NAFKAH DIRI UNTUK ISLAM: January 2009 <
HOME | QURAN | TAFSIR | GALERI | FORUM | VIDEO ONLINE | BUKU TETAMU

:: PeNenang JiWa ::
:: BoIkOt ::
:: TaQwIn ::
:: MaSa ItU EmAs ::
:: LiNk ::
:: SoKonGan ::

:: IkAtAn kAsih ::
:: WeBsItE ::
:: Ip DeTecT ::
    IP
:: SupPort ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

Renungan Untuk YB/Exco PR
Sunday, January 25, 2009

Oleh drzainal

" Membaca artikel tentang luahan hati terhadap sikap exco Kedah, saya terpanggil untuk berkongsi pendapat dan pengalaman agar perjuangan PR selama ini tidak tersasar dari matlamat asal. Saya yakin penulis bermaksud memberi peringatan bukan membuka keburukan agar perjuangan kita sentiasa murni dan tidak tenggelam dalam ujian-ujian yang merentanginya.

perlu diingatkan, ujian yang Allah berikan kepada hambanya bukan hanya berbentuk penderitaan dan kesusahan. Sebaliknya ujian yang selalu menyebabkan hambanya gagal adalah berbentuk kesenangan dan kenikmatan. Lihatlah bagaimana kejatuhan kerajaan khilafah Umayyah, Abassiah dan sebagainya, kebanyakan kerajaan ini jatuh akibat mereka alpa dengan kenikmatan yang didapati.

Saya suka membawa pesanan Tuan Guru Nik Abd Aziz bahawa kerja politik/ mentadbir negeri adalah kerja agama. Bila kerja agama rujuklah pada ajaran agama. Bukankan sirah Rasulullah, perjalanan hidup para sahabat dan perjalanan jatuh bangunnya kerajaan-kerajaan Islam terdahulu sudah mampu/cukup untuk dijadikan panduan?

Lihatlah sikap Rasulullah, biarpun bagaimana sibuk sekalipun, baginda tetap melayan orang ramai dengan sempurna. Bahkan baginda pernah ditegur oleh Allah melalui Surah A'basa disebabkan perasaan terguris hati seorang sahabatnya yang buta sedangkan pada masa itu baginda sedang mengadakan perbincangan yang amat penting dengan pembesar Quraisy.

Saya dan kawan-kawan selalu berbincang tentang perjalanan politik tanahair. kami lebih menjuruskan pandangan kepada aspek rasional sesuatu tindakan (Positif thinking). saya masih ingat dalam satu perbincangan setelah kegagalan PR mengekalkan kuasa di Terengganu serta mengambil alih negeri-negeri sasaran seperti Kedah dan perlis, saya nyatakan kepada kawan-kawan saya bahawa Al;lah tidak akan memberi amanah ini ( mentadbir negeri) sekiranya kita masih belum bersedia. Ini kerana apa yang kita (PAS) bawakan adalah atas bendera Islam.

Bendera atau panji ini hanya akan diserahkan kepada panglima dan bala tentera yang siapsiaga dan mampu membawanya. lantaran itu sekiranya bendera yang diserahkan ini diambil kembali maka kita perlu bermahasabah. Jangan hanya marahkan musuh tetapi lihat sama dalan ketumbukan kita. Mungkin panglima telah sempurna dan hebat tetapi kalau pembantu panglima bermasalah maka sesuatu peperangan itu mungkin boleh mengalami kekalahan.

Sebagai penutup, saya ingin berkongsi pengalaman berurusan dengan Exco kerajaan Negeri Kelantan di bawah Panglima Tok Guru Nik Abd Aziz. Semasa awal pemerintahan beliau, saya pernah berurusan dengan Ustaz Yahya Osman. Saya amat kagum gengan ketepatan masa beliau. saya pernah menaiki kereta bersama beliau dan saya melihat sikap zuhud, mentarbiah masyarakat begitu ketara dalam dirinya. Bahkan sikap mesra dan mengambil berat beliau kepada orang ramai begita menyentuh jiwa. Tentang Tok Guru Nik Abd Aziz pula, tak perlulah saya ceritakan di sini kerana ianya sudah dimaklumi ramai. Begitu juga bila berurusan dengan para exco lain seperi Hj Hussan Musa. kadangkala kami yang tidak senang duduk kerana merasakan telah mengganggu perjalanan tugas beliau yang lebih penting. Saya kagum dengan barisan kepimpinan kerajaan Kelantan dan saya nyatakan kepada kawan-kawan saya patutlah Allah memberikan panji-panji itu kepada mereka.

Untuk seluruh YB PR dan mereka yang bercita-cita ingin menjadi YB, ingatlah bahawa Islam tidak menjanjikan kekayaan atau darjat yang tinggi hanya melalui jawatan exco atau YB yang disandang sebaliknya kekayaan sebenar yang akan dikecapi adalah diakhirat nanti. Darjat yang tinggi akan dikecapi disyurga nanti. Jagalah hati rakyat kerana ianya adalah amanah. Sekian... salam perjuangan"

petikkan dari:-http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=1775
posted by Mohd Nazri Amir Hamezah @ 4:08 PM   0 comments
Perubahan Pada Keretaku
Monday, January 19, 2009


posted by Mohd Nazri Amir Hamezah @ 2:08 AM   0 comments
Jam Baru
Sunday, January 18, 2009

Sudah lama aku ingin memiliki sebentuk jam tangan seperti ini,alhamdulilah akhirnya Allah taala makbulkan hajatku.
posted by Mohd Nazri Amir Hamezah @ 7:28 AM   0 comments
Gambar Sekitar PRK Kuala Terengganu






posted by Mohd Nazri Amir Hamezah @ 6:58 AM   0 comments
:: mY LiFe ::





:: Nama::
Mohd Nazri Bin Amir Hamezah
:: Pengajian ::
Graduan Kuliah Usuluddin Syukbah Tafsir University Al Azhar Mansurah,Egypt :: Dilahirkan ::
Pada 4 ramadhan 1400 Dihospital Kota Bharu
:: Cita-cita::
Mati Dalam Mempertahankan Hak-hak Islam
:: MaKhzAn ::
:: ArTiKeL ::
:: WeBsItE ::
:: BiLanGaN MaSUk ::
Wahai kawanku, Segeralah tunaikan solat di awal waktu Dikala mendengar azan Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan Di situ ada sumber pertolongan Di situ ada sumber taufiq Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. ... dimulakan dengan menyebut solat di awalnya Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat... Juga di medan perang. Walaupun... Di saat genting dan cemas.

:: aL AzHar UniVersItY ::
:: RuJukAn ::
:: Haribulan ::


:: CerIa ::