NAFKAH DIRI UNTUK ISLAM: Cabaran dan halangan seorang pejuang <
HOME | QURAN | TAFSIR | GALERI | FORUM | VIDEO ONLINE | BUKU TETAMU

:: PeNenang JiWa ::
:: BoIkOt ::
:: TaQwIn ::
:: MaSa ItU EmAs ::
:: LiNk ::
:: SoKonGan ::

:: IkAtAn kAsih ::
:: WeBsItE ::
:: Ip DeTecT ::
    IP
:: SupPort ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

Cabaran dan halangan seorang pejuang
Monday, June 25, 2007



Saban tahun sesebuah gerakkan islam akan melaksanakan pengkaderan kepada ahli-ahli mereka demi memastikan pemuda-pemuda kelahiran mereka betul-betul mantap dalam merealisasikan tuntutan sebagai ahli gerakkan.Namun di sana,apa yang berlaku masih ramai yang kecundang dan futur dalam melawan arus global yang semakin hari semakin kuat goncangan gelombangnya.Kita seharusnya menyedari hakikat, agar apa yang berlaku dapat dibasmi dengan segera.Memandangkan realiti alam sekarang ini,kekuatan islam semakin hari seolah-olah semakin pudar.Kita tidak perlu mencari sebarang alasan untuk lari dari perjuangan.Ikatan baiah yang dilafazkan bukan sekadar lafazan yang biasa,tetapi mempunyai suatu kalam rahsia yang kita sendiri tidak mampu menterjemahkan dalam benak fikiran masing-masing.

Cabaran dunia luar seakan menarik pemuda-pemuda yang diasah menjadi lemah dek material yang semakin membangun.Islam tidak melarang kita dari mencari rezki dunia disamping mengimbangkan kedua-dua bekalan tersebut.Tetapi apa yang berlaku,kelayuan ahli-ahli gerakan semakin hari semakin meruncing dan akhirnya tersadar bagaikan pokok yang di bawa arus.Dimana,kemana pemuda gerakan kita hari ini,sayangnya kita banyak berharapkan mereka yang mempunyai semangat tetapi kita sekadar menanti suatu zaman yang akan merubah dan diubah.Hari ini,kita berjanji akan membantu gerakan islam,tetapi bila keadaan telah menjadi realiti masing-masing telah menukar arus untuk bina kerjaya sebelum turun dan berjihad dalam perjuangan.

Sedar ataupun tidak agama kita semakin hari semakin dikianati oleh musuh-musuh Allah.Ramai yang alpa dengan kenikmatan dunia sehingga mereka tidak sedar bahawa diri dan kehidupan mereka telah diracuni dengan rancangan musuh yang teramat halus.Dimana kita hari ini,adakah kita mahu diri kita diracuni sedemikian rupa?tepuk dada tanyalah iman.
posted by Mohd Nazri Amir Hamezah @ 5:28 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
:: mY LiFe ::





:: Nama::
Mohd Nazri Bin Amir Hamezah
:: Pengajian ::
Graduan Kuliah Usuluddin Syukbah Tafsir University Al Azhar Mansurah,Egypt :: Dilahirkan ::
Pada 4 ramadhan 1400 Dihospital Kota Bharu
:: Cita-cita::
Mati Dalam Mempertahankan Hak-hak Islam
:: MaKhzAn ::
:: ArTiKeL ::
:: WeBsItE ::
:: BiLanGaN MaSUk ::
Wahai kawanku, Segeralah tunaikan solat di awal waktu Dikala mendengar azan Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan Di situ ada sumber pertolongan Di situ ada sumber taufiq Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. ... dimulakan dengan menyebut solat di awalnya Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat... Juga di medan perang. Walaupun... Di saat genting dan cemas.

:: aL AzHar UniVersItY ::
:: RuJukAn ::
:: Haribulan ::


:: CerIa ::