. Begitu juga dengan pandangan yang diutarakan oleh Richard Norton; “Pan-Islam also includes the new media of global communications. Scholars are only beginning to explore the phenomenon of networks of Muslims communicating over the internet, where new versions of politics and the fundamentals of Islam are actively debated”[xx].


GERAKAN ISLAM DAN ‘ERA PENDEMOKRASIAN’

Persoalan sekarang adalah apakah benar telahan awal Barat serta sekutunya bahawa Islam dan gerakan Islam adalah tidak sesuai dengan proses demokrasi? Malahan tuduhan bahawa gerakan Islam yang seringkali digembar-gemburkan sebagai anti-demokrasi kembali menjadi persoalan pokok. Ruang bernafas yang diberikan kepada gerakan Islam di kebanyakan dunia Islam untuk turut terlibat dalam proses demokrasi sejak awal tahun 1980’an kini kembali dinafikan seperti mana yang sedang berlaku di Mesir, Algeria, Tunisia, Turki dan Jordan.

Contoh kedudukan beberapa gerakan Islam dalam proses percaturan politik di dunia Islam, (lihat Lampiran 3). Carta tersebut dengan jelas menunjukkan bahawa dikebanyakan negara-negara umat Islam tidak wujud sebarang bentuk perjalanan demokrasi dalam ertikata yang boleh diterima oleh Barat ataupun pertubuhan hak asasi manusia. Tetapi kebanyakan kerajaan ini terus menerus ‘dipertahankan’ oleh Barat kerana kepentingan geografi yang strategik bagi menjamin masa depan Israel serta ekonomi minyak dan gas yang menjadi sumber terpenting bagi perkembangan industri dunia.

Pada hakikatnya penglibatan gerakan Islam dalam proses demokrasi adalah lebih merupakan satu proses berorientasikan ‘safety valves’ di mana selagi gerakan Islam dilihat sebagai tidak menjadi ancaman kepada golongan ‘establishment’ yang berkuasa maka selagi itulah mereka akan dibenarkan turut terlibat dalam proses demokrasi. Garis pemisah telah ditetapkan kepada gerakan Islam di dalam kerangka demokrasi itu sendiri.

Apa yang berlaku di Turki dan Algeria adalah contoh terbaik di mana penglibatan gerakan Islam dalam proses demokrasi telah dianggap sebagai ‘ancaman’ kerana telah dianggap melampaui garis pemisah yang telah ditentukan oleh golongan establishment. Apabila dirasakan kepentingan mereka tergugat maka dengan mudah dilemparkan tuduhan bahawa jika gerakan Islam dibenarkan terlibat dalam proses demokrasi mereka sendiri akan menghancurkan demokrasi itu.

Banyak contoh-contoh yang membuktikan bahawa gerakan Islam sanggup bergerak di bawah bidang kuasa dan undang-undang yang ada, tetapi mereka telah dinafikan segala hak yang ada di dalam sistem demokrasi itu sendiri seperti yang berlaku di Tunisia, Moroko, Algeria dan baru-baru ini di Turki. Negara-negara seperti Yaman, Pakistan dan Malaysia di mana gerakan Islam dibenarkan bergerak di dalam proses demokrasi dan pilihanraya, mereka telah dapat membuktikan suatu sikap dan tanggungjawab yang amat tinggi serta menghormati prinsip-prinsip demokrasi itu sendiri.

Walaubagaimanapun, di tempat-tempat di mana gerakan Islam hampir-hampir dapat mengambil alih kuasa politik melalui proses pilihanraya, prinsip demokrasi pula telah dicabuli oleh golongan elit yang berkuasa. Ini menampakkan seolah-olah ada perancangan rapi supaya gerakan Islam hilang kepercayaan mereka terhadap sistem demokrasi dan mengambil sikap konfrantasi dan keras terhadap pemerintah. Nampaknya bagi gerakan Islam, apabila ianya mendapat sokongan yang ramai ianya akan menjadi satu dosa yang perlu dikenakan hukuman yang berat oleh golongan sekular dan Barat. Inilah yang telah berlaku di Algeria, Mesir dan Turki.


PENUTUP

Cabaran yang ada pada masa depan gerakan Islam adalah amat besar. Persoalan samada meneka akan diberikan peluang untuk ‘menyesuaikan diri’ dengan perubahan ini adalah suatu persoalan yang amat penting. Lebih-lebih lagi ‘era pendemokrasian’ yang ada sekarang menjadi penentu bagi ‘survival’ dalam penglibatan mereka di alaf mendatang ini.

Bagi penulis, apa saja polisi yang diambil oleh Barat serta sekutunya mengenai masa depan gerakan Islam dalam proses ‘pendemokrasian’ - adalah amat penting bagi mereka meneliti dan melihat dengan penuh tolenrasi bagi memahami kebangkitan Islam dan Islam itu sendiri, yang kedua-duanya di peringkat yang boleh diterima dan pengkususan yang lebih mendalam. Setiap keputusan yang dibuat oleh rakyat dalam proses demokrasi sepatutnya diterima walaupun ia dianggap pahit oleh mereka yang berkuasa serta kuasa Barat yang berkepentingan.

Mungkin ada benarnya apa yang diperkatakan oleh seorang tokoh sains politik Amerika Syarikat, Profesor Graham Fuller yang menulis di dalam sebuah makalah mengenai sikap Barat terhadap gerakan Islam. Beliau berkata;

“Biarlah Islam dan gerakan Islam itu keluar dari bawah tanah dan belajar untuk hidup di dalam proses demokrasi sebagaimana ianya telah hidup di di dunia Islam. Berilah sedikit masa kepada mereka. Evolusi politik sentiasa ada masa-masa ketidakstabilannya, tetapi yakinilah bahawa politik Islam tidak akan menjadi suatu impian ngeri yang amat ditakuti oleh Barat"
[xxi].

Namun bagi penulis, sikap Barat yang jelas ‘inconsistence and double standards’ dalam menentukan ‘position’ mereka terhadap penglibatan gerakan Islam dalam proses demokrasi bukan sahaja telah mencabul prinsip mereka sendiri tetapi ia juga akan memberi kesan yang hebat kepada masa depan hubungan serta sikap toleransi antara gerakan Islam dengan Barat serta sekutu mereka dalam menuju ke alaf baru ini. Hanya dengan ‘membuka kembali’ ruang perbincangan serta hubungan antara Barat dengan gerakan Islam agar mereka saling memahami antara satu sama lain, maka akan menjamin keamanan serta kedamaian dunia di alaf baru ini.

Wassalam.
Disediakan oleh:
Dr. Syed Azman Syed Ahmad,
Jabatan Pengajian Pentadbiran dan Politik,
Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
posted by Mohd Nazri Amir Hamezah @ 3:32 PM   0 comments
:: mY LiFe ::





:: Nama::
Mohd Nazri Bin Amir Hamezah
:: Pengajian ::
Graduan Kuliah Usuluddin Syukbah Tafsir University Al Azhar Mansurah,Egypt :: Dilahirkan ::
Pada 4 ramadhan 1400 Dihospital Kota Bharu
:: Cita-cita::
Mati Dalam Mempertahankan Hak-hak Islam
:: MaKhzAn ::
:: ArTiKeL ::
:: WeBsItE ::
:: BiLanGaN MaSUk ::
Wahai kawanku, Segeralah tunaikan solat di awal waktu Dikala mendengar azan Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan Di situ ada sumber pertolongan Di situ ada sumber taufiq Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. ... dimulakan dengan menyebut solat di awalnya Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat... Juga di medan perang. Walaupun... Di saat genting dan cemas.

:: aL AzHar UniVersItY ::
:: RuJukAn ::
:: Haribulan ::


:: CerIa ::