NAFKAH DIRI UNTUK ISLAM: Peningkatan Dakwah Pelajar Azhar.Cabaran dan Penyelesaian <
HOME | QURAN | TAFSIR | GALERI | FORUM | VIDEO ONLINE | BUKU TETAMU

:: PeNenang JiWa ::
:: BoIkOt ::
:: TaQwIn ::
:: MaSa ItU EmAs ::
:: LiNk ::
:: SoKonGan ::

:: IkAtAn kAsih ::
:: WeBsItE ::
:: Ip DeTecT ::
    IP
:: SupPort ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

Peningkatan Dakwah Pelajar Azhar.Cabaran dan Penyelesaian
Monday, April 24, 2006
MUKADDIMAH.
Assalamualaikum wrth.bth.

Segala pujian bagi Allah tuhan sekalian alam yang tidak menjadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat menyembah-Nya. Firman Allah Taala:
قال الله تعالى :"وما خلقت الجن والإنس إلا ليعبدون"

Tajuk yang akan kita bincangkan malam ini adalah merupakan satu tajuk yang sangat luas,dan rasanya di luar kemampuan saya untuk menghuraikan dengan begitu berkesan kepada saudara sekalian. Namun begitu, Insya-Allah saya akan cuba sedaya upaya saya untuk menggantikan beberapa perkara penting yang berkaitan dengan tajuk ini, mudah-mudahan kita semua akan dapat mengambil sedikit sebanyak istifadah daripadanya.

Persediaan yang perlu bagi seorang pendakwah.
Sebelum melangkah lebih jauh elok rasanya diterangkan disini beberapa persediaan atau persiapan yang perlu ada pada diri seorang pendakwah,yang akan membantunya berjuang di medan dakwah yang penuh dengan ranjau dan duri. Di antara persediaan-persediaan yang perlu itu ialah :

1. MEMPUNYAI HUBUNGAN YANG KUAT DENGAN ALLAH SWT.

Dengan mempunyai hubungan yang kuat dengan Allah maka pertolongan dan bantuan daripada Allah akan senang datang kepadanya.Tetapi sekiranya hubungan dengan-Nya tidak kuat, maka seseorang pendakwah itu akan mudah hanyut ketika ia terjun ke dalam masyarakat umum kerana memang sudah menjadi sunnah dakwah bahawa seseorang pendakwah di jalan Allah akan sentiasa terdedah kepada mehnah yang hebat daripada orang-orang yang benci kepada islam.Firman Allah taala dalam surah Al-Baqarah:ayat 214
قال تعالى :"أم حسبتم أن تدخلوا الجنة ولما يأتكم مثل الذين خلوا من قبلكم مستهم البأساء والضراء وزلزلوا حتى يقول الرسول والين آمنوا معه متى نصر الله إلا أن نصر الله قريب" –(البقرة أية 214).
Ertinya : Adakah kamu kira bahawa kamu akan masuk syurga sahaja dan tidak akan datang mala petaka (ujian) kepadamu seperti yang telah datang kepada orang-orang yang sebelum daripada kamu? Mereka itu ditimpa kemiskinan dan kemelaratan yang bersangatan dan mereka di dalam ketakutan sehingga berkata rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: Bilakah akan tibanya pertolongan Allah? Ketahuilah bahawasanya pertolongan Allah itu hampir akan tiba.

Diantara perkara-perkara yang dapat membawa seseorang itu mempunyai hubungan yang kuat dengan Allah ialah:

A – Melakukan sembahyang
Menjaga sembahyang fardhu di awal waktu dan juga secara berjemaah.Manakala sembahyang secara berjemaah pula akan di berikan pahala 25 kali ganda atau 27 kali ganda oleh Allah swt berdasarkan sabda Rasulullah saw:
صلاة الجماعة أفضل من صلاة الفذ بخمسة وعشرين درجة.
Dan juga hadis Rasulullah saw:
أثقل الصلاة على المنافقين صلاة العشاء وصلاة الفجر ولو يعلمون ما فيهما لأتوهما ولو حبوا.
Ertinya : Sembahyang yang paling berat ke atas orang munafiq ialah sembahyang Isyak dan sembahyang Subuh.Jikalau mereka mengetahui ganjaran yang akan terdapat pada keduanya nescaya mereka akan mendatanginya sekalipun dalam keadaan merangkak.
Begitu juga seseorang pendakwah mestilah berusaha melakukan sebanyak mungkin dan secara beristiqamah,sembahyang-sembahynag sunat untuk menghampirkan dirinya dengan Allah swt kerana qudwah yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw yang begitu banyak melakukan sembahyang-sembahyang sunat sehingga bengkak-bengkak kakinya.Pendakwah yang lena di malam hari umpama telur masin yang terpengaruh dengan masinnya air garam walaupun di luarnya merupakan kulit yang keras.

B – Berzikir kepada Allah.
Khususnya mengamalkan zikir al-ma’thurat yang merupakan zikir mu’tabar dari Rasulullah saw dan mengamalkannya di waktu pagi dan petang.
عن أبى در رضى الله عنه أيضا: أن ناسا من أصحابى رسول الله صلى الله عليه وسلم قالوا للنبي(ص) : يا رسول الله ذهب أهل الدثور بالأجور،يصلون كما نصلى ويصومون كما نصوم ويتصدقون بفضول أموالهم. قال: أوليس قد جعل الله لكم ما تصدقون؟ : أن لكم بكل تسبيحة صدقة وكل تكبيروة صدقة،وكل تحميدة صدقة،وكل تحليلة صدقة،وأمر بالمعروف صدقة،ونهى عن المنكر صدقة وفى بضع صدقة.قالوا:أيأتى أحدنا شهوته ويكون له فيها اجر؟ قال: أرأيتم لو وضعها فى حرام أكن عليه وزر؟فكذلك إذا وضعها فى الحلال كان لما أجر.
Ertinya : Bahawa sekumpulan manusia daripada sahabat-sahabat Rasulullah telah berkata kepada Rasulullah :Wahai telah berpergian orang-orang yang banyak harta dengn pahala yang banyak mereka bersembahyang sebagaimana kami bersembahyang,berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan bersedekah dengan kelebihan harta mereka .Sabda Rasulullah saw:”Tidakkah Allah telah menjadikan sesuatu untuk kamu bersedekah?Sesungguhnya bagi kamu pada setiap tasbih pahala sedekah,setiap tahmid pahala sedekah,setiap tahlil pahala sedekah,menyeru kepada amar makruf pahala sedekah,mencegah mungkar pahala sedekah Kata mereka : “Wahai Rasulullah,adakah mendatangi salah seorang dari kami syahwatnya dapat pahala? Sabda nabi: “Apa pendapat kamu kalau sekiranya ia meletakkan pada tempat haram adakah ia berdosa ? Begitulah juga sekiranya ia meletakkannya pada tempat halal.Maka baginya pahala.

C – Melakukan puasa
Abu A’la Al-Maududi berkata : “Bukanlah yang dimaksudkan disini ialah puasa di bulan Ramadhan tetapi yang dimaksudkan disini ialah puasa sunat kerana puasa di bulan ramadhan merupakan fardhu yang ditetapkan oleh Allah kepada seluruh umat Islam.Firman Allah swt:
قال الله تعالى :"يا أيها الذين آمنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون"
Ertinya: Wahai orang-orang yang beriman,telah difardhukan keatas kamu puasa sebagaimana yang telah difardhukan keatas orang-orang sebelum kamu mudah-mudahan kamu di kalangan orang yang bertakwa.
Perut yang sentiasa penuh diisi dengan makanan akan menyebabkan hatinya mati.

D – Membanyakkan membaca Al-Quran.
Firman Allah taala:
قال الله تعالى :"فاقرأوا ما تيسر من القرآن" – (سورة المزمل أية 20)
Ertinya : Dan bacalah apa-apa yang mudah daripada Al-Quran.
Sabda Rasulullah yang bermaksud : “Bacalah akan Al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang memberi syafaat kepada orang yang membacanya pada hari qiamat”.
Begitu juga Rasulullah saw pernah mengibaratkan bahawa rumah yang tidak pernah di baca surah Al-Baqarah padanya, bahawa rumah itu laksana sebuah kubur”.

E – Memberikan sedekah.
Seseorang yang banyak bersedekah akan lebih di kasihi oleh Allah swt.Bersedekah itu adalah samada secara bersembunyi atau terang-terangan.
عن أبى هريرة رضي الله عنه عن النبي (ص) قال :سبعة يظلمهم الله فى ظله يوم لا ظل إلا ظله: الإمام العادل وشباب نشاء بعبادة الله ورجل قلبه معلق فى المساجد ورجلان تحابا فى الله اجتماعا عليه وتفرقا عليه ورجل دعته امرأة دات منصب وجمال فقال إنى أخاف الله،ورجل تصدق بصدقة فأخفاها حتى لا تعلم يمينه ما تنفق شماله ورجل ذكر الله خاليا ففاضت عيناه.
Ertinya : Tujuh golongan yang akan dilindungi oleh Allah pada hari yang tidak ada perlindungan melainkan perlindungan-Nya iaitu: Imam yang adil,pemuda yang hidupnya beribadat kepada Allah,lelaki yang hatinya terikat dengan masjid,dua orang lelaki yang berkasih sayang kerana Allah samada mereka bertemu atau berpisah,lelaki yang diajak oleh perempuan mempunyai kemuliaan dan kecantikan (untuk melakukan maksiat maka dia berkata bahawa aku takutkan Allah),lelaki yang bersedekah dengan sesuatu sedekah maka ia menyembunyikannya sehingga tak tahu tangan kanannya apa yang dibelanjakan oleh tangan kirinya dan lelaki yang mengingati(berzikir) kepada Allah dalam keadaan sunyi-sunyian sehingga mengalir air matanya.

2. KEIMANAN YANG KUAT
Iman yang kuat sangat penting untuk membantu seseorang pendakwah di dalam menjalankan misinya yang sangat bahaya itu.Dengan iman yang kuat seseorang pendakwah tidak akan takut kepada sebarang ancaman makhluk melainkan hanya takut kepada Allah semata-mata kepada Allah swt. Firman Allah Taala:
قال الله تعالى :"يجاهدون فى سبيل الله ولا يخافون لومة لائم" – (سورة المائدة أية 54)
Ertinya : Mereka berjuang pada jalan Allah dan tidak takut akan cercaan orang-orang yang mencerca.

3. BERSEDIA MENERIMA UJIAN DARIPADA ALLAH SWT.
Seseorang pendakwah yang bercita-cita untuk terjun di dalam medan dakwah ini mestilah mempunyai tekad dan azam di dalam dirinya bahawa ia sedia menerima sebarang ujian daripada Allah dalam apa bentuk sekalipun,kerana memang sunnah dakwah dari dulu hingga sekarang bahawa para pendakwah di jalan yang lurus akan sentiasa di tentang oleh musuh-musuh Allah di muka bumi ini.Firman Allah swt:
قال الله تعالى :"ولنبلونكم بشيء من الخوف والجوع ونقص من الأموال والأنفس والثمرات وبشر الصابرين" –(سورة البقرة أية 155)
Ertinya : Demi sesungguhnya akan kami uji kamu dengan sesuatu (cubaan) iaitu ketakutan, kelaparan dan kekurangan harta,manusia dan buah-buahan.Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.(atas cabaran ini)

4. BERSEDIA UNTUK MELAKUKAN SEBARANG TUGAS.
Sebagai seorang pendakwah mestilah tertanam dalamdirinya perasaan sanggup berjuang dan mewakafkan dirinya hanya semata-mata kepada Allah swt.Seseorang pendakwah juga mestilah sanggup untuk menjalankan sebarang tugas yang di berikan oleh mas’ul atau pimpinan jamaah.Ia mesti sanggup menerima tugas yang rendah meskipun ia memiliki kelulusan yang tinggi.Segala arahan mas’ul dan pimpinan jamaah mestilah dilakukan dengan penuh tanggungjawab dan ikhlas kepada Allah swt.Firman Allah taala:
قال الله تعالى :"وقل اعملوا فسيرى الله عملكم ورسوله والمؤمنون وستردون إلى عالم الغيب والشهادة فينبئكم بما كنتم تعملون"
(سورة التوبة أية 105)
Ertinya : Katakanlah :Bekerjalah kamu,nanti Allah akan melihat pekerjaanmu,serta rasulnya dan orang-orang yang beriman.Nanti kamu akan dikembalikan kepada yang mengetahui yang ghaib dan yang hadhir,lalu dikhabarkannya kepadamu apa-apa yang telah kamu kerjakan.

5. MEMPERLENGKAPKAN DIRI DENGAN ILMU PENGETAHUAN .
Seseorang pendakwah mestilah berusaha untuk memperlengkapkan dirinya dengan ilmu pengetahuan sebanyak yang mungkin,terutamanya ilmu-ilmu yang berkaitan dengan ilmu-ilmu agama Islam itu sendiri, kerana denga keluasan ilmu yang dimiliki seseorang pendakwah akan lebih mudah untuk menjalankan tugasnya. Tanpa ilmu yang tinggi seseorang pendakwah akan menghadapi berbagai-bagai masalah dan kesulitan apabila terjun di dalam masyarakat nanti. Dan dibimbangi mereka akan menjadi golongan yang gugur dari jalan dakwah.(المتساقطون عن طريق الدعوة )
Firman Allah swt:
قال الله تعال :"إنما يخشى الله من عباده العلماء" – (سورة فاطر أية 28)
Ertinya : Hanya yang takut kepada Allah ialah ulamak-ulamak diantara hamba-hambanya.

6. MENJAGA PERIBADINYA BERSESUAIAN DENGAN AJARAN AL-QURAN
Seseorang pendakwah semestinya menjaga kemuliaan peribadinya di mana saja ia berada kerana setiap perbuatannya akan sentiasa menjadi perhatian masyarakat ramai. Begitu juga kita lihat Rasulullah saw merupakan seorang yang sangat tinggi akhlaknya. Pada suatu ketika , Saidatina ‘Aisyah pernah di tanya oleh sahabat akan akhlak Rasulullah. Maka di jawab oleh beliau bahawa Rasulullah saw sebagai tempat ikutan yang paling mulia.Firman Allah taala :
قال الله تعالى :"لقد كان لكم فى رسول الله أسوة حسنة لمن كان يرجو الله واليوم الآخر وذكر الله كثيرا" –(سورة الأحزاب أية 21)
Ertinya : Sesungguhnya pada Rasulullah (Muhammad)ada ikutan yang baik bagimu.Iaitu bagi orang-orang yang mengharapkan (pahala) Allah dan hari kemudian serta ia banyak mengingati Allah.

7. BERSEDIA UNTUK MENYERU KE ARAH KEBENARAN
Seseorang pendakwah mestilah bersedia untuk menyeru manusia kepada kebenaran kerana itu adalah tuntutan Islam.Sabda Rasulullah saw:
قل الحق ولو كان مرا
Dan juga firman Allah taala:
قال الله تعالى:"ادع إلى سبيل ربك بالحكمة والموعظة الحسنة وجادلهم بالتى هى أحسن .إن ربك هو أعلم بمن ضل عن سبيله وهو أعلم بالمهتدين" - ( سورة النحل : 125 )
Ertinya : Serulah (manusia) ke jalan (agama) Tuhanmu dengan kebijaksanaan dan pengajaran yang baik dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang terbaik.Sesungguhnya Tuhanmu lebih mengetahui orang-orang yang sesat dari jalan-Nya dan dia lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.


8. MEMPUNYAI KEROHANIAN YANG TINGGI
Bersesuaian dengan tugas pendakwah yang sangat berat itu maka kebersihan rohaninya sangatlah perlu. Seseorang yang mempunyai kebersihan rohani yang tinggi bolehlah kita ibaratkan sebuah ‘besi berani’ yang besar yang mana ia akan dapat menarik.

PERSIAPAN PARA DAI”E

1.0 MUQADDIMAH

Dunia Islam pada abad–abad mutakhir ini rata-rata telah dilanda oleh gejala riddah. .Demikianlah kesimpulan yang dibuat oleh beberapa orang tokoh Islam masa kini seperti Sa’id Hawa dan Abu’l Hassan Aliyy an-Nadwi.Dalam pembuktiannya terhadap kewujudan gejala tersebut, Said Hawa telah menyenaraikan beberapa ciri riddah yang terdapat dalam kehidupan masyarakat dunia Islam kini.Antaranya termasuklah sifat mentaati golongan yang tidak senang dengan ajaran Allah (1), tidak mahu melaksanakan hukum-hukum Allah ( 2 ), tidak rela dan tidak senang dengan hukum Allah tetapi sebaliknya rela berhakim dengan taghut ( 3 ) , tidak mahu mencari penyelesaian dari kitab Allah apabila berlaku pertikaian di kalangan mereka dan sikap beriman hanya kepada sebahagian yang lain ( 5 ) . Selain dari itu beliau juga menghujah bahawa telah berlaku perkara-perkara yang membatalkan syahadah ( 6 ) .
Sementara itu Abu’l Hasan Aliyy an-Nadwi pula membuktikannya dengan gejala penyerapan falsafah barat yang bersifat ilhad ke dalam masyarakat Islam.Keadaan yang tersebut berlaku dengan berleluasa di tengah-tengah kelemahan ummat Islam kini yang disifatkan sebagai generasi paling buruk dalam sejarah .
Ternyata bahawa ummat Islam kini mengalami keadaan yang gawat dan genting yang memanggil tenaga-tenaga penyelamat untuk menangani masalah ini.Situasi kini yang penuh tipu helah ,sepak terajang dan taktik-taktik jahat musuh-musuh Islam menghendaki bahawa hanya golongan yang benar-benar berwibawa sahaja yang berjaya melawan arus keruntuhan ini ,kemudian membangunkannya kembali dengan manhaj Islam.Para da’ie yang kurang persiapan sebaliknya mempunyai kemungkinan untuk sama-sama hanyut dan larut sebelum matlamat suci yang ingin di perjuangkannya tercapai .Peristiwa dan sejarah telah membuktikan bahawa fenomena ini telah dan sedang berlaku .



1 . Surah Muhammad : 25 – 26
2 . Surah al- Maidah : 44
3 . Surah an-Nisa’ : 59 – 60
4 . Surah an – Nisa’ : 64
5 . Surah al – Baqarah : 84 – 85
6 . Lihat buku Ila’l – Islam in jadid , halaman 171- 190



Menyedari perkara ini dan sebagai sebuah gerakan yang mempunyai perancangan ,maka usaha-usaha yang gigih perlulah diambil untuk memperlengkapkan para da’ie dan bakal-bakal da’ie dengan bekalan-bekalan yang perlu dengan semaksima mungkin supaya mereka nanti dapat berperanan dengan lebih berkesan apabila menerjunkan diri di arena dakwah.

2.0: PERSIAPAN DA’IE
Persiapan –persiapan yang harus diambil kira oleh para da’ie boleh digolongkan kepada 3
bahagian utama :
1.Persiapan mentalnya.
2.Persiapan ilmiahnya
3.Kaifiat dan adab dakwahnya
Dalam bahagian-bahagian berikutnya akan dibincangkan ketiga-tiga bahagian ini dengan lebih meluas dan mendalam..:
2.1 Persiapan Mental
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“Dan mereka tidak di perintahkan melainkan untuk menyembah-Nya dengan tulus ikhlas,
beragama kerana-Nya semata dengan menjauhi kesesatan.” ( Al – Bayyinah ) : 5

2.1.1: Keperibadian Islam
Pembinaan keperibadian Islam perlu diberi perhatian lebih dahulu daripada kerja-kerja lain .Ini adalah kerana keperibadian Islam merupakan batu asas dalam struktur gerakan Islam.Para pendakwah tidak dapat memainkan peranannya selagi mana keperibadian mereka tidak sempurna .Di antara ciri-ciri keperibadian Islam ialah:
a. Mentaliti Islam
Mentaliti Islam ialah teras keperibadian Islam .Ia adalah merupakan potensi pemikiran dan penggambaran Islam yang betul tentang kosmos (cakerawala), manusia dan kehidupan. Seseorang yang mempunyai mentaliti Islam ialah seorang yang menundukkan segala idea, pendapat dan hukum kepada penilaian Islam agar ianya menjadi kaedah pemikiran yang mencerminkan peribadinya.
Mentaliti Islam ialah menggabungkan segala-galanya menerusi Islam dan mengeluarkan hukum terhadap segala perkara dengan kaca mata Islam , ia melihat Islam sebagai penyelesaian kepada problem dan teraju bagi segala perkara.Kelemahan para da’ie sekarang ialah kesamaran dalam memahami dan menggambarkan Islam sebagai satu isme dan perjuangan Islam sebagai satu method dan cara bekerja.

Faktor-faktor untuk pembentukan mentaliti Islam antaranya :
1. Kefahaman yang betul terhadap Al-Quran dan As-Sunnah yang akan menimbulkan garis-garis asasi bagi kehidupan insan sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam.
2. Kesedaran yang penuh terhadap matlamat idea Islam sebagai suatu yang mengawal akhlak, yang menjadi motif terhadap kerja dan menjadikan tingkah laku manusia terikat dan selaras dengan kedudukannya dalam kehidupan dunia dan akhirat.
3.Pencakupan yang sepenuhnya terhadap aspek-aspek dalam Islam, tanpa membataskan penumpuan kepada aspek-aspek tertentu yang mana akan membawa kepada penyelewengan yang merbahaya.

b. Kejiwaan Islam
Kejiwaan Islam adalah refleksi yang dapat dirasa dari jalinan idea Islam dan penghayatan idea tersebut dalam diri seseorang da’ie ,tidak cukup hanya dengan mengetahui teori-teori dan pandai melaung-laungkan sahaja.,tetapi tidak ada usaha yang gigih untuk menjelmakannya dalam dirinya. Dari satu segi dakwah melalui contoh tauladan adalah lebih berkesan daripada laungan kata-kata sahaja .Allah menyelar sikap orang-orang yang memisahkan di antara dua bahagian itu.
Firman Allah taala bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman ,mengapakah kamu menyatakan sesuatu yang kamu tidak kerjakan ?Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu menyatakan apa-apa yang kamu tidak kerjakan” . ( As-Shaff:2-30 )


c. Ketenangan dan keseimbangan jiwa.
Di dalam menghadapi ranjau dan ragam dakwah adalah penting sekali bagi para da’ie mempunyai kemampuan untuk memelihara keseimbangan jiwanya dan mampu pula berusaha memulihkan ketenangan itu apabila keadaannya terganggu .Di dalam hal ini sirah Rasulullah saw telah banyak memberi pengajaran kepada kita .Bayangkanlah ketenangan Rasulullah ketika mana dakwahnya ditolak di Thoif dan kemudian dihujani pula oleh ejekan dan lemparan batu yang menyebabkan darah percikan dari luka-luka di badannya.Ketika datang tawaran dari Jibril untuk menghapuskan kaum yang biadap itu maka apa yang terdengar dari mulutnya ialah: “Wahai Tuhanku,berilah hidayah kepada kaumku itu lantaran mereka tidak mengetahui”.Suara jiwa baginda tenang dan seimbang .
Suara jiwa itu juga kedengaran dari kata-kata yang berapi-rapi keluar dari mulut Rasulullah , waktu beliau menjawab pertanyaan pamannya Abu Talib yang menyampaikan ultimatun pembesar-pembesar quraish:wallahi ma taraktuf. “Demi Allah sekali-kali aku tidak akan tinggalkan tugas ini sampai perjuangan ini di menangkan oleh Allah atau aku hancur didalamnya”.
Dalam satu peristiwa yang iaitu di waktu beliau dan umat muslimin mencapai kemenangan gilang gemilang,sebagai penutup perjuangan hampir seperempat abad lamanya terus menerus.Bukan kesombongan atau haus kekuasaan dan perasaan membalas dendam yang meliputi hatinya,akan tetapi rasa syukur kepada ilahi dan maaf atas mereka yang telah tunduk kepada kebenaran.Dirasakannya bahawa pada hakikatnya yang menang ialah kalamatullahi’ulya bukan dirinya sendiri.
d. Jiwa merdeka dan ananiah.
Penyakit ananiah adalah lawan pertama yang harus di hadapi oleh setiap da’ie yang benar-benar ingatkan matlamat dakwah menjadi kenyataan.Haruslah disedari bahawa bahaya-bahaya yang ada pada diri da’ie itu sendiri serta penyelewengan-penyelewengan yang dilakukan adalah lebih besar daripada tipu daya pihak lawan dan konspirasi orang-orang yang tidak senang dengan islam.Para da’ie adalah dalam keadaan selamat selagi ia bersih dari keaiban-keaiban dan penyakit-penyakit diri sendiri.Saidina Umar Ibnu Al-Khattab r.a pernah berkata:
“Jadilah kamu orang-orang yang lebih berwaspada terhadap pekerjaan-pekerjaan maksiat daripada kewaspadaan mu terhadap musuh.Sesungguhnya dosa-dosa tentera islam itu lebih aku bimbangi daripad musuh-musuh mereka.Dan sesungguhnya umat islam itu mendapat pertolongan Allah lantaran kemaksiatan yang dilakukan oleh musuh mereka.Ketahuilah sesungguhnya kamu sentiasa di awasi oleh malaikat-malaikat Allah yang mengiringi kamu sepanjang perjalanan kamu.Oleh itu janganlah kamu mengerjakan perkara-perkara yang dimurkai Allah,sedang kamu berjihad pada jalan-Nya”.
Diantara bentuk-bentuk ananiah ialah putus asa dalam kesulitan, takbur dalam kemenangan, hubbul mal (ingin kaya), hubbul jah (ingin pangkat dan kekayaan), riya’,ujub ingin dilihat dan dipuji orang. Akibat ananiah antaranya ialah berteras keluar, menjual tampang, berpantang rujuk, menghela surut, walaupun sudah nyata keliru fatwa, tajammul, ingin menjadi kesayangan kepada orang yang berkuasa, yang akhirnya jadilah da’ie itu orang yang hilang harga diri, lidah kaku dan berhati kecut.

Bagaimana tuntutan ilahi membimbing para rasul dalam hal ini.
Nabi Nuh dalam usahanya untuk membanteras kesan dari pengikut kerana upahan dan mempersona dengan kuasa ghaib, menegaskan :
“Aku tidak mengatakan bahawa pada sisiku ada perbendaharaan Allah dan bahawa aku mengetahui hal-hal ghaib dan aku tidak berkata bahawa aku ini malaikat”.(Surah Hud:31)
Rasulullah saw ketika menghadapi kaum Quraish dalam lingkungan keluarganya menegaskan :
“Wahai kaum Quraish,sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepadaku supaya memberi peringatan kepada anggota-anggota kaumku yang berdekatan dan sesungguhnya aku tidak mempunyai kekuasaan apa-apa untuk memberi manfaat kepadamu dan tidak untuk menentukan apa untuk memberi manfaat kepadamu dan tidak untuk menentukan nasibmu di akhirat,melainkan supaya kamu berkata tidak ada tuhan melainkan Allah”.
Oleh itu orang yang menurut panggilan itu adalah ia semata-mata kerana menerima kebenaran bukan kerana di dorong oleh harapan untuk memperolehi keuntungan dan bukan kerana terpesona oleh kegagahan dan kemenangan kedudukan.


2.2 Persiapan Ilmiah.

2.2.1 Ilmu pengetahuan yang luas.
a- Berilmu pengetahuan sebelum perlaksanaan.
Berilmu pengetahuan adalah perlu sebelum bertindak dan berbuat sesuatu.Kesungguhan
sahaja adalah tidak berguna tanpa ilmu yang cukup.Seorang da’ie haruslah berpandangan luas dan mengetahui apa yang ia perkatan.Tanpa ilmu pengetahuan,kemudharatan mungkin lebih banyak dari kebaikan.Oleh itu adalah menjadi kewajipan para da’ie untuk memperdalamkan ilmu pengetahuannya yang berdasarkan dari Al-Quran,sunnah dan syara’.Para da’ie harus merasa cenderung untuk manambah dan memperkembangkan ilmu pengetahuannya sebaik mungkin.

b- Keutamaan ilmu pengetahuan.
“Allah meningkatkan orang-orang yang beriman daripada kamu dan orang-orang yang
diberikan ilmu pengetahuan beberapa darjat”. (Al Mujadalah:11)

“Allah menyaksikan bahawa tidak ada tuhan kecuali dia dan malaikat dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan untuk menegakkan keadilan, tiada tuhan kecuali dia yang maha pengasih lagi bijaksana”. (Al-Imran:18)


“Orang-orang yang berilmu pengetahuan di mintakan ampun untuk mereka oleh orang-orang yang ada di langit dan dipermukaan bumi dan Allah serta para malaikat-Nya mengucapkan selawat atas orang-orang yang mengajarkan ilmunya kepada orang ramai”. (Al-Hadis)

c- Ilmu pengetahuan yang luas
Ilmu pengetahuan yang dimaksudkan disini dengan ilmu pengetahuan yang dapat menyampaikan manusia kepada kesempurnaan hari akhiratnya,yang dapat menggugah hati sehingga manusia terdorong untuk memperbuatnya sekalipun ia merasa asing hidupnya di dunia ini kerana melaksanakan ajaran agama.Ilmu yang menyebabkan manusia merasakan dirinya dekat dengan kepergiannya dari dunia yang fana ini.Menuju satu perjalanan yang panjang yang tidak akan kembali untuk kedua kalinya.

d- Ilmu pengetahuan yang luas kerana memperhatikan Al-Quran.
Allah swt selalu memrintahkan kepada umat manusia agar memikirkan dan memperhatikan isi Al-Quran selain daripa membacanya.
“Inilah Kitab yang kami dorongkan kepada engkau lagi berkat,supaya memperhatikan ayat-
ayatnya dan supaya mendapat pelajaran bagi orang-orang yang berakal”.(As-Shaad:29)
“Tidakkah mereka memperhatikan Al-Quran ini bahkan hati mereka terkunci iaitu
tertutup”.(Surah Muhammad:26)
Selalu memperhatikan Al-Quran adalah penting bagi para da’ie untuk memperkukuhkan
pengenalannya kepada penciptanya untuk ia membezakan jalan Allah dan jalan syaitan,untuk memperingatkannya tentang hari akhirat.

e- Pokok-pokok ilmu pengetahuan yang luas.
i – Pengetahuan para da’ie terhadap tujuan ilmu pengetahuan serta peranannya dalam hidup umat manusia.
ii – Memilih kehidupan akhirat serta menyingkirkan tipuan dunia.

2.2.2 Tafaqquh fiddin
Seorang pembawa risalah harus memahami benar-benar risalah yang hendak diteruskannya, mengetahui isi dan bidangnya,sari pati dan jiwanya,merasakan dinamik yang terkandung di dalamnya.Maka barulah risalah itu benar-benar hidup dan menghidupkannya.
Bertanya Rasulullah saw kepada Muaz Bin Jabal di saat dia akan berangkat ke Yaman untuk memangku jawatan gabenor disana.
Rasulullah: Dengan apakah kamu meletakkan sesuatu hukum apabila orang menghadapkan sesuatu masalah kepadamu?
Muaz : Dengan kitab Allah.
Rasulullah : Kalau kamu tidak menemuinya?
Muaz : Dengan sunnahmu (Al-Hadis).
Rasulullah : Kalau kamu tidak meperolehinya pula?
Muaz : Saya akan berijtihad dengan fikiranku.
Rasulullah : Segala puji bagi Allah yang memberi taufiq kepada utusan rasul-Nya dengan apa yang telah diredhainya.
(Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

2.2.3. Tafaqquh fin-Nas
Oleh kerana risalah ini untuk manusia,maka adalah logis bagi para da’ie untuk memahami fitrah manusia itu ,sifat-sifatnya,alam fikirannya dan alam perasaan masyarakat yang dihadapinya.
Pengetahuan di bidang ilmu jua,kehidupan manusia sebagai individu dan sebarang makhluk ijtima’ banyak menolong para da’ie dalam tugasnya.Faktor luaran seperti suasana, adat tradisi, taraf penghidupan dan taraf kecerdasan banyak mempengaruhi kemampuan untuk mencernakan dakwah.

2.2.4 Bahasa Al-Quran.
Bagi orang yang tafakkuh fiddin, adalah menjadi satu keperluan untuk menguasai bahasa Al-Quran walaupun secara pasif, supaya dapat menggali isi dan menangkan jiwa risalah itu sendiri. Selain daripada bahasa Al-Quran, bahasa Arab ialah bahasa kebudayaan, satu bahasa pemangku kecerdasan dan kunci segala ilmu pengetahuan yang kaya raya. Bahasa arab juga ialah bahasa persatuan kaum muslimin yang tidak dapat dicari ganti.

2.2.5 bahasa pengantar.
Bahasa pengantar ialah bahasa umat yang sedang dituturi.Bahasa pengantar yang tersusun rapi merupakan jambatan yang akan membuka hati dan menggerak rasa individu yang dipanggil. Rasulullah saw sendiri pernah menyuruh beberapa orang sahabat supaya mempelajari bahasa Ibrani dan mempergunakannya dengan lancar dalam pergaulan sehari-hari dengan penduduk asli.
Unsur-unsur pengetahuan umum yang kita sebut di atas dinamakan ilmu adat, termasuk di dalamnya ilmu jiwa, ilmu bumi dan penduduknya, antropologi, sejarah ilmu masyarakat, politik dan perbandingan agama. Ilmu-ilmu ini dapat membantu da’ie dalam merencanakan isi, cara dan siasat dakwah yang lebih tepat untuk sesuatu waktu dan keadaan terutama dalam menghadapi golongan intelek.
Para sahabat di zaman Rasulullah saw dan sesudahnya sendiri mempunyai pengetahuan dasar dalam beberapa ilmu yang disebut di atas. Walaupun ilmu-ilmu itu tidak mereka pelajari di kuliah seperti sekarang tetapi Al-Quran sendiri lengkap dengan berbagai-bagai ilmu. Saidina Ali dan Saidina Umar adalah ahli dalam ilmu jiwa, mereka adalah murabbi, pendidik. Saidina Abu Bakar r.a adalah seorang ahli ilmu masyarakat, seorang yang mengetahui nassabat yakni yang paling faham tentang hal ehwal, sejarah, tabiat dan sifat orang-orang Arab.

2.3 Kaifiat dan adab dakwah
2.3.1 : Hikmah
“Dan serulah kepada jalan Tuhanku dengan hikmah ,dan nasihat-nasihat yang baik ,dan bertukar fikiranlah dengan cara yang lebih baik,sesungguhnya Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalan-Nya ,dan Dialah yang mengetahui siapa yang terpimpin”.
(Al-Nahl:125)
a. Hikmah dalam erti mengenal golongan
Syeikh Muhammad Abdul menyimpulkan dari ayat Al-Quran di atas bahawa dalam garis besarnya,umat yang dihadapi oleh para da’ie dapat di bahagi kepada tiga golongan yang masing-msingnya harus dihadapi dengan cara yang berbeza-beza pula:
1. Golongan cendikiawan – yang cinta kebenaran dan dapat berfikir secara kritis,cepat dan dapat menangkap erti persoalan.Mereka ini harus dipanggil dengan hikmah iaitu dengan alasan-alasan,dengan dalil dan hujah yang dapat di terima oleh kekuatan akal mereka.
2. Golongan awam – iaitu orang kebanyakan yang belum dapat berfikir secara kritis dan mendalam, belum dapat menangkap pengertian-pengertian yang tinggi.Mereka ini harus dipanggil dengan ‘mau’izahtun hasanah’ dengan anjuran dan didikan yang baik-baik dan mudah di fahami.
3. Golongan yang tingkat kecerdasannya terletak di antara dua golongan di atas ,belum dapat dicapai dengan hikmah, akan tetapi tidak sesuai pula bila dilayani seperti golongan awam, mereka suka membahas sesuatu, tetapi dalam keadaan tertentu tidak sanggup mendalam benar. Mereka ini dipanggil dengan “mujadalah billati hiya ahsan” iaitu dengan bertukar fikiran, guna mendorong supaya berfikir secara sihat.

b. Hikmah dalam erti kemampuan memilih saat bila harus berbicara dan bila harus diam.
Contohnya ialah peristiwa di mana Rasulullah saw menjemput kaum keluarganya yang hampir ke majlis makan di rumahnya untuk menyampaikan seruan Islam. Dalam majlis pertama rancangan Rasulullah terganggu kerana dipatahkan oleh pamannya Abu Lahab. Rasulullah tidak berkata apa-apa pada malam itu sebaliknya baginda menjemput untuk majlis kedua pula di mana baginda menyampaikan dakwahnya dan mencapai kemenangan moral.

c. Hikmah dalam mengadakan konteks pemikiran dan mencari titik permulaan sebagai tempat bertolak untuk maju secara sistematik
Sudah menjadi tabiat manusia umumnya, sukar untuk menerima pemikiran baru yang dirasakan asing sama sekali. Seseorang lebih mudah memberikan minat dan perhatian kepada sesuatu yang telah sedia ada dalam fikiran dan perasaannya. Oleh itu para dai’e perlu mengadakan kontak dengan alam fikiran mereka yang dihadapinya supaya dakwahnya lebih berkesan, menjangkau apa yang ada dalam fikiran mereka, berusaha membangkitkan minat dan seterusnya menggerakkan daya fikirnya.
Khutbatul wada’ memberikan contoh yang amat tepat dan indah sekali bagaimana Rasulullah memperolehi titik pertemuan dan kontak jiwa dengan umat ramai yang dihadapinya .Contoh lain ialah kata-kata utusan Rasulullah yang diutus kepada raja-raja dan kaisar-kaisar untuk menyeru Islam.Tatkala kaisar Najashi bertanya kepada Jaafar bin Abi Talib yang memimpin rombongan Muhajirin ke Habsah , “Apakah ada padamu sesuatu yang dibawakan Muhammad kepada Allah?”
Lalu Jaafar dengan tepat memilih surah Maryam yang menceritakan tentang pembersihan Maryam dan Isa dari tuduhan orang-orang Yahudi.Kaisar Najashi yang beragama kristian itu menangis mendengarnya ,lantas berkata , “Sesungguhnya ini adalah apa yang dibawakan oleh Isa, datang dari sumber yang satu”.

d. Hikmah tidak melepaskan shibghah
Dalam kita mengatur mencari kontek pemikiran ,haruslah berhati-hati dari tashabuh iaitu menyerupai pendirian dengan orang yang dihadapi .Kelak akibat dan kaedah akan menjadi kabur dan samar .Tashabbuh juga boleh menyebabkan hilangnya shibghah, iaitu corak keperibadian Islam dan martabat peribadi Islam dan martabat peribadi dai’e itu sendiri .
“Shibghah Allah ,dan siapa lagi yang dapat memberi shibghah lebih baik daripada Allah, dan Dialah yang kami sembah”.

e. Memilih dan menyusun kata yang tepat
“Wahai orang-orang yang beriman ,bertaqwalah kepada Allah ,dan berkatalah dengan kata –kata yang tepat”.
(Al-Ahzab:70)
Qaulan sadidan yang dimaksudkan dalam ayat di atas ialah kata yang lurus (tidak berbelit-belit), kata yang benar,keluar dari hati yang suci bersih dan diucapkan sebegitu rupa sehingga tepat mengenai sasaran mengetuk pintu akal orang yang dihadapi.Contoh kata-kata qaulan sadidan dapat kita perhatikan pada ayat Quran mengenai arak dan judi dan pengharamannya .Satu lagi contoh ialah kata-kata Nabi Musa ketika mengadap Fir’aun untuk mengajaknya kepada agama Allah .


f. Hikmah dalam cara perpisahan
“Berteguh hatilah kamu tentang apa-apa yang mereka katakan dan berpisahlah kamu dengan perpisahan yang baik”.
(Al-Muzzamil:10)
Apabila dakwah telah menghadapi jalan buntu ,di mana anjuran dan kata-katanya ternyata akan membuang tenaga dan waktu dengan sia-sia ,maka hendaklah diakhiri dengan perpisahan dengan kata-kata qaulan balighan ,kata-kata yang menjangkau lubuk hati dan kata-kata yang hajrun jamil.

g. Hikmah dalam erti Usrah hasanah dan lisanul hal
Uswah hasanah - contoh tauladan yang baik .Peristiwa yang paling baik untuk kita jadikan perhatian ialah contoh tauladan dari Rasulullah sendiri .Ketika tiba di Madinah nabi mendirikan masjid pertamanya iaitu di Quba’.Dalam pembinaan itu Nabi serta sekali mengangkat batu-batu yang berat untuk pembinaan masjid itu.Ini menjadi semangat kepada para sahabat lain untuk sama-sama menjayakan pembinaan masjid itu.
Lisanul hal – bahasa keadaan,tanpa suara .Umratul khada’adalah contoh terbaik yang boleh kita perhatikan .Pada masa umratul khada’ummat Muslimin tidak membuat sebaran penyeruan kepada Islam.Mereka datang untuk beribadat .Tetapi sebaliknya tingkah laku mereka di sana yang masuk dalam barisan yang teratur rapi ,serba putih memakai pakaian umrah sambil menyerukan taliyyah serentak berirama ,keluar dari lubuk hati ‘abidin penuh keimanan dan taqwa, dengan wajah yang bersinar-sinar dan adab yang penuh sopan telah berjaya menawan hati sebilangan pemimpin Quraisy yang memerhatikan mereka.

2.3.2:Mawaddah fil-qubra (jambatan rasa)
“Maka adalah sebahagian dari rahmat Allah kepadamu bahawa engkau bersikap lemah lembut terhadap mereka, dan sekiranya engkau berbudi kasar dan berhati bengis tentulah mereka akan lari dari kelilingmu, sebab itu maafkanlah kesalahan mereka dan mohonlah ampun untuk mereka”.
(Ali Imran:159)

Selain kefasihan lidah dan bahasa yang menarik ,seorang da’ie perlu mempunyai hubungan rasa dengan orang yang dipanggilnya .Ianya merupakan pancaran kalbu yang hanya bisa wujud dari rasa cinta kepada ummat yang dipanggilnya.Rasa sedih mengenangkan nasib mereka bila mereka terasa dalam kesesatan dan rasa cinta kepada risalah al-Khaliq ar-Rahim.

BAKSIS /’88
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

GENERASI PELAPIS DAN PERMASALAHAN KEPIMPINAN

الحمد لله رب العالمين وبه نستعين والصلاة واالسلام على أشرف المرسلين وخاتم االنبيين سيدنا محمد وعلى أله وأصحابه االطاهرين الطيبين والتابعين لهم بإحسان الى يوم الدين.أما بعد:


1.0 MUKADDIMAH
1.1 Menginsafi kecanggihan masa hadapan,sewajarnya kita memperkuatkan tekad dan azam
untuk mempersiapkan generasi akan datang dari pelbagai dimensi khususnya kepimpinan berorganisasi.Kesepaduan di dalam kepemimpinan adalah merupakan suatu perkara yang penting untuk terus menggerakkan putaran sejarah kebangkitan Islam(IslamicResurgence) dan merealisasikan kesinambungan rantaian perjuangan yang serius bagi memasyarakatkan Islam dalam erti kata ‘Nizamul Hayat Syamilah Wa Kamilah’ .Peranan dan misi penting ini mestilah ditangani oleh ummat Islam seluruhnya ,terutamanya oleh generasi pelapis yang bakal mewarisi teraju kepemimpinan dengan mewujudkan usaha yang bersungguh–sungguh terarah serta mampu memberikan momentum historis kepada era kebangkitan Islam seluruhnya.

1.2 Namun begitu,kita sedang di dilemakan dengan suatu fenomena kronik yang berkaitan dengan generasi pewaris ini iaitu permasalahan kepemimpinan dan pengganti di dalam organisasi. Kertas kerja yang ringkas ini ,akan membincangkan secara umum fenomena di atas menurut perspektif permasalahan dan jalan penyelesaiannya .Kita menyedari bahawa persoalan
ini perlu di prihatinkan kerana ia melibatkan soal survival ummah dan kita sebagai generasi pelajar yang merupakan juru bicara dan ejen perubahan kepada masyarakat tidak harus selama–lamanya menjadi pelakon tambahan kepada perubahan-perubahan yang berlaku di dunia dewasa ini, tetapi mestilah menjadi pelakon utama ,penulis skrip dan sutradara di dalam mencorak dan menerajui tamadun dunia selaras dengan perintah Allah SWT:
ولتكن منكم أمة يدعون الى الخيرويأمرون بالمعروف وينهون عن المنكر وأولئك هم المفلحون (ال عمران :104)

2.0 DEFINASI GENERASI PELAPIS
2.1 Takrif Umum
Generasi pelapis (جبل الناشىء) ditakrifkan sebagai orang yang lahir pada waktu yang lebih kurang sama iaitu suatu angkatan baru yang bakal mewarisi tampuk kepemimpinan yang ditinggalkan oleh generasi yang lalu.

3.0 KEPEMIMPINAN DAN PEWARIS KHILAFAH
3.1 Kepemimpinan menurut perspektif Islam
Firman Allah SWT:
وإذ قال ربك للملائكة إنى جاعل فى الأرض خليفة (البقرة :30)

i) Kamus Dewan,DBP 1970
Ayat di atas menjelaskan mengenai tugas kepemimpinan yang diamanahkan kepada manusia ke arah melaksanakan tuntutan الأمر بالمعروف والنهى عن المنكر dan membawa manusia kepada kebahagiaan di dunia dan di akhirat.


3.2 Kepemimpinan (Khilafah) seperti mana yang ditakrifkan oleh para ulamak ialah:
خلافة عن الرسول الله صلى الله عليه والسلام فى إقامة الدين وسياسة الدنيا به
Maksudnya :Menggolong ganti (mengambil alih kepemimpinan )daripada Rasulullah saw untuk menegakkan agama dan mentadbirkan dunia dengan manhaj agama .

3.3 Ibn Khaldun mendefinasikan kepimpinan sebagai :”Subtitutes for the law giver
(Muhamad) in as much as it server ,like him to preserve the religion to exercise (political)
leadership of the world”.
Tegasnya, kepemimpinan adalah merupakan suatu amanah besar yang dimandatkan oleh Allah SWT kepada manusia dan ia bukanlah suatu kancah untuk mendapatkan singgahsana kemegahan pangkat (prestij) dan mengumpul harta kekayaan .Jika lingkaran syaitan ini berlaku maka akan berlangsunglah amalan teori Machievelli(The end justufice to the means)yang kacau bilau di segi matlamat,apatah lagi di segi pelaksanaanya.Justeru itu ,kepemimpinan mestilah difahami sebagai suatu amanah Allah SWT bagi melaksanakan perintah-perintahnya yang dibina berdasarkan kepada ketaqwaan ,keikhlasan serta mempunyai misi dan visi.

4.0 PERMASALAHAN KEPEMIMPINAN DAN PENYELESAIANNYA
4.1 Kelemahan Sudut Tarbiah
Bidang tarbiah di dalam sesuatu harakah (yang lemah ) tidak diberikan perhatian yang utama berbanding dengan bidang-bidang lain seperti pentadbiran , penyusunan dan politik . Perkara ini jelas sekali dapat dilihat dalam cara hidup pemimpin –pemimpin dan pentadbir-pentadbir harakah yang mengabaikan urusan-urusan tarbiah samada daripada segi teori atau amali . Akibatnya , tindakan dan cara mu’amalah (perhubungan ) mereka jauh sekali daripada akhlak Islam iaitu yang tidak mempunyai uzubah ar-ruhaniyah (kesedaran rohani) .
Suasana seperti ini seringkali menimbulkan ketegangan dan kepekaan (sensitif ) . Ini sungguh berlainan dengan suasana yang telah melalui Tarbiah dengan zikrullah dan riqabatullah (pengawasan Allah ) . Logika yang mengatakan bahawa beberapa anggota didalam gerakan tidak perlu kepada Tarbiah atau sudah melewati peringkat Tarbiah hendaklah di tolak . Logika ini adalah bertentangan sama sekali dengan Islam dan falsafah pendidikannya,iaitu falsafah yang menganggapkan seseorang itu sentiasa diuji dalam dakwahnya dan sentiasa diuji dalam agamanya.
Firman Allah swt :

"أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا آمنا وهم لا يفتنون . ولقد فتنا الذين من قبلهم فليعلمن الله الذين صدقوا وليعلمن الكاذبين" (سورة الفتح) .


Justeru itu , anggota harakah samada mereka terdiri daripada barisan pimpinan (Qiyadah ) atau barisan pejuang (Jundiyyah ) mestilah mengikuti tarbiah,biar betapa sibuk atau dalam apa jua keadaan sekalipun,hatta di dalam keadaan dakwah yang menghadapi suasana penuh kemelut dengan pelbagai permasalahannya,tarbiah hendaklah perlu diberi perhatian utama,sebab keperluan manusia kepada ri’ayah , pengawasan diri dan kepada mengingati Allah (Tazkir ) adalah lebih diperlukan di dalam menghadapi suasana-suasana seperti itu .

4.2 Tidak Meletakkan Seseorang di Tempat Yang Sesuai
Perkara ini terus menerus berlaku menyebabkan kegagalan tugas serta menyebabkan kerugian para pekerja dakwah.Sesuatu harakah yang sedar dan matang ialah harakah yang mengetahui keupayaan anggotanya ,kecenderungan dan keupayaan mereka ,serta juga mengetahui titik-titik kekuatan dan kelemahan mereka.Berdasarkan faktor-faktor ini ,harakah hendaklah memilih dan memberikan tugas kepada seseorang anggotanya itu mengikut apa yang sesuai dengan kebolehan,kecenderungan,tabie dan kedudukannya.
Apabila sesuatu kerja yang dilaksanakan oleh sesuatu harakah tidak mengikut kaedah dan dasar yang dipelajari serta tidak mengikut perencanaan –perencanaan dan manhaj yangdikhaskan…dan apabila tidak diketahui apa tugas yang patut dilakukan hari ini dan apa pula yang patut ditangguhkan untuk dilakukan pada besok hari…dan apabila tidak dapat dibezakan mana yang penting dan mana yang lebih penting serta tidak dapat diketahui urutan dan agenda kerja-kerja ,maka kecacatan akan berlaku.Harakah hanyalah memenuhkan ruang dengan ‘nama’ dan bukannya memenuhkan dengan orang-orang yang mempunyai kebolehan dan kewibawaan.
Ini merupakan suatu penyerahan kuasa kepada orang yang bukan pada ahlinya dan apabila kuasa harakah diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya ,maka tunggulah saat kemusnahan dan kehancurannya .Sabda Rasulullah saw: "إذ ا وسد الامر الى غير أهله فانتظر الساعة ". الحديث أو كما قال
Oleh itu ,sesuatu harakah mestilah menyusun unsur-unsur tenaganya menurut
pengkhususan masing-masing seperti ada kumpulan yang menguruskan soal tarbiah ,ada kumpulan yang menguruskan soal pentadbiran ,ada kumpulan yang menguruskan soal harta dan ekonomi,ada kumpulan yang menguruskan soal riyadah dan demikianlah seterusnya di dalam bidang-bidang yang lain.

4.3 Tidak Menyelesaikan Persoalan Dengan Segera
Ini berlaku kerana persoalan-persoalan itu adalah rumit .Memang menjadi perkara biasa bagi sesuatu harakah mendahulukan masalah-masalah yang mesti diselesaikan dan adalah menjadi perkara biasa juga sesuatu harakah itu menggunakan cara atau prosedur yang tertentu bagi menyelesaikan masalah tersebut.Kajian-kajian menunjukkan bahawa kelemahan di dalam menyelesaikan masalah adalah disebabkan oleh:
a.Kelemahan pucuk pimpinan sendiri yang mungkin tidak mempunyai kemampuan untuk menyelesaikan masalah yang timbul.
b.Kelemahan pentadbiran yang memberikan ruang kepada kemunculan masalah di dalamlujnah–lujnah ,tetapi tidak memberikan kuasa menyelesaikan kepada pihak yang bertanggungjawab ke atas lujnah itu.
c.Barangkali kerana terlalu besar dan luasnya program sehingga pihak pimpinan tidak dapatmenyempurnakan keperluan-keperluan kerja (Amal) yang berbagai-bagai itu..Hanya lujnah-lujnah yang bertugas untuk itu sahaja yang mempunyai keupayaan dan kepakaran yang boleh mengawasinya.
Penghujungnya membawa kepada natijah yang sama iaitu pertambahan masalah. Oleh itu, penyegeraan di dalam menyelesaikan masalah yang timbul akan memberikan keuntungan kepada harakah. Ia membebaskan harakah daripada menghabiskan masa dan tenaga menyelesaikan masalah dalaman.

4.4 Pertikaian Dalaman
Ini merupakan penyakit harakah yang paling bahaya dan menjadi faktor pemusnah dan Peruntuh di dalam kepimpinan berharakah.
Di suatu pihak, pertikaian ini meracuni suasana dan di suatu pihak yang lain ia merosakkan perhubungan di antara anggota. Selain daripada itu, menimbulkan suasana pertengkaran dan pertikaian mulut sehingga memberhentikan tugas dan kerja dan akhir sekali ia akan melemahkan dakwah dan menarik campur tangan pengaruh luar.
Sebab-sebab berlakunya pertikaian dalaman:
a)Kadangkala kerana kelemahan pimpinan,iaitu pihak pimpinan tidak berjaya
menguasai barisan dan tidak dapat mengeluarkan keputusan pemutus.
b)Kadangkala kerana campur tangan daripada kuasa luar dan bertujuan untuk
menimbulkan fitnah.
c)Kadangkala kerana ada perlumbaan untuk mendapatkan kedudukan khususnya jawatan di dalam harakah dan pentadbiran.
d)Adakalanya kerana tidak beriltizam (komitmen)dengan dasar harakah ,kaedah dan prinsipnya ,tidak mahu mengikut keputusan yang diambil oleh lujnah-lujnah harakah, malahan mahu menonjolkan diri sendiri .
e)Kadangkala kerana tidak ada kerja atau program ,sedangkan kerja atau program itu menggerakkan ahli untuk bersungguh-sungguh berjihad untuk harakah.
Di zaman Rasulullah saw ,gejala yang pernah timbul ialah pertikaian di Madinah di antara puak Al Aus dan Khazraj yang dirangsangkan oleh orang-orang Yahudi yang diketuai oleh Samad Ibn Qis .Daripada peristiwa ini turunlah ayat Al-Quran :
يا أيها الذين أمنوا إن تطيعوا فريقا من الذين اوتوا الكتاب يرووكم بعد إيمانكم كافرين …………..إلى قوله تعالى "وأولئك لهم عذاب عظيم"
(ال عمران:100-105)
4.5 Pemimpin Tidak Layak .
Kelemahan pimpinan ini berlaku kerana beberapa faktor :
a)Kelemahan berlaku kerana kurangnya kemampuan berfikir .Sekiranya kepimpinan tidak dapat memenuhi kehendak atau dahagakan pemikiran ahli .Adakalanya kepimpinan hanya berupaya di sudut pemikiran sahaja ,tetapi lemah di dalam sudut–sudut yanng lain.
b)Kadangkala kelemahan itu disebabkan oleh kelemahan mentadbir,di mana kepimpinan tidak menggunakan kebijaksanaan dan kemampuannya untuk mentadbir dan menggunakan kaedah serta asas-asas pentadbiran yang perlu.Hal ini menyebabkan kerosakan program dan menimbulkan permasalahan kepada harakah yang membawa kepada perpecahan dan kemusnahan.

5.0 KEPERLUAN GENERASI KEPIMPINAN
5.1 Proses mendidik dan membimbing setiap lapisan kepimpinan mesti sentiasa di segarkan.Oleh itu penguasaan setiap pemimpin dimana sahaja mereka ditugaskan kepada kerja yang diamanahkan.Penguasaan ini sama sahaja denga penguasaan di bidang dakwah,sepertimana yang pernah di ungkapkan oleh Fathi Yakan :
“Kemampuan para pendakwah untuk menarik orang ramai dan memperkembangkan mereka,sekalipun mereka itu terdiri daripada berbagai bentuk mentaliti,kecenderungan ,status dan ilmu pengetahuan yang tidak sama”.
5.2 Keikhlasan sahaja tidak memadai sekiranya kepempinan itu tidak bijaksana dan pintar menghadapi fitnah dan serangan politik yang bertujuan untuk memusnahkan perjuangan.Cukup banyak catatan sejarah yang kita baca,menunjukkan pemimpin-pemimpin gerakan islam sentiasa menjadi mangsa tipu helah musuh.Seringkali kekuatan empayar pengaruhnya dieksploit bagi menentang penjajah dan usaha mencapai kemerdekaan,tetapi apabila kemenangan berada di ambang,gerakan islam di pukul mati dan pemimpin-pemimpin mereka di penjarakan sehingga ada yang dibunuh.Episod ini mesti ditamatkan dan imej kepimpinan gerakan islam mesti dipulihkan. Mereka bukan sahaja arif tentang ilmu-ilmu agama tetapi cekap dan boleh menguasai hingga tahap maksima pentadbiran politik sesebuah wilayah yang telah diamanahkan.

6.0 CIRI-CIRI KEPIMPINAN

6.1 Al-Farabi telah menyenaraikan sifat-sfat tertentu bagi seorang pemimpin,sejak daripada lahirnya usia muda belia dan dewasa iaitu enam perkara:
1. Seorang yang arif dan bijaksana
2. Seorang yang mengerti dan memelihara undang-undang dan peraturan-peraturan yang telah ditadbir atau dijalankan oleh para pemimpin terdahulu daripadanya.
3. Orang yang tajam pemikirannya yang mampu berfikir dan mengeluarkan hukum atau ijtihad yang tidak terkeluar daripada undang-undang dan peraturan,juga tidak bersalahan daripada apa yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu.
4. Orang yang sentiasa memerhatikan dengan serius akan kepentingan rakyat,urusan-urusan dan kejadian-kejadian yang berlaku serta suka memperbaiki perkara yang berhubungan dengan kemaslahatan rakyat dan negara.
5. Orang yang mahu mengambil petunjuk pada peraturan-peraturan yang terdahulu dengan menurut contoh-contoh teladan yang dilaksanakan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu.
6. Orang yang teguh iaitu kuat dan bertenaga serta sentiasa berwaspada di dalam menghadapi soal-soal pertahanan dan peperangan.Dia juga perlu menyediakan alat kelengkapan peperangan yang mencukupi dengan cara membuka perusahaan penting membuat senjata terutama sekali senjata-senjata penting.
6.2 Bagaimanapun syarat-syarat lain harus mendahului,antaranya ialah sempurna tubuh badan bertenaga dan berkemampuan,baik tingkah laku dan kefahamannya,bijaksana dan cerdik ,minat dengan ilmu pengetahuan dan sentiasa memperdalaminya ,cintakan kebenaran,berjiwa besar dan berhemah tinggi dan lain-lain lagi.

6.3 Usaha melahirkan kepimpinan yang baik ini harus bermula daripada peringkat awal dan mesti diberikan keutamaan oleh gerakan islam.Amat malang sekiranya majoriti rakyat bersedia memberi sokongan tetapi ia terhalang kerana merosotnya mutu kepimpinan yang ditampilkan oleh gerakan islam kepada umum.Justeru itu,agenda pembinan dan perkaderan ini mesti dipertingkatkan selaras dengan zaman moden yang padat dengan segala kecanggihannya.Hanya dengan kepimpinan yang mantap ,tahan uji,mampu membimbing masyarakat,sedia berkorban,berlapang dada serta mengutamakan kepentingan islam dan ummah melebihi kepentingan yang lain,maka kepimpinan berharakah seperti ini akan dapat di arahkan kepada kemenangan dan apabila telah berjaya ia dapat dipertahankan dan dikembangkan.Insya-allah.
Firman Allah taala :
قال الله تعالى :الذين إن مكناهم فى الأرض أقاموا الصلاة وأتوتا الزكاة وأمروا بالمعروف ونهوا عن المنكر ولله عاقبة الأمور.
(سورة الحج أية 14)

7.0 PENUTUP
7.1 Umat islam mempunyai khazanah panduan,teladan dan tradisi kepimpinan yang cukup bagi menghasilkan pimpinan yang syumul(sempurna).Ciri-ciri kepimpinan Rasulullah saw sudah cukup sebagai uswatul hasanah,model teladan yang sebaik-baiknya.Terserahlah kepada umat islam sendiri memanfaatkannya di dalam rangka membina kepimpinan yang cukup bertenaga bagi menghadapi cabaran zaman ini,pimpinan yang berkualiti al-qa’idul –murabbi(pemimpin-pendidik)
pimpinan yang mempunyai vision,berpandangan jauh dan luas serta dapat membaca dan menganalisa suasana zaman dan lingkungannya,dapat membina dan menggerakkan seluruh potensi dan tenaga umat secara terarah menuju pengisian era pembangunan islam(الصحوة الإسلامية)
7.2 Insya-Allah umat islam tidak akan ketandusan pimpinan kerana Allah taala berjanji untuk menampilkan pemimpin-pemimpin mujaddid daripada abad ke abad.Janji Ilahi ini telah disampaikan lewat sabda Rasulullah saw:
إن الله يبعث لهذه الأمة على رأس كل مائة سنة من يجدد لها دينهاوبالله التوفيق والهداية والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
posted by Mohd Nazri Amir Hamezah @ 3:43 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
:: mY LiFe ::





:: Nama::
Mohd Nazri Bin Amir Hamezah
:: Pengajian ::
Graduan Kuliah Usuluddin Syukbah Tafsir University Al Azhar Mansurah,Egypt :: Dilahirkan ::
Pada 4 ramadhan 1400 Dihospital Kota Bharu
:: Cita-cita::
Mati Dalam Mempertahankan Hak-hak Islam
:: MaKhzAn ::
:: ArTiKeL ::
:: WeBsItE ::
:: BiLanGaN MaSUk ::
Wahai kawanku, Segeralah tunaikan solat di awal waktu Dikala mendengar azan Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan Di situ ada sumber pertolongan Di situ ada sumber taufiq Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. ... dimulakan dengan menyebut solat di awalnya Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat... Juga di medan perang. Walaupun... Di saat genting dan cemas.

:: aL AzHar UniVersItY ::
:: RuJukAn ::
:: Haribulan ::


:: CerIa ::