NAFKAH DIRI UNTUK ISLAM: March 2006 <
HOME | QURAN | TAFSIR | GALERI | FORUM | VIDEO ONLINE | BUKU TETAMU

:: PeNenang JiWa ::
:: BoIkOt ::
:: TaQwIn ::
:: MaSa ItU EmAs ::
:: LiNk ::
:: SoKonGan ::

:: IkAtAn kAsih ::
:: WeBsItE ::
:: Ip DeTecT ::
    IP
:: SupPort ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

Persedian Seorang Pendakwah
Friday, March 31, 2006
MUQADDIMAH

1. Seseorang muslim / pendakwah yang ingin menceburkan diri dalam dunia dakwah mestilah terlebih dahulu membuat beberapa persediaan awal sebelum menerjunkan dirinya ke dalam bidang dakwah ini. Ini memandangkan ianya satu bidang yang memerlukan kepada seorang da’ie yang benar-benar mempunyai ketahanan diri dan bekalan-bekalan yang secukupnya untuk melicinkan kerja-kerjanya.

Persediaan-persediaan yang perlu :

1. Persediaan yang paling utama ialah bersedia menerima ujian Allah Taala.Ia merupakan peraturan dan syarat untuk berjaya.
Firman Allah Taala ;
" ولنبلونكم بشيء من الخوف والجوع ونقص من الأموال والأنفس والثمرات وبشر الصابرين "

Bentuk-bentuk ujian seperti dituduh, difitnah, diugut, dibuang pekerjaan dan sebagainya. Inilah persediaan Rasul dan nabi-nabi sebelum ia diberikan tugas kerasulan. Sebagaimana yang kita lihat di dalam sirah Rasulullah saw umpamanya. Baginda terlebih dahulu diberikan latihan-latihan jasmani dan rohani sebelum kerasulannya.

Faktor yang menjadikan kita bersedia.

1. Iman yang kuat.

Iman adalah senjata yang terkuat dalam diri seseorang da’ie untuk membolehkannya berasa yakin dan berani berjuang dan menempuh segala ujian di jalan dakwah ini.

a) Dengan iman yang kuat kita meyakini Qada’ dan Qadar di tangan Allah.
b) Rezeki hamba itu ditangan Allah.
c) Yakin bahawa Allah sentiasa bersamanya dan sentiasa memerhati gerak gerinya.Firman Allah :

" ما يكون من نجوى ثلاثة إلا هو رابعهم ولا خمسة إلا هو سادسهم ولا أدنى من ذلك ولا أكثر إلا هو معهم أينما كانوا "

2. Bersedia untuk bekerja.

Firman Allah Taala :
" وقل اعملوا فسيرى الله عملكم ورسوله "

Kerja-kerja yang dilakukan ini adalah semata-mata untuk Islam yang bertujuan untuk hanya mencari keredhaan Allah Taala.


3. Persediaan Ilmu Pengetahuan

Tanpanya seseorang da’ie akan menghadapi kesulitan di jalan dakwah. Bagaimana mungkin ia menyatakan kebenaran Islam / kesyumulan Islam kepada masyarakat sedangkan ia sendiri tidak tahu apa itu Islam apa itu kesyumulannya.

Ilmu pengetahuan Islam itu :
a) Al-Quran dan tafsirnya.
b) Sunnah Nabawiyah.
c) Sejarah Nabawi.
d) Ilmu tauhid.
e) Fiqh dan Usul.
f) Ilmu tarbiah.
g) Sistem perundangan.

4. Persediaan menjadikan diri sebagai Qudwah Hasanah.

Kita sebagai Ad-Da’ie adalah perlu menjadikan diri kita sebagai contoh yang baik kepada masyarakat. Bagaimanakah masyarakat boleh menerima seruan kita ke arah kebaikan dan meninggalkan kemungkaran sedangkan kita sendiri melakukan kemungkaran dan meninggalkan kebaikan.

Sifat yang perlu ada pada da’ie :
a) Sentiasa benar dalam semua perkara.
b) Amanah.
c) Lemah lembut.
d) Rendah diri.
e) Kasih sayang.

Firman Allah taala:
" أتأمرون الناس بالبر وتنسون أنفسكم وأنتم تتلون الكتاب أفلا تعقلون "

5. Persediaan membawa kebenaran.

Hadis :
"قل الحق ولو كان مرا"
Firman Allah Taala :
" يا أيها الذين أمنوا اتقوا الله وكونوا مع الصادقين"
Sumber ilmu dan perundangan mestilah dari Al-Quran dan Sunnah Rasul.setiap perselisihan perlu dirujuk kepada kedua sumber terbesar ini.

6. Persediaan dari segi rohani.
Kebersihan rohani akan menjadikan seorang insan itu bertaqwa,mukmin,soleh dan kuat.Ia juga memberikan kesan yang besar kepada dakwah. Doa dari rohani yang suci akan mudah dimakbulkan oleh Allah.
Firman Allah Taala :
" يا أيها الذين آمنوا إن تتقوا الله جعل لكم فرقانا ويكفر عنكم سيئاتكم ويغفر لكم والله ذو الفضل العظيم "

Cara untuk mendapat darjat ketaqwaan adalah dari :

a) Mu’ahadah ( ambil masa untuk tenang janji kita dengan Allah)

Firman Allah Taala : ألست بربكم قالوا بلى شهدنا – إياك نعبد وإياك نستعين
b) Muraqabah.Mengawasi diri.
Hadis : أن تعبد الله كأنك تراه فإن لم تكن تراه فإنه يراك
c) Muhasabah Firman Allah Taala :
"يا أيها الذين آمنوا اتقوا الله وانتظر نفس ما قدمت لغد واتقوا الله إن الله خبير بما تعملون "

d) Mu’aqabah ( membalas semula dosa yang kita lakukan maksudnya, kita menggantikaknnya dengan kebaikan)
Firman Allah Taala :
" ولكم فى القصاص حياة يا أولى الألباب لعلكم تتقون"


7. Persediaan kesungguhan dalam bekerja.

Firman Allah Taala :
" والذين جاهدوا فينا لنهدينهم سبلنا "

Faktor menjadikan kesungguhan bekerja :
1. Akidah yang sahih.
2. Ikhlas.
3. Menyedari bahawa pekerjaan kita akan dihisab di hadapan Allah.

8. Persediaan dari segi harta,jiwa dan waktu.
posted by Mohd Nazri Amir Hamezah @ 4:14 PM   0 comments
Al Wala' Teraju Kebangkitan Ummah
Wednesday, March 29, 2006
1.0 Muqadimah

Al-Wala’ wa al-Bara’ merupakan suatu konsep yang sangat penting dalam Islam.Ianya merupan akar umbi dan asas di dalam aqidah Islam.Justeru ianya adalah tuntutan daripada keimanan setiap penguncap dua kalimah syahadah- cinta dan benci kerana Allah.Konsep ini juga , menjadi semangat kekitaan yang menentukan jati diri dan identity bagi keperibadian diri seorang muslim.Seterusnya, merasa bangga dan mulia untuk hidup dan mati kerananya.Konsewp ini menentu golongan manakahyang wajib diberi hak keistimewaaan , bahkan dilaksanakan pelepasan diri darinya.Seterusnya dijadikan ianya sebagai asa bertindak supayatidak berlaku penyusupan kedalam saff musuh atau sebarang gerakerja yang menguntungkan mereka. Konsep ini menjadi syarat kemenangan bagi gerakan Islam dan jalan keluar dari krisis yang meninpa ummah. Kebangkitan ummah yang hakiki hanya menjadi kenyataan apabila konsep suci ini dihayati,sekalihusmenolak sebarang konsep yang asing dari Islam hasil dari serangan pemikiran yang berterusan . Selain itu, jemaah Islam wajib menilai semula persoalan al-Wala dan al-Bara yang sebenar menurut Islam dalam menetukan sikapdan tindakan mereka,sebagai ganti kepada persoalan al-wala l-barayang dibina diatas nilaian akal mereka dengan nama ‘maslahah dakwah’.Penghayatan semula ummah terhadap konsep ini terhadap ilmu,manhaj dan kaedah ulamakebangkiatan Islam ini- yang disebut sebagai zaman ‘dakhnun’ didalam hadis.

2.0Hubunganya dengan aqidah tauhid
-Cinta dan taat kepada Allah sebagai ubudiyyah
-المولاة danالمادة kepada yang berhak sebagai kelaziman daripada iman
-Rangkai dua kalimah syahadah
-2 bentuk al-waladan al-bara

3.0Persoalan الولاء لأهل الحق والبراء من الهل الباطل
4.0Pembahagian tiga keadaan manusia di dalam persoalan ini:
i.Golongan yang beriman
ii.Golongan yang kafir dan munafiq
iii.Golongan yang bercampur imannya antara iman dan maksiat

Manakala bagi ahli bid’ah pula, perlu kepada penerangan khusus.Dalam hal ini Imam an-Nawawi menyebutkan : يجب اجتنابه ويتعينزجرة .Dalam zaman kebangkitan Islam in konsep عزلة شعورية mestilah diguna pakai sepertimana yang pernah dilaksanakan oleh generasi sahabat dahulu

5.0Bentuk-bentuk penyelewengan al-Wala:
1.Redha dengan kekafiran orang kafir dan tidak mengkafirkan mereka atau ragu-ragu tentang kekafiran mereka atau membenarkan sebarang ajaran mereka yang kufur.
2.Melantik mereka sebagai pemimpin dalan wilayah ammah dan mengambil mereka sebagai pembantu dan teman kepercayaan ( sehidup semati bersama-sama)
3.Cinta dan berkasih sayang terhadap mereka
4.Menyertai hari perayaan agama mereka atau mengucap tahniah atas dasaar agama kufur mereka
5.Membocorkan rahsia orang mukmin kepada orang kafir
6.Duduk di dalam majlis bersama-sama orang kafir dn munafiq secara pilihan sendiri dan mendengar perbicaraan mereka yang mempersendakan ayat-ayat Allah tanpa berusaha untuk menyanggahi atau marah atau keluar dari majlis mereka
7.Menyerupai mereka dalam perkara yang menjadi syiar khusus bagi lambag kekafiran mereka
8.Menganggotai pertubuhan-pertubuhan mereka dengan memberikan wala’ (cinta dan pertolongan )kepadanaya.
Ada diantara perkara-perkara tersebut yang membawa kepada kemurtadan dan ada yang hanya dikira sebagai dosa sahaja, selama tidak melampaui batas-batas iman dan kufur , namun ianya boleh menjejaskan aqidah.

6.0 Al-Wala’ sebagai sumber kekuatan ummah : Melahirkan akhlak:
-Dalam amal Islami
-Ukhuwwah
-‘Izzah dan berani bersama Islam

7.0 Ideologi di zaman ini yang menggantikan konsep al-wala’wal-bara
-Nasoinalsme : Pancasila “Binneka Tungga Ika”, rukunnegara
-Pluralisme : Falsafah abadi , tolenrasi agama dan sebagainya.(IKIM)
-Futurisme,humanisme,: Globalisasi, kriket Israel-MSC

8.0 Langkah-langkah untuk mengembalikan penghayatan ummah terhadap konsep al-wala’wal-bara
1.Menghidupkan iman al-Aqli seterusnya menyuburkan iman Az-Zauqi
2.Merancakkan program-program yang menyuburkan iman dan rohani
3. Menanamkan semula sensitivity ummah terhadap kewajipan menunaikan hak-hak al-wala wal-bara erhadap mereka yang berhak
4.Menepis segala bentuk keraguan dan mendedahkan kepalsuan ideology kufur yang cuba menggantikan konsep al-wala wal-bara serta menjelaskanya kepada seluruh ummat Islam.

9.0 Penutup
Selama mana seorang muslim tidak menunaikan tuntutan iamn melalui konsep ini bahkan meletakkan ianya di tempat yang salah maka ianya dikira berdosa, zalim,sesatdan ada ketikanya menyebabkan ianya tidak kekal dalam Islam walau sesaat pun .Tidak sedikit alasan pun yang boleh diterima bagi mereka yang cuba melepaskan diridaripada kewajipan tersebut.Maka barangsiapa yang tidak bersama-sama sehidup semati bersama-sama orang-orang Islammaka dia bukanlah daripada mereka.Tiada pilihan bagi mereka melainkan wajiblah menzahirkan perseteruan mereka terhadap musuh-musuh Islam.
posted by Mohd Nazri Amir Hamezah @ 1:04 PM   0 comments
Pimpinan Yang Disegani
Friday, March 24, 2006

DATO' SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG, Presiden PAS, dikenali sebagai seorang tokoh ilmuan dalam bidang ilmu agama. Namun tidak ramai mengetahui bahawa ulama yang menetap di Kampung Rusila, Marang, mahir dengan perkembangan teknologi maklumat (IT). Beliau menguasai ilmu IT dan menggunakan peralatan moden sejak lebih 20 tahun lalu. Ikuti sembang-sembang MOHD RASHIDI HASSAN dengannya, di pejabat beliau, di Jalan Pahang Barat, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Sejak bila mendekati IT?Saya mula belajar IT bermula tahun 1984. Masa itu guru komputer saya, Yusof Lee. Mouse pun tidak ada, lap top pun tidak ada, saya guna komputer jenama IBM.
Guna komputer versi bahasa Inggeris atau Arab?Mula-mula bahasa Inggeris. Beberapa bulan selepas itu rakan-rakan di Amerika menghadiahkan saya komputer Macintosh, jenama itu saja yang ada bahasa Arab. Masa itu Macintosh jenis yang ada beg. Buku pertama saya, Aqidah Muslimin, sebahagiannya guna mesin taip lama, bakinya Macintosh.
Bila mula guna lap top?1986, kalau tidak silap, ketika kami sertai program pelajar di Amerika. Saya ajak Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin tengok kedai komputer, tetapi dia buat tak tau saja (ketawa). Hari ini dia terlebih advance (ketawa).
Apa yang menarik di situ?Masa itu kami di Chicago. Saya pergi survey lap top. Saya tengok sebuah printer, kecil sahaja, sama besar dengan lap top.
Lap top sekarang.Fujitsu S2020 yang terbaru.
Lap top sebelum ini.Oh ... ada banyak. Lap top banyak jenis. Komputer pun banyak jenis. Jenis IBM, Toshiba, macam-macam, saya ini heavy user, saya guna sampai rosak (ketawa). Mana-mana pergi, dalam dan luar negara saya bawa lap top.
Selain lap top apalagi yang dibawa?Dulu saya bawa CD. Saya bawa hard disk extra (IBM Travellers). Juga bawa thumb drive.
Apa ada dalam hard disk itu?Banyak. Ada lebih 8 ribu kitab. Semua disiplin ilmu, segala jenis ilmu yang ditulis ulama silam. Semua dalam bahasa Arab. Saya menulis buku, jadi senang hendak buat rujukan. Contoh, ilmu apa yang ada?Seperti tafsir, fikah, akidah, sastera Arab, politik, sains dan teknologi, ensaiklopedia, kamus, sejarah dunia, sejarah tokoh-tokoh silam, perbandingan antara agama dan lain-lain. Contohnya macam Kitab Bidayah Wanihayah (mengandungi sejarah semua tamadun termasuk purba, Babylon dan sebagainya) ada 14 volume. Hampir semua disiplin ilmu ada.
Sejak bila mengunakan internet? Sejak 1990-an. Masa itu, di Malaysia internet baru digunakan.Saya buka internet setiap hari. Biasanya selepas solat subuh, selepas ceramah dan kadang-kadang ada masa selepas asar pun saya buka. Laman web yang selalu dikunjungi.Sudah tentu yang kita punya (ketawa). Harakahdaily, ini saya wajib tengok. Saya juga buka laman Islamonline dan al-Jazeera (versi Arab). Juga laman-laman web berbahasa arab seperti al-Mokhtasar. Mengapa laman tersebut?Sumber berita yang sahih dan cepat. Al-Jazeera juga cepat dan Islamonline juga bagus. Manfaat daripada IT.Ilmu, permudahkan komunikasi. sebagaimana Hadis Rasulullah s.a.w, “Kebijaksanaan itu adalah sesuatu barang tercicir (yang hilang) bagi orang-orang yang beriman. Maka di mana sahaja ia menjumpainya, maka hendaklah ia mengambilnya.”
Nasihat kepada pemimpin, ahli PAS.Saya mahu semuanya mendalami ilmu IT. Membudayakan ICT dalam kehidupan. Khususnya para ulama. Saya tidak mahu kita ketinggalan di zaman celik komputer sekarang. Jika kita lambat, kita akan ketinggalan.
posted by Mohd Nazri Amir Hamezah @ 3:53 PM   0 comments
Persedian Para Dai'e Serta Ciri-cirinya
Thursday, March 23, 2006
PENDAHULUAN

Tugas dakwah adalah suatu tugas yang berat dan susah. Bukan semua orang yang dapat menjalankan tugas ini dengan baik dan cemerlang. Dengan kata lain tugas ini hanyalah dapat dipikul oleh mereka yang benar-benar mempunyai sifat-sifat keikhlasan, pengorbanan yang tinggi dan sebagainya daripada ciri-ciri yang melayakkan kearah itu.

TAKRIF DAI’
Rasulullah merupakan Dai’ yang pertama setelah Allah s.w.t.menjadikan Islam itu sebagai Addin untuk menjaga kehidupan manusia di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat sebagai mana firman Allah s.w.t.
( Al-ahzab 45-46 )

Dengan kata lain bahawa tugas dakwah ini juga merupakan tugas para Nabi dan Rasul, maka oleh itu Allah SWT telah mengutuskan mereka ini kepada setiap umat manusia sebagaimana firman Allah s.w.t.
( Al-a’raf 59 )

dan firman Nya lagi dalam surah Hud ayat 50 :

Akhirnya dengan kewafatan rasul-rasul tersebut maka tugas dakwah ini adalah dengan secara tidak langsung akan tertanggung di atas bahu setiap diri yang mengaku mereka itu muslim, lebih-lebih lagi mereka yang bergelar pelajar agama sebagaimana firman Allah s.w.t.
( Al imran 115 )


PERSEDIAAN PARA DAI’

Seterusnya amatlah penting para dai’ mempunyai persediaan yang lengkap dan tersusun supaya ia dapat menjalankan tugas tersebut dengan baik dan berkesan. Itu adalah tanpa persediaan yang cukup dan bersistem amatlah dikhuatiri dan ditakuti bahawa Dai’ tersebut tidak akan dapat menjalankan tugas dakwahnya dengan baik dan sempurna. Bahkan ia akan kecundang di tengah perjalanan.

Sehubungan dengan itu Dr Abd Karim Zaidan di dalam kitabnya Usul Al Dakwah telah menggariskan tiga perkara asas untuk menjamin seseorang itu berjaya menghadapi cabaran serta ranjau yang akan dilaluinya. Persediaan tersebut ialah :
i. Kefahaman yang sebenar
ii. Keimanan yang teguh
iii. Hubungan yang kuat dengan Allah

Seterusnya seorang Dai’ itu juga perlu mengetahui segala perancangan dan tipu daya yang dilakukan oleh mereka yang cuba menghancurkan Islam serta meleburkan umatnya sama sekali.

Di samping keperluan-keperluan di atas, aspek-aspek pertarbiyahan secara amali juga sepatutnya ditekankan kepada para Dai’ supaya mereka ini dapat membiasakan diri sebelum terjun kebidang dakwah yang lebih besar dan mencabar. Ini adalah kerana suatu perjuangan yang amat besar adalah mustahil dapat dilaksanakan dan dilakukan dengan hanya teori semata-mata tanpa disertakan dengan latihan praktikal.

CIRI-CIRI AKHLAK DAI’ YANG SEBENAR

1. BENAR

Seseorang Dai’ itu perlulah bersifat benar di dalam menjalankan tugas-tugas amal maaruf nahi mungkar sesuai dengan firman Allah s.w.t.

( At taubah 119 )

2. SABAR

Sabar adalah merupakan salah satu senjata yang utama bagi seseorang Dai’ yang hendak menyampaikan risalah yang maha suci ini. Ini kerana seseorang Dai’ tersebut akan menghadapi berbagai rintangan dan halangan semasa melakukan kerja dakwah tersebut, sesuai dengan firman Allah s.w.t.
( al-baqarah 45 )

3. KASIHAN BELAS

Seseorang Dai’ perlu mempunyai hati dan jiwa yang penuh dengan sifat-sifat
kasih sayang kepada manusia yang diserunya. Seterusnya tanda-tanda kasih sayang tersebut dapat dilihat. Apabila seseorang Dai’ mengajak dan menyeru manusia dengan cara baik dan lemah lembut walaupun pada peringkat permulaannya ia ditentang, sehubungan dengan ini Allah s.w.t. telah berfirman:

( al- a’raf 61-62 )

4. MERENDAH DIRI

Seseorang Dai’ amatlah memerlukan sifat tawaddu’ ini lebih-lebih lagi semasa
mereka menjalankan tugas menyebarkan risalah Islam yang maha agung .Ini adalah kerana sudah menjadi tabiat semulajadi manusia bahawa mereka tidak suka mendengar kata-kata yang kesat dan mempersendakan, walaupun kata-kata tersebut mengandungi kebenarannya.

5. PERSAUDARAAN KERANA ALLAH

Al-ukhuwwah yang dimaksudkan di sini ialah persaudaraan yang sebenar mengikut kaca mata Al-Quran dan sunnah.Ini adalah kerana tidak dapat dinafikan bahawa dengan eratnya ukhuwwah dapat menjamin keperluan ummah, kesatuan saf dan akhirnya boleh membawa kepada kejayaan. Para Dai’ hendaklah berganding bahu sesama mereka di salam menyeberkan risalah Islam yang syumul ini.

Seterusnya Rasulullah s.a.w. juga telah bersabda di dalam sebuah hadisnya untuk mengingatkan betapa pentingnya dan perlunya persaudaraan Islam di dalam kehidupan seharian para Dai’.

6. MALU

Yang dimaksudkan dengan Al-haya’ di sini ialah bahawa malu dari melakukan
perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat Allah SWT, bukannya malu seseorang Dai’ tersebut dari mencari keaiban orang lain, menunduk pandangan, tidak mengangkat suara dari yang sepatutnya yang diperlukan dan berbagai-bagai lagi melakukan sifat-sifat yang mazmumah.

7. MENJAUHKAN DIRI DARIPADA PERKARA HARAM DAN SYUBHAT

Para Dai’ perlu berhati-hati dan menjaga dirinya agar tidak terjatuh ke dalam
perkara-perkara haram dan syubhat sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah
dan Rasulnya SAW, sebagaimana Rasulullah bersabda di dalam sebuah hadisNya


8. MENUNDUKKAN PANDANGAN

Seseorang Dai’ juga perlulah mengekangkan hawa nafsu dengan cara menahan
pandangannya dari melihat perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah dan RasulNya SAW. Ini adalah kerana bersumberkan pandanganlah yang boleh menimbulkan berbagai penyakit yang boleh menjejaskan dan memudaratkan pemikiran para Dai’, sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah Al-Nur ayat 30:

9. MENJAGA LIDAH

Adalah menjadi suatu perkara yang sepatutnya bagi para Dai’ bahawa mereka
janganlah menggunakan lidah yang telah dikurniakan oleh Allah SWT itu dengan menutur dan memperkatakan perkara yang tidak berfaedah. Ini adalah kerana segala apa yang diperkatakan oleh lidah itu ianya akan disoal dan dikira dihadapan mahkamah Allah SWT di hari akhirat kelak.

10. MUHASABAH DAN MURAQABAH

Adalah suatu perkara yang penting bagi seorang Dai’ bahawa mereka hendaklah sentiasa menghisab di atas segala kekurangan dan keterlanjuran yang telah dilakukan olehnya samada yang tidak sengaja lebih-lebih lagi yang disengajakan. Para Dai’ juga perlulah mentajdidkan taubat dan memperbanyakkan istighfar pada setiap masa dan ketika.

PENUTUP

Sesuai dengan ini marilah sama kita memperlengkapkan diri dengan segala keperluan-keperluan dan tuntutan-tuntutan tersebut semoga kita semua dapat menjalankan tugas menyeru manusia ke arah mentauhidkan Allah ini dengan berkesannya. Seterusnya juga marilah sama-sama kita memberi saham dan sumbangan ke arah kebangkitan Islam di abad ini sehinggalah Nur Islam ini dapat menguasai seluruh dunia ini.
posted by Mohd Nazri Amir Hamezah @ 12:28 AM   0 comments
Tarbiah dan harakiah suatu kesinambungan

1.0 MUQADDIMAH

Firman Allah SWT dalam surah As-Soff, ayat 14:

Dalam arus kebangkitan Islam abad ke- 20 , angkatan Muslimin telah bersatu cita-cita dan matlamat menggemblengkan tenaga untuk mengembalikan Umat Islam kepada siratulmustaqim berlandaskan Al-Quran dan Sunnah. Tetapi amat malang sekali, jalan dan cara yang berbeza untuk merealisasikannya gagal untuk mencapai matlamat hakiki harakah Islamiah kerana menumpukan kepada aspek- aspek tertentu sahaja , contohnya: golongan tasauf,golongan salafiah dan golongan yang berjihad dan berkerja melalui lissan dan tulisan tetapi meninggalkan jurusan yang lain.

Akhirnya mereka lupa membentuk angkatan pelopor yang beriman sebagai asas binaan daulah Islamiah dan tanzim haraki untuk bakal pendokong dakwah yang meneruskan perjuangan hingga sampai ke matlamatnya.

Maka hiduplah mereka sebagai panglima tanpa angkatan tentera yang teratur dan tersusun , apabila mereka telah tiada tinggalah pengikut mereka tanpa panglima dan pemimpinnya.Akibatnya ,terhentilah mereka tanpa pewaris penerus perjuangan .

Jesteru itulah kesinambungan tarbiah dan harakiah adalah suatu kemestian berdasarkan matlamat dan cara yang sahih demi meneruskan risalah Ilahi sebagai satu tuntutan yang wajib dilaksanakan.

من لم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم ( الحدي )

0.2 DEFINASI
TARBIYAH : Suatu uslub yang terbaik yang mampu berenteraksi bersama fitrah manusia, dikemukakan sama ada dalam bentuk arahan secara langsung (perkataan) atau secara tidak langsung (qudwah). Ia bertujuan untuk mengubah manusia kearah yang lebih baik berlandaskan manhaj dan wasilah-wasilah tertentu.
Secara umumnya tarbiyah adalah usaha yang dilakukan kearah pengabdian diri kepada Allah S.W.T secara sempurna. Ia adalah satu proses dan aktiviti yang bertujuan untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang dikehendaki.
HARAKAH ISLAMIYAH : Satu tanzim Universal yang merangkumi anasir-anasir yang beramal untuk memperjuangkan Islam dan merupakan amal jamaei' yang disusun rapi untuk menegakkan agama Allah dan membangunkan kembali daulah Islamiyah diatas muka bumi ini.
Secara umumnya harakah adalah jamaah yang teratur mempunyai matlamat dan manhaj yang tertentu.

3.0 MATLAMAT
3.1 Tarbiyah harakiah mempunyai matlamat-matlamat asas yang tersendiri:
a)Matlamat khusus
-Melahirkan individu muslim
-Membina keluarga islam
-Membentuk masyarakat islam
-Menegakkan negara islam
-Menyatukan semula ummah islamiyah

b)Matlamat Umum antaranya :
-Mengabdikan manusia kepada Allah yang Esa
وما خلقت الجن والانس الا ليعبدون ( الذاريات)

-Mempelopori kerja-kerja amal makruf nahi mungkar
كنتم خير امة اخرجت للناس تأ مرون بالمعروف وتنهون عن المنكر وتؤمنون بالله (ال عمران 11 )

-Menyampaikan risalah Islam kepada alam seluruhnya
وكذلك جعلناكم امة وسطا لتكون شهداء علي الناس ويكون الرسول شهيدا (البقرة 142 )

-Menghapuskan kuasa kuffar diatas muka bumi ini
وقا تلوهم حتي لا تكون فتنة ويكون الدين كله لله فان انتهوا فان الله بما يعملون بصير (الا نفال 39 )

Ini adalah matlamat asas kepada tarbiyah harakiyah. Disana terdapat banyak lagi matlamat lain dalam tarbiah islamiyah mengikut pendekatan dan wasilah yang dibawa.

4.0 CIRI-CIRI
4.1 Antara ciri-ciri khusus tarbiyah Islamiyah :

a) Ketuhanan الر با نية
b) Sempurna dan lengkap الكا مل والشمول
c) Positif dan membangun الا يجا بية و البناء
d) Kesenderhanaan dan keseimbangan الاعتدال والتوازن
e) Persaudaraan dan jamaah الأ خوة والجما عة

4.2 Ciri-ciri Harakah Islamiyah terbahagi kepada :

a) Ciri-ciri prinsip:
-Gerakan Rabbani
-Gerakan yang tersendiri
Gerakan pembawa kemajuan
-Gerakan yang syumul
-Menjauhi perselisihan dalam masalah fekah

b)Ciri-ciri haraki antaranya:
-Beransur-ansur dalam semua peringkat gerakan
-Peringkat dakwah:
a)Taa`rif
b)Takwim
c)Tanfiz
-Mengutamakan kerja dari propaganda
-Nafas yang panjang
-Uzlah nafsiah bukan jasadiah
-Matlamat tidak menghalalkan cara

5.0 FAKTOR KEJAYAAN TARBIYAH HARAKIYAH
a)Keyakinan yang teguh bahawa tarbiyah adalah satu-satunya wasilah yang mampu mengubah masyarakat , membentuk petugas-petugas dakwah dan wasilah untuk mencapai cita-cita dan harapan
b)Terdapat manhaj tarbiyah yang mempunyai matlamat tertentu, perancangan yang terang dari sumber yang jelas bersifat syumul dan mempunyai kaedah-kaedah pendekatan yang berbagai ditegakkan diatas falsafah kefahaman yang jelas dan diceduk terus daripada ajaran Islam yang tulen.
c)Suasana jamaie' yang positif yang dibina oleh jamaah dimana setiap anggota cuba su\edaya upaya utuk melaksanakan cara hidup Islam yang tulin.
d) Pemimpin yang terdidik dari segi fitrah, thaqafah dan pengalaman ( khibrah )
e) Wujud sebolangan murabbi yang ikhlas, berkemampuan dan amanah dalam melaksanakan tugas mereka.
f) Kepelbagaian wasilah : fardhi / jamaie' , teori / amali , aqli / a'tifi , positif dan negatif.

Dengan adanya faktor-faktor tadi akan lahirlah satu ketermadunan yang bersifat Rabbani dan mempunyai ketinggian akhlak yang menghimpunkan antara ilmu dan iman, kebendaan dan roh, mengimbangi antara dunia dan akhirat dismping menjaga kehormatan manusia.

Rasulullah S.A.W telah meramalkan mehnah yang dihadapi oleh para mukmin, daei dan mujahidin fisabilillah dalam hadis yang bermaksud :
"Orang mukmin sentiasa berada didalam lima dugaan yang susah :
1) Mukmin yang dengk kepadanya
2) Munafik yang benci kepadanya
3) Kafir yang memeranginya
4) Syaitan yang menyesatkannya
5) Nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya

6.0 TARBIYAH HARAKIYAH MADRASAH RASULULLAH S.A.W

Teras kepada pembinaan tarbiyah harakiah yang dibentuk oleh Rasulullah S .A.W adalah Al-Quran . Maka lahirlah satu generasi yang dinamakan generasi Al -Quran . Generasi ini adalah generasi yang unggul, Al- Quran adalah panduan , perjalanan hidup dan gerak -geri mereka.

Perjuangan Rasulullah S.A.W telah diasakan melalui madrarah baginda tersendiri dan telah berjaya menanamkan kekuatan aqidah dijiwa para sahabat .

A ntara penekanan penting dalam madrasah baginda S.A.W :
· Pembentukan sebuah gerakan demi mempertahankan kesucian aqidah
· Membebaskan manusia daripada sebarang perhambaan dengan melancarkan dakwah .
· Berjuang untuk merebut kekuasaan dari golongan kuffar.

6.1 Ciri- ciri generasi Al-Quran
a) Kekutan aqidah
b) Berpegang teguh dan bersikap tegas dengan prinsip
c) Berkasih sayang sesama mukmin
d) Mengdokong sepenuhnyan dakwah dan jihad
e) Kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada Allah dan Rasulnya.

Setiap mukmin hendaklah menjadikan generasi para sahabat sebagai contoh dan sember inspirasi di dalam perjuangan mereka untuk menegakkan Islam .
Sabda Rasulullah S.A.W اصحا بي اما نة لامتي

Dalam kita mencontohi jejak langkah mereka untuk menjadi satu umat yang berpegang teguh dengan Al-Quran , ada beberapa perkara yang perlu difahami oleh umat Islam pada masa kini :
a) Sikap para sahabat terhadap AL-Quran
b) Perdekatan yang seimbang didalam memahami dan melaksanakan tuntutan Al-Quran
c) Membebaskan diri daripada sebarang unsur jahiliyah .

7.0 TRIBULASI DALAM PERJUANGAN

لو كان عرضا قريبا وسفرا قاصدا لاتبعوك ولكن بعدت عليهم الشقة (التوبة:42 )

Dalam meniti liku-liku dan lurah perjuangan ,disanalah memerlukan tuntutan amaliah tarbiyah harakiyah menangkis segala cabaran dan dugaan dengan kekentalan iman dan amal yang berterusan.

8.0 DAI'E RABBANI: UKURAN KESINAMBUNGAN

Tribulasi dalam perjuangan adalah sebagai kayu ukur sejauh manakah kebenaran bahawa tarbiah harakiah suatu kesinambungan yang memberikan saham terbesar dalam perjuangan.
Tarbiah harakiyah yang berjaya ialah yang melahirkan dai'e Rabbani yang dibekali dengan tuntutan amaliah yang menjamin pembentukan individu muslim sebagai tulang belakang kepada amal Islami.

Antara kesan tarbiah harakiah dalam menghadapi cabaran dakwah:

a) Sabar dan tetap dengan seruannya.

وكأين من نبي قاتل معه ربيون كثير فما وهنوا لما اصابهم في سبيل الله وما ضعفوا وما استكانوا والله يحب الصابرين
(ال عمران:146 )

b) Bertambah yakin dengan kebenaran seruanNya dan dengan pertolongan Allah S.W.T daalm surah Ali Imran ayat 173:

الذين قال لهم الناس ان الناس قد جمعوا لكم فاخشوهم فزادهم ايمانا وقالوا حسبنا الله ونعم الوكيل


d) Mendapat anugerah syahid daripada Allah S.W.Tdalam surah Ali Imran ayat 143:

وتلك اليام نداولها بين الناس وليعلم الله الذين امنوا ويتخذ منكم شهداء والله لا يحب الظالمين

9.0 PENUTUP

يا ايها الذين امنوا من يرتد منكم عن دينه فسوف يأتي الله بقوم يحبهم ويحبونه اذلة علي المؤمنين اعزة علي الكافرين يجاهدون في سبيل الله ولا يخافون لومة لايم

Keperluan melahirkan generasi pembawa risalah yang mempunyai keutamaan dan persediaan yang sempurna disudut mental, spritual dan persediaan disudut haraki adalah satu tuntutan yang sama penting demi keberkesanan dakwah dan kerja menyelamatkan Ummah berjaya dipenuhi dan mencapai matlamat .

Tarbiyah Harakiyah satu kesinambungan merealisasikan Firman Allah S.W.T :

انا ارسلنا ك شا هدا ومبشرا ونذيرا لتؤ منوا با بلله وتعزروه وتوقروه وتسبحوهبكرة واصيلا ( الفتح 98 )

Sabda Rasulullah S.A.W :
انت علي تغرة الاسلام فلا يؤ نتين من قبلك

Dengan terlaksananya amaliah tarbiyah harakiyah ini maka tercetuslah madrasah dai`e Rabbani menegakkan kembali kalimah tauhid dan menyemarakkan kembali Ummah di atas muka bumi ini .


Disusun semula oleh :
Al Faqirah Ilallah,
FIRDAUS UMAIR

Rujukan :

1) Al -Quran
2) Sunnah Annabawiah
3) ما ذا يعني انتمائي للاسلام فتحي يكن
4) الطريق الى جماعة المسلمين حسن محمد على جابر
5)اولويات الحركة الاسلامية الدكتور يوسف القرضاوي
6) Kitab Doktor Ali Abdul Halim Mahmud
وسائل التربية عند الاخوان المسلمين
التربية الاسلامية ومدرسة حسن البنا
7)Tarbiah Ruhiyah kearah pembentukan Dai'e Rabbani (kertas kerja)
8)Tarbiah Ruhiyah dan kesannya dalam proses pembinaan dan perubahan ummah (kertas kerja)
9) Bagtera penyelamat dalam kehidupan pendakwah- Fathi Yakan
10) Risalah Usrah Jilid 1
posted by Mohd Nazri Amir Hamezah @ 12:17 AM   0 comments
Konsep Faham Menurut Hassan Al Banna
Wednesday, March 22, 2006

1. MUQADDIMAH

Al – Fahm diletakkan sebagai perkara pertama dalam rukun baiah yang telah digariskan oleh Al imam As Shahid Hassan Al Banna (ISHB) dalam kitabnya Risalah Atta`lim. Rukun baiah antara otot yang memastikan ketahanan dan kelangsungan denyutan nadi tatkala menghadapi tahaddiyat (halangan) yang memaksa dan mendesak. Rukun baiah juga adalah antara kekuatan dalaman yang berkesan untuk mengaks virus mazmumah yang merosakkan harakah islamiah

`Kejituan intimak dan keterikatan (iltizam ) individu muslim dengan harakah islamiah pula banyak dipengaruhi rukun baiah dan sejauh mana penghayatannya akhlaq dan disiplin berjamaah turut lengkap apabila setiap gerak langkah menyusun program dan mengatur strategi dibayangi oleh rukun baiah sementara akhlaq dan disiplin berjamaah tersebut adalah menara tertinggi bagi syiar harakah islamiah.’

Seringkali berlaku masalah bila tindakan dalam gaerakerja tidak didahului dengan kefaham yg jitu. Perkara ini menimbulkan khalal bila berlaku dalam gerak kerja dakwah dan harakah. Masalah yang timbul akhirnya membuahkan pelbagai masalah yang lain yang akhirnya menggugat strategi dan operasi.

1.1 HASSAH AL BANNA DAN AL FAHM
ISHB yang sememangnya memiliki kelebihan dan kekuatan dakwah yang melewati batas umur dan zamannya telah melihat bahawa Al fahm adalah merupakan perkara pokok pertama dalam tindakan dan starategi dakwah.

Seterusnya, lantaran melihatkan peri pentingnya Al Fahm ini ISHB telah menggariskan 20 usul di bawah rukun baiah pertama ini (al Fahm):

• FAHAM DAN YAQIN DENGAN SHUMULIAH ISLAM
• FAHAM BAHAWA AL QURAN DAN ASSUNNAH SEBAGAI DUSTUR DAN SUMBER RUJUKAN
• FAHAM DENGAN AQIDAH YANG SOHIH DAN IBADAT YANG SALIM
• FAHAM DAN JELAS ANTARA IBADAT DAN KHURAFAT
• FAHAM DENGAN KONSEP IMAMAH
• FAHAM BAGAIMANA INTERAKSI DENGAN KHILAF
• FAHAM KONSEP MAZHAB
• FAHAM KONSEP IJTIHAD DALAM MASALAH FIQH
• FAHAM KONSEP TA`WIL SEBENAR
• FAHAM TAUHID DAN MENGENAL ALLAH
• FAHAM DALAM INTERAKSI DENGAN BID`AH
• FAHAM: KHILAF FIQHI DAN BID’AH
• FAHAM KONSEP KASIH SAYANG SEBENAR
• FAHAM DALAM PENYELEWENGAN AMAL
• FAHAM KONSEP DOA
• FAHAM AGAR BERWASPADA DENGAN PERMAINAN ISTILAH
• FAHAM AMAL ISLAMI
• FAHAM DAN AQAL
• FAHAM: PENYELESAIAN MASALAH MENURUT AQAL DAN SYARIAT
• FAHAM MASALAH TAKFIR

2. MENGAPA FAHAM RUKUM PERTAMA
Kefahaman yang sebenar, jelas dan soreh adalah antara prasyarat kejayaan dakwah. Tanpa kefahaman akan menjadikan sesuatu tugas, gerak kerja, taklifan dan amanah tergendala, tidak sempurna dan gagal. Bahkan yang lebih besar lagi mungkin berlaku perpecahan dan permusuhan sesama anggota harakah Islamiah. Rukun al Fahm ini adalah asas utama bagi kepimpinan islam guna menangani usaha bina Khilafah Islamiah yang telah sekian lama diidam-idamkan.
Bagi meraih al Fahm yang sebenar memerlukan bekalan ilmu untuk diasimilasikan dengan teori konsep Asas 20 Al Fahm (Usul `Ishreen). Saidina Omar Abd Azizi menyatakan :
من عمل علي غير علم كان ما يفسده اكثر ما يصلح
` brangsiapa yang beramal tanpa Ilmu, ia telah mendorong kerosakan yang banyak mengatasi kebaikan ‘
Rasul pernah bersabda dalam sabdaannya yang masyhur:
من يريد الله به خيرا يفقهه فى الدين
`Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah kebaikan nescaya difahamkannya urusan agama’

3. ASAS-ASAS (MABAADI’) AL FAHM MENURUT HASSAN AL BANNA

3.1 FAHAM DAN YAQIN DENGAN SHUMULIAH ISLAM

“ Islam adalah sistem lengkap yang merangkumi keseluruhan aspek kehidupan. Islam adalah daulah dan tanahair atau kerajaan dan ummah. Akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan Kebudayaan dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman. Material dan harta atau usaha dan kejayaan Jihad dan dakwah atau tentara dan fikrah. Sebagaimana Islam itu adalah aqidah yang benar dan ibadah yang sohih

3.2 FAHAM BAHAWA AL QURAN DAN ASSUNNAH SEBAGAI DUSTUR DAN SUMBER RUJUKAN

"Al-Quran dan As-Sunnah (hadis) adalah sumber rujukan untuk mengetahui hukum hakam Islam. Al Quran difahami menurut kaedah-kaedah bahasa Arab dengan tidak memberatkan dan meringankan. Hadis pula difahami melalui periwayat-periwayat hadis yang dipercayai."

3.3 FAHAM DENGAN AQIDAH YANG SOHIH DAN IBADAT YANG SALIM

" Iman yang benar dan ibadah yang sah dan mujahadah adalah cahaya dan kemanisan yang dilimpahkan Allah ke dalam hati sesiapa yang dikehendakinya di kalangan hambanya. Manakala ilham, lintasan hati, kasyaf dan mimpi bukanlah menjadi dalil kepada hukum-hukum syariat. Ia hanya diterima dengan syarat perkara tersebut tidak bertentangan dengan hukum syariat dan nasnya."

3.4 FAHAM DAN JELAS ANTARA IBADAT DAN KHURAFAT

"Jampi, mentera, tangkal dan murtad dan dakwaan mengetahui perkara-perkara ghaib dan semua yang tergolong dalam kemungkaran ini wajib diperangai kecuali ianya terdiri dari ayat-ayat al-Quran dan suatu yang diterima dari Rasulullah SAW.”

3.5 FAHAM DENGAN KONSEP IMAMAH

"Pendapat Imam (ketua) dan timbalannya dalam masalah yang tiada nas dan masalah yang boleh diertikan dengan pelbagai pengertian juga masalah yang berhubung dengan maslahat umum, boleh diterima selama mana ia tidak bertentangan dengan kaedah syara'.

3.6 FAHAM BAGAIMANA INTERAKSI DENGAN KHILAF

" Perkataan seseoarang boleh diterima atau ditolak, kecuali perkataan Rasulullah SAW yang bersifat maksum. Perkataan para solihin yang terdahulu ( salaf as solleh) mesti kita terima jika bersesuaian dengan al-Quran dan Hadis. Jika tidak, maka al-Quran dan hadislah ikutan kita yang utama, kita juga tidak dibenarkan membentangkan kecaman dan celaan terhadap individu berkenaan dalam masalah khilafiah. Kita serahkan mereka kepada niat mereka sedanag mereka telah melakukan sesuatu dengan apa yang mereka telah kemukakan."

3.7 FAHAM KONSEP MAZHAB

" Seseorang muslim yang ilmunya tidak mencapai tahap nazhar (النظر) yakni (mampu mengeluarkan hukum dari dalil dan hukum-hukum cabang ) sewajarnya iamnegkuti mana-mana Imam di kalangan imam-imam mazhab. Semetara itu, adalah sebaiknya ia berusaha bersungguh untuk mengetahui dalil-dalil imamnya. Jua hendaklah ia menerima pedoman berdalil tatkal ia telah yakin kebenaran dan keahlian orangyang memberi pedoman kepadanya, dan hendaklah ia melengkapi ilmunya hingga ke tahap (النظر) jika ia terdiri daripada ahli ilmu ( orang yang berupaya menuntut ilmu )"

3.8 FAHAM KONSEP IJTIHAD DALAM MASALAH FIQH

" Persoalan khilaf dalam masalah fekah adalah merupakan tabiat ugama itu sendiri.
Masalah-masalah fekahyang timbul sebahagiannya kedapatan nas dari Al Quran dan As Sunnah dan sebahagian yang lain tidak dinyatakan hukum . Realiti ini mendorong khilaf di kalangan ulama'

3.9 FAHAM KONSEP TA`WIL SEBENAR

‘Pengendalian masalah yang tidak membuahkan amal adalah tergolong dalam perkaran yang memberatkan-beratkan sementara syarak melarang kita berbuat demikian. Sebagai contoh: membincang cabang-cabang hukum yang tidak realiti dan membincangkan penafsiran ayat suci al quran yang tidak tercapai oleh ilmu dan membicara banding keistimewaan dikalangan para sahabat. Sedang setiap mereka punya kelebihan masing-nasing sebagai sahabt dan mereka diganjari menurut niatnya sementara masalah takwil adalah suatu keluasan’

3.10 FAHAM TAUHID DAN MENGENAL ALLAH

“Mengenal Allah dan mentauhidkannya dan menyuciknnya dari sebarang kekurangan adalah setinggi-tinggi akidah dalam islam. Ayat-ayat al Quran dan hadis-hadis sohih yang berhubung dengan sifat-sifat Allah dan perkara-perkara yang kesamaran hendaklah kita beriman dengannya sebagaimana yang termaktub tanpa sebarang ta’wil dan merosakkan nas asal jua kita tidak melibatkan diri dengan perselisihan ( khilaf) di kalangan ulama’ dalam masalah ini dan kita berselesa terhadap apa yang yang di luaskan oleh Rasulullah SAW dan sahabatnya.


3.11 FAHAM DALAM INTERAKSI DENGAN BID`AH

`Semua bidah yang direka dalam agama Allah tanpa ada usulnya dan dianggap baik oleh manusia menurut nafsunya samada dengan menembah atau mengurangkan adalah merupakan suatu kesesatan yang wajib diperangi pelaksanaannya mestilah dikendalikan dengan sebaik-baik cara supaya tidak mencetus keadaan yang lebih parah dari bidah itu sendiri’

3.12 FAHAM: KHILAF FIQHI DAN BID’AH

`Bidah yang dilakukan sebagai tambahan dan sebagai mengurangan serta iltizam pada ibadat yang mutlak adalah merupakan khilaf fiqhi. Setiap individu mempunyai pendapat tersendiri maka tiada halangan untuk ia mencari pengertian melalui dalil dan bukti ‘

3.13 FAHAM KONSEP KASIH SAYANG SEBENAR

`Mengasihi orang-orang soleh, menghormati dan memuji mereka berasaskan amal bakti yang dilakukan oleh mereka adalah merupakan taqarrub kepada Allah. Para auliya` adalah mereka yang disebut dalam firmannya (yang bermaksud) orang-orang yang beriman dan mereka yang bertaqwa. Keramat berlaku pada mereka dengan syarat – syarat bertepatan dengan syariat. Serentak itu kita beri’tiqad bahawa maereka tidak berupaya memberi manfaat dan mudharat terhadap diri mereka semasa hayat maereka atau selepas matinya apatah lagi untuk mengurniakan sesuatu kepada orang lain.’

3.14 FAHAM DALAM PENYELEWENGAN AMAL

`Menziarahi kubur adalah sunnah yang disyariatkan dengan cara yang diterima dari rasullullah. Akan tetapi meminta tolong dari ahli qubur walau dengan apa cara sekali pun, begitu juga menyeru mereka, meminta supaya ditunaikan hajat samada dari dekat atau jauh, bernazar kepada mereka, membina kubur, mengelambuinya, menerangi dengan lampu, memperluas, bersumpah selain dari nama allah dan perkara-perkara seumpama itu adalah bidah dan dosa yang wajib diperang. Tiada ruang bagi kita bertakwil (beralasan) dalam amalan-amalan seperti ini demi menutup pintu-pintu kemungkaran.’

3.15 FAHAM KONSEP DOA

‘Doa yang dipanjatkan ke hadrat ilahi secara tawassul melalui makhluqnya adalah tergolong dalam masalah khilafiah dari sudut kaifiah berdoa, ianya tidak termasuk dalam masalah aqidah’

3.16 FAHAM AGAR BERWASPADA DENGAN ISTILAH

` Kebiasaan (uruf) yang salah tidak merubah hakikat lafaz –lafaz syaraiat bahkan wajib dipastikan batas makna yang dimaksudkan oleh lafaza-lafaz itu dan terhenti di atas perngertian yang dimaksudkan sahaja sebagaiman jua wajib berwaspada dari tertipu dengan perkataan –perkataan dalam semua bidang dinia dan ugama (I`tibar berdasarkan hakikat sesuatu yang dinamakan bukan pada nama)’

3.17 FAHAM AMAL ISLAMI

`Aqidah adalah asas kepada amal dan amalan hati lebih penting daripada amalan anggota. Mengahasilkan kesempurnaan kepada kedua-duanya dituntut syara` sekalipun berbeza martabat tuntutan itu’

3.18 FAHAM DAN AQAL

`Islam membebaskan aqal, manggalakkan pengamatan terhadap alam sekitar dan memartabatkan kedudukan ilmu dan ulama serta mengalu - alukan kebaikan yang membawa manafaat (al hikmah adalah sesuatu yang hilang dari orang mukmin, barang siapa mendapatin ya maka ialah yang terlebih berhak memilikinya)’

3.19 FAHAM: PENYELESAIAN MASALAH MENURUT AQAL DAN SYARIAT

`Terkadang masalah menurut pengamatan syara’ dan pengamatan aqal tidak boleh diselaraskan antara satu sama lain, akan tetapi kedua-duanya tidak akan bercanggah dalam perkara yang putus dan menjadi kenyataan. Pertembungan juga tidak akan berlaku antara hakikat ilmiah yang sohih dengan kaedah syara’ yang thabit. Perkara dzanni (tidak putus) dari sudut syara’ dan akal, boleh diselaraskan supaya bertepastan dengan hakikat yang putus.Jika sekiranya pandangan akal dan syariat dalam satu-satu perkara masih dzanni maka pandangan syariat terlebih utama diikuti sehinggalah thabit pandangan akal ( dapat buktikan hakikat ) atau ia menjadi gugur.’

3.20 FAHAM MASALAH TAKFIR

“ Kita tidak mengkafirkan seorang muslim yang berikrar dengan dua kalimah syahadah, melaksanakan tunttutan-tuntutan keduanya dan menunaikan perkara fardhu dengan berdasarkan pendapat dan maksiat yang dilakukannya melainkan :
• ia berikrar dengan mana-mana kalimah kekufuran
• atau ia mengingkari sesuatu yang pasti dalam ugama.
• Atau ia mendustai ayat Al Quran yang terang dan jelas.
• Atau ia menafsirkan al quran dengan penafsiran yang tidak bertepatan dengan uslub bahasa arab.
• Atau beramal dengan amalan yang tidak ada perkiraan lain kecuali kufur

5. PENUTUP

Al Fahm adalah merupakan asas bagi seseorang daie untuk menjadi ustaziyatul alam yang berjaya. Berapa banyak yang telah kita lihat gagal di medan dakwah bahkan tergolong daripada kalangan السقوط على الطريق الدعوة lantaran tidak selesai pada peringkat Al Fahm ini. Bermula dari kurang semangat untuk bekerja, tiada sam`u wa al toah dan akhirnya futur dari medan juang wal iyazubillah. Dan ingatlah bermula faham dari faqih bermula faqih dari ilmu berakhir ilmu dengan amal yang istiqomah. Wallahualam
posted by Mohd Nazri Amir Hamezah @ 7:15 AM   0 comments
Pengenalan Harakah Islamiah

Harakah Islamiah ialah gerakan amal islami yang dilakukan secara berjemaah dan tersusun (bertanzim) yang bermatlamatkan utuk mengembalikan kedaulatan islam di dalam masyarakat dam menegakkan hukum Allah di dalam seluruh bidang kehidupan manusia. Gerakan ini timbul hasil daripada kesedaran secara individu atau jemaah terhadap perlunya gerak kerja berjemaah ( ) secara serius, bersungguh-sungguh dan sistematik untuk merealisasikan tugas yang besar ini.
Harakah Islamiah mewarisi gerakan para Anbiya’ yang diutuskan oleh Allah s.w.t untuk mengajar manusia mengabdikan diri kepada Allah s.w.t di dalam seluruh aspek kehidupan dan mengeluarkan manusia daripada kezaliman agama-agama, fahaman-fahaman atau ideologi-ideologi kepada keadilan Islam. Ia memikul tanggungjawab dakwah dan jihad bagi melaksanakan tugas amar makruf nahi mungkar, menyampaikan risalah Islam kepada umat manusia dan seterusnya menegakkan masyarakat dan negara Islam. Jadi tugas Harakah Islamiah ialah berusaha menjadikan manusia mengabdiakn diri epada Allah s.w.t semata-mata baik secara individu mahupun secara jemaah melalui usaha-usaha dan amal untuk menegakkan masyarakat Islam yang menjadikan kitab Allah s.w.t dan Sunnah Rasulullah s.a.w sebagai sumber undang-undang dan pengajaran.
Ia merupakan Jamaah Rabbaniah dalam erti kata ia meletakkan sumber Rabbani iaitu Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan dan rujukan utama. Begitu juga perjuangannya ialah semata-mata kerana Allah s.w.t, melaksanakan perintahNya dan mencari keredhaanNya.
Harakah Islamiah mengimani bahawa hanay Islamlah satu-satunya kekuatan yang asasi yang dapat mengembalikan kekuatan umat Islam dan menyelamatkan alam seluruhnya serta membebaskan golongan Mustadhafin daripada Taghut-taghut yang melakukan kefasadan di muka bumi ini.
Firman Allah s.w.t dalam surah Fatir ayat 10:-

مَنْ كَانَ يُرِيدُ الْعِزَّةَ فَلِلَّهِ الْعِزَّةُ جَمِيعًا إِلَيْهِ يَصْعَدُ الْكَلِمُ الطَّيِّبُ وَالْعَمَلُ الصَّالِحُ يَرْفَعُهُ وَالَّذِينَ يَمْكُرُونَ السَّيِّئَاتِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَمَكْرُ أُولَئِكَ هُوَ يَبُورُ(10)
Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Munafiqun ayat 8:-

يَقُولُونَ لَئِنْ رَجَعْنَا إِلَى الْمَدِينَةِ لَيُخْرِجَنَّ الْأَعَزُّ مِنْهَا الْأَذَلَّ وَلِلَّهِ الْعِزَّةُ وَلِرَسُولِهِ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَلَكِنَّ الْمُنَافِقِينَ لَا يَعْلَمُونَ(8)
Telah berkata Saidina Umar Al-Faruq :-
“Kita adalah satu kaum yang Allah s.w.t muliakan dengan Islam, maka sekiranya kita mencari keizzahan dan kemuliaan selain daripada yang Allah s.w.t mulikan maka Allah s.w.t akan menghinakan kita”.

Islam yang dituntut perlaksanaannya oleh Harakah Islamiah bukanlah Islam yang bersifat juz’ie atau penerapan semata-mata tetapi Islam yang dituntut ialah Islam yang sejati seperti yang terkandung di dalam Al-Quran dan As-Sunnah yang mempunyai ciri kesyumulan dan kesejagatan ( ). Oleh itu Harakah Islamiah bukanlah gerakan dakwah yang hanya terbatas dalam usaha-usaha memperbaiki satu aspek sahaja daripada aspek-aspek kehidupan manusia tanpa menghiraukan aspek-aspek yang lain. Begitu juga bukanlah satu gerakan yang tertumpu kepada golongan-golongan tertentu sahaja, tetapi ia merupakan gerakan universal yang melewati batas kedaerahan, perkauman, keturunan, dan bahasa.
Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah ayat 208:-

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ(208)
Firman Allah s.w.t dalam surah An-Nahl ayat 89:-

وَيَوْمَ نَبْعَثُ فِي كُلِّ أُمَّةٍ شَهِيدًا عَلَيْهِمْ مِنْ أَنْفُسِهِمْ وَجِئْنَا بِكَ شَهِيدًا عَلَى هَؤُلَاءِ وَنَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ تِبْيَانًا لِكُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً وَبُشْرَى لِلْمُسْلِمِينَ(89)


Firman Allah s.w.t dalam surah Saba’ ayat 28:-

وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا كَافَّةً لِلنَّاسِ بَشِيرًا وَنَذِيرًا وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ(28)

Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Anbiya’ ayat 107:-

وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ(107)
Perubahan yang dikehendaki oleh Harakah Islamiah terhadap masyarakat ialah perubahan bersifan Inqilabiah ( ) yang bercirikan ( ) dan ( ) iaitu merobohkan atau meruntuhkan unsur-unsur jahiliyah secara total hingga ke akar umbinya dan kemudiannya membina masyarakat Islam di atas keruntuhan itu. Harakah Islamiah berpegang teguh dengan prinsip bahawa Islam dengan jahiliyah tidak boleh bersatu dan tidak akan bersatu selama-lamanya.
Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Kafirun ayat 1-3:-
قُلْ يَاأَيُّهَا الْكَافِرُونَ(1)لَا أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ(2)وَلَا أَنْتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ(3)

Firman Allah s.w.t dalam surah AL-Baqarah ayat 85:-
ثُمَّ أَنْتُمْ هَؤُلَاءِ تَقْتُلُونَ أَنْفُسَكُمْ وَتُخْرِجُونَ فَرِيقًا مِنْكُمْ مِنْ دِيَارِهِمْ تَظَاهَرُونَ عَلَيْهِمْ بِالْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَإِنْ يَأْتُوكُمْ أُسَارَى تُفَادُوهُمْ وَهُوَ مُحَرَّمٌ عَلَيْكُمْ إِخْرَاجُهُمْ أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ الْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ فَمَا جَزَاءُ مَنْ يَفْعَلُ ذَلِكَ مِنْكُمْ إِلَّا خِزْيٌ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يُرَدُّونَ إِلَى أَشَدِّ الْعَذَابِ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ(85)

Firman Allah s.w.t dalam surah AL-Maidah ayat 50:-
أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ حُكْمًا لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ(50)

Al Imam Syahid Hassan AL-Banna menyatakan :
Wahai Ahli Ikhwan Muslimun….
Bukanlah kita ini sebuah parti siasah…….

KEMUNCULAN HARAKAH ISLAMIYAH ABAD INI

Apabila jatuhnya Sistem Pemerintahan Khilafah Islamiah yang terakhir yang berpusat di Turki pada tahun 1924, negara-negara umat Islam telah menghadapi penjajahan daripada kuasa-kuasa kuffar barat (seperti Britain, Perancis, Itali, Rusia, dan sebagainya). Penjajahan yang dilakukan bukan hanya bermatlamatkan untuk menguasai tanah-tanah milik umat Islam dan hasil kekayaan buminya tetapi matlamat utama penjajahan ialah menghancurkan Islam dan menghapuskan ketuanannya di muka bumi serta melenyapkan Sistem Khilafah Islamiah yang telah berlanjutan selama lebih 1000 tahun. Tindakan-tindakan oleh kuasa-kuasa penjajah ini untuk mencapai matlamat mereka ialah:-

1. Memecahkan kesatuan umat Islam dengan membahagikan negara umat Islam yang dahulunya bersatu di bawah satu pemerintahan khilafah Islamiah kepada negara-negara kecil dan menanamkan semangat As-Sobiyyah bangsa dan tanah air (semanagt Nasionalisme) ke dalam pemukiran umat Islam.

2. Mengilghakkan undang-undang Islam daripada menjadi undang-undang yang mengatur kehidupan masyarakat dan negara dan kemudiannya menggantikannya dengan undang-undang ciptaan Barat (undang-undang Britain, Perancis dan sebagainya). Ugama Islam hanya dijadikan sebagai agama ibadat, adat dan istiadat sahaja.

3. Melancarkan serangan pemikiran ( ) terhadap umat Islam dengan memasukkan ideologi-ideologi asing (seperti sekular, komunisme, nasionalisme, liberalisme dan sebagainya) ke dalam pemikiran umat Islam dan memperkenalkan teori-teori politik, ekonomi, pendidikan dan sosial yang bertentangan dengan pengajaran Islam melalui pendidikan, penulisan dan sebagainya.

Kesan daripada gerakan yang dilakukan oleh penjajah terhadap umat Islam dan negara Islam ialah:

1. Umat Islam telah mengalami gejala perpecahan yang amat dahsyat. Umat Islam pada asalnya berada di bawah satu khilafah Islamiah. Tidak timbul pada awalnya kerajaan-kerajaan kecil yang mempunyai undang-undang dan identiti sendiri. Setelah datang penjajah mereka telah memusnahkan Sistem Khilafah Islamiah dan membahagikan negara umat Islam kepada kerajaan kecil mengikut identiti bangsa dan sempadan negeri. Maka timbullah negara Mesir, Iran, Iraq, Arab Saudi, Kuwait dan lain-lain lagi. Setiap negara mempunyai identiti, ideologi, undang-undang dan sistem pemerintahannya sendiri. Masing-masing negara tidak berhak mencampuri urusan negara-negara lain walaupun di dalam urusan yang berkaitan dengan agama dan umat Islam sendiri. Bukan sekadar itu sahaja, kita juga melihat negara-negara umat Islam bergaduh dan berperang sesama sendiri. Fenomena-fenomena ini adalah bukti ketara terhadap perpecahan yang melanda umat Islam pada zaman ini. Konsep( ) jelas tidak kelihatan. ( ) dengan tali Allah s.w.t memang tidak terlaksana.

2. Berlakunya kefasadan dan kerosakan di dalam kehidupan umat Islam. Ia merupakan natijah daripada pengilghakkan undang-undang Islam daripada kehidupan masyarakat.

(a). Kerosakan di dalam pemerintahan dan politik.

Al-Quran telah digugurkan daripada menjadi dasar utama di dalam negara. Syariat Islam dilenyapkan daripada menjadi undang-undang yang mengatur kehidupan manusia. Kuasa-kuasa menghukum dan menggubal undang-undang diberikan kepada aqal dan nafsu manusia.
Firman Allah s.w.t di dalam surah As-Syura ayat 21:-
أَمْ لَهُمْ شُرَكَاءُ شَرَعُوا لَهُمْ مِنَ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَنْ بِهِ اللَّهُ وَلَوْلَا كَلِمَةُ الْفَصْلِ لَقُضِيَ بَيْنَهُمْ وَإِنَّ الظَّالِمِينَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ(21)

Sesungguhnya jenayah menggubah hukum Allah s.w.t dimulai di dalam masyarakat Islam oleh Mohd Ali Basya Kabir di mana dia telah mentaklifkan Rafaah Tahtawi ( ) seorang Misioner untuk menterjemahkan undang-undang Prancis dan kemudiannya melaksanakannya di Mesir pada tahun 1863 Masehi. Perkara yang sama juga dilakukan oleh Mustafa Kamal Attarturk di Turki yang telah bertanggungjawab meruntuhkan Khilafah Islamiah yang berpusat di Turki.

(b). Kerosakan di dalam ekonomi.

Sistem Ekonomi Islam dihapuskan dan digantikan dengan Sistem Ekonomi Barat (sosisalis, kaptalis, dan sebagainya). Bank-bank riba berleluasa di dalam negara-negara umat Islam. Penyelenggaran ekonomi berasaskan riba merupakan perkara yang menjadi kebiasaan di dalam kehidupan umat Islam walaupun Islam dengan jelas mengharamkannya.
Perkara yang jelas diharamkan oleh Islam seperti arak, judi diperniagakan dan dijadikan sumber kemasukan wang individu dan negara yang tetap dan nesar tanpa mengira ia boleh membawa kerosakan kepada masyarakat atau sebaliknya. Bukan sekadar itu sahaja, bahkan manusia juga dieksplotasikan sebagi sumber untuk mendapatkan keuntungan. Golongan yang menjadi mangsa ialah kaum wanita.

(c). Kerosakan di dalam tarbiyah dan pendidikan.

Rata-rata negara umat Islam pada masa ini meletakkan sistem pendidikan sekular sebagai asas pendidikan negara. Sistem pendidikan yang memisahkan antara agama dan dunia. Maka timbullah golongan umat Islam yang bijak tentang ilmu-ilmu keduniaan tetapi tidak mengenali agamanya. Golongan yang dikenali sebagai manusia sekular ini hanay mengenali agama sebagai gerak kerja kerohanian semata-mata dan bukan agama sebagai peraturan dan undang-undang yang mengatur kehidupan.
Pendidikan adalah uslub yang paling ampuh yang telah digunakan oleh penjajah untuk menguasai pemikiran umat Islam dimana mereka telah berjaya menghasilkan orang-orang seperti Taha Husin, Qasim Amin, Soleh Abu Bakar, Kamal Attarturk, dan sebagainya yang terang-terang mengkritik Islam dan menyeru kepada ideologi kuffar dan ilhad.

(d). Kerosakan di dalam masyarakat umum.
Masyarakat umat manusia telah menjadi masyarakat jahiliah yang hidup semata-mata untuk memenuhi keinginan hawa nafsu dan material. Kefasadan berleluasa di dalam masyarakat. Gejala keruntuhan akhlak, pergaulan bebas, pelacuran, tari-menari, pendedahan aurat, jenayah merupakan fenomena biasa yang berlaku di dalam masyarakat umat Islam sendiri. Banyak lagi kerosakan-kerosakan yang berlaku di dalam masyarakat umat Islam yamng mana asasnya adalah dimulakan oleh gerakan-gerakan penjajahan yang telah bertindak menghapuskan undang-undang daripada kehidupan masyarakat.

3. Berlaku gejala riddah yang berleluasa di dalam negara umat Islam.
Firman Allah s.w.t di dalam surah Al-Maidah ayat 44:-

إِنَّا أَنْزَلْنَا التَّوْرَاةَ فِيهَا هُدًى وَنُورٌ يَحْكُمُ بِهَا النَّبِيُّونَ الَّذِينَ أَسْلَمُوا لِلَّذِينَ هَادُوا وَالرَّبَّانِيُّونَ وَالْأَحْبَارُ بِمَا اسْتُحْفِظُوا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ وَكَانُوا عَلَيْهِ شُهَدَاءَ فَلَا تَخْشَوُا النَّاسَ وَاخْشَوْنِ وَلَا تَشْتَرُوا بِآيَاتِي ثَمَنًا قَلِيلًا وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ(44)

Asy-Syeikh Sai’d Hawwa menyatakan:
Ayat ini jelas mengkafirkan orang-orang yang tidak menghukum dengan hukuman yang telah diturunkan oleh Allah s.w.t. Setengah ulamak menjadikan hukum kafir ini kepada sesiapa yang mendahulukan hukum yang lain ke atas hukum Allah s.w.t atau menghalalkan perbuatan menghukum dengan hukuman yang lain daripada hukum-hukum yang diturunkan oleh Allah s.w.t.
Kalau kita meletakkan ayat di atas dunia Islam pada hari ini maka kita akan mendapati perlaksanaannya adalah banyak sehinggalah kita mendapati bahawa perbuatan menghukum dengan hukuman yang lain daripada hukum yang diturunkan oleh Allah s.w.t merupakan fenomena yang nyata di dalam setiap undang-undang pemerintahan yang wujud di dalam negara umat Islam.
Dikalangan umat Islam terdapat orang-orang yang menteru secara terang-terangan kepada perlaksanaan hukum-huku yang selain daripada hukum-hukum Allah s.w.t seperti menyeru kepda zina, pelacuran, minum arak, penghapusan hukum hudud, qisas, dan berpegang teguh kepada hukum manusia.( ).
Terdapat juga golongan yang kalau kita mengajak mereka kembali kepada Al-Quran dan As-As-Sunnah, maka mereka merpersendakan dan mempermainkan kita. Bahkan ada dikalangan umat Islam yang menyatakan telah tamat giliran Islam untuk memimpin masyarakat dan menganggap hukum-hukum Allah s.w.t adalah lambang kemunduran, sementara hukum-hukum yang lain adalah lambang kemodenan.
( )
Dr. Yusuf Al-Qardhawi menyatakan:
Diantara perkara yang berhak dihukum kafir tanpa keraguan ialah: Pemerintah-pemerintah sekular dan pendokong-pendokong parti sekular yang terang-terang menolak syariat Allah s.w.t dan melaungkan pemisahan negara daripada agama. Apabila diajak kepada hukum Allah s.w.t mereka enggan dan engkar. Lebih dahsyat dari itu lagi, mereka ini bertindak memusuhi dengan keras orang-orang yang menyeru supaya berhukum dengan syariat Islam s.w.t dan kembali kepada Islam.
( )
Ulamak-ulamak Islam yang mempunyai kesedaran Islam dan menyedari bahawa umat Islam perlu dikembalikan kepada Islam dan barisan mereka perlu disatukan semula serta Khilafah Islamiah mesti ditegakkan kembali, tidak berdiam diri melihat tindakan-tindakan penjajah-penjajah barat ini dan tali barut mereka berterusan menjalankan usaha untuk memusnahkan Islam dan menyesatkan umatnya. Mereka telah bertindak menubuhkan Harakah-harakah Islamiah untuk melakukan amal Islami bagi melaksanakan tanggungjawab dakwah dan jihad untuk menyeru umat Islam supaya kembali kepada Islam dan menegakkan semula Khilafah Islamiah.
Maka muncullah Harakah-harakah Islamiah seperti Harakah As-Sanusiah di Libya yang diasaskan oleh Syed Mohd Ali As-Sanusi, Harakah Islamiah di India yang dipelopori oeh Syah Waliyullah Ad-Dahlawi, Harakah Jamaat Islami di Pakistan yang diasaskan oleh Abul A’la Al-Maududi pada tahun 1940, Harakah Fidyan Islami di Iran yang diasaskan oleh Nawab Sofawi, Ikhwanu Muslimin di Mesir yang diasakan oleh Imam Syahid Hassan Al-Banna, Harakah An-Nur di Turki yang diasaskan oleh Syed Badi’uzzaman An-Nursi, Hizbul Masyumi (Majlis Syura Islam) di Indonesia dan PAS di Malaysia yang diasaskan pada tahun 1951 hasil daripada persidangan alim-ulamak yang berlangsung di Kuala Lumpur.
Harakah-harakah Islamiah dini disamping melaksanakan tugas dakwah dan jihad juga mengambil peranan Khilafah Islamiah yang telah digugurkan di dalam mempertahankan Islam dan menjaga kemaslahatan umat Islam serta menyelamatkan mereka daripada terkena gejala riddah kerana memberi walak kepada golongan atau kuasa kuffar.

Harakah Islamiah sejak mula kebangkitannya menghadapi dua gelombang:

1) Gelombang pertama ialah kebangkitan menghadapi kuasa-kuasa penjajah yang menjajah negara-negara umat Islam. Antara agenda utama perjuangan Harakah Islamiah di dalam gelombang yang pertama ini ialah membebaskan tanah air umat Islam daripada kuasa-kuasa penjajah. Gelombang pertama ini pada zahirnya telahpun berakhir dengan kemerdekaan yang telah dicapai oleh negara-negara umat Islam.
2) Gelombang kedua ialah kebangkitan menghadapi golongan-golongan talibarut sekular yang ditinggalkan oleh penjajah setelah kemerdekaan. Penjajah-penjajah kuffar yang telah keluar dari bumi umat Islam tidak akan keluar begitu sahaja, sebaliknya meninggalkan kepimpinan negara kepada anak-anak didik mereka dari kalangan umat Islam yang dinamakan dengan nama Islam tetapi pemikiran dan gaya kehidupan mereka adalah sama dengan penjajah. Mereka inilah yang bertindak mempertahankan undang-undang sekular yang ditingalkan oleh penjajah dan menjadi penghalang utama kepada Harakah Islamiah di dalam usaha untuk menegakkan kembali daulah islamiah.

MATLAMAT PENUBUHAN HARAKAH ISLAMIAH.

Berdasarkan kepada fenomena-fenomena yang membawa kepada kemunculan Harakah Islamiah di atas, jelas kepada kita bahawa matlamat Harakah Islamiah ialah:
1. Membentuk individu muslim dan mengembalikan keperibadian yang tulen kepadanya.
2. Mendirikan daulah islamiah di dalam setiap negara umat Islam sebagai langkah pertama ke arah penegakan Khilafah Islamiah.
3. Menyatukan semula umat Islam yang berpecah belah sebagaimana sekarang.
4. Mengidupkan kembali Sistem Khilafah Islamiah yang telah jatuh.
5. Menundukkan alam seluruhnya di bawah kekuasaan Islam atau di dalam ertikata lain: Mendirikan Daulah Islamiah Sejagat. Kita diperintahkan supaya berjihad untuk menundukkan manusia di bawah kalimah . Ketundukan sempurna selagi mana muka bumi dikuasai oleh kuffar. Namun demikian, matlamat yang digariskan ini ialah matlamat khusus Harakah Islamiah pada abad ini. Adapun matlamat umum bagi seluruh Harakah Islamiah sepanjang zaman ialah:

1. Mengabdikan diri kepada Allah s.w.t sebagaimana Firman Allah s.w.t di dalam surah Az-Zariyat ayat 56:
2. Mempelopori kerja-kerja amar makruf dan nahi mungkar sebagaiman Firman Allah s.w.t di dalam surah Al-Imran ayat 110:
3. Menyampaikan risalah Islam kepada manusia seluruhnya sebagaimana Firman Allah s.w.t di dalam surah As-Syura ayat 21:-
4. Menghhapuskan fitnah dan kekufuran dari berkuasa di muka bumi ini sebagaimana Firman Allah s.w.t di dalam surah Al-Anfal ayat 39:

MENGAPA PERLUNYA AMAL SECARA JAMAIE?

a) Tuntutan Syarak
Firman Allah s.w.t di dalam surah Al-Imran ayat 104:
Firman Allah s.w.t di dalam surah Al-Maidah ayat 2:
Firman Allah s.w.t di dalam surah At-Taubah ayat 67:
Firman Allah s.w.t di dalam surah As-Soff ayat 4:
Firman Allah s.w.t di dalam surah Al-Maidah ayat 54:

b) Tuntutan Realiti dan Keadaan
1. Kerja untuk mengembalikan perlaksanaann Islam yang meneluruh di dalam kehidupan dan menegakkan Daulah Islamiah tidak akan mencapa matlamay sekiranya dilakukan hanya dengan ceramah, pidato, penulisan yang bersifat individu sahaja. Kerja yang besar ini memerlukan kepada penggabungan tenaga dan konsep ta’awun daripada individu-individu yang mempunyai kemahiran dan kebolehan di dalam pelbagai bidang ynag dapat di manfaatkan untuk kerja-kerja dakwah. Penggabungan dan ta’awun ini tidak akan berlaku kecuali dengan adanya jamaah yang tersusun dan terancang.
2. Dakwah Islam adalah seruan yang bersifat meruntuh ( ) dan membina ( ) iaitu Islam menyeru supaya diruntuhkan binaan jahiliah dan masyarakatnya hingga ke akar umbi dan kemudiannya menegakkan di atas keruntuhan itu Syariat Islam dan masyarakat Islam. Kerja-kerja umntuk meruntuhkan masyarakat jahiliah ini bukanlah kerja yang mampu dilakukan secara individu. Ia menuntut pengorbanan, kenanpuan, dan tenaga yang tidak akan mampu dilakukan oleh orang perseorangan sekalipun dengan sepenuh tenaga dan kegigihan. Terutama sekali pada zaman ini iaitu zaman dimana kuasa-kuasa jahiliah daripada pelbagai golongan telah bergabung untuk meruntuhkan Islam.
3. Jalan-jalan yang dilalui dalam bekerja untuk Islam penuh dengan mehnah dan teribulasi. Cabaran yang merintangi perjalanan ini cukup besar. Kekuatan buas yang sentiasa menunggu peluang untuk menumpaskan Islam dan penganutnya cukup banyak. Kesemua ini mewajibkan wujudnya satu tanzim pergerakan yang meluas dari segi kuantiti dan kulaitinya untuk menghadapi semua peringkat amal dan jaga untuk berdepan dengan semua keadaan dan tuntutan amal Islami.
Kaedah Fiqh ada menyatakan:
Berdasarkan kepada realiti di atas kita mendapati bahawa matlamat untuk melaksankan Islam dalam seluruh aspek kehidupan dan menegakkan daulah Islamiah tidak akan tercapai kecuali dengan gerak kerja yang dilakukan secara berjamaah. Oleh itu mewujudkan Jamaah Islam yang malakukan kerja-kerja amal Islami manjadi satu kewajipan ke atas umat Islam menyertainya dan juga adalah satu tuntutan yang mesti ditunaikan.

KEWAJIPAN SETIAP MUSLIM

Firman Allah s.w.t di dalam surah An-Nahl ayat 36:

Berdasarkan kepada ayat ini kewajipan setiap orang yang beriman kepada risalah yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w ialah:
1. Menyembah Allah s.w.t dengan pengertian memberi ketundukan kepadaNya dalam semua aspek kehidupan.
2. Menjauhi Taghut.

Kalau kita meneliti aya-ayat Al-Al-Quran, As-As-Sunnah, dan Sirah-Sirah, maka kita akan mendapati di sana terdapat dua jenis gerakan ( ) sepanjang zaman;
1.
2.

1. Harakah
harakah ini berterusan sepanjang zaman kerana risalah Allah s.w.t ini tidak akan lenyap, mesti ada mujahidin-mujahidin dan ansar-ansar yang membantunya. Firman Allah s.w.t di dalam surah At-Taubat ayat 32:
Sabda Rasulullah s.a.w :
Telah berkata Imam Ali r.a

Termasuk di dalam harakah ini ialah harakah para nabi dan rasul. Gerakan mereka menyebarkan dakwah menyeru manusia supaya mengabdikan diri kepada Allah s.w.t diceritakan dengan jelas oleh Allah s.w.t di dalam Al-Quran:
Firman Allah s.w.t di dalam surah Al-Baqarah ayat 213:

Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w, tamatlah perutusan para Anbiya’ kerana baginda adalah penutup segala nabi dan rasul. Namun demikian gerakan dakwah kepada Allah s.w.t tetap berjalan dan ia merupakan kewajipan yangditaklifkan oleh Allah s.w.t kepada umat Islam. Menyedari hakikat inilah para sahabat tidak berdiam diri selepas kewafan baginda Rasulullah s.a.w. Mereka meneruskan gerakan dakwah menyebarkan risalah Islam dan menegakkan syariat Allah s.w.t ke seluruh pelusuk alam. Selepasa para sahabat, gerakan dakwah ini disambung pula oleh para ulamak semasa. Jadi kemunculan Harakah-harakah Islamiah pada zaman ini ialah sebagai penyambung kesinambungan harakah para Anbiya’ dan Rasul sepanjang zaman.

(2) Harakah
harakah penyeru kepada taghut ini juga akan berterusan sepanjang zaman selagi mana terdapatnya golongan kuffar dan munafiq.
Firman Allah s.w.t di dalam surah An-Nisa’ ayat 76:
Firman Allah s.w.t di dalam surah Al-Baqarah ayat 120:

Berkata pengarang kitab Majmu`at At-Tauhid :
Taghut adalah umum bagi setiap yang disembah selain daripada Allah s.w.t dan ia redha dengan sembahan itu. Setiap yang disembah selain daripada Allah s.w.t atau ditaati selain daripada Allah s.w.t dan Rasul adalah taghut. Taghut-taghut itu adalah banyak tetapi kepalanya ada lima:
Syaitan yang menyeru kepada penyembahan kepada selain daripada Allah s.w.t.
Hakim yang zalim yang mengubah hukum-hukum Allah s.w.t.
Orang yang berhukum dengan hukuman selain daripada yang diturunkan oleh Allah s.w.t.
Orang yang disembah selain daripada Allah s.w.t dan ia redha denga keadaan itu.
Ketahuilah bahawa sesungguhnya seseorang itu tidak menjadi mukmin melainkan ia mengkufuri akan taghut.
( )

Firman Allah s.w.t di dalam surah An-Nisa’ ayat 60:

Imam Ibnu Kathir ketika menjelaskan tafsiran ayat ini menyatakan:
Ayat tersebut mencela sesiapa yang berpaling daripada Al-Quran dan As-Sunnah dan berhukum denga apa yang selain daripada keduanya daripada kebatilan. Sesungguhnya itulah taghut yang dimaksudkan dalam ayat ini.
Termasuk di dalam harakah ini ialah harakah-harakah yang dipimpin oleh penentang-penentang para Anbiya’ dan Rasul seperti Firau’n, Namrud, dari kaum Nuh, Hud, Salleh, dan Lut, Abu Jahal, dam pemimpim-pemimpin Quraisy dan sebagainya. Ayat Al-Quran banayk menceritakan tentang pergerakan-pergerakan mereka yang berusaha untuk menyesatkan manusia dan menjauhkan manusia daripada menerima seruan para Anbiya’ dan rasul.
Harakah-harakah penyeru kepada taghut ini peranan mereka adalah sama sepanjang zaman iaitu menyeru manusia kepada jahikiah dan berusaha untuk menghapuskan risalah Allah s.w.t dan penolong-penolong agamanya. Pada zaman ini harakah ini dipelopori oleh golongan sekular, komunis, nasiopnalis, dan lain-lainnya daripada ideologi-ideologi yang bertentangan dengna Islam. Sikap mereka yang memusuhi Harakah Islamiah jelas membuktikah bahawa mereka adalah penyambung gerakan taghut sepanjang zaman.
Firman Allah s.w.t di dalam surah An-Nisa’ ayat 76:
Firman Allah s.w.t di dalam surah Al-Baqarah ayat 98:
Kewajipan kita dan umat Islam seluruhnya terhadap kedua-dua harakah ini ialah:
Menyahut seruan orang yang menyeru ke jalan Allah s.w.t dan bersama-sama dengan jamaah dan harakah mereka.
Menjauhi seruan orang-orang yang mnyeru kepada Taghut dan menjauhi jamaah dan harakah mereka.
Firman Allah s.w.t di dalam surah Al-Baqarah ayat 256:
Firman Allah s.w.t di dalam surah Hud ayat 113:
Firman Allah s.w.t di dalam surah At-Taubat ayat 119:
Firman Allah s.w.t di dalam surah An-Nisa’ ayat 76:
Firman Allah s.w.t di dalam surah An-Nisa’ ayat 144:

Asy-Syeikh Sai’d Hawwa menyatakan:
Menjadi kewajipan setiap umat Islam untuk memenuhi dua tuntutan:
Menjauhi kesesatan dan para pendokongnya.
Mengikat diri dengan kebenaran di sebelah pihak muslimin dan beriltizam pula dengan jamaah mereka. Sekiranya ada lagi di sana golongan pertengahan maka itulah golongan munafiq. Allah s.w.t telah menyatakan tentang golongan ini di dalam Al-Quran suran An-Nisa’ ayat 124:

TUNTUTAN BERILTIZAM DENGAN JEMAAH ISLAM.
Asy-Syeikh Sai’d Hawwa menyatakan dalam badihiyyat ke 10:
Sesungguhnya menyertai dan mengikat diri dengan jemaah Islam dan Imamnya adalah kewajipan yang besar dalam Islam. Kewajipan langsung tidak memberi peluang kepada seorang muslim untuk mengelakkan diri daripadanya kecualilah di dalam keadaan di mana orang-orang Islam tidak mempunyai jamaah Islam dan imamnya sedangkan Rasulullah s.a.w telah bersabda:


Berkata Imam Ali:
Oleh itu kita akan mendapati bahawa di sana amat jarang sekali kedapatan suatu keadaan di mana seseorang muslim itu mendapati dirinya keseorangan tanpa ada seorang pun orang Islam yang bersimpati dengannya dan beriltizam pula dengannya walaupun dalamm ketiadaan satu sistem kekuasaan politik Khilafah Islamiah.


Nas-nas yang menunjukkan kewajipan dengan jemaah Islam ialah:



Pada zaman ini iaitu zaman ketiadaan Khilafah Islamiah di mana kekuasaan berada di tangan golongan kebatilan, tuntutan supaya beriltizam dengan jamaah Islam adalah lebi ketara. Ini kerana penggabungan diri dengan jamaah Islam dapat menyelamatkan diri daripada terjatuh kedalam golongan kebatilan dan termakan dengan dakyah mereka. Tanpa penggabungan diri dengan jamaah Islam sesseorang muslim itu akan mudah diterkam oleh dakyah golongan kebatilan dan seterusnya terjerumus bersama-sama mereka. Sabda Rasulullah s.a.w :



Kewujudan jamaah Islam selain daripada bertindak memperjuangkan Islam dan menegakkan kembali daulah, menasaihati dan tolong-menolong ke arah mengerjakan makruf dan menjauhi mungkar.

CIRI JEMAAH ISLAM YANG DIWAJIBKAN KE ATAS UMAT ISLAM UNTUK BERILTIZAM DENGANNYA.

Diantara perkara yang telah dan tidak dapat dipertikaikan lagi, bahawasanya setiap pertubuhan atau jemaah sama ada jemaah islamiah atau selain daripada jemaah itu, mesti mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Dengan demikian ia dikenali dan dapat dibezakan dari jemaah yang selain daripadanya. Jadi apakah ciri-ciri atau prinsip-prinsip jemaah islamiah yang menonjol dan membezakannya dari ideologi yang dibuat oleh manusia di atas muka bumi ini.
Sebenarnya ciri-ciri jemaah islamiah telah ditentukan oleh Allah dan Rasulullah s.a.w. Terdapat nas-nas daripada Al-Quran dan As-Sunnah yang menerangkan ciri jemaah islamiah.

Diantara ciri-ciri yang ada pada sebuah jemaah islamiah ialah:-
Jemaah yang menyakinki bahawa Islam adalah satu-satunya kekuatan yang dapat membangunkan semula ummah, dapat membebaskan semula golongan mustadhafin dan menyelamatkan dunia daripada huru-hara dan kehancuran.
Jemaah yang lahir dari kesedaran sendiri, tidak dipengaruhi oleh mana-mana golongan sama ada tur ataupun barat. Lahirnya kerana tuntutan Al-Quran dan As-Sunnah.
Firman Allah s.w.t di dalam surah Al-Imran ayat 104:

Dan sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Huzaifah Al-Yamani dari kandungannya:

Jemaah yang menyakini akan kesjagatan Islam sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah Al-Anbiya’:

Kedatangan isalam ialah untuk memberi kebahagiaan kepada sekelian makhluk terutemanya kepada manusia. Ianya tidak ditentukan kepada bangsa arab, melayu, turki, bahkan ianya untuk keseluruhan manusia.
Berdasarkan kepada kepada hakikat inilah, maka PAS sebagai sebuah jemaah islamiah membuka keahliannya kepada semua orang Islam tidak mengira apa bangsa mereka. PAS adalah berlainan daripada mana-mana pertubuhan atau parti-parti politik lain yang hanya menerima keanggotaan dari bangsa tertentu sahaja.
Jemaah yang memperjuangkan Islam secara menyeluruh sebagaiman firman Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah ayat 207.
Jemaah yang mengutarakan kebenaran yang tunggal dalam sejarah perjuangan umat Islam iaitu jemaah yang memperjuangkan apa yang diperjuangkan oleh Ahli Sunnah Wal Jemaah. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w :

Inilah amalan dan sikap jemaah islamiah. Ia terus-terang di dalam menyatakan kebenran walaupun disaat orang lain membisu seribu bahasa. Biarpun tindakan demi tindakan dikenakan terhadap anggotanya, namun jemaah Islam teta[p dengan perjuangnnya sekadar yang termampu dilakukan olehnya.
Jemaah yang tidak melupai wadah perjuangan yang bersifat keterbukaan yang boleh menyatukan para anggotnya pada prinsip dan dasar sekalipun merek berbeza di dalam masalah furu’. Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Imran ayat 64:

Jemaah yang terdapat dikalangan anggotnya sifat-sifat Hizbullah. Diantara sifat-sifat itu ialah:
Cintakan Allah s.w.t dan Allah s.w.t cintakan mereka.
Merendahkan diri sesama mukmin.
Bersikap tegas terhadap orang kafir.
Berjihad di jalan Allah s.w.t dan tidak takut celaan orang-orang yang mencelanya.
Memberi kesetian kepada Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w, orang mukmin (pimpinan).
Mendirikan sembahyang .
Menunaikan zakat.
Sentiasa ruku’ kepada Allah s.w.t.

Sifat-sifat tersebut di atas selari denga firman Allah s.w.t di dalam surah Al-Maidah ayat 54 hingga 56.

Selain daripada itu juga, jemaah islamiah adalah mereka yang dianggotai oleh mereka yang mempunyai sifat berikut:-
Bertafakur kepada kebesaran Allah s.w.t dan kejadianNya. Allah s.w.t berfirman di dalam surah Al-Jasiah ayat 3:
Takut hanya kepada Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Anfal:
Taat kepada Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. Firman Allah s.w.t
Kembali kepada hukum Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. Firman Allah s.w.t dalam surah An-Nisa’ ayat 59:
Berkasih-sayang kerana Allah s.w.t dan benci kerana Allah s.w.t. Sabda Rasulullah s.a.w:

Bertawakkal kepada Allah s.w.t dengan sebenar-benar tawakkal. Firman Allah s.w.t:

Berbudi pekerti mulia. Sabda Rasulullah s.a.w :
Bergembira apabila melakukan taat dan berdukacita apabila melakukan maksiat. Sabda Rasulullah s.a.w :

Jemaah yang berjuang secara amali, tidak hanya teori semata-mata dan ia turun ke medan tidak hanya di tempat-tempat tertentu sahaja. Sabda Rasulullah s.a.w :

Berdasarkan kepada prinsip-prinsip gerakan Islam seperti yang dibentangkan di atas maka dapatlah kita membuat keputusan bahawa mana-mana gerakan Islam yang wujud mestilah mempunyai asas dan matlamat penubuhannya. Ia ditubuhkan di atas kesedaran sendiri bukan didorong oleh rasa tidak puas hati kepada gerakan Islam yang telah sedia ada.
Untuk lebih jelas dan yakin lagi, bahawa gerakan Islam emstilah mempunyai tujua sebagaimana berikut:
Memperjuangkan yntuk mewujudkan dalam sebuah masyarakat dan pemerintahan yang melaksanakan hukum Allah s.w.t untuk mendapat keredhaan daripadNya.
Mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.
Untuk merealisasikan semua tuntutan itu, jemaah Islam mestilah mempunyai usaha-usaha seperti berikut:
Menyeru umat manusia kepada syariat Allah s.w.t dan sunnah RasulNya melaluli dakwah secara lisan, tulisan, dan amalan.
Memperjuangkan Islam sebagai awidah dan syariat serta menjadikannya sebagai panduan politik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai keislaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan, pentadbiran, ekonomi, sosial, pelajaran atau pendidikan, dan sebagainya.
Memupuk dan menguatkan lagi ukhuwah islamiah dan menyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat bagikehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan kebajikan.
Mengajak dan menggalakkan badan-badan, pertubuhan-pertubuha, dan orang perseorangan bagi mengenali dan memahami serta memperjuangkan cara hidup Islam.
Menyediakan rancangan-rancangan dan bertindak bagi memperbaiki susunan serta institusi-institusi masyarakat, bentuk politik dan keadilan ekonomi dan negara untuk membela kepentingan umat Islam keseluruhannya.
Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan, persatuan-persatuan atau pertubuhan-pertubuhan yang tidak berlawan dengan gerakan Islam bila mana dan selama mana ianyamustahak dan sesuai serta tidak bercanggah dengan syariat Allah s.w.t.
Memperjuangkan hak serta kepentingan umat Islam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara ini.

Sebenarnya perkara-perkara di atas telahpun dinyatakan sebagaimana yang sedia wujud di dalam perlembagaan Parti Islam Se-Malaysia atau PAS di dalam bab yang ketiga fasal kelima dan keenam. Kalau kita lihat dan meneliti dengan fikiran yang terbuka dan menjauhkan diri dari mempunyai perasaan taa’sub terhadap mana-man pertubuhan, maka kita akan mendapati bahawa semua perkara itu telah pun dan sedang diusahakan oleh PAS walaupun menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran.
Oleh itulah bagi saya tidak ada sebab mengapa perlunya ada jemaah yang lain yang memperjuangkan perkara yang sama dan mempunyai matlamat yang sama. Masalah kelemahan adalah merupakan perkara biasa bagi mana-mana pertubuhan, yang perlu bagi kita ialah jangan merasa putus asa dan merasa lemah semangat bila menghadapi permasalahan.
posted by Mohd Nazri Amir Hamezah @ 7:03 AM   1 comments
:: mY LiFe ::





:: Nama::
Mohd Nazri Bin Amir Hamezah
:: Pengajian ::
Graduan Kuliah Usuluddin Syukbah Tafsir University Al Azhar Mansurah,Egypt :: Dilahirkan ::
Pada 4 ramadhan 1400 Dihospital Kota Bharu
:: Cita-cita::
Mati Dalam Mempertahankan Hak-hak Islam
:: MaKhzAn ::
:: ArTiKeL ::
:: WeBsItE ::
:: BiLanGaN MaSUk ::
Wahai kawanku, Segeralah tunaikan solat di awal waktu Dikala mendengar azan Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan Di situ ada sumber pertolongan Di situ ada sumber taufiq Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. ... dimulakan dengan menyebut solat di awalnya Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat... Juga di medan perang. Walaupun... Di saat genting dan cemas.

:: aL AzHar UniVersItY ::
:: RuJukAn ::
:: Haribulan ::


:: CerIa ::