NAFKAH DIRI UNTUK ISLAM: July 2008 <
HOME | QURAN | TAFSIR | GALERI | FORUM | VIDEO ONLINE | BUKU TETAMU

:: PeNenang JiWa ::
:: BoIkOt ::
:: TaQwIn ::
:: MaSa ItU EmAs ::
:: LiNk ::
:: SoKonGan ::

:: IkAtAn kAsih ::
:: WeBsItE ::
:: Ip DeTecT ::
    IP
:: SupPort ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

Selamat Hari Lahir
Wednesday, July 16, 2008

Assalamualaikum...


Didoakan agar teman-teman dan sahabat-sahabat seperjuangan sentiasa sihat walafiat.Hidup ini sentiasa diuji dengan pelbagai ujian daripada Al-Khalid,namun ianya bertujuan untuk memastikan diri kita sentiasa menambah keimanan dan ketaqwaan kepadaNya.Hidup pasti berubah-ubah,ada ketika kita di atas dan ada ketika kita di bawah,semua itu dijadikan untuk menyedarkan betapa kerdilnya kita disisi Sang Pencipta.Waktu bergembira,semua kita tersenyum dibuai kegembiraan,waktu kita berduka pasti kedukaan itu perlu diubati sebaik-baiknya.

Hari ini genaplah usia aku 28 tahun di dunia,hidup sebagai insan bergelar lelaki.Bila direnung dan disingkap kembali sejarah hidup pasti akan menukilkan pelbagai kesukaan dan kedukaan.Sejarah tetap menjadi kenangan buat sesiapa didunia ini,namun kadang-kadang sejarah juga akan menyebabkan diri seseorang menjadi resah gelisah dek kerana sejarah hidupnya yang penuh dengan kesengsaraan.Disaat-saat aku menyambut hari lahir ke-28,malam tadi telah disajikan satu program yang dinamakan kuliah haraki.Alhamdulilah program yang dihadiri oleh seorang murobbi tidak asing lagi Al Fadhil Al Ustaz Yahya Osman telah banyak memberi suntikan semangat buat diriku untuk terus mengabdikan diri demi perjuangan islam tercinta.Kata-kata ustaz amat mendalam maksudnya dan bagi aku kata-katanya penuh dengan mutiara-mutiara ilmu.Ingin aku berkongsi sedikit sebanyak apa yang telah Al Fadhil ustaz ucapkan di dalam kuliah haraki malam tadi,sedikit catitan sempat aku coretkan agar ilmu yang disampaikan dapat aku amati dan hayati sebaik mungkin.

Al Fadhil ustaz telah mengingatkan kepada pejuang-pejuang agama Allah s.w.t agar kita semua memahami tujuan dan matlamat kita berjuang menegakkan kalimah Allah s.w.t di muka bumi ini.Ustaz mengingatkan kepada kita tentang peristiwa yang dilalui baginda s.a.w sewaktu peringkat permulaan dakwah dahulu.Kecekalan dan kekuatan yang ada pada diri baginda memang tidak dinafikan lagi,namun apa yang perlu kita selidiki dan amati di dalam sirah perjuangan baginda ialah kejayaan baginda mentarbiyah diri sahabat-sahabat hinggakan mereka sanggup gugur syahid dalam peperangan.Hati menangis sewaktu al fadhil ustaz memberitahu bahawa 500 orang lebih sahabat telah ditarbiyah baginda itu,tidak pernah goyah keimanan mereka dan tidak ada dikalangan mereka yang murtad walaupun diuji dengan pelbagai musibah dan bencana.Bagaimana diri kita??Diri yang ditarbiyah??Diri yang diharapkan menjadi modal untuk masyarakat,tiba-tiba kita hanya menjadi insan yang menonton dari jauh.Betul atau tidak,tepuk dada tanyalah iman.Ustaz juga mengingatkan kepada kami,bahawa rasulullah s.a.w telah menyertai peperangan sebanyak 52 kali dan dilantik menjadi ketua peperangan sebanyak 27 kali,tidak terbayang dalam fikiranku bagaimana cekal dan tabahnya rasulullah dalam menghadapi rintangan menentang musuh-musuh islam.Sejarah hidup baginda tetap menjadi panduan kepada kita semua sebagai pejuang-pejuang agama Allah s.w.t.

Setelah berada di tanahair sekitar setengah tahun,aku mula memikirkan sahabat-sahabat yang dulunya mentarbiyah dan mendidik aku.Terpikir bagaimana keadaan mereka sewaktu mula-mula membentangkan untuk diriku tentang perjuangan.Mengenggam erat tangan,berbaiah,berikrar dan berjanji sumpah setia akan berjuang menegakkan kalimah Allah s.w.t bila pulang di tanahair nanti.Aku mendoakan agar mereka bersama dalam perjuangan ini.Amin.Aku pernah kecil hati bila sms yang dihantar dibalas dengan kalimah yang tidak sepatutnya.Seingat aku ada satu sms berbunyi'Enta buat kerja enta,kawan-kawan pun sibuk dengan kerja sendiri',sms inilah membuatkan aku mengambil jalan sekadar memerhati tingkahlaku mereka sekarang.Sama-samalah kita mendoakan agar diri kita sentiasa berada di atas landasan yang sebaiknya.Amin Ya Rab.

Buat akhirnya,dikesempatan ini sekali lagi aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua sahabat yang sudi mentarbiyah diriku untuk mengenali erti perjuangan.Jasa dan keringat sahabat-sahabat tidak pernah aku lupakan,cukup besar pengorbanan kalian untuk diriku.28 tahun sedikit sebanyak telah mematangkan pemikiran kita untuk mencari identiti hidup sebagai hambaNya.Selamat hari lahir buat diri ku dan terima kasih buat teman-teman yang sudi memberi ucapan "sanah hilwa' utk diri ini.Salam Perjuangan untuk semua.

posted by Mohd Nazri Amir Hamezah @ 11:59 PM   0 comments
Agenda Tarbiyah vs. Cita-cita Siasah
Saturday, July 12, 2008

Saya sedang memikirkannya secara serius.

Apakah akan sampai satu hari nanti PAS terpaksa memisahkan identiti TARBIYAHnya daripada identiti SIASAH? Pemisahan bukan kerana pemisahan prinsip pada cabang-cabang pemikiran Niccolò Machiavelli dalam Siasah dan Sayyid Qutb di dalam Tarbiyah. Bukan begitu. Pemisahan yang saya maksudkan itu adalah pemisahan yang terbit dari kegagalan menserasikan gerak kerja siasah berbanding cita-cita Tarbiyah.

Wujudkah idea atau masalah seperti ini?

Jawapan saya, YA.

Ada yang wujud secara terancang dan ada juga yang wujud secara tidak terancang.

Biar saya sentuh tentang sampel perbandingan ini, setelah saya selesai menjelaskan mengapa isu ini saya kaitkan dengan survival PAS.

SENARIONYA

Mungkin dalam keghairahan kita bekerja keras untuk menumbangkan Barisan Nasional dalam PRU12 yang lalu, kita terlepas pandangan kepada siapa yang kita ajak naik sekapal. Seumpama bahtera Nuh ’alayhi al-Salam, pelbagai spesis bersatu di dalam bahtera yang belum bernama, tetapi disepakati sebagai kenderaan paling efektif keselamatan berdepan dengan ribut penindasan dan kezaliman pemerintah.

Dalam ribut dan hujan itu, kita berasa kagum dengan kepelbagaian spesis yang duduk sekapal. Kagum sekali di dalam kempen PAS, kaum Cina dan India memenuhi ruang. Terkasima melihat pemuda India bermotor mengibarkan bendera PAS di sana sini. Malah terkejut sekali melihat kekecewaan kaum Cina tatkala Lim Kit Siang buat masalah dengan Istana Perak.

Segala perbezaan agama, bangsa dan ideologi nyata tidak relevan tatkala sasarannya ialah kezaliman BN yang mesti ditumbangkan.

Sunnatullah, kerjasama dalam pasukan sentiasa lebih utuh dari bergerak sendirian. Hasilnya luar biasa, lima negeri dan satu Wilayah Persekutuan tersungkur dan kini terwarta sebagai wilayah Pakatan Rakyat.

Jika sebelum ini kita uzurkan perbezaan kerana mahu menumbangkan kezaliman, kini kita sedang teruji untuk mendamaikan perbezaan kerana mahu menegakkan keadilan.

Di sinilah terbitnya warna warni sebenar kita. PKR dimomok-momokkan sebagai ’belum hilang budaya UMNOnya’. DAP pula kelihatan belum bersedia untuk lebih berwajah nasional dan PAS pula, semakin dipersoalkan sejauh manakah mereka telah berubah, atau hakikatnya masih sama seperti sebelumnya.

Semenjak di awal kempen PRU12, saya sudah pun membangkitkan tentang perlunya perubahan yang dilakukan oleh PAS, didokumentasikan dalam bentuk yang jelas. Apakah sebenarnya yang berlaku hingga PAS berubah? Atau mungkin boleh dipatah balikkan soalan itu kepada, apakah sebenarnya PAS sudah berubah?

Soalan-soalan ini terbiar tanpa penjelasan yang menghasilkan diam. Memang ada kenyataan-kenyataan dibuat oleh satu dua atau tiga orang pemimpin PAS tetapi ia masih kekal sebagai kepingan puzzle yang belum dikenal pasti apakah gambaran akhirnya.

Dipetik dari:- http://saifulislam.com/

posted by Mohd Nazri Amir Hamezah @ 8:06 AM   1 comments
Fatwa Dr Taha Jabir al-'Ulwani mengenai fitnah terhadap Anwar Ibrahim
Wednesday, July 09, 2008

Soalan
Telah berlaku satu isu yang menggemparkan banyak pihak di Malaysia baru-baru ini, berhubung mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang dituduh terlibat dengan perlakuan liwat, pihak berkuasa Malaysia berusaha untuk memanggil kedua-dua individu yang menuduh dan dituduh agar melakukan angkat sumpah untuk membuktikan pihak yang benar dan salah.

Apa pandangan Islam berhubung tindakan angkat sumpah berkenaan, apakah pihak yang dituduh perlu berbuat demikian bagi membersihkan dirinya daripada fitnah atau tuduhan itu seperti sumpahan orang yang terlibat dalam kes pembunuhan?

Jawapan Dr Taha Jabir al-'Ulwani:

Menurut Imam Ibnu al-Qaiyim al-Jauziyah dalam kitabnya at-Turuq al-Hukmiyyah dan beberapa pandangan ulama, mereka menolak dakwaan atau tuduhan yang datang daripada seorang yang dilihat tidak berlaku adil, khususnya daripada setiap tindakan, cara hidup terhadap orang yang mempunyai kedudukan baik dalam masyarakat, di mana dakwaan seumpama itu disifatkan sebagai 'Qazaf' dengan membawa empat orang saksi, ia bersandarkan kepada ayat 4, Surah an-Nur maksudnya:

4. "Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik;

Firman Allah lagi menerusi ayat 11-19, Surah an-Nur maksudnya:

"11. Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh siksa yang besar (di dunia dan di akhirat).

Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri. dan berkata: "Ini ialah tuduhan dusta yang nyata.

Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta.

Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu di dunia dan di akhirat, tentulah kamu dikenakan azab siksa yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berita palsu itu; -

Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.

Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata: "Tidaklah layak bagi Kami memperkatakan hal ini! Maha suci Engkau (Ya Allah dari mencemarkan nama baik ahli Rumah Rasulullah)! ini adalah satu dusta besar yang mengejutkan".

Allah memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi perbuatan yang sedemikian ini selama-lamanya, jika betul kamu orang-orang yang beriman.

Dan Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan (hukum-hukumNya); kerana Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab siksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian)."

Sesungguhnya sejarah gerakan Athisme dan Komunisme di dunia Arab secara khusus melatih perkaderan di peringkat akar umbi untuk menonjolkan akhlak yang songsang yang dilemparkan terhadap pimpinan ahli agama Islam yang komited dengannya, ia adalah cara untuk memburukkan nama baik dan imej mereka kepada umum (kerana mahu meraih kepentingan tertentu) agar umum tidak lagi percaya dan memberi sokongan kepada ahli-ahli agama, inilah yang pernah dilakukan oleh pengikut Komunis di Iraq satu ketika dahulu di kalangan parti Ba�ath (Kebangsaan Arab).

Justeru, kita amat rasa sedih apa yang sedang berlaku di Malaysia sekarang ini di mana para pemimpin kerajaan bertindak serupa dengan apa yang pernah berlaku di Iraq, mereka lakukan itu adalah semata-mata untuk kepentingan politik kotor mereka dan menyekat kemaraan pengaruh lawan dengan apa sahaja cara sekali pun walaupun melibatkan harga diri seseorang.

Mereka ini bukanlah pemimpin kerajaan yang baik yang boleh menjaga kebaikan dan kemaslahatan negara, tetapi untuk diri mereka semata-mata, tapi bagaimanapun tindakan mereka itu akan dibalas, kalau pun tidak pada diri mereka, mungkin isteri serta anak-anak mereka.

Apa yang umum hingga di peringkat global mengetahui, bahawa Saudara Anwar Ibrahim sejak masa mudanya dilantik sebagai ketua gerakan belia di Malaysia (ABIM), pernah mengurus kira-kira 25 buah sekolah beraliran agama khusus buat remaja lelaki dan perempuan (sekolah alternatif) di seluruh tanahair, tidak kedengaran pada usia remajanya atau ketika memimpin gerakan belia, sesuatu yang menjatuhkan harga diri atau maruahnya dengan tindakan yang menyalahi ajaran agama Islam. Jika pada usia begitu beliau disenangi, dipercayai dan dihormati sebagai seorang pemimpin yang baik, bagaiman mungkin pada usia yang mencecah 60 akan terlibat dengan perlakuan kaum Lut?.

Beliau sekarang ini terdedah kepada pelbagai ancaman, konspirasi, provokasi, bagi mengekalkan amalan politik kotor sekali gus mengajak manusia seluruhnya untuk menentang Allah SWT.

Isu akuan bersumpah sebenarnya tidak dibahaskan panjang lebar oleh kalangan fuqaha� melainkan pada keadaan bila wujudnya pembunuhan antara dua kampung hingga tidak dapat dikenal pasti siapa pembunuh sebenar, maka menurut sebahagian mereka: Akuan bersumpah hendaklah dilakukan oleh 50 orang ahli setiap kampung bagi membersihkan diri daripada sebarang tuduhan, tetapi ia bukan dalam isu yang sedang dibincangkan iaitu �Qazaf�.

Ini kerana apa yang sedang disaksikan ialah isu antara seorang penuduh fasiq lagi zalim tidak diterima kesaksiaannya dan seorang yang teraniaya dan bersih daripada tuduhan tetapi tidak diberi haknya untuk membebaskan diri daripadanya.

Isu ini serupa apa yang pernah berlaku kepada pemimpin gerakan Islam Iraq al-marhum Syeikh Muhammad Mahmud as-Sowaf dan Syeikh Abdul Aziz al-Badri yang dilemparkan oleh pengikut Komunis dengan pelbagai dakwaan dan tuduhan hingga kedua-dua mereka tidaK dapat membela diri untuk membersihkan nama baik dan maruah.

Isu Dato' Seri Anwar Ibrahim yang pernah cemerlang dalam kepimpinannya ketika menerajui Kementerian Belia dan Sukan dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno beberapa tahun, tidak kedengaran suara-suara sumbang daripada golongan remaja, belia bersamanya dahulu menyebut tentang perlakuan sumbang beliau, tetapi bagaimana sejak akhir-akhir ini terdapat kecenderungan pihak tertentu dengan rasa tidak malu dan takut kepada Allah melemparkan tuduhan negatif itu.

Saya menyeru pihak terbabit secara jujur, bertakwalah kamu kepada Allah, takutkan akan Dia Yang Maha Bertindak Balas ke atas hamba-hambaNya di akhirat, ingatlah ketegasan Allah dalam al-Quran : Sesungguhnnya hari tersebut (kiamat) tidak akan memberi manfaat harta dan anak-pinak, melainkan mereka yang datang menemui Allah dengan hati yang selamat (dari sebarang penyakit hati yang merbahaya).

Secara peribadi selaku seorang muslim, harapan dan seruan saya kepada Kerajaan Malaysia, agar bertakwa kepada Allah dalam mengurus negara dan rakyat, khususnya orang Melayu/Islam, berakhlaklah dengan nilai akhlak Islam yang murni, dengan tidak melebihkan politik daripada akhlak, jangan bertindak sesuatu yang boleh melucutkan harga diri seseorang atau rakyat hilang keyakinan para pemimpin yang memerintah negara sekarang ini, kerana setiap sesuatu yang zalim itu adalah jalan kegelapan, yang rosak itu akan membawa kepada neraka yang membakar.

Kita bermohon kepada Allah agar Dia memelihara negara dan rakyat di bawah naungan-Nya.

dipetik dari :-http://www.harakahdaily.net/

posted by Mohd Nazri Amir Hamezah @ 4:17 AM   1 comments
Tuan Guru Nik Aziz cadang pengambilan pemimpin, kakitangan awam penuhi solat lima waktu
Monday, July 07, 2008

KOTA BHARU 7 Julai — Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan membawa satu usul dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk mewajibkan mereka yang menunaikan solat lima waktu dan solat Jumaat sebagai syarat wajib pengambilan bekerja bagi pemimpin, ketua jabatan dan kakitangan awam kerajaan negeri.

Beliau berkata cadangan untuk syarat menunaikan solat itu akan dijadikan sebagai satu kemestian dalam memegang jawatan sama seperti syarat kelayakan mesti lulus Bahasa Malaysia dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk membolehkan mereka mendapat pekerjaan.

“Saya akan mencadangkan di dalam dewan sebagai syarat wajib untuk memilih jawatan ketua kampung, tok penghulu, pemimpin dan kakitangan awam. Mereka mesti menunaikan solat lima waktu dan solat Jumaat.

“Syarat ini bagi memastikan mereka yang dipilih adalah mereka yang menjaga akhlak mereka supaya menjauhi daripada elemen rasuah dan tidak bermoral,” katanya kepada pemberita semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri ke-12 berhenti rehat, di sini hari ini.


posted by Mohd Nazri Amir Hamezah @ 12:40 AM   0 comments
:: mY LiFe ::





:: Nama::
Mohd Nazri Bin Amir Hamezah
:: Pengajian ::
Graduan Kuliah Usuluddin Syukbah Tafsir University Al Azhar Mansurah,Egypt :: Dilahirkan ::
Pada 4 ramadhan 1400 Dihospital Kota Bharu
:: Cita-cita::
Mati Dalam Mempertahankan Hak-hak Islam
:: MaKhzAn ::
:: ArTiKeL ::
:: WeBsItE ::
:: BiLanGaN MaSUk ::
Wahai kawanku, Segeralah tunaikan solat di awal waktu Dikala mendengar azan Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan Di situ ada sumber pertolongan Di situ ada sumber taufiq Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. ... dimulakan dengan menyebut solat di awalnya Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat... Juga di medan perang. Walaupun... Di saat genting dan cemas.

:: aL AzHar UniVersItY ::
:: RuJukAn ::
:: Haribulan ::


:: CerIa ::