NAFKAH DIRI UNTUK ISLAM: January 2008 <
HOME | QURAN | TAFSIR | GALERI | FORUM | VIDEO ONLINE | BUKU TETAMU

:: PeNenang JiWa ::
:: BoIkOt ::
:: TaQwIn ::
:: MaSa ItU EmAs ::
:: LiNk ::
:: SoKonGan ::

:: IkAtAn kAsih ::
:: WeBsItE ::
:: Ip DeTecT ::
    IP
:: SupPort ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

Matinya seorang Ulama'
Wednesday, January 30, 2008



'Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati'

Demikian suatu peringatan daripada Allah s.w.t kepada seluruh makhlukNya,bahawa tiada suatu kuasa apapun yang dapat menghalang makhluk yang bernyawa dari menemui ajalnya.Ingatlah, sewaktu kita dilahirkan,kita menangis kerana waktu itu menangis kita kerana gembiranya dapat melihat alam yang penuh dengan kenikmatan,tetapi sewaktu kita meninggalkan dunia ini,pastinya orang disekeliling kita akan menangis kerana sedih di atas pemergiaan kita.Itulah ada resam kehidupan sebagai makhluk Allah.


Semalam kita dikejutkan dengan kematian seorang ulama' yang cukup disegani dulu,kini dan selamanya.Sifat tegas dalam menfatwakan konsert ratu cantik adalah haram, telah mengheret bekas mufti negeri selangor untuk dilucutkan jawatannya.Bagi kita,biarlah jawatan itu dilucutkan agar daging-daging yang membaluti tubuh badan kita tidak dilucutkan dek kerana bahang kepanasan api neraka Allah suatu 'hari nanti'.Marilah sama-sama kita mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat dan akan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh.Amin Ya Rabba Alamin.

Untuk sahabat-sahabat seperjuangan jangan rasa sedih di atas pemergiaannya,kita yang hidup perlu meneruskan perjuangan demi memartabatkan islam tercinta ini.Bangkit dan teruskanlah jihad kita,pastikan islam yang kita junjung ini,akan bertatah disetiap sudut hati manusia khususnya rakyat malaysia.Bangkitlah sahabat....bangkit...
posted by Mohd Nazri Amir Hamezah @ 7:23 PM   0 comments
Diari Hidup
Friday, January 25, 2008





Alhamdulilah ana panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah s.w.t di atas segala pemberianNya selama ini.Syukur juga kerana pada saat ini,Allah masih memberi kesempatan kepada kita semua untuk mengecapi kehidupan dunia yang berbentuk sementara.Kita tidak pasti apa yang akan berlaku kepada diri kita akhirat nanti.Oleh itu,beribadatlah sepertimana kita akan mati pada hari esoknya.
Maaf kiranya sudah lama tidak menukilkan diari hidup ana sepanjang berada di Malaysia yang telah mencecah usia 3 bulan.Mungkin waktu yang tidak mengizinkan atau diri ana yang sedikit malas untuk menulis di dada blog ini.Apapun alhamdulilah rasanya waktu inilah yang paling sesuai untuk ana ceritakan sebahagian cabaran hidup di Malaysia.Dua tiga hari ni,banyak program-program yang telah ana sertai,antaranya setelah pulang ketanahair,kini barulah ana didedahkan dengan aktiviti Parti Se Islam Malaysia (PAS).Erm sudah lama cita-cita ingin pendedahan yang selama ini mungkin byk yang ana terima dalam bentuk teori sahaja.Dua hari lepas dalam mesyuarat pemuda ada menyebutkan bahawa pilihanraya umum (PRU) hanya tinggal 36 hari lagi untuk ana dan rakan bekerja sehabis-habisnya demi mempertahankan maruah islam dinegeri kelantan khususnya dan amnya di Malaysia.Cuma, apa yang menggusarkan hati ana bila Tok guru yang kita kasihi meluahkan perasaan "ambo raso sedih sikit,UMNO kace sungguh nok ko kelate,ore kito napok biaso-biaso lagi"inilah antara luahan hati pimpinan yang kita kasihi sepanjang pentadbirannya di negeri che siti wan kembang.Sudah mencecah usia 18 tahun Tok Guru memerintah negeri kelantan,sudah banyak perubahan yang dapat kita lihat dan rasai dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara yang secara menyeluruhnya cuba dilaksanakan diperingkat pimpinan hingga ke akar umbi.
Di kampung,rakan-rakan seperjuangan (orang kampung) meminta ana untuk memberi pengisian kuliah yang lebih bercirikan gerakan islam (Haraki).Buku bertajuk risalah taalim menjadi pilihan ana untuk berkongsi dengan masyarakat dalam memahami ciri-ciri gerakan islam yang sebenarnya.Sedikit pengalaman yang ada ketika dalam pengajian,mungkin akan membantu diri ana berkongsi ilmu-ilmu tersebut,insyallah.Sebagai pejuang islam sepatutnya kita lebih didedahkan dengan kefahaman-kefahaman inilah agar di sana nanti tidak berlaku salah faham diantara ahli jemaah dengan ahli jemaah yang lain bagi menyelaraskan gerak kerja parti nanti.Kadang-kadang bila ahli jemaah tidak didedahkan dengan ilmu-ilmu gerakan islam inilah yang menyebabkan akan berlaku pertelingkahan ketika agihan tugas diberikan.Sebab itu perlu ada satu kesedaran kepada seluruh jentera islam untuk mendidik ahli mereka lebih mengenali konsep-konsep yang telah diterapkan oleh Ikhwan Muslimin kepada ahli mereka.
Semalam(jumaat) ana telah dijemput untuk menghadiri 4 kuliah yang dilaknasakan tugasan secara beransingan masa dan waktunya.Jam 10 pagi ana telah dijemput untuk memberi ceramah di program Armalah.Uh...terkejut,bila sampai ditempat program,rata-rata muslimat telah memenuhi kerusi-kerusi yang telah disediakan.Dengan langkah yang agak kaku,ana menguatkan semangat untuk menyampaikan ceramah yang terbaik.Agaknya inilah perasaan penceramah-penceramah baru ketika mula-mula terjun dalam bidang mereka.Kak ni(panggilan diri) ADUN Tanjung Mas telah menghubungi ana sehari lebih awal memberitahu supaya ana dapat hadir memberi ceramah tersebut di program Armalah pada pagi itu.Jam 12.55 adalah kuliah yang kedua untuk ana sampaikan pada masyarakat,tempat untuk ke sana memakan masa lebih kurang 35 minit(campur dengan sesat).Alhamdulilah akhirnya ana sampai juga dikampung kemubu yang berada tidak jauh dari kawasan Kok Lanas.Kuliah sebelum jumaat itu ana cuba mendedahkan kepada masyarakat tentang perlu kita mempertahankan kerajaan Islam yang ada sekarang sambil diselitkan dengan peringatan-peringatan daripada Al Quran dan Al Sunnah.Jam 3.00 petang,sekali lagi ana terpaksa berpatah balik ke kota bharu untuk menyampaikan kuliah Maal Hijrah yang juga di minta oleh Kak Ni (ADUN Tanjung Mas).Kali ini,ana merasakan sedikit tercabar kerana sangkaan ana muslimat yang hadir adalah orang yang berbeza-beza,namun sangkaan itu meleset.Walaupun 2-3 orang sama yang hadir,sedikit sebanyak telah menganggu point/isi kuliah ana nanti.Waktu sedikit gelabah tetapi mungkin pengalaman waktu belajar kita didedakan dengan ilmu persatuan telah banyak membantu diri ana lebih yakin bila melaksanakan sesuatu kerja tersebut.Alhamdulilah akhirnya penyampaian dihadapan muslimat pada petang itu dapat ana teruskan dengan point/isi yang berbeza dari kuliah jam 10.00 pg sebelumnya.Badan ana cukup letih,selepas kuliah yang ketiga ana mengambil keputusan untuk pulang berehat di rumah,walaupun tempat kuliah tersebut memakan masa 20 minit tetapi ana teruskan juga kerana hanya dirumah dapat ana rebahkan badan seketika untuk memulihkan kekuatan sebelum menyampaikan kuliah yg terakhir di Masjid Kijang,pantai cahaya bulan(pcb).Mungkin perlu ana mengucapkan terima kasih kepada seseorang yang banyak memberi dorongan dan semangat kepada ana untuk terus kuat bekerja bebakti kepada kerajaan islam.Terima kasih di atas jasamu selama ini.Jam 6.55 petang ana bertolak ke masjid kijang yang berada di kawasan PCB memakan masa sekurangnya 35 minit(jalan sibuk) untuk sampai ke sana.Emm...sampai-sampai orang dah solat...terpaksa ganti satu rakaat kerana terlewat.Bila semuanya dah selesai,tibalah waktu untuk ana meneruskan agenda kuliah pada malam itu.
Rasanya inilah sedikit coretan diari hidup ana sepanjang berada di tanahair sekarang.Apa yang ana tuliskan bukan untuk dibangga-banggkan tetapi bertujuan untuk mengajak 'sahabat-sahabat' bersama mencurahkan tenaga mempertahankan kerajaan islam kita.Ana takut,dek kerana kita yang belajar ilmu ini tidak bersama membantu memperjuangkan islam,takut-takut tahun ini,tahun terakhir kita bersama kerajaan islam di Kelantan.Sedarlah sahabat-sahabat,'kitalah' target utama pimpinan untuk bantu PAS,insyallah rezeki Allah sudah tetapkan cuma cepat dan lambat itu sahaja.Yakinlah dengan janji Allah.Terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak memberi sokongan dan dorongan.Terima kasih kepada mak ayah kerana banyak membantu ana,mereka cukup memahami gerak kerja ana.Terima kasih kepada Al Fadil Ustaz Norazarizal,kerana banyak memberi tunjuk ajar kepada ana.Terima kasih kepada seseorang kerana banyak memberi kekuatan pada diri ana.Insyallah sekiranya berkesempantan waktu dan masa ana akan melakarkan diari hidup untuk kali yang keseterusnya.Salam perjuangan khusus buat sahabat di Mesir,ketahuilah jiwa dan perasaan ana tetap bersama antum dalam mempertahankan islam yang kita cintai ini.
posted by Mohd Nazri Amir Hamezah @ 3:23 PM   0 comments
Diari Hidup
Tuesday, January 15, 2008
university ku sewaktu dilanda hujan


Sedar-sedar aku telah pun tiga bulan berada ditanahair tercinta.Byk gelakan manusia dapat aku perhatikan sepanjang aku pulang ketanahair kali ini.Dari mula zaman aku menjejak kaki ke Mesir dulu,rasanya budaya org Malaysia tidak seburuk apa yang ada pada hari ini.Tahun 2003 aku pulang bercuti, sekali lagi aku melihat perubahan yang berlaku pada masyarakat khususnya kepada golongan muda-mudi yang lebih menguruskan masa mereka kearah aktiviti yang tidak berfaedah.Melepak,dadah,zina,gay,lesbian,gothik dan macam-macam lagi budaya asing telah menular masuk ke ruang-ruang rongga setiap anak muda melayu islam ditanahair kini.Siapakah perlu dipersalahkan dalam soal memperkenalkan budaya jijik ini dikalangan remaja kita?Tepuk dada tanya iman.Hal ini,seringkali menjadi tanda tanya pada diriku selaku insan yang belajar ilmu agama.Semasa di zaman persekolahan lagi aku dan rakan-rakan telah didedahkan dengan ilmu fardu ain dan kifayah.Masih teringat lagi dalam benak aku,bagaimana seorang ustazah cukup garang mengajar aku dan rakan-rakan utk melaksanakan tuntutan solat,hinggakan aku dicubit-cubit sewaktu disekolah rendah dulu.Semua itu memberi pengajaran buat diriku dan pengajaran itu benar-benar mengajar aku utk menginsafi betapa jijiknya masyarakat hidup tanpa tarbiyah islam.Ada guru agama,mereka ejek-ejek,malah ada yang sanggup mengatakan islam perlu kepada perubahan yang baru sepertimana yang dianjurkan sekarang mempercayai islam hadari lebih dari islam yang diajar oleh nabi.Tgk bagaimana di Terengganu Darul Iman,tumbuh bagaikan cendawan TASKA-TASKA HaDARI.Untuk apa semua ini dibina?adakah islam yang nabi bawa ini sudah tidak layak dianuti?

Teringat kepada sebuah buku yang aku baca sewaktu di Mesir dulu,Islam hadari hasil karya dari Anuar Jundi,menyentuh berkaitan ISLAM HADARI & ISLAM THAQOFI yang mana, ini semua adalah hasil cetusan pemikiran YAHUDI laknatullah untuk mengugat keimanan akidah umat islam.Siapakah yang berani tampil kehadapan untuk mengembalikan islam yang diwahyukan Allah kepada nabi Muhammad?mengapa manusia lebih suka cipta sesuatu mengikut hawa nafsu mereka?Benarlah kata Allah dalam surah nisa' ayat 60,menyentuh berkaitan siapakah golongan THOGHUT?Kalau kita lihat buku fatawa muasir hasil tulisan Dr Yusof Qordowi menyatakan bahawa THOGHUT ialah syaitan,pengikut-pengikut syaitan dan thoghut juga ialah mereka yang mencipta hukum hakam Allah mengikut hawa nafsu mereka.Patulah Allah ulang ayat berkaitan dengan thoghut ini sebanyak lapan kali.Sedarlah wahai saudaraku,islam yang kita anuti sekarang ini seolah-olah ditelanjangkan oleh golongan islam pada nama sahaja.Mereka inilah yang cuba memburuk-burukkan islam dengan cara menampilkan imej jijik mereka.Apa yang aku utarakan,bukannya berlaku diluar negara kita tetapi apa yang cuba aku sampaikan ini bermain disekitar kehidupan kita di Malaysia.Tgklah media massa skrg ini,disebut dalam satu kajian bahawa hanya 30% golongan berbentuk pengisian rohani disiarkan dalam channel-channel di kaca tv sekarang ini,bagaimana umat akan kembali sedar kepada islam sedangkan pengisian&tarbiyah rohani terlalu sedikit berbanding pengisian hiburan yang rata-rata kita tgk berlaku dimana-mana tempat.Anugerah hiburan hampir berlaku setiap bulan,nampaknya gerakan halus yahudi telah berjaya sampai dihati-hati umat islam hari ini.




posted by Mohd Nazri Amir Hamezah @ 5:18 PM   0 comments
BN tiru banyak langkah Kelantan, rakyat wajar kekalkan Kerajaan PAS
Thursday, January 10, 2008

'Tak dak sebab demo nak lawe kawe' akan sentiasa diingati sebagai antara ungkapan paling berbisa yang pernah diutarakan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Ia sekaligus menjadi cabaran dan amaran kepada musuh-musuh politik kerajaan pimpinannya.

Suatu ketika dulu bait itu seakan dijadikan tagline kepada segala program penerangan dan penerbitan PAS Kelantan.

Pendirian tegas Mursyidul Am PAS itu malah turut dijadikan inspirasi dan pendorong oleh ahli dan pendokong parti itu di seluruh negara.

Bertitik-tolak daripada hujah dan penghuraian diberikan Tok Guru dan para pemimpin PAS Kelantan ketika itu, para penceramah dan tenaga penerangan PAS di seluruh negara merasionalkan hujah mereka terhadap parti lawan dalam konteks negeri masing-masing pula.

Hujah dan huraian di atas ungkapan tadi sangat kukuh dan meyakinkan. Ia berkisar di atas segala bentuk perubahan dan pembaharuan diperkenalkan kerajaan Kelantan sejak diambilalih oleh Angkatan Perpaduan Ummah (APU) bermula 1990 lalu.

Sudah barang tentu segala perubahan itu dibuat agar selari dan menepati kehendak Islam.

Apabila sesuatu telah diubah kepada yang menepati Islam, ia telah membuktikan sekurang-kurangnya dua perkara. Pertama, bahawa perkara yang diubah itu diwarisi dalam bentuk atau keadaan asalnya yang tidak menepati kehendak Islam.

Kedua, apabila ia telah diubah untuk bertepatan dengan Islam, maka di mana lagi kewajaran dan kewarasan untuk mana-mana pihak yang beragama Islam menentang dan melawannya?

'Tak dak sebab demo (BN) nak lawe kawe', sebab 'kawe' (PAS) telah melaksanakan perubahan dan pembaharuan menurut apa yang dikehendaki agama.

PAS telah membangunkan Kelantan menurut Islam setelah pemerintahan Barisan Nasional selama 12 tahun gagal melaksanakannya.

Selain perubahan dan pembaharuan itu dilaksanakan menurut tuntutan Islam, ada juga antara perubahan diperkenalkan kerajaan Kelantan pimpinan PAS itu kemudiannya menjadi ikutan dan tiruan kerajaan negeri-negeri lain dipimpin BN.

Hakikat itu lebih menguatkan lagi hujah Tok Guru mengapa 'tak dak sebab demo nak lawe kawe', sedangkan apa yang 'kawe' buat 'demo' tiru.

Analogi simplistik Najib kepada rakyat Kelantan

Dalam keadaan yang ada kini, barangkali ada perlunya beberapa perubahan yang dimaksudkan itu diulangsebut kembali. Mudah-mudahan ia mampu mengingatkan kembali para pemimpin BN Kelantan agar jangan terlalu ghairah menentang kerajaan yang ada sehingga mengenepikan segala kebaikan yang telah dilaksanakan itu.

Keghairahan BN itu jelas tergambar menerusi keyakinan palsu yang cuba ditanam Timbalan Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak minggu lalu. Dalam kunjungannya ke Kelantan pada 3 dan 4 Januari lalu, beliau dilaporkan menyeru rakyat negeri itu menjadikan tahun 2008 sebagai tahun terakhir PAS memerintah Kelantan.

Sifir politik dikemukakan Najib sangat simplistik. Kononnya oleh kerana tahun ini akan genap 18 tahun usia kerajaan PAS Kelantan, maka Najib menganggap ia suatu pengulangan sejarah jika ia tumbang sebagaimana kerajaan PAS dahulu juga tumbang selepas berusia 18 tahun.

"Jadi tahun ini, rakyat Kelantan mesti berani dan bersedia untuk menjadikan tahun 2008 sebagai tahun menukar kerajaan negeri," katanya, cuba meyakinkan para penyokongnya.

Najib malah menegaskan perubahan kerajaan amat perlu di Kelantan sekiranya ingin mencapai perubahan yang bersifatkan lonjakan berganda.

Kita tidak tahu dan kurang faham apa yang dimaksudkan Timbalan Perdana Menteri tentang perubahan bersifat lonjakan berganda itu. Cuma agak mengelirukan apabila pemerintahan PAS yang dikatakan tidak berupaya membawa perubahan kepada Kelantan, tiba-tiba beberapa program pemerintahannya menjadi ikutan negeri-negeri lain diperintah BN.

Allah Ta'ala Maha Kaya dan Maha Bijaksana. Tidak terfikir oleh mana-mana pihak bagaimana Dia mentakdirkan ketika Najib begitu beriya-iya memperlekehkan kerajaan Kelantan, di hari sama juga kerajaan negeri Selangor mengumumkan pelaksanaan khairat kematian untuk semua kaum.

Tapi, apa kaitannya dengan Kelantan? Ya, cuba perhatikan betul-betul. Menurut Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Mohamad Khir Toyo, dana yang dinamakan Tabung Jasamu itu bertujuan memboleh waris kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas atau orang kurang upaya (OKU) yang meninggal dunia, mendapat bantuan RM2,000 bagi membiayai urusan pengebumian.

Kata Khir lagi, tabung itu terbuka kepada semua kaum dan agama untuk meringankan beban waris menguruskan pengebumian jenazah anggota keluarga mereka. Nah! Bukankah itu persis apa yang dilaksanakan di Kelantan sejak awal 2007 lalu?

Apakah anda sudah lupa bahawa Kelantan menjadi negeri pertama memperkenalkan skim insurans percuma sebegitu untuk warga emas? Kerajaan Kelantan telah memperuntukkan sejumlah RM3 juta setiap tahun bagi caruman percuma kepada semua warga emas berusia 60 tahun ke atas menerusi insurans Takaful Kafaalah.

Di bawah skim itu pewaris warga emas yang dicarumkan kerajaan akan menerima pampasan RM2,000 jika warga emas berkenaan meninggal dunia tanpa mengira sebab, termasuk kematian semula jadi. Skim berkenaan diberikan kepada warga emas semua kaum, sama ada Melayu, Cina, India, Siam dan sebagainya selagi mereka adalah rakyat Kelantan.

Sekalung tahniah buat rakyat Kelantan. Nampaknya usaha BN menggambarkan kerajaan PAS sebagai tidak berkemampuan telah dibayar secara 'tunai' oleh Allah Ta�ala. Hari itu (4 Januari) Najib memperlekeh Kelantan, hari itu juga Selangor isytihar tiru program kerajaan Kelantan.

Memang, jika ditanya MB Selangor adakah dia meniru program dibuat kerajaan Kelantan, sudah barang tentu dia tidak akan mengaku. Dalam hal ini, penulis teringat kepada al-marhum Ustaz Bunyamin Yaakub, bekas Ahli Parlimen Bachok.

Dalam salah satu ceramahnya, beliau mengulas beberapa perubahan yang dibuat kerajaan Kelantan dan ditiru kerajaan lain. Tetapi ada pemimpin negeri terbabit menafikan apabila dikatakan mereka telah meniru kerajaan PAS Kelantan.

Katanya, 'tak mengaku pun tak apa. Tapi bila kawe buat dulu, demo buat getek (selepas itu) serupo denge hak kawe buat, (maknanya) demo tiru kawe lah tu!' Semoga Allah merahmati roh Ustaz Bunyamin.

Demi Allah, hujah beliau itu masih relevan dengan apa yang sedang berlaku kini. Tidak cukup dengan kes takaful warga emas itu, Allah Ta'ala datangkan pula kes pokok gaharu. Hanya selang dua hari selepas itu (6 Januari), kerajaan Perak pula mengumumkan akan menanam pokok-pokok gaharu di lereng-lereng tanah tinggi negeri itu sebagai satu lagi sumber pendapatan lumayan kepada rakyat dan negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pelancongan Perak, Dato' Mohd Radzi Manan ketika mengumumkan perkara itu berkata, kerajaannya telah mengenalpasti beberapa kawasan berpotensi untuk tanaman gaharu kerana mempunyai kesesuaian iklim dan bentuk muka bumi untuk tujuan penanamannya secara komersial.

Nah! Bukan kah itu satu lagi tamparan buat Najib dan para pemimpin BN yang cuba memperlekeh Kelantan? Sebagaimana yang telah dimaklumi, beberapa bulan lalu kerajaan Kelantan telah melancarkan projek Koridor Depu, iaitu penanaman pokok depu atau gaharu secara komersial.

Mengikut pasaran semasa, setiap 12 mililiter resin gaharu yang siap diproses, harganya sekitar RM300 hingga lebih RM1,200 mengikut grednya. Potensi besar tanaman ini telah lama disedari kerajaan Kelantan. Penanaman pokok ini digalakkan dengan perancangan mengagih anak pokok secara percuma di samping membuka ladang di pedalaman Kelantan melalui penglibatan Perbadanan Menteri Besar.

Usaha menjadikannya suatu industri telah dirintis sebuah syarikat bumiputera tempatan sejak Mei lalu dengan menggunakan kepakaran dari Thailand. Kini usaha itu cuba ditiru kerajaan BN Perak. Sepertimana kata Ustaz Bunyamin, 'tak mengaku pun tak apa!'

Wajar disebut semula beberapa perubahan oleh kerajaan Kelantan yang sebelum ini telah ditiru kerajaan BN.

Langkah PAS yang ditiru Kerajaan BN

Antaranya ialah:

1. Pajak Gadai Islam ar-Rahn yang dimulakan di Kelantan di awal 90-an kemudian diterima pakai Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM).

2. Cuti bersalin kakitangan wanita dilanjutkan daripada 42 hari kepada 60 hari kemudiannya turut diterima pakai kerajaan Pusat.

3. Konsep kerja lima hari seminggu yang kemudiannya dimulai kerajaan Pusat dengan cuti Sabtu pertama setiap bulan bermula Januari 1999. Konsep itu kemudiannya dilaksanakan sepenuhnya sebagaimana sekarang.

4. Konsep Hotel Islam ditiru oleh negeri Pahang.

5. Amalan tidak memberikan cenderahati atau hadiah semasa lawatan rasmi Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri diikuti oleh sektor perkhidmatan awam menerusi arahan Ketua Pengarahnya pada Ogos 1998.

6. Konsep rumah mampu milik dengan tiga bilik bagi memupuk kerukunan keluarga dijadikan model oleh pemaju dan kerajaan negeri seluruh negara.

7. Ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa sebagai hiasan di tepi jalan raya, diambil ideanya oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 1997 untuk digunakan di tepi lebuh raya.

Apa yang disenaraikan ini hanyalah yang besar-besar saja. Namun yang pastinya, idea pemerintahan PAS tidak koman, malah jauh mendahului kerajaan BN.

Mengambilkira realiti itu, para pendokong kerajaan Kelantan wajar bersepakatan menutup mulut mana-mana pihak yang cuba menggugat kedudukan kerajaan yang ada. Biar pun orang itu adalah Timbalan Perdana Menteri sendiri.

Ingatkan kembali mereka itu kepada ungkapan keramat Tok Guru, 'tak dak sebab demo nak lawe kawe.' - mr
posted by Mohd Nazri Amir Hamezah @ 8:17 PM   0 comments
Hijrah
Wednesday, January 09, 2008

Hijrah biasanya difahami sebagai berlakunya peristiwa perpindahan Rasulullah S.A.W, ahli keluarga dan para Sahabat r.a dari Mekah Mukarramah ke Madinatul Munawwarah, meninggalkan segala harta benda yang sangat disayangi.

Antaranya rumah tangga, kebun halaman, kedai-kedai perniagaan, binatang-binatang ternakan dan segala aset hidup, dengan bergadai nyawa melintasi padang pasir pergi ke destinasi baru 'Madinatul Munawwarah' tanpa sebarang cagaran hidup, selain daripada keyakinan untuk menyebarkan Islam serta mendaulatkan sistem hidup berkerajaan.

Kota Madinah pada ketika itu merupakan tempat yang paling sesuai bagi mendaulatkan Islam kerana penduduknya lebih memahami selok belok agama wahyu, sebab mereka biasa menerima maklumat daripada kaum Yahudi tentang ajaran yang dibawa oleh Nabi Musa A.S. melalui Kitab Suci Taurat.

Kegiatan politik dan pemerintahan Islam di Madinatul Munawwarah telah menjadi asas dan teras yang paling kukuh dalam mendaulatkan sistem hidup Islam yang syumul (menyeluruh) meliputi perlembagaan, pendidikan, ekonomi, sosial, kebudayaan, ketenteraan, hubungan antarabangsa dan sebagainya.

Alhamdulillah, negeri Kelantan Darul Naim yang selama ini terkenal sebagai Negeri Serambi Mekah telah berjaya mempelopori semangat Hijratur Rasul yang berlaku lebih 1400 tahun yang lalu.

Semangat ini tetap menjadi agenda ajaran Islam sehingga ke hari kiamat kerana Rasulullah s.a.w telah bersabda (yang bermaksud): "Orang yang benar-benar berhijrah ialah orang yang berhijrah meninggalkan segala perkara yang ditegah oleh Allah".

Kelantan sedang meneruskan semangat hijrah tersebut dengan meninggalkan riba, meninggalkan amalan mendedah aurat, meninggalkan sikap tidak mengambil cakno terhadap fakir miskin, meninggalkan hiburan-hiburan yang membawa kepada dosa dan maksiat dan meninggalkan fahaman dan semangat sekular yang mengasingkan agama daripada politik, yang dipaksikan dengan prinsip 'ubudiyyah, mas'uliyyah dan itqan.

Sesungguhnya kejayaan yang paling besar dalam hijrah ialah kejayaan membentuk kerajaan yang dapat mentadbir negara berpandukan ajaran Islam yang bertujuan untuk membawa kemaslahatan dan kebahagiaan hidup dunia dan akhirat.

Inilah juga kejayaan paling besar di Kelantan. Kita berjaya membentuk kerajaan yang mengawal Islam daripada gangguan-gangguan syirik, maksiat dan kefasikan. Dan menyuburkannya dengan mengadakan bermacam-macam program yang kesemuanya berjumlah kira-kira seratus jenis pembaharuan.

Di antaranya ialah mewujudkan Maahad Tahfiz Sains di Tanah Merah yang telah dirasmikan oleh KDYMM Tuanku Al-Sultan Kelantan sendiri dengan tujuan untuk mencetuskan pengertian bahawa Al-Quranul Karim dan sains perlu bahu membahu.

Kelantan Darul Naim walaupun memiliki kelengkapan yang agak kurang, tapi Allah S.W.T Maha Mengetahui sejak awal-awal lagi bahawa kita sedang berpegang pada seutas tali yang di hujung sana dipegang sendiri oleh Nabi Muhammad S.A.W yang ditauliahkan dengan anugerah:

"Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada keperibadian dan kepimpinan Rasulullah S.A.W itu terdapat contoh ikutan yang terbaik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan syurga) di akhirat serta dia pula berzikir (menyebut dan mengingati) Allah banyak-banyak (baik semasa susah mahupun semasa senang)." - (Surah al-Ahzab: 21).

Dengan ketetapan inilah kita pegang kemas-kemas tali Allah ini walaupun terpaksa mendaki gunung dan menurun lurah dengan berbekalkan doa, semoga anugerah Ilahi ini dikekalkan berterusan, dengan ingatan syarat-syarat makbul doa iaitu:

"Hendaklah kamu tetap menjalankan perintahku secara berterusan (dengan penuh istiqamah) dan janganlah kamu mengikut jalan orang-orang yang tidak berilmu pengetahuan (mengenai janji-janjiKu di akhirat)". - (Surah Yunus: 89).

Sesungguhnya Allah S.W.T telah mewajibkan kita melaksanakan kerja-kerja amar ma'ruf dan nahi munkar. Tanggungjawab tersebut tidak dapat disempurnakan kecuali dengan wujudnya kekuatan, kuasa pemerintahan dan daya kepimpinan yang cemerlang.

Lantaran inilah telah diriwayatkan bahawa: "Sesungguhnya as-Sultan atau pihak pemerintah itu merupakan bayangan Allah di muka bumi ini".

Lantaran inilah juga terdapat ulama Salafus Soleh seperti al-Fudhail bin 'Iyadh, Imam Ahmad bin Hanbal dan ramai lagi yang mengatakan:

"Sekiranya kami memiliki suatu peluang keramat, apabila berdoa terus diperkenankan oleh Allah, pastilah kami akan pergunakan peluang doa keramat tersebut kepada pihak pemerintah dan Sultan sesebuah negeri, supaya Allah menganugerahkan hidayah dan taufiq-Nya".

Ini kerana dengan taufiq dan hidayah kepada raja dan pihak pemerintah, banyak pihak dan pelbagai institusi yang wujud dalam sesebuah negara berkenaan akan menjadi baik dan dipantau dengan rahmat Allah S.W.T.

Aamiin, Yaa Rabbal 'Aalamiin.

Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
posted by Mohd Nazri Amir Hamezah @ 2:26 AM   0 comments
Pertahankan Islam di Kelantan
Friday, January 04, 2008

“…Kelantan menerima RM7.6 bilion di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) sedangkan Terengganu yang telah berjaya dimenangi UMNO hanya mendapat RM7.2 bilion”. begitulah kata-kata Najib Razak di dalam kempennya untuk menawan hati rakyat Kelantan semalam.

Dengan kata-kata itu, rakyat Kelantan yang bijak pasti akan terus undi Kerajaan PAS bukannya Barisan Nasional.

Seandainya rakyat Kelantan mengundi BN pada Pilihanraya akan datang pastilah jumlah peruntukkan yang diberikan akan berkurang, mungkin kurang lagi berbanding Terengganu. Sebagai Kerajaan yang memerintah mereka sepatutnya mengutamakan negeri yang mereka perintah tetapi ini terbalik pula. Peruntukkan lebih diberikan kepada negeri yang diperintah oleh musuh mereka iaitu PAS.

Dulu masa mereka kalah dengan PAS di Terengganu, bermacam-macam peruntukkan diberikan untuk menawan rakyat Terengganu dan akhirnya ramai rakyat Terengganu yang tak faham taktik BN ini tertipu. Mereka ingatkan, bila undi BN peruntukkan akan bertambah dan lebih banyak dari Kelantan, tetapi bila BN naik peruntukan menjadi kurang dan tidak sebanyak Kelantan yang masih diterajui PAS.

Oleh itu, kepada rakyat Kelantan khususnya teruskanlah mengundi PAS. Kalau sebelum ini anda beri DUN kepada PAS dan Parlimen kepada BN, kali ini berilah kedua-duanya kepada PAS, pasti lebih banyak lagi peruntukkan akan diterima untuk membangunkan Kelantan.

Jumlah peruntukan yang diberikan kepada Kelantan selama ianya diperintah oleh PAS lebih banyak jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain yang diperintah BN di Pantai Timur.

Begitulah uniknya Kelantan. BN tidak akan berputus asa untuk merebut hati rakyat Kelantan, selagi mereka kalah selagi itulah mereka akan tingkatkan peruntukkan dengan harapan rakyat Kelantan akan sokong mereka.

Tapi ingat! sekiranya Kelantan jatuh ke tangan BN maka peruntukkan akan kurang, cukai pintu akan naik, tol akan bertambah, sewa-sewa tapak premis perniagaan akan bertambah dan banyak lagi. Kenapa jadi begitu? sebenarnya, perkara itulah yang berlaku dinegeri-negeri yang diperintah BN. Bila mereka memerintah pelbagai cukai dikenakan bagi memastikan semua pelaburan dan peruntukan lebih yang diberi sebelumnya dapat dikutip balik. Begitulah perangai buruk siku BN. Mereka beri untuk pujuk rakyat, bila menang mereka ambil balik.

Kepada rakyat dinegeri-negeri lain, jadikanlah Kelantan sebagai contoh. Kalau rakyat terus-menerus memberikan undi kepada BN maka akan selamanyalah rakyat terpaksa bayar pelbagai cukai dengan harga yang tinggi dan peruntukkan pembangunan yang kurang berbanding Kelantan.

Dengan itu, PAS yakin pilihanraya ke-12 adalah jalan terbaik untuk rakyat membuat perubahan. Cubalah buat perubahan kali ini, berilah PAS peluang selama 5 tahun untuk buktikan kemampuan dan kita akan lihat bagaimana BN akan berbondong-bondong datang ke negeri anda membawa pembangunan untuk merampasnya dari PAS.

Ingat! selagi Kelantan diperintah PAS, selagi itulah BN akan bagi lebih banyak peruntukkan. Itu janji Najib, bukan janji saya.


posted by Mohd Nazri Amir Hamezah @ 5:46 PM   0 comments
Maaf aku hulurkan

assalamualaikum...

Sekian lama tidak bertemu akhirnya Allah taala melapangkan masa untuk ku berlayar seketika
diblog usangku ini.Terasa rindu pada kehijauan warna yg dapat menenangkan jiwa dan perasaanku
bila menatapnya.Setinggi-tinggi kesyukuran aku panjatkan kerana masih memanjangkan usiaku dalam
thn 2008 ini.Mungkin sesetengah orang banyak berazam untuk melakukan yang paling cemerlang dalam thn 2008 ini.Bagiku
tahun-tahun sebelum ini banyak peristiwa pahit dan gembira aku lalui,apa yang penting semua itu bukan dijadikan alasan untuk
aku terus terlena di bawa arus yang penuh dengan keperitan.
Alhamdulilah sudah berusia dua bulan aku pulang ketanahair setelah berjaya menamatkan pengajian di Mesir.Kenangan bersama
sahabat dan rakan masih tidak dapat aku lupakan,mungkin kerana mereka byk mewarnai disetiap ruang-ruang hidupku.Terima kasih
sahabat terima kasih teman kerana 'antum'aku mampu berdiri sepertimana aku hari ini.Dengar khabar sahabat di mesir tgh sibuk
mentalaah kitab untuk berdepan dengan exam yang bermula hari ini dan esok.Teringat juga masa kat sana dulu,masa ni betul-betul sibuk menghafal.Kadang-kadang buku yang malas nak baca pun dapat habiskan 3-4 kali dalam masa satu hari.Hairan juga masa yang Allah taala beri sebelum ini cukup-cukup panjang tetapi waktu yang sedikit itulah baru aku nak hargai.Apapun semua itu sudah berlalu apa yang penting aku sudah berjaya mendapat segulung ijazah yang aku perjuangkan sebelum ini.Pahit manis perjuangan dapat aku rasai.Mesir betul-betul mendidik aku menjadi insan yang mengenali dunia luar.Apa yang aku kejar dan 'hambat' sebelum ini hampir dapat aku rasai.
Sedikit cerita di bumi Malaysia setelah dua bulan aku pulang ketanahair.Pertama yang cuba aku laksanakan dalam hidup ialah dengan mengingati baiah yang telah aku ikat bersama-sama sahabat di bumi ardul kinanah.Kinanah ialah panahan,begitu hebat makna sekiranya kita pandai menilai ertikatanya.Panahan samada kita dipanah pada tempat yg baik atau kita dipanah ditempat yg penuh dengan kemungkaran.Apapun aku cuba mentajdid segala apa yang aku dapat di Mesir untuk dikongsi pada masyarakat ditanahair.Tangan-tangan sahabat yang mengikat janji setia denganku masih aku rasa sampai hari ini.Rasa berdosa andai aku cuai dari perjuangan yg menjanjikan kemenangan kepada islam.Walaupun ianya tidak berlaku di zaman aku,tapi aku yakin suatu hari nanti islam akan tertegak juga dibumi Allah.Perjuangan bersama tentera-tentera Allah diperhimpunan BERSIH hampir-hampir menitiskan airmata bila mengenangkan bagaimana anak-anak muda yang tidak dilatih,orang-orang tua yang penuh dengan semangat islam sanggup bersama dengan masyarakat bagi memastikan keadilan berlaku dalam sistem pemeritahan di negara kita.Pagi perhimpunan BERSIH aku diberi kesempatan oleh ustaz baharuddin ketua pemuda pas kota bharu untuk menyampaikan tazkirah di Markaz PAS Titiwangsa.Terima kasih kepada semua yang sudi memberi kerjasama ketika rombongan kami sampai dengan hidangan yang cukup menyelerakan.Dalam tazkirah itu aku cuba memberi perhatian kepada semua pendengar agar tidak rasa boring dengan penyampaianku dan itulah yg cuba aku lakukan setiap kali aku hadir untuk memberi kuliah.Pagi 10 NOV dalam tazkirah aku menyebut bahawa pemuda-pemuda yang ada hari ini seolah-seolah pemuda yang hidup di zaman nabi,ketika mana nabi menyeru agar sahabat-sahabat keluar bersama untuk menyertai peperangan badar kubra, maka 313 telah mengikat janji setia utk bersama menentang musuh islam ketika itu.Dengan kisah itulah aku cuba membangkitkan semangat juang diantara kami agar tidak alpa dengan nikmat dunia yg hanya sementara ini.Walaupun tujuan kami utk perhimpunan aman tetapi ada dikalangan kami yang rasa gentar dek kerana ugutan-ugutan yg sering diucapkan dalam kaca tv.Dengan suasana yang penuh harmoni tentera badar kelahiran kedua mara dan terus bergerak memikul senjata berbentuk jiwa yg penuh dengan keazaman untuk bersama-sama kepimpinan dalam perhimpunan itu.Akhirnya kami berjaya sampai ke istana negara dalam keadaan selamat dan pulang dengan keadaan selamat.Terima kasih juga kepada ustaz ja kerana sudi belanja aku makan nasik kandar kat bandar kl..diantara insan yang banyak mengajar aku berdepan dengan masyarakat.Tiada dapat aku lafazkan kecuali moga-moga Allah matikan kita bersama dalam memperjuangan agama Allah ini.
Masih banyak lagi utk aku celotehkan tetapi kesihatan tidak mengizinkan,masa memberi kuliah di masjid langgar pagi tadi kesihatanku juga kurang baik tetapi aku menguatkn langkah kakiku untuk bersama dengan para ahli jemaah di masjid tersebut.Alhamdulilah sekurangnya batang tubuhku masih bernyawa dan selagi itulah aku akan nafkah diri untuk agamaMu Ya Allah.
posted by Mohd Nazri Amir Hamezah @ 5:37 PM   0 comments
:: mY LiFe ::





:: Nama::
Mohd Nazri Bin Amir Hamezah
:: Pengajian ::
Graduan Kuliah Usuluddin Syukbah Tafsir University Al Azhar Mansurah,Egypt :: Dilahirkan ::
Pada 4 ramadhan 1400 Dihospital Kota Bharu
:: Cita-cita::
Mati Dalam Mempertahankan Hak-hak Islam
:: MaKhzAn ::
:: ArTiKeL ::
:: WeBsItE ::
:: BiLanGaN MaSUk ::
Wahai kawanku, Segeralah tunaikan solat di awal waktu Dikala mendengar azan Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan Di situ ada sumber pertolongan Di situ ada sumber taufiq Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. ... dimulakan dengan menyebut solat di awalnya Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat... Juga di medan perang. Walaupun... Di saat genting dan cemas.

:: aL AzHar UniVersItY ::
:: RuJukAn ::
:: Haribulan ::


:: CerIa ::