NAFKAH DIRI UNTUK ISLAM: March 2007 <
HOME | QURAN | TAFSIR | GALERI | FORUM | VIDEO ONLINE | BUKU TETAMU

:: PeNenang JiWa ::
:: BoIkOt ::
:: TaQwIn ::
:: MaSa ItU EmAs ::
:: LiNk ::
:: SoKonGan ::

:: IkAtAn kAsih ::
:: WeBsItE ::
:: Ip DeTecT ::
    IP
:: SupPort ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

Kenapa masih disebut bencana alam??Tidakkah ini laknat Allah ...
Tuesday, March 27, 2007





Kenapa sampai boleh berlaku seperti ini???
posted by Mohd Nazri Amir Hamezah @ 4:55 AM   0 comments
Islam Hadhari sesat dan menyesatkan - Presiden PAS
Wednesday, March 21, 2007


ARAU, 22 Mac (Hrkh) - "Saya berani katakan bahawa ianya sesat walaupun Pak Lah telah memberikan amaran agar tidak diperlekehkan. Saya dah tulis buku yang sudah dicetak tiga empat kali tapi sehingga kini kerajaan Umno tak jawab lagi. Mereka juga tidak menjawab cabaran PAS untuk bermuzakarah secara ilmu."

Demikian pernyataan tegas Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang semasa berceramah di Guar Sanji dekat sini sempena pelancaran Dana Pilihan raya PAS Perlis baru-baru ini.

Menurutnya lagi, membesarkan perkara-perkara khilafiyah dalam masyarakat pada zaman ini adalah kerja-kerja yang boleh merosakkan Islam.

Katanya, perkara-perkara khilafiyah dalam agama ini adalah benda lama yang sudah ada sejak zaman para sahabat, tabiin dan imam mazhab yang mana mereka tidak pernah bertelingkah dalam perkara furuk atau cabang.

"Tapi mereka tidak berbalah dalam perkara furuk kecuali masalah pokok. Inilah dia orang Islam berbalah bab talqin, qunut, sapu muka tapi arak dan judi dibenarkan, hudud dan khisas tak laksana.

"Dan dibiarkan orang tak tutup aurat. Tak apa wanita baca warta berita kepala tak tutup tapi mula dengan Assalamualaikum. Salam tu sunat, buat yang sunat tingal wajib, kenapa tak ditegur yg ini?" soalnya.


Katanya lagi, Islam Hadhari merupakan satu ajaran menyeleweng yang memang sesuai dengan Umno kerana perlaksanaannya hanya dipandu mengikut kehendak mereka sendiri.

"Saya berani katakan bahawa ianya sesat walaupun Pak Lah telah memberikan amaran agar tidak diperlekehkan. Saya dah tulis buku yang sudah dicetak tiga empat kali tapi sehingga kini kerajaan Umno tak jawab lagi. Mereka juga tidak menjawab cabaran PAS untuk bermuzakarah secara ilmu," katanya.

Menurutnya, pendekatan Islam Hadhari yang diperkenalkan pemimpin Umno itu bercelaru dan tiada unsur tiada amar makruf dan nahi munkar.

"Masa dia mahu Islam mereka baca Al-Quran,baca doa dan bila tak mahu dia buat ikut suka, semua jadi celaru," ujarnya.

Beliau juga mengulangi penegasannya tentang istilah Islam Hadhari yang tidak kena pada penggunaannya.

"Hadharah adalah tamadun. Tamadun perlu ikut Islam, Hadharah Islamiyah ialah tamadun ikut mengikut Islam, Islam hadhari pula Islam kena ikut tamadun, jadi celaru tak tahu betul salah," jelasnya.

Baginya, pendekatan Islam Hadhari hari inilah yang membiarkan umat Islam berbalah tentang perkara-perkara khilafiyah.

"Dia biar orang Islam berbalah bab khilafiyah. Tak jadi masalah perkara ini kerana memang dia suka,"katanya lagi.

Beliau memberikan contoh bagaimana zaman pemerintahan British perintah dulu, masyarakat dibiarkan berbalah perkara-perkara furuk sedangkan yang memrintah negeri adalah penjajah.

"Masa tu tak ada mikrofon untuk azan jadi digunakan beduk untuk memberitahu waktu solat, ada yang kata boleh ada yang kata bidaah. Bergaduh bab beduk negeri orang putih perintah!" katanya.

Menurut Tuan Guru, Islam memnyuruh kita mengambil pendekatan menyedarkan rakyat. Jadi, PAS dan parti Islam yang lain mengambil pendekatan demokrasi yang membolehkan kebebasan bercakap, bersuara, menegur serta mengkritik dan mengajak orang.

"Walaupun ada sekatan dan penipuan, kejayaan mengajak orang kepada Islam secara memujuk dan memberi penjelasan yangg difahami adalah lebih afdhal dari jalann lain. Sebab itu PAS memasuki pilihanraya kerana ia adalah saluran terbaik untuk menyedarkan rakyat walaupun perlaksanaanya tidak betul," tegas beliau.

Menurutnya, tanggungjawab yang perlu dipikul sekarang ialah mengajak orang Islam kembalikan pemerintahan Islam dan kedaulatan Islam sepertimana yang dilakukan ulama terdahulu untuk menubuhkan PAS untuk mengajak umat Islam berjuang melalui jalan demokrasi.

"Kita buat perubahan, kita bentuk kerajaan yang dipilih dengan sokongan rakyat dan menjadi tanggungjawab kita orang Islam untuk tunjuk kepada orang bukan Islam cara pemerintahan Islam,"katanya.

Baginya, Umno tidak mampu menunjukkan contoh yang baik di dalam pemerintahan sedangkan dalam pemerintahan sesebuah negeri ada cara Islamnya.

"Kita orang Islam kena tunjuk kebaikan dan keadilan Islam. Umno yang taja Islam Hadhari menunjukkan contoh yang memalukan Islam. Cara Hadhari ni orang Islam pening, orang bukan Islam tak faham," katanya lagi.

Majlis pelancaran dana pilihan raya PAS Perlis ini diadakan di rumah seorang aktivis PAS, Abi Jamrah Ismail. Selain ceramah, turut diadakan majlis makan malam bersama pemimpin di tempat yang sama. - mks.
posted by Mohd Nazri Amir Hamezah @ 9:58 PM   0 comments
Apakah jadahnya, pesta arak 'Carlsberg' warnai perlawanan bola sepak?
Tuesday, March 20, 2007


KUALA LUMPUR, 20 Mac (Hrkh) - Apakah jadahnya dengan masyarakat Islam masa kini, sehinggakah hanya mampu memekakkan telinga dan membutakan mata sahaja dengan membiarkan pesta arak berleluasa tanpa sebarang tindakan?

Laporan akhbar New Straits Times pada 9 Mac lalu dalam halaman E12 EPL bertajuk, "Heartbreak Of A Night For Liverpool" menyiarkan beberapa gambar yang menunjukkan kegilaan dan keaiban warga kota beragama Islam yang menjadi penyokong kelab bolasepak Inggeris terkenal, Liverpool dan Manchester United.

Apa yang mendukacitakan ialah tiadanya perasaan sensitif di kalangan umat Islam yang menjadi penyokong dan peminat kelab-kelab gergasi Inggeris ini sehinggakan mengenepikan nilai dan akhlak murni sebagai seorang Islam.

Dengan logo-logo jenama Carlsberg yang menaja pasukan Liverpool, pengunjung sebuah kelab di Kuala Lumpur ini seolah-olah sudah melupai betapa mereka kini berada di sebuah negara Islam seperti yang kerap dilaungkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Dalam majlis yang mengumpulkan dua kumpulan penyokong kelab bola sepak Inggeris iaitu Liverpool dan Manchester United ini, semua pengunjung seolah diraikan atau meraikan 'perayaan Carlsberg', padahal ianya tidak lebih sebagai 'venue' untuk menonton secara langsung pertemuan antara kedua-dua kelab berkenaan di Anfield.

Paling dikesali adalah, wujudnya Pengurus Jenama Carlsberg yang dipercayai beragama Islam (berdasarkan 'caption' gambar di akhbar) yang turut sama kelihatan meraikan majlis yang dipenuhi dengan santapan arak ini.

Dan tidak cukup dengan itu, akhbar yang dinaungi oleh seorang tokoh akhbar serta korporat yang beragama Islam ini turut membesar-besarkan majlis berkenaan, seolah-olah meredai setiap langkah yang dilakukan oleh para pengunjung serta penganjurnya.

Inikah agaknya antara ciri-ciri Islam Hadhari yang diinginkan oleh pemimpin Islam kita? Bagaimanakah pula dengan para Menteri kabinet, apakah lontaran jawapan mereka dengan budaya yang sebegini?

Kepada Datuk Bandar yang baru, Dato' Abdul Hakim Borhan apakah langkah anda selepas ini, atau hanya mendiamkan diri sahaja sebagaimana Datuk-datuk Bandar sebelum ini? - mks.
posted by Mohd Nazri Amir Hamezah @ 8:48 PM   0 comments
Hari Esok Untuk Islam I
Monday, March 19, 2007

Setelah kejatuhan empayar Islam Othmaniah, kita telah melihat beberapa siri penindasan dan kekejaman yang telah menimpa umat Islam sehingga hari ini. Umat Islam seolah-olah telah hilang taringnya yang tidak mampu melawan kekuatan musuh. Islam telah kehilangan rijal-rijal yang akan kembali membawa kegemilangan Islam. Pukulan hebat dan penangkapan serta penyembelihan berlaku pada umat Islam apabila umat Islam mula bangun cuba untuk menegakkan Islam kembali. Umat Islam seolah-olahnya kehilangan pedoman dan panduan apabila melihat kekuatan musuh yang begitu hebat.
Ramai di kalangan muslimin menyangkakan bahawa pada akhir zaman nanti akan berlakunya al fitan dan kerosakan di muka bumi. Mereka menyangka bahawa kekufuran beleluasa, kejahatan menguasai alam. Islam berada di dalam kemunduran dan penegak kebenaran dihina dan ditindas.
Sebenarnya ini merupakan satu tasawwur yang silap yang seharusnya diperbaiki. Kegelapan yang menimpa umat Islam kini tidak akan selama-lamanya. Fajar Islam akan menyinsing tidak lama lagi. Jahiliyah pasti akan runtuh di bawah kekuatan Islam. Islam akan sekali lagi menjadi pentadbir alam ini. Maka muslimin seharusnya merasa yakin dan tidak berputus asa dengan janji Allah bahawa Islam akan muncul mentadbir alam ini walaupun orang kafir cuba untuk menghapuskannya.

Firman Allah Taala:

" Mereka cuba untuk memadam cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahaya Nya walaupun orang kafir tidak menyukai" (at Taubah: 32)
Sebenarnya sikap berputus asa dan keluh kesah terhadap suasana yang menimpa umat Islam kini merupakan sikap yang sepatutnya dikikis. Umat Islam seharusnya merasa optimis dengan kejayaan yang bakal dihadapi oleh Islam pada suatu hari nanti.
Apabila kita melihat sirah perjuangan Rasulullah s.a.w, Rasulullah sering memberikan khabar gembira kepada sahabat tentang kemenangan-kemenangan yang bakal diperolehi oleh muslimin. Di dalam peristiwa hijrah, semasa Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah, baginda telah berjanji kepada Suraqah yang telah cuba untuk membunuh Nabi dengan menghadiahkan kalung Kisra raja Parsi kepada Suraqah. Walaupun pada masa itu Islam masih lagi diperingkat awal, namun Rasulullah mampu menjanjikan bahawa Islam akan mengalahkan kerajaan Parsi.
Begitu juga semasa di dalam peperangan al Ahzab, ketika mana Rasulullah cuba memecahkan batu untuk menggali Parit. Rasulullah telah menyatakan kepada para sahabat bahawa Islam akan menawan kota-kota Yaman, Rom dan Parsi. Sedangkan pada ketika ini umat Islam sedang berada di dalam kegetiran berhadapan dengan jumlah musuh yang begitu ramai, tetapi Rasulullah s.a.w. mampu menjanjikan kepada para sahabat tentang kemenangan yang bakal diperolehi oleh mereka.
Dengan keyakinan inilah para sahabat berjuang bersungguh-sungguh untuk menyebarkan Islam di muka bumi ini dan seterusnya melaksanakan janji-janji yang telah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. kepada mereka.
Fajar menyinsing
Tanda-tanda awal telah kita lihat pada hari ini bahawa fajar Islam akan kembali bersinar tidak lama lagi. Kita melihat kebangkitan Islam telah mula bersinar di seluruh pelosok dunia. Umat Islam telah mula kembali kepercayaan mereka terhadap Islam. Dan musuh-musuh Islam telah mula bimbang dan khuatir dengan kebangkitan ini dengan menyebarkan dakyah bahawa golongan-golongan ini merupakan 'terrorist' dan 'fundamentalist'.
Kuasa-kuasa besar dunia semakin hari semakin hilang kekuatannya. Keruntuhan kerajaan Komunis Soviet Union dan kerajaan-kerajaan komunis yang lain merupakan satu petanda bahawa kekuasaan kekuatan musuh tidak akan selama-lamanya. Amerika Syarikat pada ketika ini telah mengalami masalah dalaman negara yang begitu teruk. Golongan remajanya yang bakal menjadi teraju kepemimpinan negara telah mengalami keruntuhan moral yang amat dahsyat. Amerika Syarikat yang mendabik dada kekuatan mereka sebenarnya merupakan negara yang menunggu saat-saat kehancuran seperti mana runtuhnya kerajaan komunis.
Ini merupakan bibit-bibit awal bahawa fajar Islam akan mula menyinsing dan akan menjadi penguasa alam ini. Kesedaran Islam telah mula tercerna di dalam hati-hati umat Islam. Pemuda-pemuda Islam di seluruh pelosok alam
telah mula melaungkan slogan Islam. Kebangkitan Islam telah berlaku kepada umat Islam dalam bentuk fikri, akhlak, ekonomi dan jihad. Maka kita yakin bahawa Allah pasti akan bersama-sama mereka dalam menegakkan Dinul Islam ini.
Kekuatan yang dimiliki oleh Muslimin.
Sesungguhnya Muslimin mempunyai kekuatan yang tidak ada pada manusia yang lain. Penegakan Daulah Islam yang pertama di Madinah telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati umat Islam. Gerakan dan cara yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah menjadi panduan kepada Muslimin hari ini untuk menegakkan Islam kembali. Perlu diyakini bahawa marhalah dakwah dan cara yang dilakukan oleh Rasulullah itu merupakan 'Rabbani Taujih' (panduan dari Allah) yang diberikan kepada Rasulullah sehingga Islam tertegak dengan megahnya dimuka bumi ini. Maka dengan bekalan pengalaman ini, muslimin mengatur langkah dalam menegakkan Islam kembali di muka bumi ini.
Selain daripada itu, muslimin mempunyai kekuatan yang tidak boleh dipandang lekeh oleh manusia. Kita boleh simpulkan bahawa muslimin mempunyai tiga unsur kekuatan yang mampu menggugat kekuatan musuh.
Pertama: Kekuatan kuantiti.
Islam pada hari ini mempunyai bilangan penganut yang hampir suku penduduk dunia yang tersebar di seluruh benua di dunia. Sesungguhnya jumlah yang ramai ini merupakan antara aset utama dalam menegakkan Islam. Ianya merupakan satu nikmat yang seharusnya di syukuri. Sepertimana firman Allah swt:

"Ingatlah, ketika kamu masih sedikit, kemudian kamu telah menjadi banyak…"
(Al A'araf: 86).
Jamaluddin Al Afghani pernah berkata kepada rakyat India: "Jika sekiranya bilangan kamu yang berjuta-juta ini semuanya menjadi lalat, nescaya kamu mampu untuk menghancurkan telinga Inggeris."
Kedua: Hasil Bumi.
Muslimin pada hari ini menetap di negara-negara yang amat kaya dengan hasil buminya. Negara yang yang kaya dengan minyak dan bahan galian yang lain serta tanah yang subur untuk pertanian. Semuanya ini merupakan kepunyaan muslimin.
Ketiga: Manhaj Rabbani.
Inilah kekuatan yang tidak ada pada manusia yang lain. Muslimin menyeru manusia kepada satu sistem yang mampu membawa keadilan dan kebahagiaan kepada alam sejagat. Sistem ciptaan manusia yang wujud pada hari ini sebenar telah membawa kepada kerosakan dan kesengsaraan kepada manusia. Manusia yang berfikir tidak akan sekali-kali menolak sistem Allah ini.
Oleh itu jelaslah kepada kita bahawa kelemahan umat Islam ini tidak akan selama-lama. Islam sekali lagi akan mencapai kejayaan dan menjadi pentadbir alam ini.
Sikap kita
Kita sebagai pejuang agama Allah ini seharusnya mempunyai sikap yang optimis dengan kejayaan yang bakal di hadapi oleh Islam. Kita tidak seharusnya bersifat putus asa dan keluh kesah dengan suasana dan penindasan musuh terhadap umat Islam. Malah kita yakin dengan janji-janji Allah bahawa Allah akan memenangkan agamanya walaupun dihalang oleh orang-orang kafir.
Dengan keyakinan ini bukan bermakna kita akan berdiam diri dan berpeluk tubuh dengan menunggunya kemenangan yang dijanjikan oleh Allah. Tetapi dengan keyakinan ini, seharusnya kita mempergandakan amalan dan usaha kita dalam menegakkan agama Allah ini.
Janganlah umat mengimpikan kemenangan muslimin terhadap Yahudi sedangkan umat masih lagi berpecah belah, berselisihan dan pergaduhan. Janganlah umat berangan-angan dengan kemenangan sedangkan umat masih lagi bermalasan dan tidak bersungguh-sungguh.
Mustahil kemenangan diberikan kepada orang yang bermalasan dalam berhadapan dengan musuh yang berjuang bersungguh-sungguh menghancurkan Islam. Mustahil kemenangan diberikan kepada umat yang hanya meluangkan cebisan waktu untuk Islam dalam berhadapan dengan musuh yang meluangkan sepenuh waktu untuk meruntuhkan Islam. Maka cepat atau lewatnya kemenangan Islam adalah di bahu kita bersama yang akan dipersoalkan oleh Allah Ta'ala nanti.
Dan ingatlah kata-kata Saidina Umar kepada sahabatnya: " Impikanlah" Seorang pemuda berkata: " Aku mengimpikan jika sekiranya negeri ini dipenuhi dengan emas lalu aku infakkan pada jalan Allah." Omar berkata lagi: "Impikanlah". Seorang pemuda berkata: "Aku mengimpikan jika negeri ini dipenuhi dengan batu permata lalu aku infakkan pada jalan Allah." Omar berkata lagi: "Impikanlah". Mereka berkata: "Kami tidak tahu apa yang hendak dikatakan wahai Amirul Mukminin" Omarpun berkata: "Tetapi aku mengimpikan rijal seperti Abu Ubaidah bin al Jarrah, Muaz bin Jabal dan Salim, hamba Abu Huzaifah. Lalu aku meminta pertolongan dari mereka untuk meninggikan kalimah Allah".
Itulah sebenarnya modal utama untuk kembali memerintah dunia. Seorang pemuda lebih berharga dan bernilai dari seluruh isi dunia. Maka pemuda inilah yang akan berjuang sehingga tertegaknya Dinul Islam ini. Wallahu A'alam.
posted by Mohd Nazri Amir Hamezah @ 9:11 PM   0 comments
Sejarah Syeikh Atiah

Hilangnya Sebutir Mutiara
Ahad, 1Sabtu 9 Disember 2006

Dunia Islam menangisi seorang tokoh ulama Mesir terkemuka, Syeikh Atiyyah Saqr yang telah kembali ke rahmatullah dalam usia 92 tahun.

Al-Syeikh Atiyyah Saqr telah meninggalkan pelbagai kesan positif kepada dunia Islam khususnya dalam bidang ilmu dan fatwa. Beliau yang merupakan seorang tokoh yang begitu mahir di dalam bidang feqh ini adalah merupakan seorang ulama yang cukup bersederhana dalam ucapan, pandangan dan kehidupan hariannya telah menyebabkan orang ramai cukup menyenanginya.

Oleh itu tidak hairanlah apabila setelah selesai menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid yang berdekatan dengan kediamannya di St. Theressa, Syubra, orang ramai akan berkerumun mengelilingi beliau untuk mendapatkan penjelasan berkaitan dengan hukum-hakam feqh. Beliau yang cukup mesra dengan masyarakat pelajar dan setempat tidak pernah lokek untuk meluangkan masa melayan persoalan orang ramai yang dahagakan ilmu pengetahuan. Biodata Al-Syeikh Atiyyah Saqr

Nama beliau ialah Sahibul Samahah Fadhilatul Syeikh Atiyyah Muhammad Atiyyah Saqr. Beliau masyhur dengan panggilan Syeikh Atiyyah Saqr.

Dilahirkan di perkampungan Behna Bai, Zaqaziq Syarqiyyah pada hari Ahad tanggal 4 Muharram 1333 hijriyyah bersamaan 22 November 1914 masihi.0 Disember 2006

Beliau mula menghafaz al-Quran ketika berumur 9 tahun dan beliau mula meminati dan mempelajari bidang fiqh ketika berusia 10 tahun. Beliau memulakan pengajian secara formal di sebuah sekolah rendah yang terdapat di kampung beliau, Behna Bai. Minat beliau pada ilmu tidak pernah berkurang. Ini dibuktikan apabila beliau melanjutkan pengajiannya ke Sekolah Tinggi Agama di Zaqaziq (Maahad Zaqaziq al-`Ali al-Dini) pada tahun 1928. Beliau mendapat Shahadah Aliyah (Sijil Tinggi) pada tahun 1941 dalam bidang Usuluddin pengkhususan bidang dakwah
Antara jawatan yang pernah disandang oleh al-Marhum Fadhilatul Syeikh Atiyyah Saqr sepanjang terlibat sebagai pendakwah ialah beliau pernah memegang jawatan sebagai pensyarah di jabatan pengajian agama Islam dan Bahasa Arab bagi peringkat PHD. Beliau turut diamanahkan sebagai pengarah bagi Jabatan Syeikhul Azhar dan salah seorang daripada ahli jawatankuasa Majma' Buhuts Islamiyyah (Majlis Kajian Dan Penyelidikan Islam) di Mesir. Beliau juga turut diamanahkan untuk menjadi penasihat kepada Menteri Keagamaan Mesir, juga sebagai Ketua Lajnah Fatwa dan sebagainya.

Khidmat al-Marhum Syeikh Atiyyah Saqr juga bukan hanya semata-mata tertumpu di Mesir sahaja bahkan masyarakat luar juga tidak mahu ketinggalan untuk menumpang keberkatan ilmu yang Allah swt kurniakan kepada beliau. Beliau pernah berkhidmat di Kementerian Keagamaan Negara Kuwait pada 1972 selama tujuh tahun. Beliau juga turut pernah mengadakan lawatan rasmi dan tidak rasmi di dalam menyampaikan misi dakwah. Antara negara yang pernah beliau kunjungi ialah Iran dan Indonesia (1971), Libya (1972), Bahrain (1976), Algeria(1977), Senegal, Negeria, Amerika Syarikat, Pakistan, Bangladesh, Iraq, Paris, London, Malaysia, Brunei, Singapura dan Negara Soviet.
Pemergian al-Marhum sangat dirasai oleh setiap umat Islam khususnya kepada golongan yang mencintai para ulama. Al-Marhum kembali ke rahmatullah pada pagi 18 Zul Qa'dah 1427 bersamaan 9 Disember 2006 di rumah beliau di St. Theresa, Syubro. Umat Islam telah kehilangan sebutir lagi mutiara yang sangat berharga. Semoga roh beliau ditempatkan bersama para anbiya' dan auliya' al-solihin. Al-Fatihah.
posted by Mohd Nazri Amir Hamezah @ 12:04 AM   0 comments
Thursday, March 15, 2007



BAITULMAQDIS: Sekumpulan pakar agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan menggesa Israel menggantung semua kerja penggalian berhampiran Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis.




Media Israel semalam melaporkan Pertubuhan Kebudayaan, Saintifik dan Pendidikan PBB (Unesco) yang menghantar pegawainya ke kawasan itu bulan lalu, dijangka mengeluarkan laporan berhubung kerja pencerobohan dan penggalian penuh kontroversi dan mencetuskan kemarahan dunia Islam.

Akhbar Haaretz dan media lain berkata, laporan Unesco, agensi berpejabat di Paris akan menunjukkan kerja penggalian itu menepati standard antarabangsa ditetapkan.

Unesco bagaimanapun, akan meminta Israel menggantung kerja penggalian itu bagi membolehkan pembabitan pihak antarabangsa.

Ia disebabkan kerja penggalian itu jika diteruskan, mesti diletakkan di bawah seliaan pihak antarabangsa.

Pegawai Unesco di Baitulmaqdis dan Tebing Barat enggan mengulas.

Usaha penggalian itu dibuat di lokasi kira-kira 50 meter dari kawasan dikenali masyarakat Islam sebagai Haram al-Sharif dan Temple Mount bagi penduduk Yahudi.

Israel mendakwa penggalian itu tidak memberi kesan kawasan kompleks Masjid al-Aqsa.

Pakar arkeologi Yahudi memberi alasan usaha dimulakan 7 Februari lalu sebahagian misi menyelamatkan apa didakwa artifak berharga sebelum usaha pembinaan laluan menghala ke arah kompleks masjid itu.

Laporan lain menyatakan, kompleks menempatkan kiblat pertama dan menjadi Tanah Haram Ketiga bagi umat Islam serta gereja utama ahli kitab atau Kristian Ortodoks itu kini digali Jabatan Arkeologi Israel, dengan harapan struktur itu akan roboh. – Agensi/Reuters
posted by Mohd Nazri Amir Hamezah @ 12:47 AM   0 comments
SELAMAT TAHUN BARU 1428H
Thursday, March 01, 2007
Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh..

SELAMAT TAHUN BARU 1428H buat warga mansurah.Saban tahun kita selaku umat Islam akan menyambut kehadiran tahun baru ini dengan memperingati peristiwa-peristiwa yang berlaku di dalam bulan Muharram ini. Diperhatikan bahawa umat Islam dikala ini terutamanya di tanahair kita menyambut kemunculan bulan mulia ini ala kadar sahaja.Berlainan sekali apabila tibanya musim tahun baru Masihi.Penuh meriah.Hinggakan tidak menyedari datangnya 1 Muharram dan membiarkannya berlalu begitu sahaja. Begitulah liciknya perancangnan para kuffar untuk memesong, meminggir dan akhirnya membakul sampahkan keutamaan dan kemuliaan hari - hari dalam Islam daripada benak pemikiran umat Islam seantario dunia.

Muslimin dan musimat yang dikasihi kerana Allah s.w.t,

Di dalam bulan ini banyak peristiwa besar berlaku yang seharusnya disebut,diperingati dan diwarisi buat genarasi muda agar tidak luput dari dada - dada pemuda pemudi Islam di hari mendatang. Diantaranya ialah kemuliaan 10 Muharram ( A'syura ) iaitu ;

1. Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda : " Seutama - utama puasa sesudah bulan Ramadhan ialah puasa bulan Muharram dan seutama - utama solat sesudah solat fardhu ialah solat malam " - (Sahih Muslim)

2. Dari Abu Qatadah Al - Ansari r.a. katanya Rasulullah s.a.w ditanya orang tentang puasa hari Arafah. Jawab baginda, " Semoga dapat menghapus dosa yang lalu dan akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari A'syura. Jawab baginda " Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu". - (Sahih Muslim)

3. Dari Aisyah r.ha katanya " Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari A'syura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketikan Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari A'syura dan menyuruh orang berpuasa berpuasa juga - (Sahih Muslim)

Abu Laith berkata dinamakan A'syura kerana ia jatuh pada sepuluh bulan Muharram. Ada pendapat lain yang mengatakan hari A'syura kerana Allah telah memuliakan para nabi dengan sepuluh kehormatan:

1. Allah telah menerima taubat Nabi Adam a.s.
2. Allah menaikkan darjat Nabi Idris a.s.
3. Hari berlabuhnya perahu Nabi Nuh a.s.
4. Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan pada hari A'syura, diangkat sebagai khalilullah dan diselamatkan dari api.
5. Allah menerima taubat Nabi Daud a.s.
6. Allah mengangkat Nabi Isa a.s. ke langit
7. Allah menyelamatkan Nabi Musa a.s.
8. Allah menenggelamkan Firaun
9. Allah mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan.
10.Allah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Para Dua'at yang dihormati,

Dalam memperingati sejarah silam yang berkait rapat dengan dengan bulan Muaharram, kita juga tidak meminggirkan peristiwa besar yang berlaku pada awal kebangkitan Islam iaitu peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabatnya dari tanah air makkah al-mukarramah ke bumi barakah Maidnah Al - Munawwarah. Padanya seribu satu i'brah dan pengajaran buat panduan perjalanan umat Islam di akhir zaman ini dalam menyusuri denak denai yang pernah dilalui oleh oleh golongan terdahulu dalam memikul beban dakwah pada masa kini. Bermula daripada kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai rasul yang mendapat tentangan maha dahsyat dari kaumnya sendiri. Kemudian keperitan para sahabatnya menanggung kalimah suci selama 13 tahun di Makkah. Dituruti pula peristiwa agung Hijrah Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabatnya dan sambutan penuh mesra kaum Ansar dalam mendakap kedatangan Islam dan akhirnya membawa kepada tertubuhnya sebuah Daulah Islamiyyah pertama di dunia di bumi Madinah Al - Munawwarah.

Maka dengan harapan menggunung tinggi buat para Azhari dan Azhariah yang terpikul di bahu masing - masing agar dapat merenung kembali dan meniliti disebalik tersirat peristiwa agung ini. Marilah bersama - sama kita 'melapah' sirah yang bernilai tinggi ini agar dapat diambil 'isinya' dan kemudian 'ditauzikkan' kepada umat Islam ke seluruh pelusuk dunia amnya, di bumi tercinta Malaysia khasnya.

Wassalam..

SALAM MAAL HIJRAH 1428 H..
posted by Mohd Nazri Amir Hamezah @ 4:55 AM   0 comments
:: mY LiFe ::





:: Nama::
Mohd Nazri Bin Amir Hamezah
:: Pengajian ::
Graduan Kuliah Usuluddin Syukbah Tafsir University Al Azhar Mansurah,Egypt :: Dilahirkan ::
Pada 4 ramadhan 1400 Dihospital Kota Bharu
:: Cita-cita::
Mati Dalam Mempertahankan Hak-hak Islam
:: MaKhzAn ::
:: ArTiKeL ::
:: WeBsItE ::
:: BiLanGaN MaSUk ::
Wahai kawanku, Segeralah tunaikan solat di awal waktu Dikala mendengar azan Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan Di situ ada sumber pertolongan Di situ ada sumber taufiq Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. ... dimulakan dengan menyebut solat di awalnya Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat... Juga di medan perang. Walaupun... Di saat genting dan cemas.

:: aL AzHar UniVersItY ::
:: RuJukAn ::
:: Haribulan ::


:: CerIa ::