NAFKAH DIRI UNTUK ISLAM: May 2006 <
HOME | QURAN | TAFSIR | GALERI | FORUM | VIDEO ONLINE | BUKU TETAMU

:: PeNenang JiWa ::
:: BoIkOt ::
:: TaQwIn ::
:: MaSa ItU EmAs ::
:: LiNk ::
:: SoKonGan ::

:: IkAtAn kAsih ::
:: WeBsItE ::
:: Ip DeTecT ::
    IP
:: SupPort ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

Akidah Dan Tuntutan
Friday, May 26, 2006

Segala puji bagi Allah. Kita memuji – Nya serta memohon keampunan daripada – Nya. Kita berlindung dengan Allah dari kejahatan diri kita dan perbuatan kita sendiri. Orang–orang yang diberi hidayat oleh Allah maka ia tidakkan menemui kesesatan dan orang yang disesatkan oleh Allah maka ia tidak akan diberi petunjuk. Selawat dan salam atas nabi Muhammad ( saw ) yang tidak ada nabi selepasnya.

Persoalan akidah adalah persoalan pokok. Ia perlu diperkatakan sebelum memperkatakan persoalan yang lain, kerana yang lain itu merupakan cabang – cabang manakala akidah adalah pokok dan dari pokok itulah terbitnya dahan – dahan, ranting – ranting dan daun – daun yang merupakan ciri – ciri iman dan Islam.

Akidah ertinya pegangan. Bila disebut akidah Islamiah ertinya konsep ketuhanan, kerasulan, malaikat, kitab, hari akhirat serta qada’ dan qadar.

Tanpa sebarang pegangan terhadap perkara – perkara tersebut akan menyebabkan kufur atau jahiliyah. Demikian juga dalam apa jua perkataan, perbuatan atau kepercayaan yang bercanggah dengan dasar – dasar akidah adalah disifatkan kufur atau jahiliyah.Dan tidak ada sebarang istilah yang dipakai di dalam Islam antara iman dan kufur atau antara iman dan jahiliyah.

Antara contoh yang disebut di dalam Al – Quran tentang sifat – sifat jahiliyah ialah Firman Allah :

وقرن فى بيوتكن ولا تبرجن تبرج الجاهليه الاول الاحزاب اية 33

Maksudnya : “ Hendaklah kamu ( isteri – isteri nabi ) tetap di rumah kamu serta jangan kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang – orang jahiliyah di zaman dahulu”.

Kebanyakan manusia mentauhidkan Allah dari segi Uluhiyyah tetapi tidak mentauhidkannya dari segi Rububiyyah. Allah menceritakan bahawa kaum Quraish percaya bahawa Allah yang menciptakan alam ini. Firman Allah :

ولئن سألتهم من خلق السموات والارض وسخر الشمس والقمر ليقولن الله فأنى يؤفكون العنكبوت اية 16

Maksudnya : “ Dan sesungguhnya jika engkau ( wahai Muhammad ) bertanya kepada kaum musyrik itu, siapakah yang menciptakan langit dan bumi dan yang memudahkan langit dan bulan?, sudah tentu mereka akan menjawab “ Allah” maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan oleh hawa nafsu dari mengaku keesaaan Allah dan mematuhinya”.

Tauhid Rububiyyah ertinya beriman bahawa Allah yang mentadbirkan sekelian alam, menetapkan peraturan – peraturan dan undang – undang dan mengurniakan segala apa yang diperlukan oleh makhluknya, khususnya manusia untuk membolehkan mereka hidup dan beribadat kepada Allah. Tetapi ramai di kalangan manusia yang tidak mahu mentauhidkan Allah dari segi Rububiyyah, malah mereka terus lupa terhadap pengurniaan Allah dan mereka menderhaka kepada – Nyadan melakukan perbagai perlanggaran terhadap pentadbiran Allah. Mereka juga meminda peraturan – peraturan yang telah menjadi sunnah Allah yang tidak mungkin dipinda. Akibat dari pindaan itu mereka menghadapi berbagai – bagai kebuntuan di dalam kehidupan mereka.

Potongan yang kedua واشهد أن محمدا رسول الله ialah mengaku tentang Ubudiyyah ( kehambaan ) dan kerasulan nabi Muhammad saw dan mengaku apa jua yang disampaikan oleh baginda adalah benar kerana para nabi dan rasul mempunyai sifat benar lagi dibenarkan dan tugas mereka menyampaikan wahyu kepada manusia. Firman Allah :

فان تولوا فلنما عليك البلاغ آل عمران اية 20

Maksudnya : “ Dan jika mereka berpaling ( tidak mahu menerima Islam ) maka sesungguhnya kewajipan mu hanya menyampaikan seruan Islam”.

Apabila seseorang fazkan dua kalimah syahadah di atas serta yakin tentang maknanya maka ia sudah dikatakan muslim dan mukmin. Manakala rukun – rukun iman yang lain sudah termasuk di bawah potongan syahadah di atas. Firman Allah :

يايها الذين أمنوا أطيعوا الل وأطيعوا الرسول و اولى الامر منكم فان تنازعتم فى شىء فردوه الى الله والرسول ان كنتم تؤمنون با الله و اليوم الاخر ذلك خير وأحسن تأويلا الاحزاب اية 59

Maksudnya : Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada rasul dan kepada orang yang berkuasa dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah ( berselisih faham ) di dalam sesuatu perkara mak hendaklah kamu mengembalikan kepada kitab Allah ( Al – Quran ) dan sunnah rasul – Nya, jika kamu benar – benar beriman kepada hari akhirat, yang demikian itu adalah lebih baik dan lebih elok pula kesudahannya”.

Orang yang beriman tidak boleh membuat pilihan sendiri di dalam sesuatu hukum malah ia mesti menerima segala hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah dan rasul – Nya. Firman Allah :

وما كان لمؤمنين ولا مؤمنة اذ قضى الله ورسوله امرا ان يكون لهم الخيرة من امرهم ومن يعص الله ورسوله فقد ضل صلالا مبينا الاحزاب اية 26

Maksudnya : Tidaklah harus bagi orang yang beriman lelaki dan perempuan apabila Allah dan rasulnya menetapkan keputusan bagi sesuatu perkara mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum – hukum Allah dan Rasulnya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang nyata”.

Orang yang beriman dilarang berkasih – kasihan dengan orang yang memusuhi Allah dan Rasulnya, kerana perbuatan itu dengan sendirinya memusuhi Allah dan Rasul – Nya.

Orang yang beriman hendaklah mengerjakan segala perintah Allah dan Rasul – Nya dan menjauhi apa jua larangan – Nya kerana Iman itu bukan semata – mata percaya malah mestilah disertai dengan perbuatan.

Ada orang menganggap bahawa tidak boleh dipaksa di dalam perkara agama ertinya diberi kebebasan kepada seseorang sama ada hendak mengerjakan ibadat atau tidak. Mereka berdalil dengan firman Allah :

لا اكراه فى الدين البقرة اية 256

Maksudnya : “ Tiada paksan dalam Islam”.

Sebenarnya ayat di atas bukanlah menjadi dalil bagi mereka kerana apa yang dimaksudkan oleh ayat di atas ialah tidak boleh memaksa orang – orang kafir supaya memeluk agama Islam. Kerana kebenaran Islam telah jelas dan tidak perlu memaksa mereka menerimanya. Ini dapat difahamkan dari sambungan ayat tersebut :

قد تبين الرشد من الغى

Maksudnya : Telah nyata kebenaran Islam dari kekufuran

Sebagai contohnya, orang – orang asing yang datang ke Malaysia sebagai pelawat, kerajaan Malaysia tidak berhak memaksa mereka menjadi warganegara Malaysia tetapi sekiranya mereka memohon menjadi warganegara Malaysia dan permohonan mereka diluliuskan maka mereka diwajibkan mematuhi undang – undang dan peraturan negara. Kerajaan juga berhak menghukum ke atas mereka yang melanggar undang – undang negara.

KESAN DARI AKIDAH YANG BETUL

Apabila akidah seseorang itu betul serta bersih dari unsur – unsur syirik maka kelihatan seseorang itu berakhlak dengan sempurna dan menyeluruh. Ia meliputi perasaan dan juga tingkahlakunya. Antara amal ibadatnya dan urusan keduniaannya tidak terpisah. Ia mengerjakan solat maka sifat – sifat solatnya ituterbawa – bawa kepada pekerjaan – pekerjaannya. Selain dari solatnya, jika dia berpuasa maka puasanya itu terbawa – bawa kepada pekerjaan – pekerjaannya yang lain


P/s : terdapat muka surat yang tak ada.


8. Mereka tidak melakukan perbuatan zina

9. Mereka sentiasa bertaubat dan beramal soleh

10. Mereka tidak pergi ke tempat – tempat yang dlarang oleh syarak dan apabila mereka melalui tempat – tempat tersebut mereka terus membersihkan diri.

11. Mereka sentiasa berdoa agar Allah mengurniakan kepada mereka isteri – isteri dan anak – anak yang soleh

Inilah diantara sifat – sifat Ubudiyyah orang yang beriman dan berakidah yang lurus dan sifat – sifat tersebut ada pada Rasulullah saw dan sahabat – sahabatnya.

Kita memohon taufik dan hidayah daripada Allah agar akidah kita sentiasa teguh dan lurus serta jauh dari unsur – unsur syirik dan kita memohon juga agar Allah mengurniakan kepada kita sifat – sifat tersebut.

Amin Ya Rabal Alamin.

posted by Mohd Nazri Amir Hamezah @ 11:36 PM   0 comments
Perbincangan Solat Berjemaah
Tuesday, May 16, 2006

1. Pendahuluan:

Solat mengukuhkan iman dan memperisaikan diri dari amalan fahsya' dan munkar. Apabila solat dilakukan secara berjama`ah, sudah pasti ia menghasilkan faedah yang lebih besar seperti perkenalan, persefahaman, tolong menolong serta perpaduan ummah yang sebenarnya di samping hikmat-hikmat lain. Jika solat fardhu yang sehari semalam lima waktu itu dilakukan secara berjama`ah di masjid atau di tempat azan dilaungkan, tentu lebih memantapkan lagi hikmah dan faedah solat tersebut.

Dalam kertas ini akan dijelaskan maksud solat berjamaah, Tuntutan solat fardu berjama`ah menurut Al-Qur'an dan Al-Hadith, pendapat ulamak mengenainya, bagaimana solat fardu berjama`ah menjadi wadah jamaah dan perpaduan ummah yang praktis, kesan solat berjama`ah aspek yarbiyah dan keadaan keuzuran yang diharuskan dari solat fardhu berjama`ah

2. Maksud Solat Berjama`ah:

Solat berjama`ah ialah ikatan yang berlaku antara solat imam dan ma'mum. (Al-Zuhailiyy, Al-Feqh Al-Islamiyy, 2/146).

Diantara solat yang dituntut berjama`ah; solat fardu yang lima, solat Juma`at, solat dua hari raya secara tahunan di tiap-tiap negeri dan kampong.. (Al-Zuhailiyy, 2/146-147)

3. Tuntutan Solat Fardhu Berjama`ah:

Tuntutan berjama`ah pada solat fardhu, thabit dengan dalil-dalil Al-Qur'an, Al-Sunnah dan Ijma`, seperti berikut:

(1) Menurut Al-Qur'an;

i. Firman Allah S.W.T., bermaksud:

أقِيْمُـوْا الصَـلوةَ وَءاتُوْا الزَكَـوْةَ وارْكَعُـوْا مَعَ الرَّاكِعِـيْنَ.

"Dirikanlah solat, tunaikanlah zakat serta ruku`lah bersama orang-orang yang ruku`." (Al-Baqarah 2 : 43)

Maksud ruku` bersama orang-orang yang ruku` ialah tuntutan supaya solat fardhu di lakukan secara berjama`ah.
FirmanNya lagi
وَإذَا كُنْتَ فِيْهِمْ فَأقَمْتَ لَهُمْ الصَّـلاَة َ…

bermaksud:
"Dan jika engkau (hadir) bersama mereka, maka dirikanlah bersama mereka solat ..." (Al-Nisa' 4 : 102)
Pengajaran dari ayat-ayat di atas ialah bahawa jika solat dalam masa perang dituntut berjama`ah, maka tuntutan dalam suasana damai lebih aula (lebih kuat tuntutannya). (Al-Zuhailiyy Al-Feqh Al-Islamiyy Wa Adillatuh, 2/147)
(2) Menurut Al-Hadith:
i. Sebda Rasulullah s.a.w. menurut riwayat Abu Hurairah:
صَلاةُ الجَمَاعَةِ أفْضَلُ مِنْ صَلاةِ الْفَذِّ بِسَبِعٍ وَعَشْرِيْنَ دَرَجَةً وَفِىْ رِوَايَةً : بِخَمْسٍ وَعَشْرِيْنْ دَرَجَةً
bermaksud:
"Solat berjama`ah lebih afdhal dari solat seorang diri dua puluh tujuh darjat". Menurut riwayat yang lain: "dua puluh lima darjat".
Riwayat Al-Bukhari, Muslim dan lain-lain (Al-Zabidiyy, Taisir Al-Wusul, 2/319
ii. Dari Ubai bin Ka`b r.a. katanya: Sabda Rasulullah s.a.w., :

… وَأنَّ صَـلاةَ الرَّجُلِ مَعَ الرَّجُلِ أزْكَىْ مِنْ صَـلاتِهِ وَحْدَهُ، وَصَـلاتَهُ مَعَ الرَجُـلَيْنِ أزْكَىْ مِنْ صَـلاتِهِ مَعَ الرَجُلِ. وَكُلَ مَاْ كَـثُرَ فَـهُوَ أحَبُّ إلَىْ اللهِ عَزَّوَجَـلَّ

bermaksud:
"... Solat seseorang lelaki dengan seorang lelaki lain adalah lebih sempurna (azka) dari solat seorang diri, dan solatnya dengan dua orang lebih sempurna dari solatnya dengan seorang, dan setiap yang lebih banyak lebih disukai di sisi Allah A.W.J.."
Riwayat Ahmad, Abu Daud, Al-Nasa'iyy, Ibnu Huzaimah, Ibnu Habban dan Al-Hakim. (Al-Manzriyy, Al-Targib Wa Al-Tarhib,1/264).
iii. Dari Abu Musa r.a. katanya: Sabda Rasulullah s.a.w., :


أَعْظَمُ الَّناسِ أجْرًا فِىْ الَّصلاةِ أبْعَدُهُمْ مَمْشَىْ. وَالَّذِىْ يَنْتَظِرُ الصَّلاةَ حَتَّىْ يُصَلِيْهَاْ مَعَ الإمَاْمِ أعْظَمُ أجْرًا مِنَ الَّذِىْ يُصَلِّىْ ثُمّ يَنَـاْمُ.
bermaksud:
"Sebesar-besar pahala solat diperolehi oleh manusia ialah mereka yang paling jauh perjalanannya (untuk menunaikan solat), dan yang menunggu untuk bersembahyang beserta imam adalah lebih besar pahala dari mereka yang bersembahyang kemudian ia tidur."
Riwayat Al-Bukhariyy, (Al-Zabidiyy, Taisir Al-Usul, 2/320)
iv. Dari Ummu Darda', katanya: Abu Darda' telah datang kepadaku dalam keadaan marah. Maka aku bertanya:

مَا أغْضَبَكَ ؟ فَقَالَ: وَاللهِ مَا أعْرَفَ مِنْ أمْرِ مُحَمَّدً (ص) إلا أَنَّهُمْ يُصَلُّوْنَ جَمِيْعًـا.
Bermaksud:
"Apa yang menimbulkan kemarahan engkau? Maka jawabnya: Aku tidak tahu perintah Muhammad s.a.w. Sedang mereka semuanya (sama-sama - berjama`ah) melakukan sembahyang."
Diriwayatkan oleh Al-Bukhari. (Al-Zabidiyy, Taisir Al-Wusul, 2/321).
v. Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Seorang buta (Ibnu Ummi Maktum) telah datang kepada Rasullullah s.a.w. dan berkata: Wahai Rasullullah, sesungguhnya tiada bagiku pemandu arah yang memandu aku ke Masjid (untuk menunaikan solat fardhu berjama`ah). Kemudian ia meminta Rasullullah s.a.w. melonggarkan tanggungan (solat berjamaah) baginya. Maka setelah ia berpaling untuk pergi, dipanggilnya oleh Rasul­ullah s.a.w. dengan bersabda kepadanya:

هَلْ تَسْمَعُ النِّدَاءَ ؟ قَالَ : نَعَـمْ. قَالَ : فَأَجِبْ
bermaksud:
"Adakah engkau mendengar panggilan (azan)?" Maka jawabnya: "Ya". Maka sabda(nya): "Jawablah (yakni tunaikanlah secara berjamaah)."
Riwayat Muslim dan Al-Nasa'iyy. (Al-Zabidiyy, Taisir Al-Wusul, 2/320. Lihat: Imam Muhammad Al-Kahlaniyy, Subul Al-Salam Syarh Bulugh Al-Muram, (Al-Qaherah: Al-Halabiyy, Edisi 4, 1960/1379) Jil. 2, hlm. 20.)
vi. Dari Ibnu Mas'ud r.a. katanya:
vi.
vi.
وَلَقَدْ رَأيْتُنَـا وَمَا يَتَخَلَّفُ عَنِ الصَّلاةِ إلا مُنَا فِقٌ قَدْ عُلِمَ نِفَاْقُهُ أوْ مَرِيْضٌ. إنْ كَانَ المَرِيْضُ لَيَمْشِى بَيْنَ الرَّجُلَيْنِ حَتَّىْ يَأْتِىالصَّلاةَ.وَقَاْلَ: أنَّ رَسُوْلَ الله (ص) عَلَّمَنَا سُنَنَ الهُدَىْ، وَإنَّ مِنْ سُنَنَ الُهدَىْ الصَّلاةُ فِىْ المَسْجِدِ الذِى يُوْءذَنُ فِيْهِ.
bermaksud:
"Sesungguhnya aku melihat bahawa kita semua tiada yang membelakang solat (berjama`ah) melainkan orang munafiq yang sedia diketahui kemunafiqkannya atau orang sakit. Sekiranya ia sakit ia akan berjalan (memapah) antara dua lelaki se­hingga mendatangi solat (berjamaah). Kemudian ia berkata: Sesungguhnya Rasullullah s.a.w. mengajarkan kita amalan yang benar (sunan al-huda) dan di antara amalan yang benar ialah melakukan solat di masjid yang diazankan padanya."
Riwayat Muslim dan Abu Daud.

Ditambah oleh Abu Daud:
وَمَا مِنْكُمْ مِنْ أحَدٍ إلا وَلَهُ مَسْجِدٌ فِىْ بَيْتِهِ. وَلَوْ صَلَيْتُمْ فِىْ بُيُوْتِكُـمْ وَتَرَكْتـُمْ مَسَـاجِدَكُمْ تَرَكْتـُمْ سُـنَّةَ نَبِيِّكُمْ (ص)، وَلَوْ تَرَكْتُـمْ سُـنَّةَ نَبِيِّـكُمْ لَكَفَـرْتُمْ.
Bermaksud:
"Tidak ada seseorang dari kamu melainkan membuat masjid (tempat solat) di rumahnya, sekiranya kamu sembahyang di rumah kamu dan kamu tinggalkan amalan solat di Masjid kamu, (bererti) kamu meninggal sunnah Nabi kamu s.a.w. dan sekir­anya kkamu meninggalkan sunnah Nabi necaya kamu menjadi kufur."
Riwayat Abu Daud. (Al-Zabidiyy, Taisir Al-Wusul, 2/321).
vii. Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Sabda Rasullullah s.a.w.,:

أثْقَـلُ صَـلاةٍ عَلَى المُنَـافِقِيْنَ صَـلاةُ العِشَـْاءِ وَصَـلاةُ الفَجْرِ.وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِيْهِمَا َلأتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا. وَلَقَدْ هَمَمْتُ أَنْ آمُرَ بِالصَّـلاةِ فَتُقَـامُ ، ثُمَّ آمُرَ رَجُلا فَلْيُصَلِّ بِالنَّاسِ ، ثُمَّ أنْطَلِقُ مَعِى بِرِجَالً مَعَهُمْ حُزَمٌ مِنْ حُطَبٌ إلَى قَوْمٍ لا يَشْهِدُوْنَ الصَّلاةَ فَأُحْرِقُ بُيُوْتَهُمْ.
Bermaksud:
"Seberat-berat solat ke atas golongan munafiq ialah solat `Isya' dan solat Subuh. Jika mereka tahu kelebihan pada kedua-dua solat tersebut, tentu mereka akan menunainya (secara berjamaah) walaupun dengan cara merangkak (ke tempat solat). Sesungguhnya aku berhasrat (disatu masa) memerintah (sahabat-sahabat) menunaikan solat (fardhu secara berjamaah dengan memerintah seorang lelaki bersolat (menjadi imam) bersama-sama sahabat (yang hadir), kemudian aku akan keluar dengan sekumpulan lelaki bersama beberapa berkas kayu api untuk menemui mereka yang tidak menunaikan solat fardhu (dengan berjamaah) maka aku akan bakar rumah-rumah mereka."
Diriwayatkan oleh Priwayat Al-Sittah (yang enam) - Imam Al-Bukhariyy, Muslim, Malik, Abu Daud, Al-Tarmiziyy dan Al-Nasa'iyy. (Al-Zabidiyy, Taisir Al-Wusul, 2/321).
viii. Dari Ibnu 'Abbas r.a.: ... dan ditanya mengenai seorang lelaki yang (selalu) berpuasa disiang hari dan bangun di waktu malam, sedang ia tidak melakukan solat (fardhu) berjama`ah dan solat Jumaat? Maka sabdanya:
هَذَا مِنْ أهْلِ النَّـاْرِ.

bermaksud:

"Ini adalah dari ahl i neraka”
Diriwayatkan oleh Al-Tarmiziyy. (Al-Zabidiyy, Taisir Al-Wusul, 2/321).
xi. Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Sabda Rasulullah s.a.w.:
مَنْ سَـمِعَ المُـنَادِى فَلَمْ يَمْنـَعْهُ مِنْ إتْبَاعـِهِ عُذْرٌ لَمْ تُقْبـَلْ مِنُهُ الصَّـلاةُ الَّتِىْ صَـلاهَا . قِيْلَ: وَمَا الْعـُذْرُ ؟ قَاْلَ: خـَوْفٌ أوْ مَرَضٌ.
Bermaksud:
"Sesiapa yang mendengar orang memanggil (untuk solat - atau azan), dan tidak dihalangi oleh sebarang keuzuran (untuk menunai panggilan tersebut), tidaklah diterima solat yang dilakukannya. Ditanyakan: Apakah maksud keuzuran itu? Maka sabdanya: Takut (khauf) atau sakit”
Diterbitkan oleh Abu Daud. (Al-Zabidiyy, Taisir Al-Wusul, 2/320).

Menurut Ibnu `Abbas:

أنَّ النَّبِىَّ (ص) فَسَّرَ العُذْرَ بِالْخَوْفِ وَالْمَرَضِ.

Bermaksud:

“Bahawa Nabi s.a.w. mentafsirkan uzur itu dengan (maksud) takut dan sakit.”

Riwayat Abu Daud. (Lihat: Al-Zuhailiyy, Al-Feqh Al-Islamiyy, Jil. hlm. 1169 - 170).)

"Takut" (khauf) terbahagi tiga; takut ke atas diri atau harta atau ahli keluarga (Ibnu Qudamah, Al-Mughniyy, 1/451).

x. Dari Abu Darda' r.a. katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

مَاْ مِنْ ثَلاثٍ فِىْ قَرْيَةٍ وَلا بَدْوٍ لاتُقَاُْمُ فِيْهِمْ الصّلاةُ إلا قَدْ إسْتَحْوَذَ عَلَيْهِمْ الشَّـيْطَاْنِ. فَعَلَيْكُمْ بِالْجَمَـاعَةِ ، فَإنَّمَا يَأْكُلُ الْذِئْبُ مِنْ الْغَنَمِ الْقَاصِـيَةِ.

Bermaksud:

"Tiada dari tiga orang di satu mukim dan kampung yang tidak mendirikan solat (berjama`ah) melainkan diganggu oleh syaitan. Maka hendaklah kamu (melakukan solat fardu) berjama`ah. Sesungguhnya serigala memamah kambing yang terpencil."

Riwayat Abu Daud - hasan. (`Izzuddin Baliq Minhaj Al-Salihein, hlm. 145)

xi. Dari Yazid bin Aswad r.a. bahawa beliau telah bersembahayang Subuh bersama Rasulullah s.a.w. Apabila selesai solat tersebut, beliau mendapati dua lelaki tidak bersembahayang bersama Baginda, maka Baginda memanggil kedua-duanya dan bertanya: “Apa yang menghalang kamu bersembahayang dengan kami?” Jawab kedua-dua mereka: “Kami telah sembahayang di rumah kami.” Maka sabda Baginda:

"فَلا تَفْعَـلْ، إذَا صَلَيْتُـمَاْ فَىْ رِحَالِكُمَـْا ثُمَّ اَدْرَكْتُمَـْا الإمَاْمَ وَلَمْ يُصَـلِّ فَصَلِّيَا مَعَهُ، فَإِنَّهَـا لَكُمَـْا نَاْفِلَـةٌ."

Bermaksud:

“Jangan kamu lakukan. Apabila kamu sembahayang di tempat kamu, kemudian menemui imam sedang ia belum sembahyang, maka sembahyanglah bersamanya, sesungguhnya ia (sembahyang) bagimu adalah kelebihan “nafilah” (sunnah).”

Riwayat Ahmad dan tiga periwayat lain dan disahkan oleh Ibnu Habban dan Al-Tarmiziyy. (Lihat: Al-Kahlaniyy, Subulu Al-Salam, (Al-Qaherah: Al-Halabiyy, 1960/1379), Jil. 2, hlm. 21)

Hadis ini menuntut orang yang telah melakukan solat secara sendirian supaya mengulangi solatnya jika mendapati imam belum mendirikan solat, supaya dilakukan semula bersamanya.

(3). Tuntutan Berjama`ah Menurut Ulamak Feqah: (Di bawah tajuk ini di jelaskan bagaimana ulamak feqh memahami perintah syarak atau amalan Rasulullah s.a.w. mengenai solat berjama`ah?)

Berdasarkan Al-Qur'an dan Al-Hadith, yang di antaranya ialah nas-nas di atas, ulamak berbeza pendapat berhubung dengan hukum solat fardu berjama`ah, oleh sebab percanggahan dalil-dalil pada perkara tersebut (Lihat: Ibnu Rushd, Bidayah Al-Mujtahid, Jil. 1, hlm. 121), seperti berikut:

i. Pendapat pertama:

Kata Al-Hanafiyyah dan Al-Malikiyyah (Al-Zuhailiyy, 2/149) serta sebahagian dari ulamak Al-Shafi`iyyah (Al-Nawawiyy, Al Majmu`, 1/93 dan Al-Zuhailiyy, 2/149): Berjama`ah pada solat fardhu selain solat Jum`at adalah sunat mu'akkad keatas lelaki berakal yang mampu menunainya. Tidak wajib ke atas wanita kanak-kanak, hamba, orang yang tidak berkeu­payaan berjalan, orang sakit, orang tua, serta orang yang terpotong tangan dan kaki secara timbal-balik.

Ianya sunat kerana merujuk kepada dhahir hadis yang lalu (iaitu hadis yang bermaksud: "solat berjama`ah lebih baik dari solat berseorangan dua puluh lima kali ganda" atau "dua puluh tujuh kali ganda") yang menunjukkan bahawa solat dalam jama`ah adalah dari jenis yang disunatkan sebagai menambah-sempurnakan lagi solat fardhu yang wajib itu, seolah-olah seperti sabda Rasulullah s.a.w. (bermaksud): "solat berjama`ah lebih sempurna dari solat seorang diri". Keadaan yang "sempurna" adalah perkara yang melebihkan pahala, bukan tuntutan yang dimestikan

Menurut Al-Zaahidiyy (Al-Hanafiyy), dimaksudkan dengan “sunat mu’akkad” dalam mazhab Hanafiyy ialah “wajib” (al-wujub) melainkan pada solat jum`at dan `aid maka ia adalah merupakan syarat (Ibnu`Abidin, Al-Dar Al-Mokhtar, Jil.1, hlm. 552)

ii. Pendapat kedua:

Menurut pendapat yang "asah" dari mazhab Al-Shafi`iyyah (Al-Nawawiyy, Al-Majmu`, 4/184-186, Al-Sharbiniyy, Mughniyy Al-Muhtaj, (Al-Qaherah: 1958/1377), jil. 1, hlm.229) dan Al-Zuhailiyy, 2/150) , hukum berjama`ah solat fardhu adalah fardhu kifayah ke atas lelaki yang merdeka, bermukim dan tidak bertelanjang, di mana solat tersebut menojolkan syi`ar jama`ah dengan mendirikannya di masjid (bukan di rumah) setiap kampung atau mukim. Jika semua enggan mendirikannya, diperangi. Tidaklah dituntut ke atas perempuan seperti tuntutan ke atas lelaki.

Di antara dalilnya, sabda Rasulullah s.a.w (pada hadis Abu Darda’ di atas) yang bermaksud.:

"Tiada dari tiga orang di sesuatu qaryah atau kampung tidak ditegakkan sesama mereka (solat ber) jama`ah, melainkan dirasuk oleh syaitan. Maka hendaklan engkau berjama`ah, maka sesungguhnya serigala memakan kambing yang terpencil"

Riwayat Abu Daud dan Al-Nasaa’iyy dengan diperakukan oleh Ibnu Habban dan Al-Hakin.

Imam Al-Shafi`iyy sendiri menyebutkan bahawa tidak harus seseorang lelaki meninggal solat berjama`ah, samaada bermukim atau bermusafir, beralasan hadis Abu Hurairah mengenai cadangan Rasulullah s.a.w. membakar rumah lelaki yang mengabaikan solat fardhu berjama`ah dan hadis Abdul Rahman bin Harmalah:

بَيْنَنَـا وَبَيْنَ المُنَافِقِيْنَ شُـهُوْدُ الْعِشَاءِ وَالصُّبْحِ، لايَسْتَـطِيْعُونَهُمَا …"

Bermaksud:

“Diantara kita dan golongan munafiq ialah kehadiran solat `Isya’, mereka tidak berupaya …”

(Al-Shafi`iyy, Al-Umm, Jil. 1, hlm. 136)

iii. Pendapat Ketiga:

Menurut pendapat Al-Hanbaliyyah (Ibnu Qudamah, Al-Mughniyy, 2/130-131, Al-Rafi`iyy, Fath Al-`Aziz, Lihat: Al-Nawawiyy, Al-Majmu`, 4/283, Al-Zuhailiyy, 2/150-151) berjama`ah mendirikan solat fardhu adalah wajib_`ainiyy, iaitu wajib ke atas setiap mukallaf.

Dalil mazhab ini dan mereka yang sama pendapat dengannya ialah ayat Al-Qur'an mengenai solat khauf dan ayat perintah ruku` bersama orang yang ruku, hadis Abu Hurairah mengenai solat terberat ke atas golongan munafiq ialah solat `isya' dan solat subuh, hadis Abu Hurairah mengenai Rasulullah bersumpah untuk membakar rumah lelaki yang tidak menunaikan solat fardhu berjama`ah, hadis mengenai orang rabun (seorang sahabat) yang dituntut berjama`ah jika mendengar azan, hadith Ibnu Mas`ud yang menjelaskan bahawa di zaman Rasulullah s.a.w. hanya orang munafiq sahaja yang tidak menunaikan solat fardu berjama`ah dan hadith Jabir serta Abu Hurairah yang menafikan fadhilat jiran masjid yang bersembahyang di rumah sendirian dan hadith-hadith lain-lain.

Mazhab ini, diperkuatkan lagi wajib berjama`ah solat fardhu itu, oleh perintah syarak supaya solat khauf (sembahyang fardhu dalam keadaan perang - keadaan takut) dilakukan secara berjama`ah dan juga harus melakukan solat fardhu secara jama` oleh sebab hujan, yang semua itu tidak lain melainkan kerana keperluan menjaga solat fardu supaya dilakukan secara berja­ma`ah.

Akan tetapi tidaklah berjama`ah itu sebagai syarat sah solat seperti di naskan oleh Imam Ahmad.

(4) Menurut Ijma`:

Telah sabit ijma` al-sahabah bahawa tuntutan syarak terhadap solat berjama`ah adalah selepas Hijrah. Didalam Al-Ihya', oleh Al-Ghazaliyy, dari Abu Sulaiman Al-Daraniyy katanya: "Tidak luput seseorang dari solat berjama`ah melainkan ia berdosa". Katanya lagi: Golongan Al-Salaf mengurungkan diri mereka tiga hari jika tidak sempat solat bersama imam dengan takbir pertama, dan tujuh hari jika tidak sempat berjama`ah.

4. Keadaan-Keadaan Yang Diharuskan `Uzur Dari Solat Fardhu Berjama`ah:

(1) Sakit; iaitu kesakitan yang menjadi keuzuran untuk hadir berjama`ah di masjid seperti demam panas, lumpuh, orang tua yang uzur dan seumpamanya. Dalil faktor ini ialah hadis Abu Hurairah dan Ibnu `Abbas yang di atas. Selain dari itu, Rasulullah s.a.w. ketika sakit, tidak hadir ke masjid dan berkata kepada sahabat:
..
مُرُّوْا أبَا بَكْرٍ، فَلْيُصَـلِّ باِلنَّاسِ.
Bermaksud:

“Suruhlah Abu Bakar bersembahayang (menjadi imam) dengan manusia.”

Riwayat Al-Bukhariyy dan Muslim. (Lihat: Al-Zuhailiyy, Al-Feqh Al-Islamiyy, Jil. hlm. 169.)

Rasulullah s.a.w. tinggal solat berjama`ah beberapa hari kerana sakit. (Al-Shafi`iyy, Al-Umm, 1/138)

(2) Takut; iaitu takut kemudaratan ke atas diri atau harta atau keselamatan keluarga atau dibimbangi sakit. Dalil harus uzur kerana takut ialah hadis Abu Hurairah dan Ibnu `Abbas yang di atas.

(3) Hujan; termasuk selut, udara terlalu sejuk, atau terlalu panas, angin kencang dan kegelapan yang bersangatan. Dalil uzur pada keadaan tersebut ialah hadis Ibnu `Umar r.a. katanya:

كُنَّـْا إذَا كَاْنَ مَعَ رَسُوْلِ اللَهِ (ص) فِىْ سَفَرٍ، وَكَاْنَتْ لَيْلَةً مُظْلِمَةً أوْ مَطِـَيْرَةً ، نَادَىْ مُنَادِيْهِ : أنْ (أو " ألا " ) صَـلُوْا فى رِحَاْلِكُمْ.

Bermaksud:

“Adalah kami apabila bersama dengan Rasulullah s.a.w. dalam perjalanan, sedang malam gelap atau hujan, pemanggilnya (mu’azzin) newlaungkan: “Tidakkah kamu bersembahayang di tempat tinggal kamu” (Al-Zuhailiyy, Al-Feqh Al-Islamiyy, Jil. 2, hlm. 171, Lihat: Al-Shafi`iyy, Al-Umm, (Al-Qaherah: Kitab Al-Sha`b, 1968/1388), Jil. 1, hlm. 138)

(4) Mengelak dari dua kekotoran, iaitu kekotoran air kecil dan kekotoran air besar kerana boleh menjejaskan kesempurnaan solat dan kekhusyukkan. (Al-Zuhailiyy, 2/171)

(5) Berhadapan dengan makanan bagi orang berpuasa setelah berbuka atau berbuka puasa atau wujud makanan di saat kelaparan atau kedahagaan yang bersanghatan. .(Lihat: Ibnu `Abidin, Radd Al-Mukhtar, 1/555-556 dan Al-Shafi`iyy, Al-Umm, 1/138)

(6) Kebimbangan ditinggal oleh “qafilah” perjalanan bagi perjalanan bersama orang ramai dan bukan perjalan sendirian.(Lihat: Ibnu `Abidin, Radd Al-Mukhtar, 1/555-556 dan Al-Shafi`iyy, Al-Umm, 1/138)

(7) Terlalu mengantuk seperti peristiwa seorang lelaki berpisah dari berimamkan Mu`az kerana bacaannya yang panjang, dimana Rasulullah diam (tampa melarang) mengenainya selepas diketahuinya. Walaupun demikian, jika sabar untuk dapat berjama`ah atau terus berjama`ah adalah lebih baik. (Al-Zuhailiyy, Al-Feqh Al-Islamiyy, Jil. 2, hlm. 171)

(8) Berada di dalam kurungan, kerana Islam tidak menuntut melaksana sesuatu melainkan sekadar terdaya (Al-Qur’an dan Al-Hadith). (Al-Zuhailiyy, Jil. 2, hlm. 171.

(9) Ditambah oleh Al-Shafi`1iyy; kebocoran atap diparamis perniagaan, gempa bumi, udara yang terlalu panas samaada malam atau siang, usaha mencari binatang hilang yang dijangka boleh ditemui, usaha mendapatkan barangan yang dirompak, gemok yang keterlaluan, keresahan yang menjejaskan kekhusyukan, sebok dengan pengurusan jenazah, ada orang yang boleh menyakitkannya di jalan ke masjid, suasana pengantin baru pada solat malam, imam membaca panjang dari yang sewajarnya atau imam tidak mengikut sunnah atau terlalu cepat bacaan atau imam dari kalangan orang yang dimakruhkan mejadi imam, atau dibimbangi berlaku fitnah baginya atau dengannya.

Pendapat ini disokong oleh Al-Hanabilah dengan menganggap uzur oleh sebab panjang bacaan imam dan sebab pengantin baru. Menurut Al-Maliyyah, gugur kewajipan solat Jum`at dan solat berjama`ah selama enam hari oleh sebab berbulan madu, dan tidak gugur pada hari ketujuh menurut pendapanya yang masyhur.(Lihat: Al-Zuhailiyy, Al-Feqh Al-Islamiyy, 2/170 - 172)

5. Kesimpulan Hukum Solat Fardhu Berjama`ah:

Penyusun kertas ini tidak bertujuan mentarjehkan (memperkuatkan) mana-mana pendapat ulamak fiqh di atas mengenai hukum solat fardu berjama`ah, akan tetapi sekadar mengemukakan nas-nas Al-Qur'an dan Al-Hadith serta pendapat ulamak muktabar seperti di atas, untuk sama-sama ditelitikan. Sehubungan dengan itu, dirumuskan kedudukan hukum dan perintah solat fardhu berjama`ah, seperti berikut:

(1) Dalil tuntutan solat fardhu dilakukan secara berjama`ah amat kuat, sehingga mendorong ulamak memperturunkan hukum, bahawa berjamaa`ah solat fardhu adalah wajib `ainiyy (wajib atas setiap mukallaf) - seperti pendapat Hanabilah dan Hanafiyah - ke atas lelaki atau fardhu kifayah atau sunat mu'akkad (sunat yang kekuatan tuntutannya hampir menyamai wajib `ainiyy).

(2) Rasulullah s.a.w. amat memarahi lelaki yang tidak menunaikan solat fardhu berjama`ah, walaupun orang itu berpuasa dan bangun malam, sehingga disebdakan bahawa mereka dari ahli neraka.

(3) Kemarahan Rasulullah s.a.w. itu sehingga membandingkan bahawa mereka yang tidak menunaikan solat fardhu berjama`ah itu sama seperti orang munafiq dan rumah-rumah mereka layak dibakar.

(4) Tuntutan solat fardhu bejama`ah itu sampai ke peringkat orang buta juga dituntut jika ada pemandu dan orang yang uzur jga dituntut jika ada orang yang boleh dipapahnya sampai ke sof solat.

(5) Keuzuran dari solat fardhu berjama`ah hanya layak bagi mereka yang sakit atau takut (khauf) sahaja atau berada dalam keadaan yang menghalang dari pergi ke tempat solat berjama`ah atau keadaan yang menuntut supaya tidal meninggalkan tempat berkenaan, bukan sebab sengaja.

(6) Syaitan sentiasa berusaha memesongkan masyarakat yang tidak mengambil berat tuntutan solat berjama`ah dengan berbagai-bagt cara.

(7) Semakin besar bilangan anggota jama`ah, semakin banyak kelebihan yang diperolehi.

6 Kekeliruan Mengenai Solat Berjama`ah:

Sering wujud dalam masyarakat anggapan dan tanggapan yang keliru mengenai ibadah solat berjama`ah, seperti berikut:

(1) Solat berjamaah sekadar untuk mendapat pahala lebih semata-mata. Tidak ada apa-apa celaan atau kutukkan Allah S.W.T. atau RasulNya. Oleh yang demikian, siapa yang melakukannya ia mendapat kelebihan dan siapa yang tidak melakukannya ia sekadar tidak mendapat pahala sahaja

(2) Mengagong dan membesarkan Allah S.W.T. hanya pada masa solat, ketika di atas kain sejadah sahaja, terutama pada hari Jum`at. Masa -masa lain tidak begitu penting dan terpulang pada kehendak masing-masing.

(3) Menganggap sembahyang tidak ada hubungan dengan pembentukan akhlak dan peribadi manusia. Seseorang yang menjadi baik tiada kena mengena dengan amalan solat.

(4) Menganggap sembahyang tidak kena mengena dengan penilaian seseorang itu berakhlak atau tidak. Kerana itu penilaian akhlak atau moral yang baik tidak diambil kira samaada seseorang itu melakukan solat atau tidak.

(5) Solat adalah amalan orang-orang dewasa dan orang-orang tua. Orang muda yang masih dalam keadaan yang sentiasa dipengaruhi oleh nafsu tidak sesuai untuk melakukan solat atau beribadat.

(6) Solah fardhu boleh diganti pada masa lapang jika sebok dengan urusan-urusan penting, seperti:

n banyak kerja-kerja sekolah di rumah
n alasan orang lain juga tidak mementingkan sembahayang
n kesukaran mendapat air untuk wudhu’ - seperti dalam perjalanan
n kerja pejabat atau jadual syarahan di IPT terlalu padat atau perlu disegerakan
n ada tamu atau keluarga di rumah
n terlibat dengan sokan program negeri atau negara yang perlu benar-benar dijaga supaya tidak tergendala
n atau lain-lain alasan yang tidak munasabah dari segi syarak.

7. Solat Berjama`ah Sebagai Agenda Tarbiyah:

“Tarbiyyah” bererti pendidikan (education). “Tarbiyyah Islamiyyah” bererti pendidikan yang membina dan membentuk manusia menyedari dirinya sebagai hamba Allah S.W.T. (`abd) dan khalifah di bumi.

Solat lima waktu berjama`ah, selain dari mendapat pahala berganda dua puluh tujuh atau dua puluh lima kali ganda, solat berjama`ah mempunyai kebihan yang banyak, terutama dalam membentuk individu dan masyarakat. Tegasnya solat berjama`ah beperanan besar dalam arina tarbiah Islamiyah, iaitu dalam pendidikan pendidikan Islam peringkat individu maupun pendidikan kemasyarakatan. Di antara peranan solat dalam agenda tarbiyah adalah seperti berikut:

(1) Aspek individu;

i. Mengelakkan dari gangguan syaitan, iaitu dorongan-dorongan yang membawa kepada mengabaikan perintah agama dan melakukan maksiat dan kemunkaran, samaada pada individu itu sendiri atau pada masyarakat. Dalil makksud ini iala hadis Abu Darda’ yang diriwayatkan oleh Abu Daud seperti di atas dan juga hadis Anas r.a. dalam Synan Abi Daud bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

وَالَّذِىْ نَفْسِىْ بِيَدِهِ، إنِّىْ لأرَىْ الْشَّـيَاطِيْنَ تَدْخُـلُ فِىْ خَلَلِ الْصَّفِّ كَأنَهَاْ الحَذْفُ.
Bermaksud:

“Demi yang jiwaku di tanganNya, sesungguhnya aku melihat syaitan masuk ke celah sof (sof yang jarang) yang rupanya seperti anak-anak kambing.”

(Lihat: Al-Kahlaniyy, Subul Al-Salam, 1960/1379, Edisi 4, Jil. 2, hlm. 29)

Akibat dari kelaziman seperti itu, ialah godaan dan pemesongan syaitan dan iblis terhadap diri orang yang solat dan kurang keberkesanan solat itu baginya.

ii. Latihan bagi individu untuk mengikut ketua, di mana keupayaan mengikut orang lain adalah merupakan amalan yang menuntut pengorbanan seseorang dari sifat mementing kehendak diri sendiri dan terlalu bertegas dengan pendapat sendiri tanpa keseiaan bnertolak ansur dengan kebenaran.

Imam solat adalah pemimpin yang memimpin pengikutnya ke arah mencari keredaan Allah S.W.T. dan mengikut perintahNya dengan mengikut hukum dan kaifiat pergerakan yang telah ditetapkanNya.

Abu Hurairah menyataka, bahawa Rasulullah s.a.w. bersebda:

"إنَّمَا جُعِلَ الإمَامُ لِيُوءْ تَمَّ بِهِ. فَإِذَا كَبَّرَ فَكَبِّرُوْ، وَلا تُكَبِّرُوْا حَتَّىْ يُكَبِّرُ… ".

Bermaksud:

“Sesungguhnya di wujudkan imam adalah untuk diikut, maka apabila ia takbir maka hendaklah kamu takbir, dan janganlah kamu takbir melainkan sesudah ia takbir …”.

Riwayat Al-Bukhariyy dan Muslim serta Abu Daud, dan ini lafadz Abu Daud. (Lihat Al-Kahlaniyy, Subul Al-Salam, 1960/1379, Edisi 4, Jil. 2, hlm 22).

Rasulullah s.a.w. juga menjelaskan keburukan orang yang tidak mengikut displin yang ditentukan olrh Allah S.W.T. itu, seperti disebutkan oleh Al-Kahlaniyy:

أَنَّهٌ (ص) تَوَعَّـدَ مَنْ سَـابَقَ الإمَامَ فِىْ رُكُوْعِهِ أوْ سُـجُوْدِهِ بِأنَّ اللهَ يَجْعَـلَ رَأسَـهُ رَأسَ حِمَـارِ.

Bermaksud:

“Bahawa ia (Rasulullah s.a.w.) menginggatkam orang yang mendahului imam pada ruku` atau sujudnya, bahawa Allah akan menjadikan kepalanya kepala himar.”

(Lihat: Al-Kahlaniyy, Subul Al-Salam, 1960/1379, Edisi 4, Jil 2, hlm 22).

Ini, di samping berdosa kepada Allah S.W.T. walaupun tidak rosak solat.

Perintah mengikut imam di samping mengingatkan akibat buruk mendahului tindakan imam seperti di atas, mengikgatkan akibat buruk boleh berlaku kepada masyarakat Islam apabila ada kalangan mereka tidak mengikut imam atau ketua.

iii.Latihan displin yang tinggi, di mana setiap orang perlu meluruskan sof (barisan), merapatkan antara seorang dengan yang lain dan menyamakan kedudukan bahu, seperti dalaam hadis Anas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersebda:


"رَصُّـوْا صّثفُوْفَكُمْ وَقَارِبُوْا بَيْنَهَا وَحَاُذُوْا باِلأعْنَـاقِ."
bermaksud:

“Luruskan sof, rapatkan antara satu dengan yang lain dan samakan bahu.dan samakan tengkok.”

Riwayat Abu Daud, Al-Nasai dan Ibnu Habban.

Rasulullah s.a.w. juga menjelaskan keburukan orang yang tidak mengikut displin yang ditentukan Allah S.W.T. seperti dijelaskan oleh Al-Kahlaniyy di atas.

(Lihat: Al-Kahlaniyy, Subul Al-Salam, 1960/1379, Edisi 4, Jil. 2, hlm 22).

iv.Menuntut umat Islam supaya sentiasa bersikap positif dan berani. Hal ini adalah merujuk kepada hadis Abu Sa`id Al-Khudriyy r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan sahabatnya memenuhkan sof yang terhadapan supaya mara ke hadapan dan ikutnya dan mengikut mereka orang yang dibelakang mereka., dan kemudian Baginda bersebda;

"… لا يَزَالُ قَوْمٌ يَتَأخَّـرُوْنَ حَتَّىْ يُؤّخِّرَهُـمُ الله."

Bermaksud:

“…Tidaklah sesuatu kaum itu sengaja mengambil tempat di (sof) belakang melainkan akan dikebelakangkan oleh Allah S.W.T.”

Riwayat Muslim. (Lihat: Al-Kahlaniyy, Subul Al-Salam, 1960/1379, Edisi 4, Jil. 2, hlm 24)

v. Berjama`ah solat membina kesatuan pendapat dan pemikiran di kalangan anggota jama`ah. Dalam hubungan ini, An-Nu`man bin Basyir ada meriwayatkan dasri Rasulullah s.a.w.:

أقْيَلَ رسولً اللهِ (ص) بِوَجَهِْه فَقَاْلَ: أقِيْمُوْا صُفُوْفَكُمْ - ثَلاثًا - وَاللهِ لتُقِيْمَنَّ صُفُوْفَكُمْ أوْ لَيُخَالَفَنَّ الله بَيْنَ قُلُوْبِكُمْ …"

Bermaksud:

“Rasulullah s.a.w. menghadapkan muka kepada sahabat=sahabat (dalam sof solat) dan bersebda: lurus kamu (diulangkannya tiga kali). Demi Allah, samaada kamu luruskan sof kamu atau Allah s.a.w. menjadikan perbedaan di atarahati-hatyi kamu (sentiasa berbeda pendapat.

(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim serta Abu Daud.)

Demikkian juga hadis Al-Barra’ bin `Azib, bahawa Rasulullah s.a.w. bersebda:

كَانَ رَسولُ الله (ص) يَتَخَلَلُ الصّفَ مِنْ نَاْحِيَةٍ إلَىْ نَاْحِيَةٍ يَمْسَـح صُدُوْرَنَا وَمَنَاْكِبِنَا وَيَقُوْلُ: لاتَخْلِفُوْا فَتَخْتَلِف قُلُوْبُكُمْ …

Bermaksud:

“Bahawa Rasulullah s.a.w. masuk ke celah-celah sof kami dari satu bahagian ke satu bahagian yang lain sambil memegang dada dan bahu kami dan bersebda: Jangan kamu berbeda kedudukan (tiada sama sof), necaya akan berbeda hati-hati kamu …”


Riwayat Abu Daud.

(Lihat: Al-Kahlaniyy, Subul Al-Salam, 1969/1379, Edisi 4, Jil. 2, hlm. 29)

vi. Latihan hidup bertolak Ansur; Perkara ini dapat difahami dari perintah menyamakan sofdan merapatkan diri antara satu dengan lain, di mana ia memerlukan sifat tolak ansor.

(2) Kemasyarakatan;


Semua sifat dan faedah dari solat yang dilakukan dalam sof solat berjama`ah menyumbang kepada persaudaraan seagama, pembinaan fikrah dan kesefahaman dan semangat amal jama`iyy yang amat menyumbang kepada perpaduan umat, yang merupakan pra syarat kepada kekuatan. Apa lagi jika solat berjama`ah itu disertai dan diimamkan oleh ketua dan pemimpin yang bertanggungjawab di negeri atau kawasan atau kariah berkenaan. Tentu usaha perpaduan ummah akan lebih berkesan.


8. Solat Berjama`ah Dan Masjid Sebagai Wadah Perpaduan Ummah:

Firman Allah S.W.T.:

ما كان للمشركين أن يعمروا مسـجد الله شـهدين على أنفسهم بالكفر أولـئك حبطت أعـملهم وفى النار هم خـلدون . إنما يعمر مسـجد الله من ءامن بالله واليوم الآخر وأقام الـصلوة وآتى الزكوة ولم يخش إلا الله فعسى أولـئك ان يكونوا من المهتدين.

Bermaksud:

“Tidaklan bagi rrang-orang kafir musrik itu memakmurkan (Manghidupkan) masjid-masjid Allah, sedang mereka menjadi saksi (mengaku) akan kekufuran diri mereka sendiri, mereka ialah orang-orang yang rosak binasa amalan-amalannya, dan mereka pula kekal di dalam neraka. Hanya sanya yang (layak) memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Alla itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat sewrta mendirikan sembahayang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat tersaebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi golongan orang-orang yang mendapat pertunjuk. (Al-Taubah 9 : 17 - 18)

Menurut Al-Qurtubiyy, bahawa ayat ini adalah dalil persaksian keimanan yang saheh bagi pemakmur masjid kerana Allah S.W.T. menghubungkkan keimanan dengan pemakmuran masjid dan orang sentiasa melaziminya. Kata sebahagian salaf bahawa apabila kamu melihat lelaki memakmur masjid maka hendaklah sangka baik kepadanya. Dalah hadis Abi Sa`id Al-Khudri, bahawa Rasulullah s.a.w. bersebda:

إذَا رَأيْتُـمُ الرَّجُـلَ يَعْتَـاْدُ المَسْـحِدَ فَأشْـهِدُوْا لَهُ بِالإيْمَـانِ.

Bermaksud:

“Apabila kamu melihat lelaki sentiasa berulang-alik ke masjid maka persaksikanlah baginya dengan keimanan”

(Al-Qurtubiyy, Al-Jami` Li-Ahkam Al-Qur’an, (Al-Qaherah: Dar Al-Kitab Al-`Arabiyy, 1967/1387) Jil. 8, hlm 90)

Berdasarkan keterangan di atas, ternyata bahawa masjid adalah tempat sebenarnya untuk lelaki menunaikan solat-solat fardhu dan lain-lain aktiviti yang diharuskan untuk umat Islam.

Banyak fadhilat beramal di tempat tersebut selepas Masjid Al-Haram di Makkah, Masjid Al-Nabawiyy di Madinah dan Masjid Al-Aqso di Baitul Muqaddas. Tempat-tempat lain, seperti masjid yang tidak didirikan jum`at atau surau, adalah kurang fadhilat dibandingkan dengan tempat-tempat tersebut.

Berdasarkan nas-nas Al-Quran dan Al-hadith serta pendapat ahli-ahli feqah (ulamak), ternyata tuntutan berjama`ah di masjid atau di tempat azan di azankan amat kuat. Jika solat berjama`ah dilakukan oleh semua muslimin lelaki yang mukallaf di masjid atau paling kurang di tempat azan di azankan dengan cara yang sebaik-baiknya, ia pasti menghasilkan natijah yang berguna untuk diri dan ummah. Antaranya:

(1) Membina Displin Hidup Yang Tinggi:

Penghayatan solat berjama`ah dengan konsep di atas, pasti mendorong ke arah fenomina di mana setiap hari lima kali orang-orang Islam - terutama golongan lelaki - berbaris dalam satu sof yang rapi. fenomena ini sudah pasti melahirkan displin yang tinggi dari berbagai-bagai segi; pengurusan masa, pembersihan anggota badan menurut masa, sentiasa mempastikan berpakaian sentiasa bersih, latihan berhimpun dan berbaris dengan teliti dan lain-lain aspek.

(2) Perhimpunan Yang Terbimbing (Al-Ta`aruf):

Pertemuan lima kali sehari, sentiasa dilakukan di bawah pimpinan seorang ketua, dengan matlamat yang sama mengagongkan Allah S.W.T., dalam displin kepimpinan dan kepengikutan yang menurut syarak, di mana makmum wajib mengikut imam - di samping makmum boleh menegor imam jika ia melakukan kesalahan. Makmum juga perlu mempastikan mereka berada dalan sof yang lurus, bertemu bahu dan bergerak dengan keadaan yang sama. Perhimpunan seperti itu pasti melahirkan masyarakat yang harmunis, hormat menghormati dan bersatu di bawah satu kepimpinan.

(3) Membina Kesefahaman Dan Kesatuan Fikrah (Al-Tafahum):

Solat berjama`ah menuntut perhimpunan umat Islam kariah berkenaan di satu tempat. Keadaan tersebur memudahkan pengisian segala jenis ilmu wahyu bagi sesuatu kariah oleh imam dan guru-guru lain dengan restu dan hasrat dari imam. Ini tidak syak lagi, menjadikan institusu masjid sebagai wadah membina kesatuan fikrah yang berkesan di kalangan umat Islam.

(4) Membina Semangat Persaudaraan Dan Kerjasama (Al-Takaful):

Solat berjama`ah dan institusi masjid juga merupakan wadah perancangan aktiviti sosial, termasuk merancang program gotong royong, ziarah anggota jama`ah yang sakit atau meninggal atau mengalami masalah, bertolong bantu antara satu dengan yang lain. Keadaan ini sudah pasti mendorong ke arah perpaduan ummah dan jihad yang lebih mantap.

Sebenarnya ibadah solat yang sekaligus dihubung dengan institusi masjid, adalah merupakan program dan wadah yang mengukuhkan pembinaan diri dan keluarga, yang sekaligus menyatu dan memantap­kan perpaduan dan perjuangan umat Islam. Dari sinilah titik bertolak pergerakan mereka yang menginginkan kesejehteraan hidup dunia dan akhirat.

KESIMPULAN:

Dari penjelasan di atas, jelaslah bahawa;

n Tuntan solat fardhu supaya dilaksanakan secara berjama`ah di masjid atau tempat azan di azankan adalah terlalu kuat - sabit dengan penegasan Al-Qur’an, Al-Hadith serta ijtihad ulamak.

n Solat fardhu yang dilaksanakan secara berjama`ah lebih mendorong orang yang bersembahayang supaya melaksananya dengan lebih sempurna dan khusyuk.

n Solat fardhu yang dilakukan dengan sempurna dan berjama`ah, lebih memberi kesan membina kekuatan keimanan dan perpaduan sesama umat Islam serta mencegah dari kejahatan dan kemunkaran (dengan segala bentuk gejala sosial pada semua peringkat umur manusia).

n Solat yang sempurna menurut sunnah Rasulallah s.a.w. pasti mendorong pelakunya ke arah menjana segala perintah Allah S.W. T. sebagai cara hidup yang komplit (syumul) dengan penuh rasa tanggungjawab kepada Nya.

n Keadaan yang membolehkan orang Islam menguzurkan diri dari solat fardhu berjama`ah amat terbatas, yang sekaligud memahamkan bahawa Rasulullah s.a.w. tidak membenarkan pengabaian solat fardhu berjama`ah dengan sengaja.

n Gambaran suasana masyarakat dan negara Ahlus Sunnah Waljama`ah adalah suasana di mana Rasulullah sebagai ketua masyarakat bersama sahabat-sahabat sebagai masyarakat dan rakyat negara Islam yang sentiasa mengambil berat penghayatan solat fardhu berjamaa`ah sehingga perhimpunan untuk solat fardhu berjama`ah awal waktu menjadi paksi kepada pengurusan masa bagi pergerakan dan pentadbiran urusan peribadi dan masyarakat serta negara umat Islam itu.

"Rabbana aatina fiddunya hasanah, wa fil aakhirati hasanah, waqina `azaaban naar"
posted by Mohd Nazri Amir Hamezah @ 8:40 PM   0 comments
Tangisanmu Palestin Kami Rasai
Monday, May 15, 2006

KOTA BHARU, 15 Mei (Hrkh) - Kerajaan dan rakyat Kelantan memberikan komitmen besar terhadap nasib dan masa depan rakyat Palestin dengan memberikan sumbangan melebihi RM1 juta pada program 'Selamatkan Kerajaan Palestin' di Padang Perdana, malam tadi.
Majlis dihadiri lebih 10 ribu orang tersebut dimulakan dengan solat Isya' berjemaah diimami Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Ustaz Mohamed Daud dan solat hajat yang diimamkan Tuan Guru Hussin Ibrahim dari Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas.
Pemimpin yang berucap dalam majlis berkenaan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat; Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa dan Ketua Whip Hamas di Parlimen Palestin, Dr Khalil Ismael al-Hayyah.
Ketika kutipan derma dilakukan ramai yang tampil ke depan. Antara penyumbang terbesar berbentuk cek adalah PKINK (RM300 ribu), Kompleks Perkayuan Kelantan (RM200 ribu), Syarikat Ladang Sungai Terah (RM150 ribu), Bina Raya Sdn Bhd (RM100 ribu), Yayasan Islam Kelantan (RM67 ribu), MPKB (RM30 ribu), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (RM10 ribu) dan Persatuan Pengilang Papan (RM10 ribu).
Kelantan adalah negeri pertama di negara ini yang memberi komitmen bagi menghayati bersama penderitaan rakyat Palestin ketika mereka disisihkan dunia diketuai Amerika, selepas Hamas berjaya membentuk kerajaan.
Dr Khalel berkata, malam tadi kerajaan Palestin dipertemukan dengan kerajaan Kelantan dalam isu yang sebenarnya telah berjaya menyatukan umat Islam dari seluruh dunia.
"saya bersyukur kerana rakyat Palestin dipilih sebagai pejuang bagi membebaskan bumi yang pernah menjadi tempat penting dalam peristiwa Israq dan Miraj, Nabi Muhammad s.a.w.
"Oleh itu biar pun kami dikepung sehingga ramai rakyat menjadi kebuluran, namun kami akan tetap meneruskan perjuangan. Kami tetap sabar dalam perjuangan dan tidak sekali-kali undur ke belakang," katanya dengan lantang.
Ucapannya dalam bahasa Arab diterjemah Ketua Pengelola Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Ustaz Mohamad Mustafa.
Ribuan yang hadir begitu khusyuk mendengar ucapan cukup bersemangat itu. Dr Khalel berkata, sejak lima tahun lalu kira-kira 4,000 syuhada telah mati syahid di bumi Palestin bagi mempertahankan tanah air mereka.
Manakala seramai 10,000 lagi ditangkap tentera Yahudi. Ribuan lagi terlantar di hospital dan mereka sekarang berdepan dengan kekurangan bekalan ubat. Hospital tidak dapat menampung bilangan pesakit yang begitu ramai.
"Biar pun berdepan dengan segala penderitaan, namun kami tetap tidak akan mengalah. Kami tetap bersedia berdepan dengan segala kepungan musuh yang diketuai Amerika Syarikat dan Israel.
"Kami berikrar biar pun tinggal seorang sahaja pejuang, kami tetap terus berjuang dan tidak sekali-kali mengiktiraf musuh. Kami juga yakin dunia tidak akan aman selagi bumi Palestin terus bergolak seperti sekarang," katanya.
Beliau berkata, kesabaran dalam perjuangan bakal berakhir dengan kemenangan suatu hari nanti.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, biar pun bilangan penduduk Arab melebihi 100 juta dan orang Yahudi di Israel hanya sekitar tiga juta, namun mereka dilindungi kuasa besar Amerika.
Menurut Tuan Guru Abdul Hadi kepungan ekonomi dan politik yang dialami kerajaan PAS di Kelantan dan Terengganu sebelum ini hampir serupa dideritai rakyat Palestin sekarang.
Bagaimanapun tambahnya nasib yang mereka alami adalah lebih dahsyat lagi sehingga ramai yang menjadi korban dalam perjuangan.
Beliau juga memuji badan yang mengendalikan pilihan raya di Palestin lebih telus dan bersikap adil bagi mengurus pilihan raya, biar pun berdepan dengan tekanan kuasa besar dunia.
"Biar pun Amerika meminta rasuah politik dibenarkan, namun badan pengendali pilihan raya itu tidak mahu bersekongkol, sehingga mereka mengugut mahu meletak jawatan beramai-ramai. Alangkah baik kalau Suruhanjaya Pilihan Raya di Malaysia juga turut berpendirian serupa," ujarnya.
Husam berkata, biar pun sebanyak 165 resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengutuk kekejaman Israel, namun ia tidak pernah memberi sebarang kesan.
posted by Mohd Nazri Amir Hamezah @ 2:59 PM   0 comments
WLP 1 Kerana Apa ???

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Hrkh) - Bekas Ketua Pengarang The New Straits Times Press (NSTP), Dato' A Kadir Jasin mempersoalkan mengapakah pendapatan kerajaan bernilai RM60,780 dikorbankan untuk memenuhi kehendak seorang menteri kabinet?
Beliau mempersoalkan perkara itu ketika mengulas penjelasan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang menafikan Menteri Wilayah Persekutuan, Dato' Zulhassnan Rafique membayar jumlah sebesar itu untuk membeli nombor siri pendaftaran kereta WPA 1.
Pengarah JPJ Wilayah Persekutuan, Amir Abdul Hamid dalam satu kenyataan menjelaskan memang nama Zulhassnan tersenarai sebagai pembida yang berjaya bagi nombor siri tersebut dengan harga tawaran sebanyak RM60,780.
Bagaimanapun, katanya nombor siri WPA 1 itu ditawarkan secara percuma kepada Zulhassnan oleh Ketua Pengarah JPJ Malaysia.
"Jika perkara tersebut benar, sesuatu yang sungguh dahsyat telah berlaku ... Jika ia benar, adakah (Ketua) Pengarah JPJ mempunyai budibicara untuk mengorbankan pendapatan kerajaan sebanyak itu?
"Mengapa Menteri Wilayah Persekutuan memerlukan nombor istimewa? Walaupun beliau dikenakan bayaran untuk itu, persoalan yang pasti ditanya ialah mengenai kekayaannya? Beliau mungkin seorang yang kaya raya.
"Tetapi ketika semakin ramai rakyat yang hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, para menteri tidak sepatutnya menayang-nayangkan kekayaan mereka tanpa segan-silu," kata Kadir dalam blognya.
Jika benar Zulhassnan mendapat nombor siri secara percuma, katanya, "kita mesti menuntut beliau membayarnya atau kita potong gaji (Ketua) Pengarah JPJ."
Apa yang dilakukan oleh Ketua Pengarah JPJ itu, katanya, bukanlah cara untuk menunjukkan rasa hormat kepada menteri.
"Dia adalah seorang wakil yang dipilih oleh rakyat dan seorang kakitangan awam. Kehidupan dan tindak-tanduknya hendaklah seperti yang sepatutnya. Tetapi malangnya beginilah sesetengah orang menjadikan ahli-ahli politik sebagai tuhan-tuhan dan Napoleon (nama Napoleon digunakan untuk menggambarkan mahararaja atau orang sangat berkuasa)," kata Kadir.
posted by Mohd Nazri Amir Hamezah @ 2:52 PM   0 comments
Apa Sumbangan Kita Pada Hamas ???
Sunday, May 14, 2006

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Hrkh)- PAS berjaya menghimpunkan lebih RM581 ribu dalam majlis Himpunan Perdana 'Selamatkan Kerajaan Hamas' bermula 13 Mei ini di Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar malam tadi.
Di awal majlis, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menyerahkan sumbangan rakyat Malaysia sebanyak RM500 ribu kepada Ketua Whip Hamas di Parlimen Palestin, Dr Khalil Ismael al-Hayyah.
Manakala lebih RM55 ribu dikutip dalam majlis ceramah umum semalam. Derma sumbangan orang ramai diterima dalam pelbagai bentuk antaranya mata wang asing, gelang, loket dan cincin emas.
Sumbangan tersebut merupakan sebahagian daripada kutipan yang diseliakan oleh PAS bersempena dengan kempen Selamatkan Umat Islam Palestin anjuran Lujnah Hal Ehwal Antarabangsa PAS Pusat.
PAS bersama-sama dengan NGO melancarkan roadshow ke seluruh negara sebagai kempen untuk membantu umat Islam Palestin yang menghadapi tekanan ekonomi yang hebat dari Amerika syarikat dan sekutunya untuk menghapuskan kerajaan pimpinan Hamas.
Antara pemimpin yang berucap pada ceramah tersebut adalah Ustaz Hadi, Dr Khalil, Haji Mohamad Sabu (PAS), Dr Muhamad Nur Manuty (Muafakat), Zaid Kamarudin (JIM) dan Yusri Mohd (ABIM). Manakala Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa menterjemahkan ucapan wakil Hamas tersebut.
Antara pemimpin-pemimpin yang turut hadir adalah Naib Presiden PAS, Dato' Dr Hasan Mohd Ali; Ketua Pemuda, Salahudin Ayub; Setiausaha Agung, Dato' Kamarudin Jaffar; Ustaz Salleh Ahmad (PUM ) dan beberapa pemimpin lain.
Majlis mengenai perjuangan rakyat Palestin julung-julung kali dianjurkan PAS pada malam itu mendapat sambutan hangat apabila ribuan rakyat membanjiri Markas PAS sebagai menyokong perjuangan rakyat Palestin membebaskan diri dari cengkaman kuffar.
Presiden PAS menyampaikan ucapa terima kasih bagi pihak PAS kepada seluruh rakyat Malaysia dan berdoa agar Allah SWT menerima sumbangan tersebut sebagai fisabilillah.
posted by Mohd Nazri Amir Hamezah @ 6:29 PM   0 comments
Ya Mualim Video Klip
Saturday, May 13, 2006
posted by Mohd Nazri Amir Hamezah @ 1:47 AM   0 comments
Akhlak Remaja Kecemerlangan Ummah
Thursday, May 11, 2006

Seringkali kedengaran ibubapa merungut kerana anak-anak mereka sukar dibentuk, tidak mendengar kata, degil dan keras kepala. Semua ibubapa ingin melihat anak-anak mereka menjadi orang berguna dan sempurna hidupnya sebagai seorang manusia. Tetapi kadang-kadang apa yang diharapkan itu berlaku sebaliknya

Usia remaja bermula daripada baligh sehinggalah berusia dalam lingkungan akhir 20-an, yang disebut sebagai ‘Fata’ (Pemuda) Firman Allah S.W.T.

Maksudnya:

"Kami ceritakan mereka kepada mu (Muhammad ) dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami tambahkan kepada mereka petunjuk. Dan kami telah meneguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri lalu mereka berkata ‘Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi. Kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain Dia. Sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran."

Al-Kahfi 13-14

Berakhlak

Mereka yang mempunyai sifat yang luhur yang lahir dari keimanan yang jelas terhadap Allah S.W.T. Sabda Rasulullah SAW.

Maksudnya:

"Tiada suatu pemberian yang diberikan oleh seorang ayah kepada anaknya lebih utama daripada budi pekerti yang baik."

Riwayat al-Tarmizi dan Ibnu Majah

Cemerlang

Melambangkan keunggulan, kehebatan dan berketerampilan. Contohnya, remaja cemerlang ialah mereka yang kuat berpegang kepada ajaran Allah, mempunyai daya berfikir yang mantap dan bijaksana dalam bertindak.

Berakhlak

Nilai-nilai akhlak

1. Akhlak perseorangan atau diri sendiri

  • Kesucian hati
  • Menjaga diri
  • Menguasai nafsu
  • Menjaga dan mengawal nafsu makan dan jantina
  • Menahan rasa marah
  • Bersifat sabar
  • Lemah-lembut dan rendah diri
  • Berhati-hati membuat keputusan
  • Menjauhi buruk sangka
  • Tetap dan sabar
  • Menjadi teladan yang baik
  • Bersederhana
  • Beramal saleh
  • Berlumba-lumba dalam kebaijakan dan kebaikan
  • Pintar mendengar dan mangikut
  • Ikhlas
  • Dan lain-lain
  1. Akhlak Dengan Keluarga
  • Berbuat baik dan menghormati ibubapa
  • Menghormati ahli keluarga yang lebih tua
  • Bersifat ehsan dan berlaku baik kepada ahli keluarga yang lebih muda
  • Bersikap sedia membantu
  • Bertanggungjawab terhadap keluarga
  • Tidak menderhaka kepada ibubapa
  1. Akhlak Dalam Masyarakat
  • Bekerjasama dengan anggota masyarakat
  • Bertanggungjawab dalam hal menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran
  • Sama-sama bertanggungjwab melindungi orang-orang yang lemah
  • Tidak menceroboh hak-hak orang ramai
  1. Akhlak Dengan Pencipta (Allah)
  • Zikrullah (Mengingati Allah)
  • Ikhlas dalam beribadah
  • Mematuhi titah perintah Allah
  • Meneliti akan tanda-tanda kebesaran Allah
  1. Remaja Cemerlang
  • Ciri-ciri sebagai Remaja Cemerlang:-
  • Mempunyai keyakinan diri
  • Menghadapi cabaran dengan bijaksana
  • Dapat menangani persoalan keluarga
  • Mempunyai sifat sabar, tabah dan cekal
  • Dapat menangani persoalan sosial samada di sekolah, kampus dan persekitaran
  • Berkomunikasi secara baik dengan setiap pihak
  • Mempunyai prestasi yang baik dalam bidang ilmu.

Mudah-mudahan anda dari kalangan Remaja Cemerlang dalam kehidupan beragama, anak yang dapat berbakti kepada keluarga, masyarakat dan bakal penerus kepada perjuangan Islam dokongi oleh ibu bapa.


posted by Mohd Nazri Amir Hamezah @ 7:57 PM   0 comments
Tarbiyah Islam Kepada Pemuda
Friday, May 05, 2006

1.0 MUQADDIMAH

Tidak dinafikan bahawa tarbiah Islamiah memainkan peranan yang penting dalam memberikan kefahaman yang benar dan jitu tentang Islam .Ini adalah kerana Islam yang dianuti dan diyakini ini sepatutnya difahami dengan fahaman yang syamil dan meliputi semua aspek kehidupan manusia dengan ianya (الدين المنهج ) yang diturunkan untuk menjaga kemaslahatan hidup manusia dunia dan akhirat .Justeru itu demi menepati kehendak yang suci lagi murni tersebut maka fikrah tarbiah Islamiah syamilah itu sepatutnya dimanfaatkan oelh syabab Muslim yang meletakkan Allah sebagai Khaliqnya dan Rasulullah sebagai (قدوة ) .Seterusnya kefahaman yang telah meresap ke dalam jiwa tersebut dapat dialirkan dan disebarkan ke dalam masyarakat bertujuan untuk mengamat mereka ke arah memberi al-‘Ubudiyyah dan wala ‘ hanya kepada Allah semata-mata .

2.0 DEFINASI TARBIAH

Sesuatu method yang terbaik yang mampu berinteraksi bersama fitrah manusia dikemukakan sama ada arahan secara langsung ( perkataan ) atau tidak secara langsung ( قدوة ) bertujuan mengubah ke arah yang lebih baik melalui dan menepati minhaj dan wasilah yang tertentu .

3.0 MATLAMAT TARBIAH ISLAMIAH

Tarbiah Islamiah mempunyai tujuan –tujuan asas dan kepentingannya yang tersendiri .Di antara matlamat tersebut :

3.1Pengabdian diri kepada Allah berdasarkan apa yang disampaikan oleh Baginda Rasulullah S.A.W وما خلقت الجن والانس الا ليعبدون الذاريات 56

Maksudnya : “ Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk melakukan ibadah kepadaKu”

3.2Menjadi khalifah Allah di muka bumi

Firman Allah :اني جاعل في الأرض خليفة البقره 30

Maksudnya : “Sesungguhnya Aku menjadikan seorang khalifah di muka bumi ”

3.3Taaruf di kalangan manusia

Sebagaimana Allah berfirman : يأ يها الناس انا خلقناكم من ذكر وانثى وجعلناكم شعوبا وقبا ئل لتعارفوا ان اكرمكم عند الله اتقاكم الحجرات 30 Maksudnya : “Wahai manusia Aku menjadikan kamu lelaki dan perempuan serta berbangsa –bangsa dan berpuak –puak supaya kamu saling kenal mengenali di antara satu sama lain ”

Faktor di atas merupakan matlamat asas kepada Tarbiah Islamiah dan di sana masih banyak lagi matlamat –matlamat lain mengikut pendekatan wasilah tarbiah yang dibawa .

4.0 FAKTOR KEJAYAAN TARBIAH

4.1 Keyakinan yang teguh , bahawa tarbiah adalah satu–satunya wasilah yang dapat mengubah masyarakat dan seterusnya membentuk petugas dakwah supaya dapat bergerak dalam masyarakat .

4.2 Adanya Manhaj Tarbiah yang mempunyai matlamat tertentu , perancangan –perancangan yang tertentu , sumber yang jelas , bersifat syumul dan mempunyai kaedah dan pendekatan yang berbagai di mana ianya ditegaskan di atas falsafah kefahaman yang terang dan dicedok terus dari ajaran Islam yang tulen .

4.3 Dijawat sebilangan Murabbi yang Ikhlas , berkemampuan dan amanah dalam melakukan tugas mereka .

Dengan adanya faktor –faktor kejayaan tersebut pasti akan lahir satu ketamadunan manusia yang bersifat rabbani dan mempunyai ketinggian akhlak, mengumpulkan antara ilmu dan iman, antara kebendaan dan maruah, mengimbangi antara dunia dan akhirat di samping menjaga nilai dan kehormatan manusia .

5.0CIRI –CIRI TARBIAH ISLAMIAH

Antara keistimewaan Tarbiah Islamiah itu mempunyai beberapa ciri khusus yang tidak terdapat pada sistem tarbiah yang lain , kerana ia merupakan satu bentuk tarbiah yang diasaskan di atas prinsip aqidah yang mendapat suluhan dari Wahyu Ilahi . Antara ciri tersebut ialah :

5.1 Ketuhanan (Rabbani)

Ciri Ketuhanan atau Keimanan dalam Tarbiah Islamiah merupakan ciri terpenting kerana tujuan utama dari pendidikan Islam adalah membentuk manusia yang beriman kepada Allah .Hakikat Keimanan bukanlah hanya kata –kata yang diucap dengan lidah semata –mata .Tetapi ianya merupakan suatu hakikat yang meresap ke dalam akal , mempengaruhi perasaan dan menggerakkan kemahuan , bahkan ianya merupakan keyakinan hati yang dibuktikan kebenarannya dengan amal perbuatan .

Firman Allah :انما المؤمنون الذين امنوا بالله ورسوله ثم لم ير تابو ا وجاهد و ا با موالهم وانفسهم في سبيل لله اولئك هم الصا دقون الحجرات 15

Maksudnya : “Sesungguhnya orang –orang yang beriman hanyalah orang yang percaya kepada Allah dan Rasul kemudian mereka tidak ragu –ragu serta mereka berjuang dengan harta benda mereka pada jalan Allah , mereka itulah orang benar.”

Sesungguhnya tunggak Tarbiah Rabbaniah adalah hati yang hidup .Sentiasa berhubung dengan Allah , meyakini pertemuan denganNya dan hisab , mengharapkan rahmat dan takut kepada siksaan , kerana hakikat manusia adalah terletak pada kebersihan jiwa dan kesejahteraan hatinya .

5.2Sempurna dan lengkap

Di antara sifat –sifat Tarbiah Islamiah itu yang mana ianya mestilah syumul sebagaimana syumulnya Islam .Ia tidak boleh ditumpukan kepada aspek kerohanian dan akhlah sahaja, seperti penumpuan yang dinyatakan oleh bidang tasauf dan akhlak tanpa menafikan bahawa itu juga adalah wajib

Ia tidak boleh ditumpukan kepada aspek mengemukakan teori akliah ( عقليه ) sahaja seperti penumpuan yang dibincangkan oleh ahli falsafah, dengan menyedari bahawa akal juga mempunyai peranannya, meliputi roh dan jasad, hati dan akal, akhlak dan sikap, yang menjadi bekalan di masa senang dan susah, gembira dan derita, damai dan perang yang memungkinkan seorang itu menghadapi

segala cabaran dalam diri dan masyarakat.

Oleh itu, Tarbiah mestilah meliputi Tarbiah Rohaniyyah, tarbiah Ijtima’iah dan sebagainya berdasarkan kesyumulan Islam dalam aspek akidah dan kaedah, syariah dan nizam (نظام)

5.3Kesederhanaan (الوسطية ) dan Keseimbangan

Kaum muslimin merupakan umat pertengahan di kalangan umat , dan Islam agama pertengahan di antara agama yang lain .Ahli Sunnah merupakan golongan pertengahan di antara firqah .Oleh itu , pemuda –pemuda Islam mestilah menjaga keseimbangan antara akal dan perasaan , antara benda dan roh , antara teori dan praktik , antara individu dan masyarakat , antara mesyuarat dan taat .

Sesuai dengan ini Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 143:

Maksudnya: Dan demikianlah Kami jadikan kamu suatu ummah pertengahana supaya kamu menjadi saksi (Pemberi keterangan ) kepada manusia dan rasul menjadi saksi kepada kamu.

Justeru, tarbiyah Islamiyah amat mementingkan masalah kesederhanaan dan keseimbangan mendidik individu dan masyarakat muslim bagi melahirkan sesuatu generasi mukmin yang terbaik serta terpilih sebagai tentera agama Allah ini.

5.4 Al-Ukhuwwah Al-Islamiyah

Tarbiyah Islamiyah yang mengutamakan persoalan persaudaraan. Addaiyah Al-Islamiyah Abdullah Al-Khatib pernah menyebut dalam memperkatakan konsep Al-Ukhuwwah itu, antara lain katanya:

Al-Ukhuwwah dalam Islam bukanlah semata-mata percakapan di lidah sahaja atau biukanlah ia sesuatu percakacapan yang kosong semata-mata , tetapi ia merupakan ikatan hati dan jiwa melalui ikatan yang paling mahal daripada ikatan yqang lain dan ukhuwwah itu saudara kepada keimanan, manakala perpecahan itu saudara kepada keekufuran dan kekuatan utama umat Islam adalh berpunca daripada kekuatan perpaduan sedangkan perpaduan(وحدة) ini tidak lahir melainkan wujudnya kasih sayang yang semata-mata kerana allah dan sekurang-kurangnya peringkat ukhuwwah itu berlapang dada manakala setinggi-tinggi ialah mengutamakan sahaabtnya lebih dari diri sendiri.

6.0 Pembahagian Tarbiyah Islamiyah

Di antara sifat-sifat khusus tarbiyah Islamiyah hendaklah tarbiyah tersebut melaksanakan ke semua aspek kehidupan manusia demi melahirkan suatu umat pilihan yang terbaik untuk membersihkan muka bumi Allah ini daripada segala bentuk penyelewengen. Allah berfirman dalam surah Al-Imran ayat 110:


Maksudnya: kamu adalah sebaik umat yang dikeluarkan untuk manusia, menyuruh melakukan kebaikan dan menegah dari melakukan kemungkaran.
6.1 Tarbiyah Ruhiyah
h



Persoalan roh dalam Islam mempunyai kedudukasn yang tinggi di sisi Allah SWT, walaupun manusia mempunyai kejadian yang hampir sama dengan makhluk lain dari segi pembentukan anggota badan dan kehidupan, namun manusia mempunyai keistimewaan yang tidak terdapat padqa makhluk yang lain di mana Allah meniupkan roh kepada kejadian manusia seterusnya menjadikan manusia makhluk yang unggul dan mempunyai kemuliaan di sisi Allah berbanding dengan makhluk yang lain.

Firman Allah SWT dalam surah Al-Hijr ayat 29:

Maksudnya: Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadian serta aku tiupkan padanya roh dari ciptaan-Ku, maka hendaklah kamu tunduk merendahkan diri pada-Nya.

Oleh itu, Islam memberikan penumpuan yang serius dalam mendidik rohani kerana melalui pendidikan inilah yang akan bertunjangnya keimanan yang mendalam dan aqidah yang kukuh di dalam seorang muslim. Di antara amaln yang boleh memberi peningkatan dan kesuburan di dalam pembersihan rohani adalah seperti solat pada waktu malam ( قيام الليل ) serta melakukan amalan-amalan sunat yang lain.

6.2 Tarbiah Ahklaqiyyah

Pendidikan akhlak menjadi tunggak kepada pembentukkan peribadi muslim. Dan syarat utama untuk melakukan perubahan di dalam masyarakat. Sememangnya masyarakat tidak mahu melihat pendukung agama Allah yang buruk syakhsiah sama ada dari segi percakapan atau perbuatan di dalam menjalankan kehidupan seharian.

Untuk melakukan perubahan yang besar itu, maka beberapa sudut perlulah diberi perhatian yang serius bagi menentukan berjaya atau tidaknya tarbiah ini :

a) Ilmu

Syakhsiah yang soleh dan mustaqimah merupakan kehasilan daripada ilmu. Manakala ilmu pula mempunyai hubung kait yang rapat dengan masalah keimanan. Allah berfirman :

يرفع الله الذين آمنوا منكم والذين اوتوا العلم درجات ( المجادلة 11 )

Sayyidina Umar pernah berkata : Perdalamilah ilmu pengetahuan sebelum kamu dijadikan pemimpin.

b) Taat menjadikan Rasullullah sebagai ( قدوة ) .

Rasulullah s.a.w merupakan ( أسوة حسنة ) dan ( صالحة ) kepada manusia semua zaman dan tempat. Oleh itu tengoklah firman Allah :

لقد كان لكم فى رسول الله أسوة حسنة لمن كان يرجو الله واليوم الاخرة واذكر الله الاحزاب 21

Pendakwah adalah orang yang sepatutnya mencontohi peribadi Rasulullah dalam semua aspek dan situasi sama ada dalam perkara ibadat, tawaddo’ (تواضع ) lemah lembut atau perkara yang berkaitan dengan syariat Allah.

c) Al-Aamirun Bilma’ruf Wan-Nahyu ‘ani-lmunkar.

Ia merupakan satu taklif daripadaAllah yang muncul dan terbit daripada Kitab Allah, As-sunnah dan Ijma’ itu sendiri.Firman Allah :

كنتم خير أمة اخرجت الناس تأمرون بالمعروف وينهون عن المنكر ( ال عمران 110 (

Di dalam ayat di atas Allah menyebut beberapa ciri umat Islam, iaitu suatu umat yang beriman kepaad Allah, melakukan amal ma’ruf dan Nahyu ‘anil-munkar, dikeluarkan oleh Allah untuk melakukan kebaikkan di atas muka bumi dan melakukan dakwah terhadap seluruh manusia sama ada kafir musyrik atau derhaka selepas beriman.

6.3 Tarbiah ‘Uquliyyah

Tarbiah ‘Uquliyyah merupakan suatu bentuk pendidikan yang memberi pandangan serius terhadap ‘akal manusia dalam memberi pengisian dan menyediakan perkara-perkara yang mampu menyuburkan dan meyempurnakan akal fikiran tersebut sehinggalah ia berkemampuan melihat dan mengamati sesuatu dan seterusnya membuat suatu penganalisa dan pengajaran dalam perkara tersebut. Menyedari hakikat bahawa akal merupakan sebesar-besar nikmat Allah kepada manusia maka Islam menitikberatkan persoalan tarbiah itu dapat dilaksanakan melalui berbagai cara:

i- Membebaskan dan membersihkan akal daripada penyelewengan dan perkara-perkara khurafat.

ii- Merangka suatu program/ manhaj yang soleh bagi mentarbiah akal fikiran.

Antara wasilah-wasilah tersebut ialah :

a) Menyeru akal mengambil sebab-sebab ke arah keimanan.

b) Menyeru akal supaya pemerhati dan pemikir hikmat Allah dalam kejadian dan sistem peredaran dunia.

c) Menyeru akal supaya memikirkan tentang hikmat Allah dalam tasyri’ dan perundangan.

6.4 Tarbiah Jismiyyah

Tarbiah jismiyyah bermaksud mengorbankan usaha dalam mendidik kecenderungan manusia terhadap pertumbuhan dan kecerdasan tubuh badan serta pergerakkanya, menyusun dan menentukan bentuk-bentk pertumbuhannya sama ada yang berbentuk individu ataupun jamaie (secara ramai) sehingga kecerdasan tubuh dan pergerakkan yang lahir dari didikan tersebut akan memungkinkan seseorang menunaikan segala tugas dan tanggungjawab ke arah yang lebih baik.

Antara tujuan asas tabiyyah jismiyyah :

a) Kesihatan badan dan terhindar dari penyakit. Kesihatan badan mempunyai pengaruh terhadap jiwa dan akal. Tubuh yang lemah tidak mungkin dapat melakukan tugas ibadat dan dakwah dengan baik.

b) Kekuatan jasmani sekadar sihat dari penyakit adalah tidak mencukupi, malah badan mestilah mempunyai kekuatan untuk sanggup bergerak dengan cepat dan mudah.

Rasulullah bersabda :

المؤمن القوى خير واحب الى الله من المؤمن الضعيف

6.5 Tarbiah Ijtia’iyyah

Tarbiah ijtima’iyyah bermaksud menjelaskan dan menentukan secara halus kedudukan atau pendidikan seseorang dalam suatu masyarakat di mana ia hidup bersamanya menjelaskan hubungan manusia dengan alam persekitaran, menggaris dan menentukan kaedah serta peraturan kemasyarakatan. Ini bertujuan mewujudkan keamanan dan kesejahteraan dalam kehidupan masyarakat, melazimkan manusia melalui peraturan tersebut ke arah mentaqarrub diri kepada Allah,seterusnya untuk mencapai kemaslahatan dunia dan akhirat.

Amal untuk kebaikkan masyarakat merupakan sebahagian dari misi seorang muslim di dalam kehidupan. Al-Quran menunjukkanmisi dalam beberapa bidang, di antaranya ialah :

1) Bidang yang mengatur hubungan dengan Allah iaitu ibadat

2) Bidang yang mengatur hubungan dengan masyarakat iaitu amal kebaikan.

3) Bidang yang mengatur hubungan dengan musuh iaitu jihad.

Wasilah Tarbiah

Antara wasilah tarbiah yang utama ialah mrngadakan hubungan yangberkesan dengan kitab Allah, membaca, mengkaji dan memahami secara terperinci kerana ia akan membuka pintu hati dan menyuluh cahayanya ke setiap ruang kehidupan muslim. Sesungguhnya cahaya yang menerangi kegelapan, petunjuk kepada kesesatan, ubat yang menyembuhkan penyakit dan roh yang menghidupkan jiwa yang mati.

Begitu juga seseorang itu perlu sentiasa mengadakan hubungan yang rapat dengan sirah Rasulullah s.a.w. Antara lain ulama’ Islam telah menggariskan beberapa bentuk tarbiah, antaranya ialah nizam halaqah, muqayyam ( مقيم ) dan sebagainya. Kesemua wasilah tersebut mempunyai hubungkait di antara satu sama lain.

7.0 Penutup

Kertas kerja yang tidak seberapa dan serba ringkas ini bertujuan untuk menambahkan maklumat dan memperluaskan serta menjelaskan fikrah tarbiah islamiyyah kepada syabab muslim agar ianya dapat direalisasikan di dalam kehidupan mereka sesuai dengan ikhwah dan akhawat bakal mujahid yang akan menjadi du’ah kepada agama ini.

Seterusnya supaya syabab muslim ini dapat berhadapan dengan kuasa mustakbirin khususnya dimana kuasa-kuasa tersebut sedang menaja dan memperkenalkan Nizam Alami Jadid ( Order Baru Dunia ). Pembunhan yang berleluasa di Bosnia dan Herzegovina muqaddimah kepada pakatan jahat mustakbirin tersebut tetapi sungguh pun demikian, janji Allah tetap benar. InsyaAllah Bosnia dan Herzegovina akan menjadi Afghanistan kedua setelah berlakunya kejatuhan komunis tersebut.


posted by Mohd Nazri Amir Hamezah @ 2:37 PM   0 comments
:: mY LiFe ::





:: Nama::
Mohd Nazri Bin Amir Hamezah
:: Pengajian ::
Graduan Kuliah Usuluddin Syukbah Tafsir University Al Azhar Mansurah,Egypt :: Dilahirkan ::
Pada 4 ramadhan 1400 Dihospital Kota Bharu
:: Cita-cita::
Mati Dalam Mempertahankan Hak-hak Islam
:: MaKhzAn ::
:: ArTiKeL ::
:: WeBsItE ::
:: BiLanGaN MaSUk ::
Wahai kawanku, Segeralah tunaikan solat di awal waktu Dikala mendengar azan Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan Di situ ada sumber pertolongan Di situ ada sumber taufiq Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. ... dimulakan dengan menyebut solat di awalnya Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat... Juga di medan perang. Walaupun... Di saat genting dan cemas.

:: aL AzHar UniVersItY ::
:: RuJukAn ::
:: Haribulan ::


:: CerIa ::