:: PeNenang JiWa :: |
|
:: BoIkOt :: |
|
:: TaQwIn :: |
|
:: MaSa ItU EmAs :: |
|
:: LiNk :: |
|
:: SoKonGan :: |
|
|
:: IkAtAn kAsih :: |
|
:: WeBsItE :: |
|
:: Ip DeTecT :: |
| |
Membina Kekuatan dan Ketahanan Melalui Penghayatan Risalah Taa'lim |
Saturday, April 29, 2006 |
1.Hassan al-Banna: Pengasas teori Amal Islami Pembentukan manusia perlukan kepada manhaj. Manusia hari ini terutamanya orang –orang yang tidak mengenali Islam masih tercari-cari manhaj untuk membentuk manusia. Ramai para pemikir cuba membentangkan manhaj mereka ,hasilnya lahirlah pelbagai teori tentang pembentukan .Kita umat Islam sebenarnya tidak perlu lagi terpinga-pinga mencari manhaj kerana manhaj kita sudah ada ,bahkan sudah jelas iaitu Al-Quran dan as-Sunnah.[1]Apa yang perlu kita memikirkan bagaimana untuk memahami dan memanfaatkan manhaj ini dalam kehidupan terutama didalam pembentukan manusia, masyarakat dan negara. Sabda Rasulullah :
تركت فيكم أمرين لن تضلو بعد ما ان تمسكتم بهما:كتاب الله وسنة نبيه “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selagimana kamu berpegang dengan keduanya iaitu Al-Quran dan Sunnah”
Dulu ketika umat Islam terdedah dengan ancaman Muktazilah,Jabariah,Murjiah dan sebagainya yang cuba merosakkan pemikairan dan aqidah muslimin para aulama’ Islam dari kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah telah mengeluar teori aqidah Thahawiyah,Aqidah Wasitiyya,Fiqhul Akhbar dan sifat 20 yang menjadi benteng kepada ummat daripada serangan golongan-golongan sesat tadi.Teori-teori ini bukanlah satu ideology baru yang direka-reka oleh ulama’ tetapi ia adalah hasil pemahaman terhadap manhaj aqidah yang telah sedia ada di dalam Al-Quran dan as-Sunnah. Di zaman mutaakhirin ini iaitu zaman ketiadaan khalifah Islamiyah, umat Islam terdedah kepada ancaman lebih besar dan lebih global.Serangan musuh datang dari segenap penjuru untuk melumpuhkan jiwa dan tubuh umat Islam dengan menjauhkan mereka daripada Islam.Natijahnya,pada hari ini kita melihat bukan sahaja aspek maddie umat seperti ekonomi.pemerintahn dan sebagainya yang di koyak-rabakkan oleh musuh tetapi dari aspek rohani (aqal,jiwa dan hati sanubari)yang merupakan aspek terpenting bagi manusia. Umat Islam di zaman mutaakhirin ini perlu dibangunkan semula. Mereka mesti diajak untuk kembali semula kepada Islam yang merupakan kekuatan asal mereka .Imam Malik menyatakan :
لايصلح أمر هذه الأمة الا بما صلح به اولها Usaha untuk membangunkan semula umat ini tidak akan menjadi kenyataan sekiranya “amal Islami “ tidak digerakkan dan para ‘amilin (pekerja Islam) tidak dibentuk.Sepatutnya semua ini ditangani oleh pemerintah Islam (khalifah)kerana ia adalah penaung bagi umat Islam .Tetapi oleh kerana system pemerintah Islam (system khalifah)juga diranapkan oleh musuh, maka menyebabkan umat Islam memerlukan kepada satu institusi yang lain walaupun hanya bersifat sementara untuk menggerakan amal Islami dan menjalankan usaha membentuk para pekerja Islam. Dalam keadaan inilah Allah Taala dengan rahmatnya telah mengutuskan seorang mujadid iaitu Hasan Al-Banna yang telah menubuhkan Jamaah Ikhwan Muslimin dan meletakan amal Islami semasa dan juga teori pembentukan para amilin Islam.Kedudukan Imam al-Banna sebagai pengasas teori amal Islami semasa, memang diakui oleh para ulama’ diantaranya ialah Syeikh Mohd Ghazali dan Syeikh Said Hawa menyatakan :[2]حسن الينا واضع نظريات وحده هوالمرشح لطرح نظريات العمل الاسلامي المعاصر العمل الأسلامي المعاصر..............فأنه يكاد يكون
Teori-teori pergerakan dan pembentukan yang diasaskan oleh Imam Al-Banna ini bukanlah satu ideology baru tetapi ia adalah hasil penelitian dan pemahaman terhadap manhaj pergerakan dan pembentukan yang ada di dalam Al-Quran dan as-Sunnah.
2.Risalah Ta’alim Di antara hasil peninggalan terpenting Imam al-Banna menurut Syeikh Said Hawa ialah Risalah Ta’alim.Kandungan buku tersebut terdiri daripada dua bahagian: Rukun Bai’ah Kewajipan-kewajipan para pekerja Islam Sasaran Risalah Ta’alim Di dalam muqadimah kitab Risalah Ta’alim ini Imam Hassan menyatakan bahawa risalah ini ditujukan khusus kepada para mujahid yang beriman dengan ketinggian dan kesucian dakwah mereka dan berazam bersungguh-sungguh untuk hidup dengannya serta mati di jalannya.
Kepentingan Risalah Ta’alim[3] Mengenai kedudukan Risalah Ta’alim ini, Syeikh Said Hawa menyatakan : أن رسالة التعاليمهذه لآ تخرج عن كونهاصفحات قليلة جدا ولكنها رسمت معالين الطريق للأجيال الكثيرةبل اننا لآنبالغ اذا قلنا: انها رسمت معالمالطريق الأمة الاسلامية نحو النصرو فيما بعد النصر الي آماد
Mengenai rukun bai’ah pula beliau mengatakan : Menurut Syeikh Abdullah Khatib: Risalh Ta’alim membentangkan kepada para pekerja Islam البداية السليمة yang amat diperlukan dalam amal Islami dimana menurut beliau “Bidayah Salimah” ini bukan hanya tertumpu kepada interaksi secara sempuna secara sebab-sebab dan tawakal secara mutlak kepada Allah Tuhan yang mincipta sebab-sebab itu tetapi juga meliputi: Penentuan terhadap hadaf-hadaf Penentuan terhadap ciri-ciri peribadi muslim yang diperlukan untuk menggerakan amal Islami pada hari ini.[4]Begitu juga Risalah Ta’alim menggariskan usul-usul atau asas-asas yang amat diperlukan untuk membentuk kefahaman yang betul,jelas dan tulen terhadap Islam
3.Membina penghayatan terhadap Risalah TA’alim a)Penghayatan pemimpin terhadap rukun bai’a Kekuatan dan ketahanan persatuan lebih banyak bergantung kepada pemimpin daripada anak buah kerana pemimpin adalah teraju sedangkan anak buah merupakan yang diterajui.Kalau hendak di ibaratkan pada pokok maka pemimpin adalah akar dan para ahli sebagai cabang atau ranting yang bergantung kepada kesuburan dan ketahanan akar.Dengan sebab itulah yang dibajai ialah akar bukan ranting/cabang. Untuk melahirkan persatuan yang betul-betul mantap yang mempunyai unsur-unsur الطيبة . Klaimah ini terdapat dalam banyak tempatdi dalam Al-Quran di antaranya ialah ayat:: الم تر كيف ضرب الله مثلا كلمة طيبة كشجرة طيبة أصلها ثابت وفرعها في السماء تؤتي أكلها كل حين باذن ربها ويضرب اللهالأمثا للناسلعلهم يتذكرون “Tidakkah engkau perhatikan bagaimana Allah kalimah baik seperti sebatang pokok yang baik seperti sebatang pohon yang baik,pokoknya tetap di bumi sedang cabangnya menjulang di langit.Menghasilkan buahnya tiap-tiapwaktu dengan izin Tuhanya.Allah memberikan beberapa contoh kepada manusia mudah-mudahan mereka mendapat peringatan “ (Ibrahim :24,25)
Dengan kewujudan القيادة الطيبة ini, institusi kepimpinan akan kukuh dan mampu mengeluarkan ahli yang cemerlang dan memberi manfaat untuk dakwah Islam pada setiap masa. Bagaimana hendak mewujudkan القيادة الطيبة ini? Iaitu melalui penghayatan rukun bai’ah tadi dengan di tambah pula dengan penghayatan terhadap kewajipan-kewajipan pekerja Islam yang merupan pentafsiran kepada rukun bai’ah.Penghayatan barisan kepimpianan merupakan langkah awal yang perlu ditekankan bersungguh-sungguh dalam usaha membina penghayatan yang lebih menyeluruh di kalangan para ahli. Para ulama’ kita sering menyebut kata-kata hikmahفاقد الشيء لا يعطي . Mafhum kata-kata ini dalam konteks perbicaraan kita ini apabila pemimpin tidak ada penghayatan maka bagaimana ia hendak membina penghayatan di kalangan anak buah. Perbuatan amalan yang menjadi tauladan sebenar lebih mendatangkan kesan daripada ucapan dan ceramah yang berapi-api. Hakikat ini ditunjukan kepada kita oleh sirah Nabi sendiri.Apabila peminpin menghayati rukun bai’ah dan menterjemahkannya kedalam perbuatan dan amalanya maka ini lebih baik lagi daripada ia berceramah berapi-api menerangkan tentang rukun bai’ah ini kemundianya ia sendiri tidak menghayati apatah lagi melanggarinya.
“Jiwa-jiwa yang ingin mengemukankan Islam manusia mestilah menjadikan syariat Allah seolah-olah melata di atas muka bumi dan sanggup mengambil azimat. Mereka hendaklah menjadi cermi9n yang bersinar-sinar yang memantulkan hakikat agama ini (meliputi usul dan cabangnya). Begitu jugfa mereka mesti menjadikan agama yang mereka seru ini manhaj yang mereka laungkan supaya manusia melauinya sebagai darah daging mereka sebdiri” (Ucpan Dr, Abdullah Azam)
b) Membina penghayatan dikalangan ahli
Pemimpin yang berjaya ialah yang berupaya mengajak ahli untuk sama-sama menyakini dan menghayati doktrin yang diputuskan oleh barisan kepimpinann.Begitu juga doktrin yang berjaya ialah doktrin yang berupaya mendapat perhatian semua ahli dan bukan barisan pimpinan sahaja. Dengan sebab itulah Imam al-Banna menyatakan diawal rukun الفهم: السلام كما نفهمه أن تفهم (hendakla kamu fahami Islam seperti mana kami pemimpin memahaminya) Mafhum daripada kata-kata Imam al-Banna ini ialah: “Marilah kita membina kesatuan fahaman mengenai Islam “
Kesatuan fahaman dan fikrah adalah sesuatu yang penting bagi mana-mana masyarakat besar atau kecil seperti persatuan. Jemaahdan sebagainya kerana ia boleh membawa kepada ikatan pemikiran الترابط العقل yang merupakan asas terpenting bagi kewujudan masyarakat sebelum asas-asas yang lainnya.Dalam Al-Quran Allah memerintahkan kita supaya bersatu dalam usaha melaksanakan Ad-Din: أن أقيمواالدين ولاتتفرقوا فيه
“Hendaklah mendaulatkan agama dan janganlah berbantah padanya” Tidak ada siapa dapat menafikan bahawa kesatuan yang paling asas ialah kesatuaan fikrah sebelum kesatuan yang lain. Bagaimana kita hendak membina penghayatan di kalangan ahli?
Mengenai uslub kita semua telah maklum kepelbagaianya. Jadi tidak perlu kita menguraikan dengan panjang lebar di dalam kertas ini..Persoalan yang paling penting ialah : Adakah kita telah bersedia untuk mrngorbankan segala asset yang ada pada kita untuk menjalankan usaha membina penghayatan Risalah TA’alim dan doktrin-doktrin persatuan yang lainya dikalangan ahli.
Mungkin secara umumnya kita boleh meletakan bahawa asset yang ada pada kita meliputi 3 iaitu harta, masa dan diri (tenaga). Di sini kita boleh membuat persoalan untuk menilai sejauh manakah usaha kita untuk membina penghayatan di kalangan ahli. Berapa banyakkah harta yang telah kita korbankan? Sejauhmanakah tenaga yang telah kita berikan ? Sejauhmanakah kita telah mewakafkan diri kita untuk dakwah?
Dengan terjawabnya soalan ini kita boleh mengagak sama ada kita ini berada di kaki jalan, pertengahannya atau hampir ke destinasi.
|
posted by Mohd Nazri Amir Hamezah @ 3:48 PM |
|
|
|
:: mY LiFe :: |
|
:: MaKhzAn :: |
|
:: ArTiKeL :: |
|
:: WeBsItE :: |
|
:: BiLanGaN MaSUk :: |
|
:: aL AzHar UniVersItY :: |
|
:: RuJukAn :: |
|
:: Haribulan :: |
|
:: CerIa :: |
| |